30 March 2018

Sup Ayam, Sambal Kicap & Jengka.

Sudah petang Jumaat. Tak sabar betul sebab esok pagi ai nak balik kampung. Dapat cuti sampai hari Selasa sebab prof akan berangkat ke Mekah selama dua minggu (YEAY!)

Sebenarnya kan, plan hari ni nak makan burger McD yang baru tu sebab malas ya ampun nak masak. Tapi kawan yang kerja McD cuti pula hari ni. Tak dapat merasa burger free. Jadi ai pun berkeputusan untuk terpaksa masak jelah balik nanti. Kebetulan dekat rumah ada ayam, lobak, tomato, halia, rempah empat beradik. So boleh teka kan ai nak masak apa?

Ya. Sup ayam.

Mudah dan sedap. Kahkah biasalah ai sentiasa larat masuk bakul angkat sendiri. Jangan risau ya ai tak suruh uolss angkatkan. Anyway sup ayam ai seriously mudah sangat.Kalau nak resepi, nanti ai buat entry lain, khas untuk resepi-resepi orang pemalas macam ai. Cuma semalam sambal kicap dah habis. So hari ni kena buat baru. Aduh terus rasa lemah-lemah badan nak buat sambal kicap, padahal guna blender. Luls. Tapi tak apalah. Sambal kicap kan boleh simpan lama. Boleh cicah dengan tempe bersalut tepung.

Tak sabar nok. Tak sabar nak makan sup ayam, dan tak sabar nak balik kampung jumpa mak abah dan shopping raya!

YEAYY!

29 March 2018

Housemates & Labu Sira

Sejak habis belajar, ini sudah rumah sewa yang kelima aku menyewa. Empat daripadanya bersama kawan dan yang kelima ini dengan strangers.

Kenangan paling tak best masa rumah sewa keempat. Itu rumah kenalan pada kawan. Tapi banyak juga perkara yang aku tak diberitahu sebelum masuk. Katanya ada mesin basuh, tapi sebenarnya rosak (grrr). Yang paling geram adalah bilik aku sebenarnya bekas stor. Tak pernah ada orang duduk bilik tu since dorang menyewa, dan aku orang pertama. Nak pindah, dah dekat setengah tahun duduk situ. Dan tindakan untuk stay adalah silap. Akhirnya aku pindah juga.

Dan rumah baru. Mula-mula, biasalah awkward dan tak mesra. Tapi lama-lama, macam dah kenal dari zaman sekolah rendah weh. Ada yang kerja, ada yang masih belajar. Masing-masing ada hal tapi bila petang, atau hampir maghrib, semua balik, masak-masak (walaupun masak asing) tapi tetap makan sama. Meriah. Rasa macam adik beradik.

Jadi pagi tadi, aku bersahur dengan salah seorang housemate. Sambil makan, sambil borak. Macam bersahur dengan keluarga. Lain macam punya bahagia. Tapi lagi sedap, malam tadi housemate lagi seorang dah siapkan labu sira untuk kami yang nak berpuasa ni rasa, supaya tak teringat sebelum berbuka. First time makan labu sira, sedaknyoo. Pandai betul housemate buat, tak manis sangat, tak tawar sangat. Sede molek. Tapiiii housemate pandai masak ni akan keluar sebab dia dah kahwin itu hari. Sedih. Tinggallah kami kami yang tak pandai masak. Sobs.

16 March 2018

Karipap, Mini Burger dan Honda CR-V Hitam

Jumaat yang penuh berkat,

Jadi hari ini, seperti biasalah masih malas nak masak untuk breakfast dan bekal makan tengahari waktu kerja. Sedap lagi tidur ish ish. Maka aku pun membuat keputusan untuk beli saja nasi lemak dan karipap di satu gerai area Seksyen 3 Bangi. Entahlah, sedap betul karipap yang brader ni jual. Karipap ketiga tersedap yang aku pernah makan. Karipap paling sedap? Kakak aku buat. Mak jatuh nombor dua sebab mak punya kurang pedas (Hihihi sorry mak).

Sampai dekat gerai, aku tak nampak kelibat karipap. Alamak sudahlah lama betul aku teringin, bila nak beli, rupanya dah habis. Dapat beli nasi lemak dan mini burger saja. Tapi okay jugalah daripada tak ada langsung. Kan.

Jadi apa kaitan karipap dan Honda CR-V? Adakah pembuat karipap kini memiliki Honda CR-V Hitam?

Tidak.

Selepas beli makanan, aku pun teruskan perjalanan ke tempat kerja. Sampai di roundabout, nampak saja lampu merah untuk mereka yang nak exit roundabout, aku pun terus pulas throttle. Sumpah. Kalau kereta belakang aku tak hon hampir 15 saat, aku tak akan perasan sebuah Honda CR-V yang laju gila tak berhenti pun walaupun lampu laluan dia sudah merah. Dan kalau aku tak berpaling sebab terfikir apa salah aku kerana bunyi hon tu, padahal kereta belakang hon si Honda CR-V ni, mungkin, mungkin, nasi lemak dan mini burger aku ni akan bersepah ke jalan.

Syukur. Aku masih boleh menyanyikan lagu Perfect - Ed Sheeran di atas motor dengan hati sedikit berdebar selepas kejadian. Ya Tuhan maafkan hamba-Mu yang lupa berzikir, sibuk duk menyanyi :(

Terima kasih, Allah.

09 March 2018

Jojie, I Love You

She probably won't read this, or maybe she will.

First time berjumpa masa kami para student disuruh berkumpul ikut course masing-masing, Julai 2007 kalau tak salah. Course geologi masa tu dalam empat orang. Aku, dia, dia dan dia, J. Kenal-kenal, bila dah mula belajar, salah seorang tukar course, ambil biologi. Tinggallah bertiga. Dan teruslah aku dan J rapat serapat rapatnya. Makan sama, pergi kelas berjalan sama, tidur dekat surau sama, termissed kelas sama, banyak betul samanya. Kebetulan geologi banyak kena pergi fieldwork, sama group pula. Jadi hotel sama, kerja semua sama.

Tiba-tiba hujung tahun dua, J diam. Pergi mana-mana sendiri, atau apabila aku ajak, katanya ada hal. Aku pun buat hal aku. Lama, sampai sem satu tahun tiga. Aku betul-betul tak tahu apa marahnya J pada aku. Sampai satu hari, J ym. Yang tak tahu, ym tu Yahoo Messenger.

"Jom makan," katanya.

Aku pun setuju. Kami makan dekat kedai makan favorite. Dah siap makan, J pandang aku dan kata "Aku ada benda nak cakap ni."

Aku terdiam. Mula rasa resah.

"Kau ada blog kan?" Soalnya lagi.

Dada aku berdegup kuat masa mengangguk.

"Aku baca blog kau. Dan aku baca apa kau tulis pasal R, dan pasal aku."

Aku telan liur. Ya, dulu ada isu antara aku, J dan kawan-kawan lain. Dan aku tuliskan di blog. Tapi pembaca banyak beri respon negatif dan menyalahkan J sedangkan cerita itu bukan keseluruhan.

"Seriously aku marah gila. Sebab tu aku avoid jumpa kau, lepak dengan kau. Sebab kalau aku berdepan dengan kau, teruk kau kena dengan aku."

Aku tunduk, genggam tangan kuat-kuat, mula sedar salahnya daripada aku sendiri.

"Tapi sekarang aku dah tak marah dah. Aku pun faham dan malas nak fikir dah. Sebab tu aku ajak kau keluar makan. Nak berbaik macam dulu."

Sumpah, aku nak menangis masa tu. Punya rasa bersalah, punya rasa teruk sangat. Puas minta maaf berkali-kali walaupun J kata dia dah maafkan, tapi masih aku rasa bersalah. Dan alhamdulillah, kami masih baik hingga ke hari ini walaupun jarang contact.

Kenapa aku tulis pasal J? Sebab hari ni birthday dia. Dia antara kawan yang aku paling sayang sebab tiga tahun kitorg sentiasa berdua. Banyak kenangan dan aku harap, J akan terus sihat dan sentiasa happy dengan apa yang dia buat.

xoxo

06 March 2018

Loan ASB oh Loan ASB II

Fuh, punya lama laa nak tunggu aku update pasal loan ASB ni.

Begini ceritanya. Itu hari lepas tak boleh buat dekat RHB Bangi, hari Jumaat (26 Jan 2018) aku pun pergilah ke RHB Putrajaya. Pergi pagi, orang tak ramai kan. Jumpa pegawai bank dekat situ, bagitahu nak terminate loan, dan dia pun beri satu borang untuk diisi, juga mahukan photostat IC.

Borangnya mudah saja. Isi nama, no account (aku lupa nombor dan pegawai bank boleh tolong cekkan, no worries) dan tick dekat tiga options kenapa nak terminate. Lepas siap sign, pergi semula pada pegawai tu. Dia cuma tanya kenapa nak terminate, aku cakap nak kurangkan komitmen, dan dia diam je. Tak sampai 10 minit dia click entah apa dekat PC dia, then "Ok dah terminate." Aku pun terkejut, cepat betul. Aku tanya, ada outstanding tak? Dia check dan bagitahu tak ada. Alhamdulillah. Katanya, "Lepas sebulan, kita akan refund certain amount dalam account ASB cik. Nanti cik boleh check ASB."

Dan siap.

Dan selepas sebulan dan beberapa hari, alhamdulillah dapat refund yang unexpected jugalah. Mungkin rezeki kahwin kot. HIHIHIHIHI