26 April 2015

Corak Hitam Kelabu

Hampir sepanjang hari aku lepak dekat bilik kawan aku. Bila dah tengah malam, baru tersedar yang kawan aku perlu berehat dan aku sendiri kena balik mandi. Sambil humming lagu Jatuh by Liyana Fizi (baru lepas tengok Aku, Dia & Tong Gas buat kali ke 377282075 kali), aku pun menuju ke foyer blok, tempat parking motor.

Zap zap zap letak barang dalam bakul motor, aku pun duduk. Ching ching ching pilih kunci motor sebab kunci motor aku gantung sekali dengan kunci rumah yang menyebabkannya serabut tapi tak ada masa nak asingkan sebab risau juga nanti keluar tertinggal kunci rumah, aku pun nak cucuk la kunci motor pada tempat kunci motor tersebut.

Mata aku ternampak something pada dasar besi bakul motor, dekat lutut kanan aku.

Fakin hel ada ular sebesar jari tengah belit besi bakul motor!

Tergigil, terketar, terkentut, ter-nak menangis. 

Berlari-lari aku pergi bilik kawan aku minta tolong dia halaukan ular. Kemudian, aku dan kawan aku secara berjemaah cuba halau ular tersebut, tak ada niat nak bunuh pun. Aku tak tahu tu ular jenis apa, anak ular atau ibu bapa ular, tapi bila aku suakan batang penyapu dekat dia, dia macam nak attack kitorang. Then, ular tu terus jatuh ke bahagian enjin motor lepas tu senyap. Aku suluh tapi tak jumpa.

Natang.

Nak dijadikan cerita, ada pakguard lalu. Kitorang pun panggil dan pakguard tolong tengokkan. Tapi yang pakguard nampak hanyalah motor. Ularnya tak ada. Lepas tu pakguard tu suruh aku tumpang tidur bilik kawan aku, esok sajalah sambung halau ular. Kasi can ular tu tumpang tidur dekat motor T.T

Jadi, di sinilah aku sekarang. Menaip menggunakan laptop kawan aku yang telah pun lena diulit mimpi. 

Dan samada kebetulan atau tidak, kakak aku whatsapp. 

"Mena, mak cakap kalau kau nak bertunang tahun ni, mak nak sponsor majlis."

Maksudnya, bukan saja ular hitam masuk dalam mimpi memberikan petanda kita akan dirisik atau bertunang, ular masuk dalam motor pun petanda green light yang bikin hati senang. Tapi, hm, mana pasangan?

20 April 2015

Canyon

Tadi ada telemovie Cintaku Tertinggal di Mostar. Aku baru tahu Mostar ni salah satu tempat yang cantik di Bosnia. Tapi tu bukan point kenapa aku tulis blog malam ni. Aku tak ingat nama watak heroin dalam cerita ni, tapi ia dilakonkan oleh Siti Saleha. Permulaan cerita, ada scene Siti Saleha borak dengan Remy Ishak, dia punya best friend.

Saleha: "Farid, bila kita dah umur 30++ tapi kita tak ada sesiapa, kita kawin la"

Dan di situ lah aku terdiam. Sebab aku pernah keluarkan ayat yang sama pada kawan baik aku, J. Kawan baik di sini bermaksud dia seorang kawan yang sangat baik, dan sangat faham aku. Dia tahu semua baik buruk aku, koyak rabak luar dalam aku, segala rasa celaka yang pernah aku lalu. Semua. Semua dia tahu, dan dia ingat, dan dia tak pernah lupa. Kadang-kadang aku sendiri tak ingat apa aku pernah cakap, but he won't forget. 

Dan apabila aku keluarkan ayat tu dari mulut aku, tak sangka, semuanya berubah. Dari kawan, kepada level atas sikit dari kawan. Sampailah dia datang jumpa parents aku. Mak abah suka. Rancang macam-macam.

Tapi ada perkara yang tak bergerak lancar. Dan semua tu berpunca dari aku. Kata abang, aku tak matang. Kata kakak, aku tak pandai hargai apa yang di hadapan. Kata dia, dia tak kata apa-apa. Dia terus terima dan terima apa yang aku putuskan.

Banyak benda jadi sampai aku sendiri malu nak tuliskan kesilapan aku. Cukuplah yang aku boleh katakan yang aku menyesal. Selfish, bodoh, angkuh, ego, childish, bangang, gemuk, dan semua perkara yang korang tak mahu ada pada makwe korang, ada pada aku. Sedih.

Tapi sekarang dia dah bahagia. Dia akan berkahwin dengan gadis pilihan hati dia, yang ternyata lagi baik dari aku. Tahniah, J. Aku gembira bila kau bahagia.

Kalau tak silap aku, hari ni genap setahun aku dan J bersama semula sebelum berpisah untuk terakhir kali. Dan keputusan untuk mencuba lagi pada ketika itu sebenarnya satu keputusan yang salah sebab aku merosakkan segala-galanya. Syukur sekarang dia dah bahagia. 

Kalau kau baca ini, maafkan aku sebab menjaja cerita pasal kita yang dah lama tak ada. Maafkan aku yang masih belum lupa kerana buat kau terluka. Maafkan aku supaya hati aku tenang semula.

Maafkan aku, J.