23 June 2011

Jaga kau, Fahmi!

Pagi tadi aku bangun lambat seperti biasa. Nak dekat-dekat azan Zuhur baru celik mata itupun setelah berpuluh kali Fahmi geletek tapak kaki aku. Nasib baik lepas geletek dia terus lari. Kalau tak mau berlekuk kepala dia tu kena hentak dengan kaki aku.

Aku menggeliat dengan sedapnya.

Fahmi yang berdiri dekat muka pintu pandang aku. Lepas tu terus dia lari dekat mama dan neneknya di ruang tamu sambil menjerit, "MAMA, GERGASI DAH BANGUN!"

@#%$#&!

22 June 2011

Abah sorang je.

Hari Bapa kan Ahad itu hari?

Jujurnya aku terlupa walaupun aku semangat gila tukar profile picture dekat FB dengan abah masa bulan lima. Nasib baik aku tengok iklan tivi. Dulu masa darjah tiga, aku pernah bagi sekotak Dunhill siap balut dengan kertas warna pink pekat. Dunhill 20 masa tu baru tiga ringgit lebih. Mampu lagilah tabung aku tu nak tampung harga sekotak rokok kesukaan abah tu. Walaupun mak jeling marah sebab aku bagi hadiah rokok dekat abah, tapi aku tak peduli, yang penting abah aku gembira. Kan kan kann?

Tapi dah besar ni tak tau dah nak belikan apa.

Awal tahun hari tu, masa aku masih duduk bersenang lenang dekat rumah, sekarang pun senang lenang lagi, abah demam. Abah ni pesen kerja yang banyak kerah tenaga. Masa muda-muda dulu, abah kerja sawah. Bila pindah ke Pahang, abah jadi peneroka. Ngangkut sawit tetiap hari. Bila pekerja Indonesia dah ambil alih, abah apply kerja pekebun dekat sekolah. Paling gembira, akulah. Sebab abah ada dengan aku setiap hari. Orang lain, tak ada. Okey sambung dekat part abah demam tu. Disebabkan terbiasa bekerja, abah tak betah duduk rumah. Tu yang abah pergi jadi jaga dekat koperasi felda jengka aku. Bila dah demam tu pun, abah nak juga kerja. Aku dengan mak puas duk paksa, cuti lah, cuti lah. Tapi abah degil. Dan baru aku faham dari mana sifat degil aku ni datang.

Demam abah tu tak kebah pun dalam masa seminggu. Aku cuak. Dah lah ajak abah pergi klinik, dari awal-awal dah ditentang hebat oleh abah. Tapi nak tak nak, aku tarik abah bawa masuk kereta, pergi cek doktor. Tuptup, doktor kabor abah ada kencing manis. Sampai tak boleh baca pula tu berapa kencing manis abah. Kalau ikutkan memang kena duduk wad, tapi abah tak nak. Jadi doktor bagi ubat dan suruh datang balik seminggu lepas tu.

Seminggu, aku jaga abah yang langsung tak nak makan. Badan abah yang chubby buncit buncit comel tu terus kurus kering. Memang keping sangat. Tiap kali aku nak bagi abah makan, dan bila abah cakap abah tak nak, aku ketap bibir kuat-kuat sebab aku tak nak nangis depan abah. Aku menangis sebab tak sanggup tengok abah kurus sangat, terbaring tak larat nak bangun. Susah hati tau.

Dua minggu, kencing manis abah mula turun. Tapi abah tetap tak ada selera nak makan. Kalau tiba-tiba abah cakap nak makan tomyam, cepat-cepat aku buatkan. Eh tak. Mak aku lah yang buat. Aku tolong suapkan je sebab kalau dengan orang lain, abah tak nak makan. Dengan aku, aku paksa. Biorlah abah nak marah ke apa ke, janji abah makan sikit. Dekat sebulan tengok abah sakit gitu, bodohlah kalau aku tak risau, tak fikir sebarang kemungkinan kan. Tapi Alhamdulillah. Abah dah beransur pulih dan sekarang, abah sihat dan buncit seperti dulu. ^^

Abah dah 64 tahun. Tua kan? Aku selalu doakan mak dan abah panjang umur. Tapi dalam usia macam ni, aku tau yang aku kena bersedia untuk apa-apa yang bakal terjadi. Aku tak minta, tapi semua orang akan mengalami perkara yang sama kan? Jadi aku terima segala keputusan abah yang tak mahu aku keluar dari Pahang, terus duduk dekat rumah ni sehinggalah sampai waktu yang sesuai. Yelah. Aku tak nak satu hari nanti aku menyesal.

Jadi, Selamat Hari Bapa, bah.






20 June 2011

Waalaikumussalam. Jemputlah masuk.

Harith, si kanak-kanak empat tahun yang pandai bergaya itu makin kerap datang ke kedai menemani aku setiap malam. Ah bukan teman aku pun. Dia tak habis-habis nak tengok dia punya Upin Ipin tu. Dari bateri hijau, sampai bateri merah lepas tu terus padam, dia pegang lah fon aku. Sampai berbaring-baringan dekat kedai.

Jadi seperti hari-hari mendung yang lain, selepas maghrib, Harith datang dengan ayat "Tadi saya makan kuey tiaw goreng dengan tepung goreng sotong." Bila aku nak, dia jawab, "ala kedai Harith dah nak tutup lah." -_-

Aku biarkan Harith melayan Upin Ipinnya. Aku sambung baca Mangga. Sedap juga tengok lelaki muda berposing dekat tepi kolam basah-basah kannn. Tiba-tiba Harith ketuk lutut aku beberapa kali. Aku tanya lah kenapa. Lepas tu Harith jawab dengan memberi salam. Aku pun kerutkan kening aku. Apahal budak ni.

"Saya kan tengah ketuk pintu ni. Awak kenalah jawab salam saya bagi tu." -Harith.

17 June 2011

Al-Fatihah.

Dua Jun yang lepas, ayah kepada kawan baik aku meninggal. Ni bukan kawan baik yang BFF apa jadah tu. Ni betul-betul kawan baik yang pernah bergaduh dan bercemolot dua saat selepas bergaduh. Serius.

Aku tak pernah rasa apa yang dia dah rasa sekarang. Tapi bila tengok dia duduk baca Yaasin sorang-sorang dekat sebelah jenazah, tanpa ada kawan dekat sebelah, hati aku luluh. Dan bila tengok sekarang ni dia boleh ketawa-ketawa, aku rasa hairan. Jadi aku tanya dia, apa dia rasa sebenarnya. Yelah. Selalunya kalau one of our family meninggal, mesti kita rasa macam down kan. Tapi kawan aku jawab gini;

"Rasa sedih tu memanglah ada. Tapi aku fikir macam ni jelah. Ayah aku pergi dulu, sebab dekat sana nanti dia nak siapkan rumah banglo untuk mak aku, abang aku, adik aku dan untuk aku. Lagipun, ustaz ada cakap, roh orang mati kan boleh balik. Aku taknak kalau ayah aku balik, tengok aku sedih. Nanti mesti ayah aku lagi sedih. Tak apa. Satu hari nanti, kau akan faham apa aku rasa."

Tak ada istilah bersedia atau tak untuk lepaskan orang yang kita sayang pergi. Kan? Aku tak rasa aku kuat. Tapi sekurang-kurangnya, aku harap dia akan ada dekat sebelah aku kalau tiba-tiba aku dah tak larat nak berdiri nanti.

16 June 2011

Lebyu kin.

Aku tak suka nak merancang. Sebab aku takut untuk rasa sakit atau kecewa bila apa yang aku rancang tu tak jadi. Aku rasa ramai je spisis macam aku kann. Tapi macam mana aku cakap aku tak suka merancang pun, aku tetap terancang sesuatu. Lebih-lebih lagi untuk 24, 25 dan 26 hb ni. Yea.

Laptop aku rosak. Ada file missing apa jadah entah. Malas aku nak cara. Tapi bila fikir, tanpa laptop, hidup aku lesu betul. Dan sia-sia RM68 setiap bulan aku simpan dalam Bank Celcom kalau laptop aku rosak. Sudah lah tu, novel aku dah tak bergerak-gerak dah. Ni bukan merangkak lagi dah ni. Memang mati terus. T_T

Tunggu aku, Melaka. Muah.

09 June 2011

Hah berdosa!

Kawan sekerja aku sebelum ni, Nurul, dia pergi kerja pakai tudung. Dekat kedai, dia buka tudung. Tapi aku bukan nak cerita pasal dia on off dengan tudung dia.

Ada kak Ani jiran sebelah, kerja dekat kedai jual jamu plus plus plus. Waktu malam, kak Ani selalu datang lepak dengan aku. Dah kalau duduk bersama, kalau tak bertanya-tanya, tak sah. Jadi kak Ani pun bersoal jawab dengan aku.

K.A : Kenapa budak Nurul tu selalu on off time kerja? Dekat kedai freehair, nak balik, tau pulak kelam kabut pakai tudung.

A.H : *ketawa* tak taulah kak. Dia cakap dia panas dalam kedai.

Okey habis scene mengumpat. Kembali ke penceritaan, empat hari lepas, kak Ani datang kedai lagi sebab nak beli sepit rambut. Oh. Rupa-rupanya dia baru lepas rebonding. Hari ini, kak Ani offday. Lepas tu tadi, dia lalu depan kedai dengan anaknya di dukungan.

Amboi nok. Free hair tau!

08 June 2011

pendam saja.


Dah masuk dua hari aku kerja dari pagi sampai malam. Selalunya, aku kerja shift petang, 2.30 sampai 10.00 malam. Tapi disebabkan budak yang lagi sorang ni dah berhenti sebab nak masuk Form Six, jadi aku perlu cover dari pagi sampai malam.

Masuk tengahari, aku pun lapar. Aku pergilah beli nasi dekat satu kedai makan ni. Masuk kedai, aku nampak satu adik ni, lelaki, berbaju biru. Dia ADIK tau. Tak berapa nak abang sangat. Tapi aku peduli apa. Aku lapar lantas tangan laju mengambil polisterin. Masa nak ambil nasi, adik baju biru tu pun nak ambil nasi juga.

Agak-agak kalau aku cakap pada adik tu, "Tak apa,dik. Lady's first" dekat dia, muka aku kena lempang tak?

07 June 2011

Woi suka-suka je kasi aku nangis tau Amalina ni!

aku pun tak nampak jalan.hahah!
aku pun redah.hahah!

bila aku jatuh. aku gelakkan diri sendiri daripada aku duduk menangis. sebab bila aku gelakkan diri sendiri, aku rasa lebih kuat daripada orang-orang yang sedang gelakkan aku(kononnya).

kalau jatuh longkang lagi, panggil aku untuk tarik kau keluar.aku tak kuat sangat, tapi aku rasa aku larat tarik kau..kau tak beratkan?

walaupun lepas jatuh longkang,aku tak rasa kau busuk seperti yang kau sangka..macam aku jumpa seorang budak perempuan..dia asik tanya kat aku "saya busuk tak kak?".padahal,dia sangat berbau minyak wangi.
adakalanya kita adalah musuh diri kita sendiri.

(panjang komen aku,sori kalau buat kau rasa jengkel)

kan..aku pun selalu menjadi musuh diri aku.haha..

06 June 2011

mengeluh jom.

Bila baring mengadap siling, aku mesti nak menjiwang. Jiwa mesti meronta-ronta nak mengada-ngada. Lempang kangg saja.

Aku kan, sumpah tak nampak langsung jalan hidup aku. Tengok member-member keliling, semua dah plan bagus untuk lima tahun akan datang, atau sekurang-kurangnya, tiga tahun ke hadapan. Aku ni, nak plan hari esok pun tak tau. Dah penat nak teraba-raba bagai.

Sekarang, aku cuma terus jalan ikut hala kaki. Agak-agak nak terjatuh longkang, aku capai lah lalang-lalang tepi longkang tu. Setakat tangan luka, tak ada hal lah. Daripada jatuh longkang, ye dak?

Tapi kalau dah jatuh, terpaksa basah dan busuk jelah. Nak buat macam mana. Aku bukan ada kuasa nak buat masa berhenti apa semua tu. Aku masih dengan sikap lama, terima dan terima. Tak pernah cuba untuk merubah.