13 October 2011

Hilang.

Musim durian, aku selalu teman abah pergi ladang kelapa sawit sebab ada sebatang pokok durian yang bertumbuh di tengah-tengah antara dua batang sawit yang ada banyak buahnya. Setiap malam aku pergi tengok kalau-kalau ada durian baru yang gugur. Siapa yangtak gembira bila dongak pandang atas, kau boleh nampak rimbunan buah-buah durian yang banyak. Memang tak sabar nak tunggu durian gugur.

Tapi hampa tak boleh nak kata kalau durian yang gugur, semua ditebuk tupai.

---

Jika sesiapa yang pernah tunggu durian, dia tahu macam mana perasaan ketika menunggu. Gembira dalam debaran yang tak tahu nak dijelaskan macam mana. Dan sesiapa yang pernah tunggu durian, dia juga akan tahu macam mana rasanya bila dah lama tunggu, durian yang jatuh tak sama macam apa yang diharapkan.

---

Aku tersedar awal pagi tadi. Jantung berdebar tak tentu hala. Sebab aku dapat rasa ada benda yang tak kena. Dan tekaan aku betul.

Aku tersedar awal pagi tadi. Dan sekarang aku sedang memati.

02 October 2011

Emosi dan Saya IV.

Aku agak, aku memang update blog seminggu sekali je ni. Biasalah internet pun harapkan internet orang. Rasa segan nak pinjam aku tolak tepi je. Janji aku dapat ludah segala kesengsaraan. Eceh!

Semalam merangkap hari bersejarah dan bergeografi untuk seorang kawan baik/bekas makwe aku yang lama gila in a relationship dengan aku dekat FB tapi alih-alih dia boleh tinggalkan aku macam gitu je. Bukanlah dia tu pergi buat rombongan kanak-kanak sekolah pergi Melaka Bandaraya Bersejarah apatah lagi pergi kawasan ladang dekat jengka ni nak cek topografi kawasan. Gila apa benda aku mengarut entah ni.

Okay back to the point.

Tahniah buat si gadis manis bulu mata berat macam gajah dalam Sesame Street sebab sudah berjaya menjadi tunangan orang. Kurus-kurus kau pun, kau bertunang dulu dari aku kan? (Apa kena mengena kurus dia dengan gemuk aku pun, aku tak tahu)

Tapi aku bukan nak sangat cerita pasal dia bertunang. Aku nak cakap masa dekat majlis semalam, aku terjumpa cikgu. (Yea jumpa cikgu!) Sebagai seorang yang mulut riuh dalam kelas, memanglah cikgu mark selalu ye dak? Dan macam biasalah, sesi menjawab soalan tentang kerjaya pun bermula.

Cikgu : Kerja mana sekarang?
Kawan Aku : Part time lecturer sini je cikgu.
Cikgu : Kamu? (Pandang kawan aku yang lain)
Kawan Aku yang Lain : Tolong bisnes mak tu lah.
Cikgu : Kamu belum habis belajar lagi kan? (Pandang kawan aku yang duduk sebelah kawan aku yang lain.)
Kawan aku yang duduk sebelah kawan aku yang lain : Haah cikgu. Lambat sikit. Hihihihi
Cikgu : Kamu? (Straight pandang aku)
Aku : Tehehehe. Kerja kedai itu hari lagi, cikgu.

Dan cikgu tu pun terus tersenyum. Senyuman yang buat aku mati sampai hari ni. T_T

Salah ke bila seorang degree holder (degree sekarang dah tak berapa laku kan jadi aku mengaku aku degree holder bukan untuk belagak tapi untuk meratap nasib) macam aku bekerja kedai, kedai menjual aksesori wanita? Walaupun kadang-kadang aku nak karate setiap makhluk yang datang kedai dan berperangai tahi dengan aku, tapi itu lain ceritalah kan. Manusia memang hebat kalau bab nak judge buku style tengok cover ni. Itu tak dapat nak sangsi.

Tapi ini, seorang cikgu, pendidik, or whatever you called it.

Bukan sepatutnya dorang ni ke yang bagi semangat apa semua dekat manusia lemah yang gagal atur masa depan dengan baik? (contoh terbaik : aku.) Aku tak adalah minta cikgu aku tu datang peluk aku, pampered aku apa semua, tepuk-tepuk belakang bagai. TAK. Tapi cukuplah jangan senyum sinis dan jeling aku dengan pandangan membunuh tu. Susah tau tak nak bangun balik lepas dah kena bunuh dengan cikgu sendiri. Peh aku memang drama Queen.

Ya, aku tersalah langkah lepas habis degree tu. Dahlah duk main-main je masa belajar dulu. Padan muka. Sekarang aku nak ketepikan semua perkara, dan baru nak start semula. Aku dah mula tarik satu-satu benda penting masuk dalam hidup aku. Dan aku harap apa yang aku dah rancang kali ni, akan menjadi sesuatu yang terbaik aku pernah buat. (Sebelum ni tak pernah rancang apa-apa sebab tu gagal macam ni. T.T)

Sama macam kau. Bagi aku masa empat tahun dan selepas tu, aku akan terus grab tangan kau, dan kita terus duduk depan tok kadi. (Ini ada kaitan dengan cerita ke tak ni sebenarnya?)