10 July 2015

Will you marry me?

Dua tiga hari ni aku ada terbaca screenshot conversation antara satu makwe ni dengan kawan dia, atau bakal pakwe, aku tak tahu. Tapi ada benda aku nak sembang pasal tu. Siapa yang ada terbaca, tahulah. Yang tak terjumpa lagi image tu, beginilah aku simpulkan, makwe tu tengah cerita apa plan dia untuk masa hadapan dia, dengan bakal suami.

Ramai yang cakap makwe tu berangan sangat. Well, aku setuju. Dia sanggup untuk bersusah payah dengan bakal suami, tetapi bakal suami itu kena stabil, ada kerja bagus, punya kereta dan juga rumah. Jadi di mana yang susah payah bersama itu aku tak berapa nampak. Dan juga impiannya untuk jadi ibu di usia muda, tetapi lepas berkahwin, mahu honeymoon dengan suami selama setahun, baru nak anak. Tak berapa muda juga rasanya kalau macam gitu. Banyak lagi, tapi ini sajalah yang aku ingat.

Jadi, apa yang aku nak borak?

Begini. Ketika aku baca apa yang makwe tu luahkan, aku ternampak diri aku. Kelakar kan. Tapi itulah kebenaran. Aku pernah berada dalam fasa seperti itu. Aku nak kahwin dengan lelaki yang sudah ada semuanya. Kerja tetap, kereta, dan rumah, walaupun rumah sewa. Aku mahukan lelaki yang stabil, yang ada saving, yang boleh aku bergantung harap kalau apa-apa jadi. Jadi nanti, lepas kawin, aku cuma perlu cuci kaki dan hidup seperti puteri. Dijaga, ditatang, disayang.

Kemudian, aku habis belajar. Aku mula belajar hidup susah dengan gaji tak seberapa. Syukur ketika itu aku duduk dengan keluarga, apa-apa pun masih mengadu dengan mak dan abah. Apa yang kurang, masih mak dan abah ada.

Kemudian, aku semakin tua. Duduk rumah sewa sendiri, apa semua pun belajar guna duit sendiri. Perit. Semakin banyak terlihat apa yang ada di depan, semakin jelas realiti pahit yang terhidang untuk ditelan. Dan perlahan-lahan, apa yang aku impikan tu, aku cuba padam. Mungkin diri sendiri merasa susah macam mana nak cari kerja, macam mana nak gunakan duit yang ada, jadi aku tersedar sendiri. Bagaimana kalau aku lelaki? Nak cari duit untuk ada harta sendiri, untuk bahagiakan orang yang aku kasihi. Dan kepayahan yang orang lain rasa buat aku berhenti untuk bermimpi. Mimpi yang pada aku cukup membahagiakan, tapi dalam tak sedar, aku menyusahkan orang yang aku sayang.

Sekarang pun, aku masih lagi hilang arah. Masih lagi tak ketemu apa yang aku cari. Dan sejujurnya, aku tak tahu apa yang aku cari. Maka sampai sekarang tak aku temui. Cuma, aku kena terus berjalan. Manalah tahu, tersepak kebahagiaan. Kan?

10 May 2015

KLMJ Part 1

Izinkan saya mengenang kembali apa yang pernah saya lalui satu ketika dulu.

Semua ini bermula ketika satu brader yang rapat gila dengan abah datang rumah. Sebenarnya dia masih ada di rumah ketika aku tuliskan ini, dan dia sekarang di dapur menjamah sedikit jamuan yang mak sediakan. Dia datang bertanyakan arah ke Tangkak. Rupanya anak perempuannya apa benda nya nya nya ni. Anak perempuan brader ni dapat sambung belajar dekat matrik Tangkak. JMC. Johore Matriculation College.

2006.
Aku dapat tawaran ke matrik yang sama. Hampir aku tolak sebab masa tu ada kekangan dari segi kewangan. Dan aku tak mahu mak dan abah rasa terbeban. Tapi Tuhan dah aturkan ke situ, maka aku pun terima dengan gembira.

Gembira. Kerana waktu itu aku selalu saja rasa tak keruan. Selalu saja rasa yang tidak enak pada hubungan aku dengan mak abah. Jadi aku mahu pergi. Dan Tuhan mahu ajarkan aku sesuatu, maka memang aku disuruhNya pergi.

Hari mendaftar, macam biasa semuanya memenatkan, panas, bosan, dan tak menggembirakan. Sehinggalah hari menjelang petang. Mak, abah dan kakak mahu pulang. Aku sedikit walang tapi dalam hati girang kerana akhirnya aku rasa aku bebas. Pertama kali hidup sendiri.

Tapi satu perkara aku tak akan pernah lupa pada hari itu. Bila mana, sampai sekarang, aku masih teringat, malah jika aku fikirkan semula apa aku rasa bila aku berdiri seorang diri dan perhatikan kereta abah makin jauh dan menghilang, aku tak akan, tak mahu, dan tak mungkin, berdoa atau meminta untuk pergi jauh dari orang yang aku sayang. Perasaan ditinggalkan, perasaan seorang diri dikelililingi orang yang aku tak kenali. Ketika itu aku rasa macam nak berlari kejar mak abah dah tak mahu mereka pergi.

Perasaan itu tak akan pernah hilang dalam diri aku. Dan terima kasih Tuhan, tunjukkan sesuatu yang takut betul untuk aku hilangkan.

07 May 2015

Tiga Dara Pingitan Part 1

Semua orang ada angan-angan kan. Angan-angan yang sedaya upaya diusahakan untuk jadi kenyataan. Aku tak bercakap tentang kerjaya. Aku borak tentang apa yang kita nak buat dalam hidup untuk kita rasa bahagia.

Masa aku menengah rendah, tingkatan satu atau dua, aku suka menulis dan selalu berangan nak ada buku sendiri. Alhamdulillah, 2011, buku pertama aku, Heroin, keluar. Dan 2013, disusuli dengan Seyogia. Kemudian dengan bantuan rakan-rakan, kami berjaya hasilkan Dabel Date, Koskenkorva dan Disember.

Kemudian ketika aku menengah atas, aku selalu berangan nak bawa motor lalu highway Karak. Dan alhamdulillah, berjaya. Masa 2008-2009, ada beberapa kali aku sempat ulang alik Jengka-Bangi naik motor dengan kawan aku, sebelum motor aku hilang.

Dan aku tersedar kehidupan aku selepas itu dah kurang berangan. Berangan tu banyak. Berangan yang betul-betul nak diusahakan tu yang tak ada. Maka aku terfikirkan sesuatu.

Aku sudah utarakan hal ini kepada dua kawan baik aku sejak beberapa bulan lalu. Dan kali ni aku betul-betul nak buat. Aku nak pusing semenanjung naik motor. Tetapi untuk permulaan, kami akan cuba ke pantai timur saja dulu. Semuanya masih dalam perancangan. Belum duduk minum kopi dan borak dengan lebih tegas. Tapi aku akan pastikan angan-angan ini bukan mat jenin yang punya. Tapi amal yang punya!

26 April 2015

Corak Hitam Kelabu

Hampir sepanjang hari aku lepak dekat bilik kawan aku. Bila dah tengah malam, baru tersedar yang kawan aku perlu berehat dan aku sendiri kena balik mandi. Sambil humming lagu Jatuh by Liyana Fizi (baru lepas tengok Aku, Dia & Tong Gas buat kali ke 377282075 kali), aku pun menuju ke foyer blok, tempat parking motor.

Zap zap zap letak barang dalam bakul motor, aku pun duduk. Ching ching ching pilih kunci motor sebab kunci motor aku gantung sekali dengan kunci rumah yang menyebabkannya serabut tapi tak ada masa nak asingkan sebab risau juga nanti keluar tertinggal kunci rumah, aku pun nak cucuk la kunci motor pada tempat kunci motor tersebut.

Mata aku ternampak something pada dasar besi bakul motor, dekat lutut kanan aku.

Fakin hel ada ular sebesar jari tengah belit besi bakul motor!

Tergigil, terketar, terkentut, ter-nak menangis. 

Berlari-lari aku pergi bilik kawan aku minta tolong dia halaukan ular. Kemudian, aku dan kawan aku secara berjemaah cuba halau ular tersebut, tak ada niat nak bunuh pun. Aku tak tahu tu ular jenis apa, anak ular atau ibu bapa ular, tapi bila aku suakan batang penyapu dekat dia, dia macam nak attack kitorang. Then, ular tu terus jatuh ke bahagian enjin motor lepas tu senyap. Aku suluh tapi tak jumpa.

Natang.

Nak dijadikan cerita, ada pakguard lalu. Kitorang pun panggil dan pakguard tolong tengokkan. Tapi yang pakguard nampak hanyalah motor. Ularnya tak ada. Lepas tu pakguard tu suruh aku tumpang tidur bilik kawan aku, esok sajalah sambung halau ular. Kasi can ular tu tumpang tidur dekat motor T.T

Jadi, di sinilah aku sekarang. Menaip menggunakan laptop kawan aku yang telah pun lena diulit mimpi. 

Dan samada kebetulan atau tidak, kakak aku whatsapp. 

"Mena, mak cakap kalau kau nak bertunang tahun ni, mak nak sponsor majlis."

Maksudnya, bukan saja ular hitam masuk dalam mimpi memberikan petanda kita akan dirisik atau bertunang, ular masuk dalam motor pun petanda green light yang bikin hati senang. Tapi, hm, mana pasangan?

20 April 2015

Canyon

Tadi ada telemovie Cintaku Tertinggal di Mostar. Aku baru tahu Mostar ni salah satu tempat yang cantik di Bosnia. Tapi tu bukan point kenapa aku tulis blog malam ni. Aku tak ingat nama watak heroin dalam cerita ni, tapi ia dilakonkan oleh Siti Saleha. Permulaan cerita, ada scene Siti Saleha borak dengan Remy Ishak, dia punya best friend.

Saleha: "Farid, bila kita dah umur 30++ tapi kita tak ada sesiapa, kita kawin la"

Dan di situ lah aku terdiam. Sebab aku pernah keluarkan ayat yang sama pada kawan baik aku, J. Kawan baik di sini bermaksud dia seorang kawan yang sangat baik, dan sangat faham aku. Dia tahu semua baik buruk aku, koyak rabak luar dalam aku, segala rasa celaka yang pernah aku lalu. Semua. Semua dia tahu, dan dia ingat, dan dia tak pernah lupa. Kadang-kadang aku sendiri tak ingat apa aku pernah cakap, but he won't forget. 

Dan apabila aku keluarkan ayat tu dari mulut aku, tak sangka, semuanya berubah. Dari kawan, kepada level atas sikit dari kawan. Sampailah dia datang jumpa parents aku. Mak abah suka. Rancang macam-macam.

Tapi ada perkara yang tak bergerak lancar. Dan semua tu berpunca dari aku. Kata abang, aku tak matang. Kata kakak, aku tak pandai hargai apa yang di hadapan. Kata dia, dia tak kata apa-apa. Dia terus terima dan terima apa yang aku putuskan.

Banyak benda jadi sampai aku sendiri malu nak tuliskan kesilapan aku. Cukuplah yang aku boleh katakan yang aku menyesal. Selfish, bodoh, angkuh, ego, childish, bangang, gemuk, dan semua perkara yang korang tak mahu ada pada makwe korang, ada pada aku. Sedih.

Tapi sekarang dia dah bahagia. Dia akan berkahwin dengan gadis pilihan hati dia, yang ternyata lagi baik dari aku. Tahniah, J. Aku gembira bila kau bahagia.

Kalau tak silap aku, hari ni genap setahun aku dan J bersama semula sebelum berpisah untuk terakhir kali. Dan keputusan untuk mencuba lagi pada ketika itu sebenarnya satu keputusan yang salah sebab aku merosakkan segala-galanya. Syukur sekarang dia dah bahagia. 

Kalau kau baca ini, maafkan aku sebab menjaja cerita pasal kita yang dah lama tak ada. Maafkan aku yang masih belum lupa kerana buat kau terluka. Maafkan aku supaya hati aku tenang semula.

Maafkan aku, J.

08 March 2015

Deep into the C.

Izinkan aku berborak tentang crush aku masa form 4. Kah. jahanam juga borak benda yang dah lama berlalu ni. Inilah yang berlaku apabila tak praktikkan 'barang yang lama jangan dikenang'.

Semua ini bermula ketika aku berminat nak beli majalah Utopia. Masa tu Utopia dah masuk nombor 23. Tak silap aku cover dia Kylie Minogue dan itu isu bumper. Lepas tu aku terus beli dan beli dan beli. Kenapa? Satu sebab komik dalam tu best. Ada Ben, Kaoru. Tapi yang lagi aku suka sebab ada writer dalam tu yang best gila babeng.

DeepC. 

DeepC ni dia punya kelakar aku tak tahulah nak cakap guane. Semua benda yang dia tulis aku suka. Jenis sempoi luar biasa. Suka betul aku dengan DeepC ni. DeepC dan kawan dia lagi sorang, Ka-mail. Dorang dua orang pada aku kelakar nokharom. Jenis suka nganjing sesama sendiri melalui artikel yang dorang tulis. Jadi artikel yang dorang tulis tak pernah bosan sebab benda tu jadi lawak. Selalunya aku memang cari slot yang dorang tulis. Lepas tu tak silap aku, DeepC stop awal daripada Ka-Mail, menyebabkan aku rasa macam dah tak best sangat sebab hiburan dah tak ada.

Aku punya crush ke DeepC tu biasalah, crush seorang pelajar sekolah dekat someone yang femes. Tapi aku ada juga cari siapa DeepC sebenarnya. Aku pernah tengok dia dalam Utopia masa edisi raya, dorang buat komik versi gambar real, bukan kartun. Yang itu pun dia kelakar gila dan buatkan aku lagi suka. Suka pada writer yang power lah kan.

Jadi, kenapa aku cerita semua ni?

Sebab, pagi tadi, melalui twitter, aku baru tahu yang DeepC tak pernah hilang dan sebenarnya dia ada dalam circle kawan-kawan aku dan OMAIGOD KAU TAKKAN TAHU BETAPA EXCITED NYA AKU BILA TAHU YANG AKU DENGAN DEEPC SEBENARNYA DAH LAMA FRIEND DEKAT FACEBOOK!! Damn it I couldn't imagine someone yang kita adore dari kita sekolah, sebenarnya merupakan orang yang sama yang aku admire juga as a writer. Sekarang, dia ada dua buku, dan masih bujang. Belum kawin, tapi aku tak sure dia ada makwe ke tak.

TERIMA KASIH TUHAN SEBAB IMPIAN AKU NAK JUMPA ORANG YANG AKU SUKA DARI MASA SEKOLAH TERCAPAI WALAUPUN TAK PERNAH BERTENTANG MATA TAPI AKU PEDULI APA! YANG PENTING AKU TAHU DIA WUJUD!

03 March 2015

Rindu.

Siang tadi, sementara tunggu bas sampai untuk aku pulang ke Bangi, aku duduk bertiga dengan mak dan abah, dan berbual. Topiknya random, daripada burung yang tersangkut pada jaring di Jengka Sentral, sehinggalah kepada berapa hantaran jiran aku yang bakal berkahwin tak lama lagi.

Aku: Orang nanti nak hantaran belas ribu lah.
Mak: Eh banyaknya kau nak buat apa?
Abah: Yang nak menyusahkan orang tu kenapa?
Aku: Memain je T.T

*Yeay mak abah tak kisah hantaran berapa!*

Aku: Mak, nanti orang tak nak bertunanglah. Nak terus nikah je.
(Abah pandang aku)
Mak: Ikutlah. Mak tak kisah.
Aku: Kan? Tak adalah kenduri dua tiga kali. Tapi nanti kalau mak nak orang bertunang, kita buatlah majlis sehari sebelum kenduri tu.
Mak: Betul juga tu. Masa orang tengah rewang tu boleh buat makan-makan juga.
Aku: Yeay!
Mak: Dah ada ke orangnya?
Aku: Errr belum
Mak: Cakap macam nak kawin tengah tahun ni.

Hahahaha. Bukan main real lagi aku borak dengan mak pasal kenduri bagai. Tapi terlupa calonnya belum ada. Sedih juga. Tapi tak apalah. Yang penting aku dah bagitau apa aku nak, dan mak aku setuju saja. Tapi bila aku cakap nak kahwin umur 30, mak jeling secara tegas dan garang. Terus aku cancel kan plan aku tu dan sekarang gigih mencari bakal imam selain abah.

Dan maghrib tadi, aku dapat mesej dari mak.





Mak ni kannnnnn. Ada juga aku merempit balik Jengka malam ni kanggg

02 March 2015

Hello, March

Mungkin kau tak baca. Mungkin kau tak tahu pun blog ini ada. Tapi semua tu tak bagi banyak beza. Cuma kalau kau ada terbaca, sejujurnya aku masih risaukan kau yang ada dekat entah mana-mana. Aku masih risaukan tentang kau yang semakin aktif bersukan bersuka ria. Aku masih risaukan lutut kau yang tak terjaga. Cuma segalanya tak terluah, tak terkata. Sebab apabila satu perkara dah terhenti secara tiba-tiba, rasa malu, rasa bersalah untuk bertanya khabar berita sentiasa menunjukkan muka. Membuatkan aku terus diam, dan mengharapkan kau itu, baik-baik sahaja.

06 February 2015

Goodbye, October.

Sejak apa yg aku putuskan beberapa bulan lepas, sekali pun aku tak menangis. Bukan megah, tapi tiada air mata untuk diperah. Mungkin terlampau sakit. Mungkin terlalu perit. Maka semua terus tersimpan. Semuanya terlalu degil untuk dikeluarkan. Sehingga kini. Sehingga pagi ini. Sehingga detik begini. Sehingga waktu semakin pantas menarik pagi. Tak tahu apa yang berlaku. Tiba-tiba air mata aku laju. Tiba-tiba aku tak boleh kawal jantung yang melaju. Tiba-tiba aku terus terdiam, kaku. Dan aku tersedar sesuatu.

Aku rindu.

Rindu pada semua yang dah berlalu, ketika tangan aku laju melihat apa ada pada kita dulu. Rindu pada kita. Rindu pada apa yang kita pernah ada. Rindu pada setiap masa yang kita cinta. Rindu pada semua gelak tawa yang kita punya.

Maaf.

Untuk segala yang tak sempurna. Untuk segala yang buat kau terluka. Untuk semuanya yang sudah tiada.

04 February 2015

Binatang apa ni?

Apabila aku sudah pun membiarkan tubuh gemuk ini dipeluk erat dengan pakaian indah-indah, wangi-wangi, tiba-tiba pintu itu tertutup. Bodohnya. Macam mana aku nak masuk?

Jadi aku terajang pintu itu.

Pintu itu teguh, kaki aku remuk.

Bodoh. Bodoh. Bodoh.

Tapi aku tetap tunggu depan pintu itu, cuba mengingat di mana aku letak kunci. Dan lepas tu aku baru tersedar, aku tak pernah ada kunci.

Tengah aku duduk tertunduk terdongak tengok bulan tengok pantulan bulan dari kolam cantik depan pintu, kau keluar.

Kau keluar dengan tangan di pinggang seekor ayam.

Aku sapu-sapu bontot, tepuk-tepuk debu di tangan. Yakin betul tatkala aku hulurkan tangan pada kau sebab aku tahu kau akan sambut huluran tangan aku di depan pintu itu.

Dan kau bagi aku dedak ayam berserta senyuman kau. Senyuman sial.

02 February 2015

Apresiasi

Assalamualaikum, Februari.

Rasa lama tak tulis blog. Rasa macam baru je lagi aku tulis pasal entri welcomeback tu. Tengok-tengok dah nak habis dah masa aku dekat UKM. Siap extend satu sem hahaha. Tapi sekarang ni aku bukan nak cerita pasal study atau tesis aku, sebab macam mana gila waktu viva tu pun, semua dah lepas, dah pun berlalu. Tinggal nak buat correction je lagi. Itu pun malas hm.

Apa aku nak cerita ialah tentang suatu kesedaran. Perkara yang sebenarnya dah lama aku tahu, tapi entah la, tak terasa untuk merasa apa-apa. Cuma, apa yang jadi hari ni macam menjentik-jentik hati aku.

Petang tadi, aku nak makan. Aku panggil mak ajak mak makan. Mak kabor mak kenyang. Aku okey jela, senduk nasi dalam pinggan lepas tu duduk nak makan. Baru kuah jatuh ke nasi, mak turun ke dapur. Mak kabor mak kenyang, tapi apasal turun dapur kan? Aku okey jela lagi. Lepas tu mak duduk dekat meja makan cakap nak makan bihun. Bihun tu yang aku buat masa makan pukul 3 tadi. Mak ambik sikit letak dalam pinggan lepas tu makan macam biasa sebelah aku. Bila aku siap makan, mak pun siap makan. Lepas tu mak pegi tengok tivi semula masa aku tengah kemas dapur.

Masa tu aku macam tersedar sesuatu. Terdiam sekejap la masa aku tengah basuh pinggan.

Sebelum ni, kalau mak abah nak makan tapi masa tu aku tengah kenyang, aku cuma sediakan makanan dan pegi tengok tivi semula. Tapi bila aku nak makan, kenyang mana pun mak, mak tetap datang temankan aku makan. Celaka bergenang pula air mata ni.

Aku pun tak tau apa benda aku nak sampaikan sebenarnya dalam entri ni. Tapi satu perkara yang sekarang tengah meliar dalam kepala otak aku, selagi kita ada peluang untuk duduk, berborak, bercerita, bergelak ketawa dengan orang yang kita sayang, hargai la masa tu sebaik- baiknya. Tak rugi pun. Sikit pun tak rugi. Dan aku tau, korang yang baca ni, tak ada yang perangai bangang macam aku kan?