12 January 2011



Sebenarnya penat untuk aku ungkapkan ayat : 'Hidup aku masih tak berubah sejak bulan lima tahun lepas.' Rasa bodoh pun ada. Aku cuma mengharapkan gadis jelita dari Jobstreet yang mungkin juga si lelaki tampan untuk menelefon ku setelah perhubungan dengan si manis dari Manpower terputus begitu saja. Dan ada juga satu dua bantuan dari kawan-kawan yang telah berjaya meraih titik peluh sendiri.

*mengeluh*

Aku rasa loser. Acapkali. Penat ya menghadapi hidup lepas tidak bergelar student. Segala-galanya ditanya jiran. 'Dah kerja?' Yang aku hairan, tak puas agaknya bertanya sekali dua, mesti tanya sampai empat belas kali. Aku yang dengar pun lelah.

Dan sekarang, kehidupan aku seratus peratus bergantung pada abah, mak. Nak topup fon, nak beli baju, nak lepak cc, nak itu, nak ini. Dan sebagai bayaran, aku kena tolong mesin basuh membasuh baju yang tak berapa nak banyak, tolong masak-masak sikit, tolong hantar mak pergi beramah mesra dengan jiran, hantar mak pergi dengar ustaz membaca dekat masjid, teman mak pergi pasar pagi yang dipanggil Pekan Rabu sebab pasar tu hari rabu, macam hari ni.

Aku, ingin sekali buka mata setiap pagi, dan mengharapkan ketika itu aku masih didarjah tiga. Ah. Tapi malas pula nak bangun pagi. Kan?

09 January 2011


Lelaki tu, dia berkaca mata dan berjambang. Badan yang penuh menggerutu tapi semuanya adalah lutsinar. Lutsinar yang pada impresi pertamanya, takkan dapat dinyahkan. Kalau siapa pun yang ada berpasang-pasang mata tengok-mengamati, nescaya gerutu-gerutu tu semua tak akan terlihat langsung. Lelaki tu ada imuniti, kebal daripada semua superioriti yang lemah. Dia senang saja boleh buat kau terkena berpalat-palat.

Dalam pegangan lelaki tu, ada banyak taik-taik yang patuh setia memberikan sokongan dan perkhidmatan "pengampuan" berkipas tiap kali bila ada isu-isu yang dia sendiri wujudkan tapi dia tak pernah wujudkan persefahaman pasal apa yang terbias hasil perlakuan. Semua keputusan yang dibuat, impaknya tak pernah langsung tertinggal. Bersih, kononnya. Innesen perkiraan dalam semua aspek-aspek "kebaikan".

Lelaki tu, selalu saja berulang-alik pergi ke mana-mana. Bas, kereta, basikal, keretapi dan kapal terbang tak pernah lagi dia gunakan. Walaupun dia selalu saja berulang-alik ke mana-mana, dia akan tetap pulang ke satu tempat. Tempat tu persis hotel. Bezanya, dia tak payah buang duit yang banyak untuk adakan diri dia kat situ.

Takkan bersambung pada episod seterusnya...

Dua tiga hari ni emosi aku mula mengada-ngada nak menjunam ke gaung hitam. Padahal itu hari dah elok dah cerah-cerah. Tapi tak tau lah iblis mana yang melekat dekat otak hati nafsu emosi sampai aku rasa asyik nak memaki. Dulu, aku tak tau macam mana nak marah. Bila aku rasa nak mencelakakan orang, aku mesti jadi kosong tiba-tiba, gigit bibir tak mungil ni, dan menangis. Itu je yang aku tau buat. Menangis menangis menangis macam orang bodoh. Tapi makin banyak pulak benda tak sedap jadi, makin hebat terus mengajar aku cara nak perbaiki perasaan untuk mencaci. Hari demi hari aku belajar benda bangang. Dan lama-lama aku rasa aku dah mahir, walaupun belum tahap ekspert. Aku makin berani membabikan orang lain walaupun aku sedar orang lain akan membabikan aku lepas ni. Aku makin tinggikan dabikan dada, terusan menjahanamkan orang yang masuk campur hal hidup aku. Bodoh kan? Tapi apa aku peduli. Janji aku rasa hidup aku terus. Tapi dah kalau bodoh tu, bodoh lah juga. Heh. Dan macam sekarang, hidup aku makin tak terkemudi. Terus hilang arah macam dah masuk kawasan segi tiga Bermuda yang orang kata ajaib dengan misteri tu. Semoga aku jumpa tali yang boleh aku ikat pada sauh kapal aku supaya tak terus tenggelam dalam lubang hitam.

Tapi kalau dah tenggelam, apa salahnya aku cuba hidup dalam kegelapan. Kan?

07 January 2011


Satu masa dulu, saya suka berjalan seorang diri, menuju ke satu bukit yang cuma ada satu batang pokok di puncak nya. Di situlah tempat saya melukis segala harapan pada langit, menyanyi setiap bait impian pada bintang, membisik segala kemahuan pada angin.

Sehinggalah satu hari, awak datang.

Awak pegang hujung jari saya, mengajar saya menulis kata cinta pada setiap lapisan awan, membantu saya mengait selembaran lautan harapan, dan menemani saya mendaki kebahagian.

Saya sentiasa tersenyum.

Kemudian, satu hari awak ajak saya berjalan-jalan di keluasan hijau lalang. Sampai dikawasan berbatu, saya terjatuh. Genggaman tangan awak terlepas. Kepala saya terhantuk pada batuan keras. Hati saya pecah. Otak saya terburai.

Tetapi, awak jauh di hadapan.

Namun, saya masih tersenyum sebab awak berpaling semula. Awak kutip serpihan hati, awak kumpulkan cebisan otak. Awak letakkan semula hati yang sudah berjahit pada tempat asal, awak abadikan kembali otak saya di dalam kepala, siap berbalut, supaya tak ada satu perkara pun saya akan lupa.

Saya terus tersenyum.

Kita berlari-lari menyusuri detik. Kerana terlalu gembira, saya semakin laju ke hadapan. Berhajat ingin terbang seiring masa. Sampai saya tak perasan kaki melangkaui jurang nyawa. Sekali lagi saya terjatuh, menunggu badan berkecai di dalam gaung. Namun tangan tetap dalam genggaman awak.

Awak diam renung saya yang tergapai-gapai pada lidah harapan.

Perlahan, tangan saya awak lepaskan. Dan saya terhempas cerucuk-cerucuk kehampaan, dengan kenangan yang awak pahatkan dalam memori yang awak balut simpankan dalam kepala saya.

Awak pergi. Saya memati.

04 January 2011

Dalam epik Star Wars, George Lucas ciptakan satu unsur utama yang ada kat mana-mana: "Force"

Hai. Nama saya Obi-Wan Kenobi. Kamu mesti kenal saya, bukan? Saya watak yang penting jugaklah dalam Star Wars. Bila saya pulang ke bumi, saya akan menggunakan nama Ewan McGregor. Dalam Star Wars, saya merupakan seorang Jedi. Tolong jangan tuduh saya ni seorang Sith. Saya memang tak suka tau. Saya tak ada rancangan jahat lagi untuk menguasai alam semesta ni semua dengan cara menaip entri blog. Nanti kejap, ke mana perginya saya punya lightsaber? Harap-harap Yoda tak pergi pajak lightsaber saya tu. Semoga "Force" bersama lightsaber saya tu.

Tiidddaaaakkkkk... Saayyyaaaa taakkk boollleeeehhhhh hidup tanpa lightsaber saya tuu... Ohh... Tiidddaaaakkkkk...

Tak payah pedulikan sangat dengan apa yang George Lucas dah lakukan sebab dia tak peduli sangat pun dengan "kuasa-kuasa" lain yang jauh di luar keberadaan dia. Sekarang, pengaruh sisi gelap dah termasuk kat dalam blog ni. Sebab tu entri yang kau baca ni tak menarik langsung. Walaupun tak hebat dalam penceritaan, aku tak peduli sebab aku tak peduli dan aku tak peduli. Terima kasih, Amal.


#1
"Mak jumpa mak Suraya tadi. Suraya dah kerja dekat Kolumpo."



#2
"Kau belum kerja ke? Cari lah kerja cepat-cepat. Kau dah 23."




****


Dekat atas ni antara isi perbualan yang sering menempel dekat telinga aku sekarang. Oh ada sedikit kesilapan. Aku sembilan belas. Bukan dua puluh tiga. Hewhewhew.

Okay. Semua boleh cakap apa saja. Tapi yang rasa, aku. Akupun mau ada kerja, mau pegang duit sendiri, ingin kan kereta. Aku dah apply hampir semua jenis kerja kecuali yang jual bontot, aku tak minta lah. Aku tak lah gay sangat. Tapi kerja-kerja yang aku minta tu, masih belum ada respon. Mungkin belum ada rezeki. Apa aku boleh buat?

Dan tu silapnya aku.


**


Tadi aku ada terdengar satu ceramah agama dekat radio yang selalu abah pasang tepat jam 1.30 tengahari. Ustaz dalam tu cakap,

"Setiap orang tu, Tuhan dah tetapkan rezeki masing-masing. Ingat. Kita tak cari rezeki. Tapi rezeki yang cari kita. Kalau sampai satu masa, rezeki tu tak ada, bukan sebab rezeki tu tak ada, rezeki tu ada. Cuma ia tersangkut pada kalung-kalung dosa yang diri kita sendiri buat. Jadi, bertaubatlah."


Ini yang ustaz dalam radio tu cakap. Tak lah tepat sangat. Tapi lebih kurang itu lah yang jadi intipati tarbiah nya.

Kau paham apa aku cuba sampaikan?

02 January 2011



Boleh aku cakap ini cinta? Bagi aku lah.

Oh. Selamat tahun baru walaupun lambat dan The Gulliver's Travel is fuckin' awesome.