30 April 2018

Monday Blues Keranamu

Semalam aku jumpa seorang budak baru. Dia kawan kepada budak bilik aku. Disebabkan budak bilik aku ni cuma balik weekend saja, jadi dia bagi kawan dia tumpang sebab kawan dia tengah mencari bilik. Kitorang ok saja, tapi budak baru ni, hm boleh tahan juga.

Petang semalam aku tengah tengok cerita dekat laptop sambil buat kira-kira duit gaji. Baru dapat gaji terus nak habis luls. Budak baru tu lepak terus dekat aku sambil makan roti. Sesambil tu berborak la. Dia mulakan dulu sebab aku jenis tak reti nak mulakan perbualan dengan stranger. Setakat tanya asal mana umur berapa tu biasalah. Tapi budak ni punya soalan, fuh. Menikam.

Bermula dari asal orang mana, kerja apa, dah lama ke kerja dengan prof, bila nak sambung belajar. Aku yang macam kena interview ni jawab jelah soalan-soalan dia. Bila aku bagitahu aku dah malas nak sambung belajar, budak baru ni insist suruh aku belajar. Rugi la tak sambung, sambil kerja sambil sambung, apa-apa entah lagi dia cakap. Aku bagitahu aku tak mahu. Kawan aku ramai PhD tapi kerjanya macam susah nak dapat. Benda tu sedikit sebanyak discouraged aku untuk sambung. Lagi pula aku dah plan untuk berumahtangga. Aku tak rasa aku boleh divide dua diri aku untuk commit pada study dan pada suami. Besar tanggungjawab tu.

Tetapi budak baru ni macam tak faham bahasa. Dia siap cakap dia geram dengan aku sebab tak nak sambung belajar. Aku ketawa saja. Biarkanlah dia.

Kemudian ditanya lagi, aku plan untuk bekerja tetap dengan prof ke? Kata aku, haruslah tidak. Tahun depan dah nak menikah, aku akan berhenti dan terus ikut suami. Nanti aku akan cari kerja di tempat suami je. Dan cara dia respon tu macam "Itu je ke life plan kau?"

Aku ketawa saja bila dia terus menerus bagitahu itu ini seolah-olah nak pujuk aku supaya sambung belajar dan teruskan kerja di Bangi. Bila aku diam dan tetap dengan apa aku putuskan, katanya "okay lah. Setiap orang ada aim masing-masing kan?"

Tahu pun, engkau.

Dik, kita baru kenal tak sampai sehari. Macam tu je kau mencelah hidup akak. Kau nak jadi wanita paling berwibawa pun akak peduli apa. Life kau. Akak hormat tak tanya apa-apa. Jadi, kenapa kau nak sibukkan diri kau nak atur-aturkan hidup akak? Betul dik. Kita semua ada aim masing-masing. Kalau kau rasa aim akak nampak mudah, itu kerana kau tak berada dekat tempat akak. Nampak mudah, tapi yang hadap ni saja yang tahu macam mana dia punya payah.

Jadi, kau jaga sajalah hidup kau molek. Hidup orang lain, tahulah orang lain nak jaga baik-baik.

26 April 2018

Direct Message

Post hari ini mungkin akan panjang melebih kerana ia merupakan kesinambungan daripada post ini.

Dua hari akan datang iaitu 28/4/2018, pada tiga tahun yang lepas, dia berani-berani DM aku di twitter. Macam yang aku post pada entry lepas, dia bertanya aku pengguna telco apa. Jadi malam tadi masa on the phone, aku pun tanya, kenapa nak call aku tiga tahun lepas? Yela celcom kan bagi call free untuk semua pengguna dia time birthday. Aku rasa hampir setiap tahun aku tanya, dan jawapannya sama: entah, tak tahu.

Nak test market ke, aku tanya.

Dia ketawa. Jadi agakan aku mungkin mengena. Kesian dia, nak test market tapi tak tahu umur aku berlebihan daripada dia. Tak memasal dapat kekasih si perempuan tua. Luls.

Lepas daripada bertukar nombor dan berborak mengenai buku (nampak ilmiah sikit), aku dan dia mula berkenal-kenalan. Tapi borak gitu sajalah. Lepas tu bulan July 2015, aku dan kenalan ke Ipoh menaiki motosikal sebab nak tenangkan hati kenalan tu yang baru lepas diremukkan. Di sinilah perkenalan aku dan dia semakin rapat. Kebetulan aku check in Ipoh, jadi dia terus mesej dan ajak lepak. Aku pun on sebab malam tak buat apa. Daripada melepek di hotel, baik melepak di luar hotel.


Ini gambar pertama kami berdua. Sweet kan? Macam kakak dan adik kahkahkah! Honestly masa jumpa ni, rasa biasa-biasa je. Macam jumpa kawan. Dia sangat pemalu rasa nak tepuk je dahi tu. Yang banyak cakap, kawan dia si Amir.

Bila aku balik Bangi semula, ada hal emergency so aku tak dapat mesej dia. Dan bila kami dah berdua, dia kata dia sedih kenapa lepas jumpa aku diam. Dia risau aku tak suka dia. Kikiki gila apa tak suka, mestilah suka! Luls

Happy birthday, cikgu! I love you! #rhyme

24 April 2018

Sabun di Bilik Mandi, Sabunnnn!

Sebelum aku jadi RA ni, aku kerja dengan kawan aku. Dia buka company untuk geofizik, more to resistivity survey. Jadi bila melibatkan survey sebegini, adalah wajib untuk aku masuk hutan, ladang, paya, kebun dan tempat-tempat yang unsangkarable. Macam buruh la senang cerita.

Jadi ada satu kali ni, ada project dengan JMG Pahang. Survey melibatkan lima tempat dekat Pahang termasuk Raub. Ada satu insiden dekat Raub ni yang meninggalkan kesan pada aku, dan badan aku. Kahkah cilake aku kena kutu babi la. Hareee

Kesan kutu babi ni memang tak dapat dimaafkan laa. Masa aku kena tu, anak-anak dia je. So aku boleh buang sebelum dia hisap darah tapi yela orang kata kan nanti ada kuku atau gigi dia tinggal, tu yang jadi gatal tu. Sangat tepat ya apa orang kata tu. Dua minggu lepas tu baru gatal-gatal tu start serang aku. Macam orang gila aku tahan gatal. Silapnya aku biar je tak sapu ubat. So kesan dari itu, ia meninggalkan parut. Syaitonnirrajim sangat.

Jadi aku ada beli Tokyo Love Soap sebab pernah guna sabun ni dulu dan ia membantu tapi memang kena konsisten la dey tambi ingat parut boleh hilang seminggu keee?

Yang aku nak cerita sebenarnya adalah mengenai sabun ni. Baru-baru ni aku beli lagi sabun yang sama. Sebagai orang kedekut dan duit tak berapa nak ada ni, lagi pula sabun tu mahal, aku pun potong kecik-kecik dan letak dalam bekas polistren jernih yang baru tu. Cuma tiga empat hari ni aku tak pakai. Dan pagi tadi aku baru perasan sabun tu tak ada. Sekali dengan bekas dia lenyap. Aku tengok juga dekat lantai, belakang toilet bowl, tapi tak ada. Ajaib betul.

Aku tanya roommate tapi katanya tak nampak. Serius pelik. Takkan boleh hilang begitu saja kalau tak ada tangan yang buang?

*mode menuduh turn on*

19 April 2018

Nasib di Badan

Semalam, lepas maghrib, aku duduk depan TV dengan budak rumah (bukan budak bilik ya). Selalunya memang tinggal aku dan dia yang ada sebab yang lain belajar dan ada yang kerja balik tak tentu masa. Borak punya borak, tercerita luahan hati masing-masing. Ingat aku tulis tentang guna barang tak bagitahu, rupanya budak rumah aku ni ada rasa yang sama.

Katanya, menyirap tengok ada orang guna ampaian tapi tak bagitahu. Bukan tak bagi, tapi tak reti cakap ke?

Dalam jam 10 malam, aku dan budak rumah dah masuk bilik masing-masing. Dua orang budak bilik aku ni dah berhenti kerja. Seorang nak balik ke kampung halaman, seorang lagi dapat kerja lain di daerah lain. Sebenarnya aku tak sabar juga tunggu dorang pindah. Jahat kan luls. Tapi tak tahan beb. Balik rumah lambat. Tak kisah lah dah besar kan. Tapi bila balik tu nanti aku akan tersedar. Sama ada silau atau bising. Sudah dipesan jangan cakap kuat sebab kalau aku tersedar, aku dah susah nak tidur balik. Tapi begitulah. Sama saja.

Malam tadi lagi dasyat. Aku berjaya tidur semula selepas tersedar. Tapi terbuka semula mata bila terdengar bunyi orang memberus beb. Dia bantai pergi basuh baju pulak aduhhhhh! Gila betul budak bilik aku ni. Jenis common sense tak ada agaknya. GRRR

Akhirnya, dah pukul 1 pun aku dok terkebil-kebil lagi sedangkan dua orang ni dah tidur lena. Haih...

18 April 2018

Keropok Ikan Di Dalam Balang Kosong Itu

Haa ni aku nak marah ni.

Begini. Masa cuti sekolah itu hari, dia balik kampung. Lepas tu kitorang plan nak jumpa kan lepas dia balik dari kampung tu. Disebabkan dia nak mai, macam-macamlah aku order ole-ole dari Kelantan. Dodol, gula tarik, anu asam dalam botol, termasuk keropok ikan.


Keropok ikan ni memang favorite aku. Tapi honestly, aku tersangatlah pemalasnya bila nak kena goreng benda alah ni. Leceh la. Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan seseorang yang rajin untuk menggoreng keropok ini. Luls

Jadi hari Sabtu lepas, aku pun tetiba disampuk mambang rajin, lalu aku pun menggoreng keropok ini lalu diletakkan ke dalam balang. Bila housemates balik, haruslah aku offer juga untuk mereka makan. Jemput la makan, makan la, dan sebagainya.

TAPI BILA AKU OFFER SURUH MAKAN TU MEMANG KENA MAKAN SAMPAI HABIS KE SYAITONNNN

Remuk hati bila pulang kerja, yang menyambut adalah balang kosong diisi habuk keropok saja.

17 April 2018

Tukang Masak; Masak Dengan Perangai Engko

Petang-petang ni aku rasa macam terpanggil untuk meluahkan rasa.

Aku seorang RA. Aku dah bekerja dengan prof ni since March 2017, almost a year and 2 months. Lama juga la. Tak duduk office sebab prof dah retired dan beliau adalah subject consultant, bukan ada company. That's why aku bekerja di rumah beliau saja. Home office katanya. Prof duduk dekat kawasan rumah orang ada ada. Seriously memang selalu je nampak orang shooting dekat rumah jiran-jiran prof ni.

So aku nak borak menda ni?

Begini. Pak guard yang ada di pondok guard kawasan perumahan ini selalu bertukar. Most of the time, foreigner. Tapi ada satu masa ni, sorang pakcik Melayu pula ditugaskan di situ. Agaknya dah banyak kali dia nampak aku datang jam 9am pulang jam 5pm, sampaikan ada sekali tu, dia siap tanya aku dah lambat ke sebab aku laju sangat, aku brake sampai sipi lagi nak terangkat tayar belakang.

Jadi ada satu hari ni, dia pun tanya, "Balik kerja ke?"

Ya, jawab aku.

"Tukang masak ye?"

Sambil tangan nak pulas throttle motor, aku ketawa-ketawa. "Bukan pakcik, saya RA"

Sesudah bersoal jawab apa itu RA dan sebagainya, aku pun teruskan merempit. Kemudian selang beberapa hari, aku bertemu seorang kawan. Aku ceritakan hal perbualan dengan pakcik guard yang pada aku adalah kelakar.

Tapi yang ini, tak jadi kelakar. Aku jadi geram. Kawan aku ketawakan aku, ketawa yang merendah-rendahkan aku seolah-olah "haa kerja lagi dekat rumah orang, sampai orang ingat maid".

Masa dia ketawa, aku dah diam. Sebab aku macam sedih, even if aku betul-betul seorang tukang masak pun, kenapa? Salah ke? Kenapa nak ketawa menghina? Terus aku menyesal pergi cerita dengan dia. Hm.

15 April 2018

Panas Ini Membunuhku

Seminggu dua ni panas berdekang kan. Tidur pun berpeluh-peluh even kipas depan muka sipi lagi nak sapu hidung. Dan Alhamdulillah malam ni hujan. Ketika aku menulis ni pun, masih hujan. Dari petang lagi dah mendung tapi hujan mula turun lepas maghrib. Jenis aku yang memang sentiasa panas, bila aku terasa kedinginan angin malam sewaktu hujan menepis pipi berjerawat ini, terus aku selak tingkap seluas-luasnya. Langsir pun aku buka supaya bilik sejuk.

Kemudian aku duduk di ruang tamu siapkan kerja last minute. Roommate pun pulang. Sudah aku pesan, tingkap aku buka, tutup langsir saja dan aku teruskan kerja.

Pap, kerja dah siap.

Aku pun masuk bilik dengan hati girang sebab memikirkan sejuknya ini malam. Masuk dalam bilik, eh panas. Maybe sebab roommate pasang lampu. Kemudian aku ke tingkap untuk rapatkan sikit, kan dah malam, mana boleh tingkap luas. Tengok tengok tertutup rapat. Aduh patutlah panas!

Terus aku cakap pada dia jangan tutup lain kali sebab panas. Dia ye kan saja. Dia takpe la kurus tak panas. Aku gemuk, lemak banyak. Sobs.

Tapi, siapa suruh gemuk? Padan muka!

11 April 2018

Rabundi

Ini kali kedua aku akan mengundi untuk Negaraku Malaysia. Kali pertama masa aku masih bekerja dia kedai KakNor, butik baju. Kali ini, ketika aku bekerja di luar Jengka.

Puas juga otak aku ni nak brain, kenapa hari Rabu? Nak tulis lebih-lebih, risau ke lokap. Luls. Tapi entahlah ya. Susah ke nak buat hari Sabtu atau Ahad, atau hari Isnin? At least, bukan di tengah-tengah minggu bekerja. Nak apply cuti pun rasa berat.

Aku bekerja, gajinya dibayar hari. Lain dengan orang yang bekerja dah tetap ada cuti berapa hari setahun, jadi kalau apply cuti, yang kurang cuma cuti, bukan gaji. Terbaca juga di FB semalam, ada yang kata, macam mana nak ubah kalau cuti pun tak mahu dikorbankan. Lain laa. Tak semua orang sama. Kalau aku ada kereta, aku drive saja balik hari. Tak fikir dah soal nak balik ke tidak. Ini kereta pun tak ada, takkan nak rempit sorang :(

Malam tadi sebelum tidur, sempat berbual dengan roommate. Katanya, ini kali pertama dia akan mengundi. Orang Terengganu. Dan dia semangat untuk balik walaupun cutinya sehari. Lagi dasyat. Malu aku yang jarak kampung cuma dua jam setengah ini. Terus aku semangat nak balik mengundi!

Syukur, ada kawan yang nak pulang mengundi di Pahang juga. Dan dia akan pulang ke Selangor pada hari Rabu juga. Maka bolehlah aku tumpang. Alhamdulillah.

Satu undi pun berharga tau!

09 April 2018

Single Bedroom ke Master Bedroom

Somehow, aku rasa menyesal pula berpindah daripada bilik single ke bilik ada roomate. Haih. Sebenarnya dah terfikir akan risiko-risiko bila ada roomate ni. Tapi sebab nak didik sifat sabar dengan perangai orang dan aku pun dah malas nak duduk rumah lama, aku pun pindah. Tapi begitulah. Susah ya.

Bermasalah bila waktu aku bekerja berbeza dengan waktu roomate bekerja. Jam 5 petang aku dah balik. Jam 9 malam aku dah padam lampu bilik. Roomate pula, pulangnya jam 10. Sampai kira-kira jam 10 lebih. Mereka berdua, jadi bila sampai mesti ada saja yang nak dicerita. Makanya aku yang sudah tertidur ni kadang kala terjaga. Okay aku dah bagitahu pada salah seorang roomate yang aku cepat tersedar, jadi kalau mahu berbual, haruslah perlahan suaranya. Alhamdulillah roomate terima dengan terbuka.

Tetapi, roomate lagi seorang ini dua tiga hari ni tak berapa sihat. Batuk-batuk. Tak pasti dia makan ubat atau tidak. Dia suka tidur lambat. Orang batuk, selagi tidak tidur, selagi tu dia batuk. Jadi aku yang sudah tidur, baru nak terlelap, tersedar. Baru nak tertidur, terbuka mata. Nak saja aku marah dan suruh dia tidur. Tapi tak boleh. Dia pun ada hak untuk buat apa dia suka sebab dia juga bayar sewa. Mereka berdua pulang bekerja tanpa buka lampu bilik pun aku dah sangat rasa gembira. Jadi nak tak nak, terpaksalah aku sabarkan diri terima yang lainnya.

The world doesn't revolve around you, kan.

Cuma, ada dua tiga perkara yang aku tak suka. Guna barang tanpa minta izin. Rumah sewa kami, setiap orang bawa ampaian masing-masing. Dan aku ada hanger aku sendiri. Hanger aku semuanya sama jenis, sama warna. Dan lepas aku angkat baju dari ampaian, aku akan terus susun dan kemaskan hanger sebab aku tak suka hanger nampak huru-hara. So these roomates (dorang budak baru actually), dorang guna ampaian budak rumah lagi satu, dan pakai hanger aku (tanpa izin of course). Sound childish eh? Entahlah ya. Sama ada aku kedekut, atau aku fikir yang semua orang ada effort untuk beli sendiri, kenapa mudahnya meminjam.

"Ala hanger je pun?"

Ada tak yang cakap macam ni? I don't know. Let it be a hanger or something else, barang orang tetap barang orang. Minta izin dulu tak boleh ke? Nak cakap dengan dorang tapi sebab dah dua tiga perkara aku tegur. Jadi segan nak tegur lagi. Karang dikatakan aku bitter, which I really am. Entahlah ya.

Entahlah.

07 April 2018

Mersing ↔ Bangi with Love


Itu hari aku ada cakap blog ni tentang aku dengan dia. Tapi jarang juga rasanya nak tulis hal kami berdua. Malu rasanya. Tapi aku rasa tak ada orang baca blog ni, so aku nak cerita.

Kami ni kiranya LDR couple. Dia di Mersing, aku dekat Bangi. Tahun 2016 ada laa dalam 5 kali jumpa. Itu pun sebab aku ada kerja di Mersing, dan dia konvo di MAEPS. Tahun 2017, tiga kali jumpa. Sedih noks. Tapi nak buat macam mana. Tengah mengumpul duit, terpaksa mengumpul rindu sekali.

So tahun 2018 ni, kami dah dating dua kali. Sekali masa CNY itu hari. Best dan unexpectedly dia nak follow aku balik kampung bertemu family. Long story short, family aku okay dengan dia. Alhamdulillah.

Kali kedua dating, weekend ni la. Tak plan banyak, tetiba dia kata nak mai Bangi. Aku haruslah suka. Gila tak suka. Kikiki. Plan asal kami, nak cari cincin dan kain pasang untuk baju nikah. Tapi ada hal lain so kena cari tarikh lain untuk fokus beli barang saja.

Actually 26th April ni birthday dia. Aku dah niat nak belikan hadiah tapi dia pilih sendiri. Tapi cerewetnya boleh tahan uols. Tak jadi beli. Aku nak bagi duit, katanya takpe, nanti saja. Yeay more money for me. Eh. 

Banyak laa nak cerita tapi nanti la aku sambung.