26 August 2011

Pantas dan Saya II.

Aku tak dapat online. Jadi sekejap saja ni sebelum berbuka puasa. Aku nak bertanya kepada kamu-kamu semua, siapa nak lagi buku Heroin, sila angkat tangan. Eh eh sila email saja di amalinahamsan@gmail.com. Aku nak tahu sebab kalau lebih dari sepuluh orang yang mahu, aku akan reprint.

Sila ya.

Oh untuk naqibmiller, buku ni sesuai untuk mana-mana jantina. Yang konfius dengan jantina pun boleh baca. Hikhik.

SELAMAT HARI RAYA. SALAM DIHULUR, DUIT RAYA DIMINTA.

okbai.

16 August 2011

Pantas dan Saya.

i. Broadband yang jahanam. Tahulah warranty setahun. Tapi janganlah genap-genap setahun terus rosak.

ii. Demam. Tangan menggigil sejuk tapi tetap kena kerja sebab nak dapat duit raya banyak-banyak.

iii. Buku Heroin dah habis. Cukup-cukup untuk seorang lelaki yang email semalam. Terima kasih.


Selamat!

07 August 2011

Puasa dan Saya III.

Tahun 1996.

Masa tu bulan puasa macam bulan raya. Sebab kakak puasa, dan aku tak puasa. Mestilah aku merayakan hari-hari ketidakpuasaan aku. Sedap juga mencemburukan kakak sendiri. Lagi-lagi makan tengahari nak pergi sekolah mak suapkan. Heheh.

Satu hari tu, Ahad. Aku berkeputusan untuk berpuasa. Malu juga sebenarnya kawan lain puasa hampir penuh, aku tergagap-gagap lagi nak tahan lapar di siang hari. Eh tapi sekurang-kurangnya aku tak korek hidung tau!

Waktu itu, jam baru 10 pagi, angin dah mula buat perangai mengada nak ketuk dinding-dinding perut aku yang kecil ini. Aku garu kepala. Apa patut aku buat? Aku lihat kakak baring depan TV. Abah dekat belakang tengah sapu sampah. Mak menjahit baju di rumah atas.

Aku pun saja-saja buat pergi bilik air. Keluar bilik air, pesen pencuri profesional aku pergi ambil tin biskut yang dah pun jadi tempat letak keropok ikan, aku buka perlahan-lahan. Benda paling senang hati apabila nampak keropok ikan berlengkok-lengkok memanggil aku dari dalam tin. Aku capai bukan satu, tapi tiga. Yang besar gabak pula tu. Semoga tiga keropok ikan ini mampu menampung kehidupan aku sehingga petang.

"HAH TAK PUASA!"

Terangkat bahu aku bila kakak aku jerkah tak beri salam. Inilah akibat kalau selalu ponteng sekolah agama petang-petang.

"Mak, Dik Mal tak puasa! Dia makan keropok!"

Aku silap langkah sebab tak sempat offer kakak aku keropok ikan tu. Mak pula pantang dengar perkataan tak puasa. Persis Supermak, laju saja mak tiba-tiba ada berdiri sebelah kakak. Cepat-cepat aku sorok tangan yang berkeropok, ke belakang.

"Mana budak yang tak puasa tu?" Tubuh badan mak dah mula berketak-ketak. Peh boleh lunyai aku macam ni.

"Mana ada! Orang puasa je! Kakak tu yang tak puasa!"

Kalau dah salah, tak salah jika kita nak salahkan orang lain.

Berpegangkan prinsip di atas, aku tuding jari pada kakak aku. Tapi dah dasar buat salah lepas tu kalut tak reti nak cool lah, aku lupa aku tunjuk kakak aku tu pakai keropok ikan di tangan.


05 August 2011

Emosi dan Saya III.

Hari ini panas berdekang. Tapi aku tetap usahakan berjalan tengah panas terik sebab aku tak ada pilihan lain. Payung dah terkoyak, tiada jalan berbumbung. Dan di situ aku terlihat kau. Langkah demi langkah terus dengan senyuman kerana ada satu awan mesra mengikut ke mana saja kau pergi. Keindahan udara di sekitar susuk itu terus mencambahkan warna hijau dalam diri aku yang jerih kelelahan di bawah mentari.

Dan aku tenggelam dilapah bumi.

03 August 2011

Puasa dan Saya II.

Hari ini banyak beli lauk, membazir. Aku rasa aku kena ikat diri sendiri macam ni.

Mak kata mak malas nak masak. Jadi sebelum balik kerja, aku singgah bazar. Aku beli ikan pari masak asam pedas, sambal goreng paru, kuih donut dan karipap, air soya. Oh dengan murtabak daging dua. Balik rumah, tengok-tengok mak buat bihun goreng, ayam masak lemak cili api dan pajri terung. Amboi. Macam kenduri bertunang dah kalau tengok gaya lauk.

Sebelum sampai rumah, abah berhenti dekat kedai, beli kurma. Lepas tu masa dah nak balik, lalu dekat satu taman. Aku ternampak ada empat orang budak lelaki lingkungan 13-14 tahun agaknya. Sedap tengah minum air. Konon-konon lepak tepi bukit gitu orang tak nampaklah?

"Eh dorang tak puasalah, bah!"

Abah tenang memandu sebelum menjawab. "Kau tu puasa ke?"

ABAH NI!

Emosi dan Saya II.

Apabila satu hari nanti kau terjatuh, cuba gapai apa yang ada untuk tahan kau dari tersembam ke bumi. Kalau tak ada, kuatkan tulang kaki dan berdiri.

Sebab macam mana kau harap ada orang hulurkan tali sekalipun, yang perlu usaha kau sendiri.

02 August 2011

Emosi dan Saya.

Aku suka kegelapan. Dan bila hari semakin terang, aku semakin tak nampak apa di depan. Semua jadi kabur, segala nampak tenggelam timbul. Ketika ini, aku selalu berharap akan ada satu tangan yang mampu untuk hulurkan pertolongan, menarik aku terus ke depan dan terus berjalan.

Cumanya, aku tak nampak ada huluran diberi. Jadi tak mengapa, aku cuba kuatkan hati, berjalan sendiri.