31 October 2010




Dua hari ni masa aku cuma dihabiskan dalam bilik 10kaki x 6 kaki (aku main agak je). Tidur yang kemain over dari baby. Dan malam ni aku rasa tak sedap badan. Selsema, sakit kepala. Yes. Padan muka siapa suruh tidur lama-lama. Tapi bagus jugak.

Merasa lagi orang nyanyi lagu dekat atas ni jadi lullaby.




Masa aku tengah sakit otak siapkan tesis aku dulu, aku mintak satu lullaby song. Then, buddy aku kasi satu link dekat youtube.

Yes. Ini lagu pertama Radiohead yang aku dengar. Dan aku suka gila. Thanks, babe.


Dan entri ni untuk kau. Kau, bukan korang.

Dari dulu kita kawan, kita sangat okay. Kau ni kira buddy aku yang paling faham aku. Gila babi punya faham lah orang kata. Until the day you met her, you've changed. Tak banyak, but still you're quite different from the day I know you.

Sepanjang aku hidup, berkawan dengan mereka-mereka yang most of them lelaki, aku perasan dorang ni pesen penting kan kawan. Apa-apa pun, kawan lagi penting dari awek. Dan tu yang bezakan kau dari lelaki lain. Apa kau buat, kau tetap penting kan awek kau. Tak tau lah. Mebi sebab aku ni perempuan jugak kot? So tak sepenting kawan lelaki kau. Who knows kan?

Since you have her, kau sentiasa batalkan segala janji nak jumpa aku. Doesn't matter lah kalau kau dah promised dengan aku nak jumpa sejak berminggu-minggu, tapi kalau ada benda yang related dengan awek kau, terus, TERUS kau cakap, "eh tak jadi lah. sori."

Sampai lah untuk esok punya hal pun, tetap jadi benda yang sama jugak. Hey dude. Aku paham kau ada awek. Yes aku sangat paham benda tu. Aku tak marah pun kau nak kensel semua hal lepak kita sebab awek kau, aku tak kisah. Serius gila babi punya aku tak kisah. Kau tengok aku macam marah, tak. Tu bukan marah. I'm just a lil bit disappointed. Bukan sekali. Dah banyak kali weh. Orang lain pun berawek jugak. Berbalak jugak. Ada je masa dengan kawan? Betul ni, aku memang tak kisah. Cuma satu je dol.

Jangan berjanji.

Sebab macam mana aku cakap aku okay pun, aku tipu sebenarnya. Kau dengan janji kau, sila bawak masuk kubur.

30 October 2010


#1 Aku sangat kuat makan gila.

#2 Aku kaki tidur. Aku boleh tidur dekat mana-mana, dan bila-bila masa.

#3 Aku anak last. Tapi please jangan cakap aku manja. Serious shit, i'm not. Tak percaya, jum ikut aku balik rumah. Oh. Tapi mak selalu cakap aku anak abah. Tak tau kenapa.

#4 Aku suka hitam, gelap, sejuk.

#5 Aku suka bawa motor laju-laju. Lagi-lagi kalau tengah geram, marah, sakit hati. Oh dan aku pernah hilang motor. Lebih sedih dari hilang Farid Kamil di tangan Dania Danielle.

#6 Aku suka lepak mapley (Ameer Ali 15, bangi; fevret!) sampai empat lima pagi. Aku liar? Heh. Who cares? Kau bukan kenal aku pun nak judge aku pakai mulut lancau kau.

#7 Aku terbiasa dengan perkataan sial, babi, fuck, shit, damn, bodoh, bangang. Jika aku gunakan bengong, itu maksud nya aku cuba bermanja. Ok tipu.

#8 Aku tak reti nak kaver apa aku rasa. Kalau aku tak suka, obviously memang nampak aku tak suka. Dan situasi sama kalau aku suka. Ha ha ha.

#9 Aku prefer kawan lelaki lebih dari kawan perempuan. Tak tau kenapa. But don't get me wrong. Aku ada jugak dua tiga buddy perempuan apa? Jangan nak cakap aku gatal kalau aku asyik hang out dengan lelaki.

#10 Aku pernah hilang kau. Aku tak nak hilang lagi sekali.

Satu benda yang aku paling pangkah sekali ada lah kena perli.

Serious shit aku rasa nak penampar je muka orang yang perli-perli aku. Tolong ah wei. Sama-sama dah besar kut, dah boleh fikir. Tak payah lah nak sarkastik sangat. Kalau kau nak marah, kau cakap kau marah. Kalau kau tak suka, cakap tak suka. Tak payah nak perli-perli bagai.

Aku dah banyak kali cakap benda ni. Kau buat jugak lagi. Karang kalau aku kahak kan kau, baru berair-air mata nak minta maaf.

Babi tau.

29 October 2010


KTM agak nya memang dah layak masuk muzium kan?

Hmmph. Hampir empat jam tunggu train, tak lunyai pulak aku kan? Nasib baik ada dua tiga drama swasta seperti Chinta, Adamaya, (Eh Siti Kelembai dah habis eh?), ditayangkan secara tidak langsung ketika menunggu. Idok ler aku bosan sangat tadi.

Kalau kau dan awek kau (khas untuk lelaki, lesbian, tomboy dan pengkid) naik train yang padat, sempit, dan mampat, adakah kau akan tiba-tiba rasa kau ni automatis awek kau punya Dettol? Maksud aku Dettol disini adalah protector, bukan mandian ya. Harus lah kau jaga keselamatan awek kau kan? Sedangkan train tak penuh pun kau sudi merangkul dan mereka rela dirangkul, oppss! Hah. Mesti kau nak cepat-cepat rangkul atau kata manis nya, lindung awek kau supaya dia tak dilindung (penggunaan perkataan manis tak berapa sesuai) mereka yang bukan berwarganegara Malaysia. Ye dak? Karang tak memasal kau dapat kad undangan dari Lombok. Kah kah.

Dan acane pula kalau awek kau kena ngorat? Theoritically, perempuan akan cepat-cepat berlindung belakang si Dettol untuk mengelak panahan Cupid milik si jejaka Lombok tadi. Jadi Dettol, apa kau nak buat? Apa kau nak buat?

Yes. Diam saja. Baru nampak cool. Ah apa barang bergaduh sebab perempuan ye dak? Kah kah. Ok tak berapa kelakar rasa nya.

Kau, sebagai lelaki mesti rasa tercabar kan? Ah sial apa nak ngorat mata air aku. Ini salah satu contoh ayat yang keluar dari mulut kau. Contoh je. Tak tau betul ke tak. Entah-entah monolog dalaman je. Sebab orang yang ngorat tu badan dah macam bouncer. Muka pulak tak kurang dari satu parut. Pfft. Kau pulak tak ada basic langsung dalam hal-hal melibatkan seni mempertahankan diri. Ah senang cerita, diri kau sendiri pun kau rasa tak boleh nak buat apa-apa, apatah lagi diri awek terchentahi.

Tapi kan, cuba kau cakap dengan orang yang ngorat awek kau tu, slow talk dengan dia, kut dia paham.

Kau cakap, "She's mine."

Kalau aku jadi awek tu, cair sampai Stesen Padang Jawa.

28 October 2010

Just Married; Syed & Acap.


Penat gila.


For the first time ever, I'm having my interview session alone. Tak ada orang teman macam dua sesi sebelum ni. Dengan pengetahuan yang sangat kurang mengenai pengangkutan awam iaitu bas di kawasan KL, sebenarnya aku agak ragu-ragu nak lone ranger konon nya. Tapi sampai bila nak susah kan orang dol. Ceh ayat nak berpendirian teguh je sekarang. Aku pun gamble je lah dari KL Sentral ke Bandar Utama. Terasa macam bersiar-siar di Indonesia seketika. Heh.

Alhamdulillah. Second interview ni pun simple macam yang first hari tu. Tak banyak benda pun. Masuk, "Tell me about yourself", "Why you choose this job instead of being a geologist?" dan "Okay write an essay about anything." Everything's done. Hantar essay, turun bawah dan terus masuk 1U. Macam tak interview pun ada. Hahaha.

Oh! Sempat juga aku jumpa best buddy dekat midvalley tadi. Makan-makan, borak-borak (manis sikit dari sebut ngumpat, ye dak?). Then aku balik ke Shah Alam semula.

Dan tak tau nak cakap, rasa bersalah sangat pada pasangan paling suwit ever dekat dalam dunia ni, Syed Hafeez dan Ashraf Rahman. Sungguh! Aku tak sangka langsung kehadiran aku dalam hidup korang berdua kasi efek yang mendalam. Sampai berbalas entri dah haa. Aku bukan lah berniat nak marah ke apa. Tapi kalau korang tak suka aku ada antara korang, just say it lah. Jangan main tulis entri cakap aku dengan Acap lah, aku dengan Syed lah. Padahal, korang berdua yang tengah madly in love kan? Kan? Kan?

Takpe takpe. Aku paham. Aku paham. (Eh tak perlu kut ulang dua kali.) Korang berdua masing-masing ego. Tapi masing-masing aku tengok ada teori bercintahi kan? Aplikasi kan dalam relationshit korang, dan nah! Sebelum bercanda pun sudah nampak manis nya, apatah lagi jika memang bercinta. Aku dapat rasa kan gambar pre-wedding korang berjaya mengalahkan gambar pre-wedding angkasawan negara kita. Sungguh!

Lepas ni, jangan bergaduh lagi ok? Tak mau dah buat entri berbalas macam yang ni dan yang ni. Tak jentel tau. Buang ego tu, dan luah kan secara berhadapan yang kau, Acap dan kau, Syed masing-masing punya rasa yang satu.

Jangan risau Syed, Acap tetap milik kau. Dunia akhirat. Amin.


#Acap yang pakai skirt.
#Syed yang, mesti lah yang tak pakai skirt!

27 October 2010



Sehari tiga belas entri, pedehal. Kan?

Oh! Gambar kat atas tu? Saja je letak dan saja je bagitau. Kut ada orang nak tanya, aku dah bagitau jawapan awal-awal. Ye dak? Aku suka gambar ni. Nampak funny. Dah ada yang kena tag kat fesbuk. Walaupun aku Like page I received 50 notifications because you tagged me in your stupid photo, tapi aku peduli apa. Aku tag jugak.

Oh lagi. Tadi dah dapat call back dari Miss Haritha. Esok seken inteview aku. Homaigot homaigot. Ni bukan butterfly dah ni dalam perut. Tapi rasa macam kereta racing dalam perut lepas tu eksiden. Betapa bergelojak nya perut aku kerana cuak. Again, aku rasa ayat aku sangat lah what the fuck.

Oh dan lagi. Wish me luck, babe.


Kalau satu hari tu aku rasa sangat tensi, all I need is sebatang pokok, rumput, bukit, angin. Dan aku akan totally okay.

Aku jenis tak penyabar. Dalam erti kata lain, tak tahu sabar. (Apa beza dia?) Kalau aku marah, aku tak reti nak marah. Kenapa ayat aku sejak akhir-akhir ni macam mintak penampar sangat ye? Okay maksud aku, tak kisah marah macam mana pun, aku tak reti untuk marah dorang. Aku cuma tahu menangis kalau aku dah tak mampu kawal rasa marah aku. Yes, ini aku.

Walaupun dekat blog, dekat luar aku kuat berbahasa kasar, tapi itu cuma time aku tengah okay. Tapi kalau aku betul-betul marah, aku diam. Tahan. Dan terus menangis kalau aku rasa orang yang buat aku marah tu totally motherfucker.

Contoh macam sekarang. Pfft.

26 October 2010

Tak tau nak tulis apa sebenarnya. Mata aku dah macam kena gigit tebuan walaupun aku tak tau tebuan tu ada gigi ke tak. Mengantuk, tapi tak boleh nak tidur. Macam banyak sangat benda tiba-tiba datang nak serang otak suci muci aku ni.

Hmmph. Interview petang tadi, Alhamdulillah. Tak lah bermaksud aku dapat job tu. Masih menunggu call untuk second interview. Doakan lah dapat. Kalau tak, aku apply job as a wife je karang. Tapi ah kau ni Mal. Macam konfiden dapat je job jadi isteri. Kah Kah Kah. Ok tak kelakar.

Aku tipikal tau. Dah lapan belas ratus kali aku bagitau. Aku tipikal. Memang tipikal punya tipikal lah. Jadi, bila aku dengar cerita pasal kawan aku punya kisah cinta, aku jadi berangin. Kipas dalam bilik ni kuat sangat agaknya. Okay. Kalau kau, yes. Kau. Kalau kau rasa kau dah tak nak, kau dah tak boleh nak terus kan hubungan kau dengan kau punya awek yang dulu gila-gila punya kau cakap 'ini bakal bini aku', kau let go je lah. Kau tak payah nak terusan bercerita dekat perempuan lain yang kau masih care lagi pada awek kau tu sebab tu kau tak nak putus kan relation korang padahal dalam masa yang sama kau bermanja dengan perempuan yang kau sibuk nak bercerita konon-konon tempat untuk luah rasa sedih kecewa kau ah kau boleh pergi meninggal. Kenapa ayat aku tak ada tanda baca? BM kau dapat berapa ni Mal?

Okay. Boleh tak kau tak payah nak hipokrit lagi? Tak payah nak konon-konon kau ni baik nak mampus, konon-konon semua benda yang jadi ni kau boleh point dua puluh jari tangan dengan kaki kau tepat dekat muka awek kau tu. Fikir lah sikit, stupid! Dulu kemain lagi kau cakap dia lah intan, dia lah pujaan, dia lah bulan, bintang, matahari, utarid, zuhrah, marikh, musytari, zuhal, uranus, neptun, pluto (betul ke susunan? ini based on Ustad Zul Baru Masuk Meminang Zahrah Untuk Naik Pelamin). Tapi sekarang? Dia lah yang kasi kau sakit kepala, yang kasi kau bad mood. Hah? Lepas kau dah jumpa perempuan lain yang lebih kasi kau rasa selesa. Ah selesa tengkorak kau.

Emo kan? Ah. Macam aku kisah. Tapi kalau aku jumpa kau depan-depan, siap! (Macam berani sangat). Dan tengok balik ayat first.

Yes. Aku tak tau nak tulis apa sebenarnya.

25 October 2010

Tadi aku dah elok-elok kopi pes pasal IBM. Saja nak tunjuk tengah stadi. Tapi apahal aku macam nak poyo-poyo pulak kan? Then, aku delete. Dan sekarang, aku tengah menaip entri ini, dan korang sekarang tengah baca entri ni. Pfft. Ayat yang sangat ayam.

Almost three days here, at Prima Damansara, aku mula belajar acane rasa nya ada adik. Uhh acane sangat comel lah sebenarnya. Kan? Kan? Dan aku akui, aku sememang nya MEMANG ditakdirkan untuk tidak ada adik. Sebab kalau ada adik, mungkin aku akan disumbat kan ke Henrey Gurney awal menengah rendah dahulu atas kesalahan cubaan membunuh adik yang berperangai persis siamang hutan yang tak reti mendengar kata seorang kakak (obviously it's me) yang sangat baik lemah lembut sopan santun berbudi bahasa tutur kata manis menawan seolah-olah mintak pelempang.

Tak. Aku nak cakap yang aku dah tengok Red dengan The Child Eyes (mengarut gila babi tapi sedap jugak lah) dekat Kepong Village Mall yang guna MBO yang gila babi punya grand rasa macam ada Grammy Award je sebab macam ada red carpet lip lap lip lap dan terus buat aku rasa GSC tak setanding MBO.

Dan sekarang apa lagi yang aku buat ni? Banyak benda tak prepare dan esok aku dah interview. Please, mal. Don't be scared to speak in English. Be confident!

Wish me luck. Babe.

23 October 2010

Oh please. Wish me luck..!

Aku takut. Aku cuak. I'm fucking lack of confident. Lagi-lagi when I have to speak in English. Sampai agent ManPower tu nasihat aku macam-macam. Your English is fine. Just don't be scared to use English word. Aku macam biasa lah, I'll try. Watdehel kau I'll try. Borak tetap gak bahasa ibunda. Entah celah mana aku terai aku pun tak tau. Kahkah. Ok rasa nya this is not the right time untuk ber kah kah. Serious lah sikit bingai! Buat-buat lupa ke apa dah dapat email yang kau kena pergi inteview Isnin ni hah? *bercakap depan cermin sambil picit jerawat sikit. Homaigot kenapa sekarang baru nak tumbuh ni cik adik?*

Hmmph. Aku dupdapdupdap lagi lah. Acane? Manja kan aku sebut macam mana? Rasa nak lempang diri sendiri.

Eh. At least, I'm still good in cursing people using English.

*Duh! Broken nya..! :( *
Haih. Fesbuk buat hal ke atau Mark Zuckerberg dah nak hapus kan benda alah F biru biru ni ke atau intenet koneksyen berperangai lahanat? Eh dah okay pula? Lantak lah. Malas nak backspace. Ihik.

Eh hey! Kau ni memang pesen tak paham bahasa kan? Berapa kali aku nak cakap, jangan duk paksa-paksa aku. Aku bukan budak kecik lagi. Kalau aku nak, aku akan buat sendiri. Aku akan ambik sendiri. Kau tak payah nak pujuk, nak paksa aku suruh ambik. Suruh buat. Aku bukan gadis pemalu yang bila kau hulur barang aku duk cakap eh tak apa lah tak apa lah sambil main hujung jari. Aku bukan macam tu bodoh. Aku kalau nak, aku grab terus. Orang punya ke tak, belakang kira. Eh tak tak. Aku masih tahu beradab susila bagai.

Jadi, jangan nak jadi seorang yang menjengkelkan sangat. Dan ahh. Kenapa aku rasa macam cakap depan cermin lagi je ni? Ini hari bercakap dengan cermin sedunia ke? Atau minggu bercermin diri?

22 October 2010

Orang sekeliling, maksud aku yang selalu hang out dengan aku, yang tau SEDIKIT pasal aku, biasa nya akan cakap aku ni perempuan yang suka mencarut, suka keluar malam-malam, suka lepak mapley sampai pagi, walau pun aku bertudung. Ok yang part mencarut tu memang aku tau tak baik. Tapi tetap buat lagi. T_T Tapi at least aku mengaku *bukan lah bangga mana pun guna bahasa kasar* dan aku sedar aku memang bukan perempuan yang baik-baik. Tapi aku masih tahu jaga diri lagi.

Cuma, kesian tengok some people, yang pakaian elok-elok, yang perangai sopan-sopan, gigih mencarut, gigih keluar malam, buat aktiviti-aktiviti sosial yang macam-macam.

Oh. Aku bercakap depan cermin lagi ke?

*entri ke empat rasa nya*
.

Cuba usaha kan supaya jangan terus lancau sangat mulut tu bila bercakap. Cuba berfikir dulu, supaya satu hari nanti, tak ada lah kau malu balik bila apa yang kau sibuk duk pungpangpungpang cakap dekat orang dulu, patah balik kena tepat dekat batang hidung kau yang tak mancung tu. Oh. Hidung aku pun tak mancung juga.

Adakah aku sedang bercakap depan cermin sekarang?

.


yes. yes. yes.

Kau, suka sangat berdrama yang konon-konon, kau ni memang paham kondisi orang-orang sekeliling kau. Padahal, bak kata orang tua-tua, sepicing pun kau tak paham. Kau main redah cakap macam-macam, kau bantai assume bukan-bukan. Bodoh. Kalau tak tau, diam. Tak payah nak berlagak macam fortune teller ke apa ke. Kau langgar dengan perkataan, ingat tak sakit hati ke? Ingat tak boleh bawak mati ke?


21 October 2010


Untuk diri aku sendiri, bila aku kata aku tak kisah diletakkan pada jalan yang rosak-berlubang-lambat tar-tanah merah-tunggu ada eksiden baru nak baiki jalan, okay aku dah macam merepek, tak salah rasa nya untuk hari esok sahaja, aku harapkan Tuhan smooth kan segala perjalanan aku.

Aku berdoa, dan harap kalian pun berdoa untuk aku.

Terima kasih.

.

19 October 2010

Dulu, aku selalu berharap, selalu berdoa supaya Tuhan letak kan aku pada jalan yang senang-senang. Kalau boleh, aku tak nak hala hidup aku macam jalan bengkang bengkok. Aku nak highway tiga lane yang straight terus sampai hujung. Tapi, kenapa aku harus demand gila kan? Tak tahu bersyukur betul.

Jadi sekarang, aku ubah sikit. Aku masih mahukan perjalanan life yang kurang susah. Tapi kalau ditakdirkan laluan yang harus aku tempuh tu seperti jalan kampung yang masih tanah merah belum bertar, aku tetap terima. Dan aku berharap, berdoa supaya, Tuhan tetapkan aku, hati aku, jiwa aku, untuk terus kuat. Tak kisah lah seteruk mana pun kondisi yang perlu aku hadapi, aku akan terus berdoa, aku masih kuat, masih gigih untuk terus berdiri, berjalan dan kalau boleh, aku nak berlari.


.

18 October 2010

Aku tak pernah rasa lagi perasaan yang sama pernah kau rasa sekarang. Aku tak pernah berdoa untuk rasa. Sebab aku tak tau diri aku kuat mana. Aku tak tau keboleh berdirian aku tahap apa. Kalau nak dikira-kira, aku tak bersedia langsung dari segi apa-apa. Mental, fizikal. Tak. Aku tak pernah prepare apa-apa untuk rasa perkara yang semua orang akan rasa suatu hari nanti.

Bila kau hilang orang yang lahirkan kau, hilang orang yang susah payah besar kan kau. Mak Abah kau.

Takziah untuk kau, babe. Semoga arwah abah tenang dekat sana.

15 October 2010

Saya masih tak ubah perangai munafik saya. Masih suka mungkir janji pada diri sendiri. Semalam, saya sudah berfikir-fikir untuk ke rumah kakak di Subang, tapi sekarang, saya masih di atas katil di rumah di Shah Alam, menghadam bait-bait lagu dari band Cute Is What We Aim For. Pagi tadi saja, abang call banyak kali. Dengan senang lenang saya off kan fon lepas kali ketiga saya dapat panggilan dari abang.

Dan bila saya baru buka mata tepat jam sepuluh tadi, abang telefon lagi sekali. Bertanyakan bila saya akan bertolak dari Shah Alam ke Subang. Senang dia nak ambik nanti. Jawapan saya; 'selepas zohor'.

"Kamu pergi solat Jumaat dulu ke?" -abang.

"Yosh! Orang lah yang baca khutbah hari ni. Tengah siapkan text khutbah ni." - saya.

"......" -abang.



Sebenarnya apa yang saya nak cakap?

14 October 2010


Senja. Shell. Seorang lelaki. Sebiji helmet.

Lelaki itu terus meluru ke dalam Select. Helmet di kepala sedikit-sedikit menutup muka yang kira-kira enam per sepuluh. Muka boleh cecah market lah.

Fridge tempat minuman di buka. Tak memasal lelaki itu masuk dalam fridge, dengan helmet, dengan badan, dengan kaki, dengan kasut busuk dia. Bangla yang tukang jaga Select, diam tak terkutik.

Saya dekat luar Select, cuma sempat menyapa dalam hati.

"Hi bodoh!"

13 October 2010

Tumblr.

dulu, aku guna kan belog sebagai tempat untuk aku luah kan every single thing yang aku rasa. marah-sakithati-benci-sedih-down-bangang-babi-bodoh. tapi sejak aku tau satu perkataan yang terhasil dari enam huruf, aku rasa macam belog ni dah tak ada apa-apa. heh. sebab dekat sana, aku suka-suka hati nak tulis apa-apa. aku boleh bukak mulut luas-luas untuk menjerit. tak perlu fikir nak bina dinding tebal untuk elak orang dengar apa aku merepek. tak perlu nak paku kepingan kayu untuk halang orang tengok apa aku buat. dekat sana, it's just totally me.

dekat sini, aku balutkan diri aku dengan plastik.

09 October 2010

depan yang silam.



satu masa dulu, dia pernah menggenggam satu janji. sehingga dia tak sedar, janji tu membawa diri dia mati, seorang diri. dan dia terus terkurung dalam satu ruang hitam, kusam, busuk. tapi dia terus cuba untuk membuka mata dalam kegelapan, walaupun mengambil berjuta tahun masa. dia terus berlagak yang dia punya kaca mata yang mampu teropong cahaya untuk terus hidup ke udara.

sehingga satu masa, tangannya tercapai hujung tali ampuh. tanpa fikir panjang, dia terus pegang erat tali itu, dengan harapan yang dia mampu mengejar hujung pelangi yang selama ini dia cuma nampak dalam mimpi. tapi, dia mula jadi kurang berani. kerana seolah-olah, dia akan terjatuh kembali ke dunia kosong, yang dulu pernah dia alami.

08 October 2010

go fak yourself.


ketika kau betul-betul atas tanah jerlus dan tunggu masa nak tenggelam, ketika kau tunggu masa nak hanyut bila kena pukul dek ombak menggila, kau tak perlu risau. masih ada tangan yang sudi dihulurkan pada kau untuk elak kau dari ditelan jerlus dan disedut ombak.

tapi kenapa kau langsung tak mahu pandang even sebelah mata pada orang yang tengah kalut nak elak diri dari terpusing dalam tornado padahal dia membabi buta tolong kau dulu?

07 October 2010

kau seorang.


kalau kau rasa kau tak kuat nak berdiri, kalau kau rasa kau dah tak kencang untuk terus berlari, ok come here. aku ada dekat sini. yes, aku mungkin tak dapat nak selam hati kau, tak dapat nak paham perasaan kau, tapi sekurang-kurang nya, aku ada dekat sebelah kau, sengetkan bahu sebelah kanan, dan sandarkan kepala kau dekat bahu aku. aku tau bahu aku tak ada lah sesedap sofa paling mahal dekat dunia tapi masih aku dapat guna jemari aku untuk usap air mata kau.

jadi, jangan terlalu tenggelam dengan dunia yang kau cipta sendiri. dunia yang kau rasa cuma ada kau sorang. sebab macam aku dah bagitau tadi, aku kan ada?


06 October 2010

pilih jalan hitam.


macam setiap manusia tipikal yang lain, aku inginkan kehidupan yang sangat indah. habis belajar terus bekerja, jumpa bunga nyawa, berkahwin, ada anak, dan end up kan life dengan penuh rasa rendah diri pada Tuhan. dan masih, aku rasa jalan lurus seperti tu boleh tahan susah jugak lah nak genggam dekat tangan. bila baru nak cecah hujung jari sikit, mesti terlepas punya. dan selalunya, jalan hidup yang sebenar-benarnya mesti ada bengkang bengkok lah.

ketika ini lah kau kena tunjuk kan yang tahap kesabaran kau kuat untuk terus gigih tempuh segala macam ujian. kalau tak tahan, terus tersadai dekat selekoh tajam. mati.

05 October 2010

kawan itu masih kawan.


orang tua ada berpesan, hati-hati memilih kawan. kerana kesan dia akan terlihat pada kau nanti. tak banyak, sedikit tu tetap akan ada. tapi jika perangai kau sendiri yang berubah evil tanpa ada hasutan si kawan, kenapa masih nak terusan menghunus jari telunjuk pada kawan? mahu dia bertanggungjawab atas segala perkara hitam yang kau buat? kau tau tak kau bodoh? kau ada akal, jadi kenapa kau tak boleh nak aplikasi secara lebih logik, lebih dalam sebelum kau buat sesuatu?

jadi sekarang bila kau dah mengandung, bila darah kau sudah positif HIV, bila kau tak lagi sesuci dulu, kau patut berdiri mengadap cermin, angkat jari hantu kau straight dengan imej kau dalam cermin.

04 October 2010

bunga tahi ayam.

kau topeng kan lubang hitam dengan bunga warna warni. tapi kau sendiri tak sedar warna tak beri kesan mendalam banding dengan bau. yes. setiap orang berbeza dan aku sendiri penting kan bau dari warna. sebab bagi aku, bila-bila masa aku boleh cat kan sesuatu yang aku suka dengan warna yang aku mahu. dan kau tak takut ke kalau bunga yang kau letak dalam lubang hitam yang semakin besar tu lama-lama akan hilang tenggelam? kau tak risau? bila semua orang dapat tahu siapa diri kau yang sebenar.

aku tak suka letak bunga dalam lubang tu. aku biarkan lubang itu terbuka. dan aku hiaskan bunga hitam putih cuma di sekeliling dia. supaya kau boleh nampak kelemahan dan kekuatan aku.

03 October 2010

si bodoh itu masih, aku.


umpama kan aku si bodoh
yang terlalu berahi untuk menggentel
tujuh warna yang dihujung depan
dan terus berkejaran memijak
setiap ketul nadi-nadi keras
dan akhirnya terus tertiarap di atas
besi-besi kehidupan yang kejam
yang tanpa rasa terus mengangkat
bilah-bilah momen terkebelakang
perlahan menikam aku
si bodoh yang terlalu berahi untuk menggentel
tujuh warna yang di hujung depan



02 October 2010

Yang penamat itu, putih.




aku rasa aku dah berjaya
capai hujung pelangi yang selama ini
aku cuba cari dengan sepenuh hati
dan bila dia berjaya menyelit
di celahan genggaman
kenapa terlalu mudah aku lepas kan
kenapa terlalu gampang aku serah kan