26 December 2010




Hai, coozer!

Ok ok. Tak baik lah greet gitu rasanya. Hai, sayang. Rindu saya tak? Dah lama saya tak menulis dekat belog ni. Tapi kan. . . Ada ke yang tunggu penulisan saya dekat sini? Eh eh. Macam saya kisah pula ada yang tunggu atau pun tidak. Yang tunggu, terima kasih. Sila tunggu lain kali.

Hmmph situasi saya sekarang, sama macam ketika saya baru habis belajar beberapa bulan dulu. Heh hampir setengah tahun rupanya saya berusaha gigih menanam anggur. Buat masa sekarang, anggur tak banyak buah. Kalau ada pun, saya pergi jemur buat kismis. Lepas tu makan sendiri. Tak nak otak bengap sangat.

Awak tau tak, bila saya duduk sorang-sorang dalam bilik yang itu hari ada banyak gilaaa semut tak tau datang dari mana, saya mula lah fikir macam-macam. Contohnya mengenai perjalanan hidup yang bukan samar-samar dah ni, tapi gelap. Black out agaknya. Entah bila TNB nak datang baiki. Eh termengarut pula.

Okay. Maksud saya disini ialah, saya tidak bekerja. Duduk rumah macam jadi guard pun ada. Siang tidur, malam berjaga. Itik bertelur, ayam menetas. Eh apa pula kaitannya ye dak? Tapi itu saja lah yang saya tau buat. Pagi-pagi breakfast bersama mak dan abah, kemudian basuh pakaian yang ada. Dah siap sidai, terus berlari ke bilik, cucuk telinga dengan MP3, tidur. Bangunnya ketika azan zuhur, Alhamdulillah. Langkah kanan selalunya. Ye lah. Bangun-bangun makanan dah siap. Haihh tak boleh kawin lagi lah dengan perangai macam ni. Ok kemudian, saya sambung tidur semula sampai lah mak mula berubah watak seperti mula ber-rap contohnya. Kadang-kadang ada sesekali mak akan bersyafel untuk mengejutkan saya bangun. Dan kemudian, lepas maghrib sampai lah ke subuh, mata saya akan terus segar bugar. Agaknya mata saya minum Kopi Janda. Kopi Janda,bang?

Saya cuba ubah, tidur malam, bangun pagi, makan pagi, masak tengahari. Tapi mungkin saya dilahirkan untuk jadi nocturnal agaknya.

Eh sebenarnya saya nak cakap pasal saya yang masih tidak bekerja dan terlalu banyak masa untuk duduk lepak goyang kaki sehingga mula terfikir bukan bukan, bukan? Ok mari sambung.

Tapi macam dah panjang sangat pula. Kita sambung nanti lah. Babai.

20 December 2010

Sepatutnya publish pukul 12 malam karang. Tapi...

Babi. Asal entah gua dah tak reti nak buat schedule post. Ah kau baca je lah!




Tepat jam duabelas. *Background Nightline*

Lebih kurang setahun dua hari yang lalu, ia merupakan detik pertemuan antara aku dengan dia. Tempat jumpa nak urban, Genting. Heh. Masa tu, aku aktif berpersatuan. Biasalah, bekas Ahli Jawatankuasa Puteri Islam sekolah kan. Jadi pada masa tu, aku mengikut satu aktiviti tak berapa nak normal sangat dan langsung tak menyumbang kepada kebaikan alam sekitar. Dan tak sangka, dia pun turut serta dalam kegiatan tidak bermoral tu.

Mula-mula nampak dia, eh sebenarnya aku tak perasan dia pun. Sebab dia bersama tiga lagi geng dia tu kerek semacam. Masa tu pun dia pakai shawl. Aku fikir, Tak rugi aih kalau tak tegur. Balik dari Genting, memang tak adalah aku nak mesej-mesej ke, call ke. Gila apa. Nombor dia pun tak ada. Tapi aku tak ingat macam mana dia boleh ada dalam fren list aku dekat Facebook. Mungkin sebab tengok 28 orang yang dekat genting main add add, aku pun add. Eh ke kau yang add weh? Kahkah

Sungguh aku tak ingat macam mana aku dengan dia boleh rapat. Dari twitter atau tumblr. Tapi naluri keibuan aku kuat mengatakan, kimia antara kami semakin kuat ikatannya bermula dari tumblr. Dia ni pesen post apa-apa dekat tumblr, tak reti nak set supaya jangan share dekat twitter. Dah tak memasal aku dapat link tumblr dia. Terus lah aku tau semuaaa pasal dia. Ok tak semua. Tapi tau lah sikit. Dari korang, korang tau ke? Haa? Tau?

Lepas tu, makin rapat. Aku tak ingat sebab apa entah lagi, kitorang ada mesej-mesej, dia cakap dia sayang aku. Mula-mula tu aku takut juga. Ye lah. Aku ni masih mengharapkan seorang lelaki menjadi suami aku. Bukan aku yang menjadi suami orang. Kah kah.

Lepas tu lagi, aku keluar dengan dia buat pertama kali. Oh shit! Aku baru teringat, aku ada pergi Kuantan dengan dia. Hahaha. Terlupa pula. Dari situ, aku dah start rapat dengan dia. Paling tepat, masa dalam surau, masa nak solat Zohor. Eheh. Haa sambung balik. Lepas tu, masa aku keluar dengan dia buat pertama kali, dia ada ajak kawan lagi sorang. *abaikan lagi sorang tu*.

Kami bertiga pergi tangkap angin. Tak tau tangkap angin tu apa? Loser! Tu perkara paling best kau tau. Ah pergi lah gugel ke, tengok kat wikileaks ke.

Lepas tu, aku dengan dia terus rapat dekat twitter. Aku suka stalk dia bersembang dengan nyenyenye dia sekarang. Masa tu belum ber-nyenyenye lagi. Bila dah kantoi, dorang dah jarang nak ber-nyenyenye dah. Aku pun dah bosan tak tau nak stalk siapa.

Dah, aku dah malas nak cerita.

Jadi, sempena hari baik bulan baik ni, 21st of December 2010, aku nak ucapkan Selamat Ulangtahun perkahwinan pada Kin dan Apit Kelahiran yang ke ___________ *isi sendiri* kepada Laila Asyikin Balqis Tiara Jakelina binti Saduri. Ok bai.

Kah kah.

15 December 2010

Nama abah, Hamsan bin Arbi. Masa dekat sekolah dulu, aku selalu tipu kawan-kawan, aku cakap Hariyanto Arbi tu adik beradik abah aku. Hahaha. Abah dilahirkan pada 15 Disember 1947 di Tali Air Tujuh, Sungai Leman, Sekinchan, Selangor. Abah anak sulung dari empat orang adik beradik. Tapi itu hari nenek cakap abah ada enam orang kakak sebenarnya, tapi semua meninggal masa kecik.

Abah bersekolah di sekolah kat kampung abah. Aku tak ingat sangat level abah belajar sampai mana. Tapi masa aku ambik subjek Bahasa Arab Komunikasi untuk PMR, abah yang tolong ajar. Ajar aku sorang je lah. Eheh. Tulisan jawi abah saaaaaangat cantik. Agaknya orang dulu-dulu memang dapat anugerah tangan berseni agaknya. Ye dak?

Ketika berusia 24 tahun, abah mengahwini mak, Saerah binti Amir yang rumahnya tak ada lah jauh mana pun. Perkahwinan mak dan abah diaturkan famili. Nenek sebelah abah suka kan mak ketika mak belajar mengaji dekat rumah abah. Kemudian, di usia abah 25 tahun, abah menjadi bapa bila lahirnya abang aku.

Abah dan mak berpindah ke Segitiga Jengka sebelum kakak nombor dua aku ada lagi. Abah jadi peneroka bersama peneroka-peneroka lain. *Kenapa pelik sangat ayat aku ni?* Bila aku berusia 11 tahun yakni darjah lima, pokok kelapa sawit mengalami proses tanam semula. Masa tu, abah serahkan pada Felda untuk selesaikan segala-galanya.

Disebabkan terbiasa buat kerja berat diwaktu muda, abah tak betah duduk dekat rumah goyang kaki goyang kepala. Jadi abah bekerja sebagai pekebun di sekolah rendah dalam jengka aku. Masa tu, aku lah yang paling suka sekali. Ye lah. Pergi sekolah, ada abah. Kau ada? Tak ada kan? Heh.

Lama jugak abah kerja sebagai pekebun. Sampai aku Tahun Akhir di Universiti. Kau kira lah berapa tahun. Dari umur aku 11, sampai 22. Sebelas tahun abah berkhidmat dekat sekolah tu. Dan bila abah ditamatkan perkhidmatan sebab umur, abah memang macam cacing kepanasan. Tiga minggu pertama, abah demam. Sebab tak biasa duduk diam. Lepas tu abah mula aktiviti lama abah. Pagi-pagi, abah bertukang. Ada je yang abah baiki dalam rumah ni. Tambah bumbung lah, buat stor baru lah. Petang pulak kalau lepas asar, abah pergi belakang rumah. Bersihkan kolam ikan abah, menyapu, potong rumput, bakar sampah. Maaacam macam.

Macam pagi tadi, tidur aku terganggu bila abah mesin rumput. -__-" Abah suruh aku sapu, tapi dengan mata tertutup, aku jawab "Jaaaaaaaap." Bila bangun, tengok-tengok dah siap semua.Tehehehe. Sorry abah!

Ok hari ni hari ulangtahun kelahiran abah yang ke 63. Abah dah tua walaupun masih lagi ber130km/j. Rambut abah dah putih. Perut abah makin bulat. Tapi tak apalah. Aku doakan abah panjang umur, sihat tubuh badan supaya dapat terus beribadah padaNya. Semoga abah senang-senang dengan anak-anak macam aku, semoga abah sentiasa gembira dunia akhirat. Orang sayang abah!




Eh. Kau baca sampai habis ke?

11 December 2010


Tak payah lah besar sangat mulut tu cakap kau baik, kau persis malaikat. Padahal yang sebenarnya kau tak jauh beza dengan iblis, kau satu kepala dengan Lucifer.

Kau tak nak orang cakap buruk pasal kau. Jadi kau tak perlu lah nak longkang kan orang sangat. Kau tak nak orang tahi kan kau. Jadi kau tak perlu berusaha nak berak atas muka orang.

Aku tau, kau paham konsep karma kan?

.

09 December 2010




Bila dah online, tak tau pula nak tulis apa. Aku share lagu je lah. Nak dengar, play. Tak nak, tak payah play. Erm ada sedikit berita;

i. Aku masih tak lepas interview. Ah malas dah lah. Siapa nak datang minang, email aku. Aku kasi alamat rumah. Aku dah pandai masak sikit-sikit, rajin basuh baju, buka tingkap pagi-pagi, tukar pampers baby dan pampers sendiri.

ii. Selamat datang pada Nurain Qazreena binti Muhammad Razmankhairi. Anak sulung kakak aku yang selamat lahir pada 0953 am di HoSHAS Temerloh dengan berat 2.58 kg, tinggi 47cm.

iii. Aku merancang nak turun KL dengan tiket 'saja-saja nak berhibur'. Tapi dalam mimpi pun aku tak berani nak cakap pada mak aku. Eheh.

iv. Semoga Koskenkorva II selamat diberanakkan awal tahun 2011 ni.

Eh eh. Rasa tadi macam tak tau nak cakap apa. Ni macam banyak pula. Kah Kah. Ok babai.

25 November 2010




Kalau setiap malam, ada orang nyanyi kan lagu ni sebijik macam brader thom yorke oh ilysm menyanyi, aku tak akan menjadi seorang yang nokturnal.

Mesti.

24 November 2010




Saya rasa dah jatuh cinta dengan video ni. Eh eh. Dah memang jatuh cinta pun. Oh. Saya balik Pahang. Jarang online.

Jadi, babai.

22 November 2010


Fahmi, tiga tahun.



Kanak-kanak lelaki. Kadang-kadang, dia boleh jadi kanak-kanak perempuan juga kalau pakai shawl.

Eheh.

Ok. Aku tak paham apa masalah budak ni sebenarnya. Dia suka betul cari pasal dengan aku. Kadang-kadang, tengah aku sedap-sedap layan soto almaklumlah masa raya, dia rilek je tepuk belakang aku sekuat yang mungkin. Kudrat dah lah macam orang dewasa. Ok tipu. Tapi boleh buat aku tercekik juga sebenarnya.

Sebagai mak sedara yang baik, ikhlas, tak bawa toyol ketika exam, tak jaga tepi kain orang, aku sedaya upaya memberi kan kasih sayang yang secukup nya pada budak ni.

Contoh;

Jika dia tengah main susun-susun kereta mainan yang MasyaAllah punya lah banyak, dengan penuh mesra aku akan menghampiri dan dengan tidak sengaja, aku tersengaja melanggar susunan kereta yang baru je dia nak bangga tunjuk dekat atok dia a.k.a abah aku.

"Cik naaaaaaaaaa!!" Jerit dia, Fahmi.

Dan aku seperti biasa, pura-pura tersedak ketika minum air bila dia menjerit.

12 November 2010



Kadang-kadang, kau perlu jatuh dari puncak gunung yang menggeletek awan, untuk sedarkan diri kau sendiri, apa yang selama ini kau panjat, apa yang kau cuba nak capai. Banyak halangan akan dicampak, di tabur, setiap kali kau nak melangkah. Hanya untuk memperlihatkan apakah yang kau inginkan itu, sememang nya untuk kau perjuangkan atau tidak.

Dan setiap luka baru yang ditindan di atas parut luka-luka lama, sentiasa menceritakan sebuah cerita. Sebuah cerita perit; Aku terluka, hampir mati, namun aku tetap berdiri.

10 November 2010



Bila kau dah selalu dapat apa kau nak, bila kau selalu lepas level ekspektasi dalam apa kau buat, bila kau jarang pegang perkataan gagal, bila kau sentiasa senyum.

Jangan lupa.

Akan ada satu hari kau kena langgar, jatuh dalam gaung dalam penuh air. Kau berpaut pada tali, tali putus. Kau tenggelam. Kau cuba capai ranting kayu, tapi tu kayu mati, patah. Kau tenggelam lebih dalam lagi. Kau langsung dah tak cukup oksigen.

Kau memang tunggu mati.

Dan jika 'kau' adalah aku, boleh tolong hulur tangan? Sebab aku sedang lemas sekarang.

08 November 2010

#1 Jangan mengeluh depan aku. Busuk. Aku tak suka.

#2 Jangan cakap benda yang kau tak tau.

#3 Jangan ulang benda yang sama. Aku rasa nak tampar kau.

#4 Jangan layan aku macam budak-budak bodoh. Aku tau apa nak buat.

#5 Jangan buat taik dengan aku. Aku dah terai sehabis baik nak kasi mood tak spoil, tapi kau saja pasang lighter lepas tu campak dekat aku.


Babi tau. Macam gampang.

Hati aku tak sedap dua tiga hari ni.


#1 Mungkir janji dengan abah cakap nak balik isnin minggu lepas tapi sebab demam sampai selasa lanjut ke rabu teman kawan inteview lepas tu khamis bangun lambat dan jumaat tiket habis dan terus kena tunggu abah bank in duit dulu isnin ni sebab duit dah habis dan baru boleh balik hari selasa esok. Kau baca sekali napas? Walaupun dah call abah tiap hari dan cakap sori tiap kali nak letak fon, tapi mana aku tau hati abah kan? Kot abah kecik hati? Ok rasa macam durhaka.

Bah.... (╯_╰)



#2 Walaupun aku disuruh tunggu call dari IBM, tapi aku rasa sepatutnya aku call agent manpower untuk tau feedback dorang tapi aku tak call call lagi sebab takut sebenarnya. Takut nak dengar realiti yang aku tak dapat. -___-"

Okay hati aku kuat cakap sebab dua benda ni yang kasi rasa tak berapa nak sedap dalam hati. Asyik nak gedik dok dupdapdupdap. Tempeleng kang saja.



Tuhan, semoga semua baik-baik saja. :)

07 November 2010



Aku selalu suka banding kan aku, dengan kau, mereka.

Selalu merasa cemburu bila melihat betapa senang nya hidup kau dan oposit nya kau dan aku jika disebelah kan berdua.

Kenapa bukan aku yang duduk di dalam kasut wangi kau?

*Jentik dekat otak*

Eh bodoh alang jugak aku ni. Nak sangat warna-warna hijau penuh kan hati. Tak semua yang senang itu, 'senang'.

Dan aku masih bersyukur bermalas-malasan di dalam kasut busuk aku. Tak semua mampu lihat dari mata aku, sebab kau, mereka tak kan pernah mampu jadi aku.

05 November 2010

Kadang-kadang, lelah tengok perempuan yang tak pernah tau erti sakit bila mula rasa cinta. Dan terus-terusan sakit bila mana orang yang diberi hati, sikit pun tak reti nak pandang semula, langsung terus tutup mata.

Kau tak rasa bodoh ke, perempuan? Terus letakkan harapan setinggi langit ke tujuh, ke lapan kalau ada. Kau biarkan si lelaki bermain yoyo dengan hati kau. Di tarik, di lepas.

Dan aku rasa aku sendiri terlalu bodoh sebab aku melihat diri aku dalam kau.

Kecewa tak dapat jumpa famili hari ini.

Kawan aku baru tengok belog ini. Dia baru baca, hampir separuh atau suku dari isinya. Dia kata, aku jujur.

Am not.

Kalau dulu, belog dulu, aku memang terlalu transparent. Hampir semua yang berlaku pada aku, aku tuliskan jadi cerita. Belog aku dulu, sama dengan istilah diari. e-diari.

Tapi tu dulu. Masih terlalu naif tentang dunia maya but it doesn't mean yang aku sudah terlalu bijaksana dengan semua ke-maya-an ni. Aku masih cuba bertatih. Jika dulu, aku pertontonkan luar dalam yang aku ada, tidak kini.

Aku masih bercerita. Tapi ada tapisan kulit isi nya. Seperti yang pernah aku suarakan dulu, ada mata-mata liar menjeling dengan setiap kahak yang aku ludah. Aku risau jika lendir pekat itu dikumpul dan nanti ada masa, mereka palitkan pada muka aku.

Ini belog aku.

Ya. Tapi alam ni bukan aku sorang. Cuba untuk mem-positif-kan segala. Jadi aku perlu jaga hati lain-lain manusia. Tak mau satu hari nanti aku menangis bila kena jentik dengan karma.
Brader bawak bas : "Tiket habis dik."

Abah : "Jaga diri baik-baik."

Mak : "Itulah. Mak dah pesan balik pagi. Ni balik petang. Degil."

Kakak : "Mak marah kamu tak jadi balik tau."

....

Hampir menitis juga air mata saya semasa di Perhentian Bas Pekeliling tadi. Menyesal tak balik awal pagi. Sekarang, termeniarap aje lah dalam bilik di Shah Alam.

Oh. Esok saya ke Melaka tau.

03 November 2010


Setelah agak lama tak jumpa, hari ni aku lepak dengan one of my buddy, kawan stadi, kawan mapley, kawan Volvo, kawan yang caring macam seorang abang.

Talking about all those things. Kerja. Duit. Bosan. Hidup.

Aku rasa macam kena ketuk dengan spanar kejap. I'm already 22. Tapi apa ada? Kerja, belum. Duit, abah. Motor, hilang. Ok tu cerita lama. Bosan, memang tak pernah tak bosan. Tu yang tidur makan tidur makan tidur makan sampai badan pipi semua bulat. Hidup, pfft. Ni tak boleh nak cakap. Hidup tu hidup, tapi macam tak berapa hidup. Basically, I have nothing. Ada jiwa, hati, emosi untuk deep sorang-sorang. Tu ada lah. Tapi nak buat apa? Bukan boleh kasi duit pun. Oh kalau zine laku ok lah. Tapi zine tu bukan untuk cari duit, tu untuk kepuasan.

Cuba untuk banding kan diri aku, dengan kawan-kawan yang dah berkerjaya, berkereta tak kisah lah kereta bapak belikan ke, janji ada kereta. Rasa loser lah. Heh.

Am I?

02 November 2010

Ini entri Sisleyxmex.

Tak tau dia bagi ke tak aku ambik ni. Nak komen tak boleh. Tapi, cap. Aku pinjam tau! Pahal entah?Aku rasa macam dia tengah cakap pasal aku. Aku yang emosi bila baca. Macam tengah baca belog sendiri. It's just, totally me. *cuma ayat dia lagi baik dari gua. T__T*


Kadang-kadang aku tak reti nak describe diri sendiri macam mana. Kalau nak kata aku ni hipokrit, macam kejam sangat bunyi dia. Jadi aku anggap aku ada split personality, atau lebih tepat lagi aku ni some kind of alter-ego.

Aku ada dua warna, putih dan hitam. Macam ni,

Satu hari kau lari-lari, jatuh, dan luka. Kau datang dekat aku dan kau cakap nak pinjam bahu dalam suara tersekat-sekat. Kau cakap kau sakit, dan kau menangis puas-puas. Aku sapu airmata kau dengan ekor baju. Aku cakap, lain kali jalan kaki. Bila kau lari laju-laju, kau cuma ada dua kemungkinan; cepat sampai atau rebah tengah jalan. Kau menangis lagi. "Maka, aku boleh jadi bahu tempat kau bersandar, bila kaki kau terasa lemah untuk melangkah." -Putih.

Satu hari aku lari-lari, jatuh, dah luka. Kau datang dekat aku dan kau cakap nak pinjamkan bahu. Aku tolak, sebab aku kuat. Aku masih gagah lagi dan tak perlukan sebarang tempat bersandar. Kau pergi, dan aku mula menangis. Aku menangis macam tiada lagi dunia hari esok. Nasihat pada diri sendiri seperti bola getah yang melantun ke dinding. "Maka, aku akan mulai goyah dan rebah, bila kaki terasa lemah untuk melangkah." -Hitam.

Aku pandai nasihat kau macam orang kental, sedangkan aku sendiri lemah. Aku pandai berlagak handal, sedangkan aku kalau diposisi kau mungkin akan lebih down, dan menyerah kalah. Senjata yang aku ada cuma 'kata' satu-satunya. 'Kata' di sini, seperti baju besi dan perisai untuk berperang. Senjata paling kukuh untuk buat aku jadi kuat.

"Eh dude, thanks untuk malam tadi yang sampai pukul enam kut aku rasa. End up dengan aku tertidur dulu. Sorry but a big hug for you yang boleh kasi aku senyum tanpa plastik dan tenang seperti biasa."
Sebenarnya tak sedap jugak ada banyak-banyak email.

Konon-konon masa buat dulu, dah fikir. Satu email untuk laman sosial, satu email untuk benda formal, dan satu email khas untuk Meteorasa dan Koskenkorva. Last-last, aku cuma bukak yang selalu untuk aku mintak kerja je. Konon-konon takut ada terlepas peluang kerja.

Cis!

Tadi, baru terasa nak bukak semua email. Dan aku tengok ada email dari mereka yang nak zine.

Minta sorry banyak-banyak. Tak sengaja. Tolong contact dekat nombor yang dah di beri dekat email. InsyaAllah. Akan cuba diusahakan. :)

Oh esok aku balik. Memang maleh nak online kalau duduk rumah. Laptop tinggal dekat shah alam, pendrive hilang. Memang tak bawak balik apa-apa. Kalau ada apa-apa, tolong contact Mael, Acap, Pyol atau Syed.

Ini, untuk kau orang semua, sayang. Muah!


01 November 2010

Sel-sel dalam otak tengah memberontak gamaknya.

Mengada tau kepala ni. Baru selsema, baru tidur 14,15 jam punya lama. Bukan tidur tiga hari pun nak menggedik pi sakit, buat pa? Lepas tu dah macam tak berapa nak sihat ni, gatai pi ikut member pergi selebret habis satu paper. Dan untuk kali kedua makan dekat Restoren Cili Merah, nama gah tapi tak lah pedas mana. Chicken chop dia sedap walaupun aku tak dapat nak habiskan hirisan daging ayam terakhir.Ah tak dapat suami soleh. -__-"

Mak suruh makan ubat. Abah suruh balik esok.

Yang ada sekarang, actifast. Kalau ada panadol dengan coke kan sedap? Boleh high sampai tengah malam esok.

Hujan. Dan aku jatuh cinta pada Suede. Thanks dude. *kenyit sikit*






And when everything is blue or green or green or blue or grey
I cross the street
to catch the beat of my heart
And I watch it all
'cause there's nothing else to do today
And I watch it all fall so hard
Aku tak suka selsema.

Sepanjang aku hidup lapanbelas tahun ni homaigot tolong lah percaya, aku prefer untuk batuk sampai nak termuntah dari selsema yang hingus cair asyik nak meleleh je kalau tunduk. Lagi satu, kalau selsema, bila dah pekat hijau kekuningan, nak tidur malam susah. Sumbaaaaaaaaat manjang!

Bila aku mula dijangkiti virus RNA dari famili Orthomyxoviridae ni, aku mula lah nak mencarut je dari sehari ke sehari.

Hari pertama, hingus cair. Kena bariiiiing je. Nak bangun malas. Dan aku akan kerap bersin. MasyaAllah setiap masa rasa nya aku bersin! Sampai dekat sekolah dulu, ticer English aku pernah berhenti menulis dekat blackboard dan tanya,

"Mana datang tikus ni?"

Sangat hot masa tu. Ok tak. Tak hot pun. Rasa nak lari balik rumah sebab kawan-kawan satu kelas gelakkan.

Hari kedua, hingus dah start proses pembekuan. Masih okay kalau nak compare masuk nya hari ketiga dan seterusnya, azab tak payah nak cerita. Sumbat dua-dua belah memang rasa nak lempang diri sendiri.

Dan soalan-soalan berunsur khurafat akan selalu aku dapat;

"Kau main dadah ke? Mata gila stim."

Bangkai.

31 October 2010




Dua hari ni masa aku cuma dihabiskan dalam bilik 10kaki x 6 kaki (aku main agak je). Tidur yang kemain over dari baby. Dan malam ni aku rasa tak sedap badan. Selsema, sakit kepala. Yes. Padan muka siapa suruh tidur lama-lama. Tapi bagus jugak.

Merasa lagi orang nyanyi lagu dekat atas ni jadi lullaby.




Masa aku tengah sakit otak siapkan tesis aku dulu, aku mintak satu lullaby song. Then, buddy aku kasi satu link dekat youtube.

Yes. Ini lagu pertama Radiohead yang aku dengar. Dan aku suka gila. Thanks, babe.


Dan entri ni untuk kau. Kau, bukan korang.

Dari dulu kita kawan, kita sangat okay. Kau ni kira buddy aku yang paling faham aku. Gila babi punya faham lah orang kata. Until the day you met her, you've changed. Tak banyak, but still you're quite different from the day I know you.

Sepanjang aku hidup, berkawan dengan mereka-mereka yang most of them lelaki, aku perasan dorang ni pesen penting kan kawan. Apa-apa pun, kawan lagi penting dari awek. Dan tu yang bezakan kau dari lelaki lain. Apa kau buat, kau tetap penting kan awek kau. Tak tau lah. Mebi sebab aku ni perempuan jugak kot? So tak sepenting kawan lelaki kau. Who knows kan?

Since you have her, kau sentiasa batalkan segala janji nak jumpa aku. Doesn't matter lah kalau kau dah promised dengan aku nak jumpa sejak berminggu-minggu, tapi kalau ada benda yang related dengan awek kau, terus, TERUS kau cakap, "eh tak jadi lah. sori."

Sampai lah untuk esok punya hal pun, tetap jadi benda yang sama jugak. Hey dude. Aku paham kau ada awek. Yes aku sangat paham benda tu. Aku tak marah pun kau nak kensel semua hal lepak kita sebab awek kau, aku tak kisah. Serius gila babi punya aku tak kisah. Kau tengok aku macam marah, tak. Tu bukan marah. I'm just a lil bit disappointed. Bukan sekali. Dah banyak kali weh. Orang lain pun berawek jugak. Berbalak jugak. Ada je masa dengan kawan? Betul ni, aku memang tak kisah. Cuma satu je dol.

Jangan berjanji.

Sebab macam mana aku cakap aku okay pun, aku tipu sebenarnya. Kau dengan janji kau, sila bawak masuk kubur.

30 October 2010


#1 Aku sangat kuat makan gila.

#2 Aku kaki tidur. Aku boleh tidur dekat mana-mana, dan bila-bila masa.

#3 Aku anak last. Tapi please jangan cakap aku manja. Serious shit, i'm not. Tak percaya, jum ikut aku balik rumah. Oh. Tapi mak selalu cakap aku anak abah. Tak tau kenapa.

#4 Aku suka hitam, gelap, sejuk.

#5 Aku suka bawa motor laju-laju. Lagi-lagi kalau tengah geram, marah, sakit hati. Oh dan aku pernah hilang motor. Lebih sedih dari hilang Farid Kamil di tangan Dania Danielle.

#6 Aku suka lepak mapley (Ameer Ali 15, bangi; fevret!) sampai empat lima pagi. Aku liar? Heh. Who cares? Kau bukan kenal aku pun nak judge aku pakai mulut lancau kau.

#7 Aku terbiasa dengan perkataan sial, babi, fuck, shit, damn, bodoh, bangang. Jika aku gunakan bengong, itu maksud nya aku cuba bermanja. Ok tipu.

#8 Aku tak reti nak kaver apa aku rasa. Kalau aku tak suka, obviously memang nampak aku tak suka. Dan situasi sama kalau aku suka. Ha ha ha.

#9 Aku prefer kawan lelaki lebih dari kawan perempuan. Tak tau kenapa. But don't get me wrong. Aku ada jugak dua tiga buddy perempuan apa? Jangan nak cakap aku gatal kalau aku asyik hang out dengan lelaki.

#10 Aku pernah hilang kau. Aku tak nak hilang lagi sekali.

Satu benda yang aku paling pangkah sekali ada lah kena perli.

Serious shit aku rasa nak penampar je muka orang yang perli-perli aku. Tolong ah wei. Sama-sama dah besar kut, dah boleh fikir. Tak payah lah nak sarkastik sangat. Kalau kau nak marah, kau cakap kau marah. Kalau kau tak suka, cakap tak suka. Tak payah nak perli-perli bagai.

Aku dah banyak kali cakap benda ni. Kau buat jugak lagi. Karang kalau aku kahak kan kau, baru berair-air mata nak minta maaf.

Babi tau.

29 October 2010


KTM agak nya memang dah layak masuk muzium kan?

Hmmph. Hampir empat jam tunggu train, tak lunyai pulak aku kan? Nasib baik ada dua tiga drama swasta seperti Chinta, Adamaya, (Eh Siti Kelembai dah habis eh?), ditayangkan secara tidak langsung ketika menunggu. Idok ler aku bosan sangat tadi.

Kalau kau dan awek kau (khas untuk lelaki, lesbian, tomboy dan pengkid) naik train yang padat, sempit, dan mampat, adakah kau akan tiba-tiba rasa kau ni automatis awek kau punya Dettol? Maksud aku Dettol disini adalah protector, bukan mandian ya. Harus lah kau jaga keselamatan awek kau kan? Sedangkan train tak penuh pun kau sudi merangkul dan mereka rela dirangkul, oppss! Hah. Mesti kau nak cepat-cepat rangkul atau kata manis nya, lindung awek kau supaya dia tak dilindung (penggunaan perkataan manis tak berapa sesuai) mereka yang bukan berwarganegara Malaysia. Ye dak? Karang tak memasal kau dapat kad undangan dari Lombok. Kah kah.

Dan acane pula kalau awek kau kena ngorat? Theoritically, perempuan akan cepat-cepat berlindung belakang si Dettol untuk mengelak panahan Cupid milik si jejaka Lombok tadi. Jadi Dettol, apa kau nak buat? Apa kau nak buat?

Yes. Diam saja. Baru nampak cool. Ah apa barang bergaduh sebab perempuan ye dak? Kah kah. Ok tak berapa kelakar rasa nya.

Kau, sebagai lelaki mesti rasa tercabar kan? Ah sial apa nak ngorat mata air aku. Ini salah satu contoh ayat yang keluar dari mulut kau. Contoh je. Tak tau betul ke tak. Entah-entah monolog dalaman je. Sebab orang yang ngorat tu badan dah macam bouncer. Muka pulak tak kurang dari satu parut. Pfft. Kau pulak tak ada basic langsung dalam hal-hal melibatkan seni mempertahankan diri. Ah senang cerita, diri kau sendiri pun kau rasa tak boleh nak buat apa-apa, apatah lagi diri awek terchentahi.

Tapi kan, cuba kau cakap dengan orang yang ngorat awek kau tu, slow talk dengan dia, kut dia paham.

Kau cakap, "She's mine."

Kalau aku jadi awek tu, cair sampai Stesen Padang Jawa.

28 October 2010

Just Married; Syed & Acap.


Penat gila.


For the first time ever, I'm having my interview session alone. Tak ada orang teman macam dua sesi sebelum ni. Dengan pengetahuan yang sangat kurang mengenai pengangkutan awam iaitu bas di kawasan KL, sebenarnya aku agak ragu-ragu nak lone ranger konon nya. Tapi sampai bila nak susah kan orang dol. Ceh ayat nak berpendirian teguh je sekarang. Aku pun gamble je lah dari KL Sentral ke Bandar Utama. Terasa macam bersiar-siar di Indonesia seketika. Heh.

Alhamdulillah. Second interview ni pun simple macam yang first hari tu. Tak banyak benda pun. Masuk, "Tell me about yourself", "Why you choose this job instead of being a geologist?" dan "Okay write an essay about anything." Everything's done. Hantar essay, turun bawah dan terus masuk 1U. Macam tak interview pun ada. Hahaha.

Oh! Sempat juga aku jumpa best buddy dekat midvalley tadi. Makan-makan, borak-borak (manis sikit dari sebut ngumpat, ye dak?). Then aku balik ke Shah Alam semula.

Dan tak tau nak cakap, rasa bersalah sangat pada pasangan paling suwit ever dekat dalam dunia ni, Syed Hafeez dan Ashraf Rahman. Sungguh! Aku tak sangka langsung kehadiran aku dalam hidup korang berdua kasi efek yang mendalam. Sampai berbalas entri dah haa. Aku bukan lah berniat nak marah ke apa. Tapi kalau korang tak suka aku ada antara korang, just say it lah. Jangan main tulis entri cakap aku dengan Acap lah, aku dengan Syed lah. Padahal, korang berdua yang tengah madly in love kan? Kan? Kan?

Takpe takpe. Aku paham. Aku paham. (Eh tak perlu kut ulang dua kali.) Korang berdua masing-masing ego. Tapi masing-masing aku tengok ada teori bercintahi kan? Aplikasi kan dalam relationshit korang, dan nah! Sebelum bercanda pun sudah nampak manis nya, apatah lagi jika memang bercinta. Aku dapat rasa kan gambar pre-wedding korang berjaya mengalahkan gambar pre-wedding angkasawan negara kita. Sungguh!

Lepas ni, jangan bergaduh lagi ok? Tak mau dah buat entri berbalas macam yang ni dan yang ni. Tak jentel tau. Buang ego tu, dan luah kan secara berhadapan yang kau, Acap dan kau, Syed masing-masing punya rasa yang satu.

Jangan risau Syed, Acap tetap milik kau. Dunia akhirat. Amin.


#Acap yang pakai skirt.
#Syed yang, mesti lah yang tak pakai skirt!

27 October 2010



Sehari tiga belas entri, pedehal. Kan?

Oh! Gambar kat atas tu? Saja je letak dan saja je bagitau. Kut ada orang nak tanya, aku dah bagitau jawapan awal-awal. Ye dak? Aku suka gambar ni. Nampak funny. Dah ada yang kena tag kat fesbuk. Walaupun aku Like page I received 50 notifications because you tagged me in your stupid photo, tapi aku peduli apa. Aku tag jugak.

Oh lagi. Tadi dah dapat call back dari Miss Haritha. Esok seken inteview aku. Homaigot homaigot. Ni bukan butterfly dah ni dalam perut. Tapi rasa macam kereta racing dalam perut lepas tu eksiden. Betapa bergelojak nya perut aku kerana cuak. Again, aku rasa ayat aku sangat lah what the fuck.

Oh dan lagi. Wish me luck, babe.


Kalau satu hari tu aku rasa sangat tensi, all I need is sebatang pokok, rumput, bukit, angin. Dan aku akan totally okay.

Aku jenis tak penyabar. Dalam erti kata lain, tak tahu sabar. (Apa beza dia?) Kalau aku marah, aku tak reti nak marah. Kenapa ayat aku sejak akhir-akhir ni macam mintak penampar sangat ye? Okay maksud aku, tak kisah marah macam mana pun, aku tak reti untuk marah dorang. Aku cuma tahu menangis kalau aku dah tak mampu kawal rasa marah aku. Yes, ini aku.

Walaupun dekat blog, dekat luar aku kuat berbahasa kasar, tapi itu cuma time aku tengah okay. Tapi kalau aku betul-betul marah, aku diam. Tahan. Dan terus menangis kalau aku rasa orang yang buat aku marah tu totally motherfucker.

Contoh macam sekarang. Pfft.

26 October 2010

Tak tau nak tulis apa sebenarnya. Mata aku dah macam kena gigit tebuan walaupun aku tak tau tebuan tu ada gigi ke tak. Mengantuk, tapi tak boleh nak tidur. Macam banyak sangat benda tiba-tiba datang nak serang otak suci muci aku ni.

Hmmph. Interview petang tadi, Alhamdulillah. Tak lah bermaksud aku dapat job tu. Masih menunggu call untuk second interview. Doakan lah dapat. Kalau tak, aku apply job as a wife je karang. Tapi ah kau ni Mal. Macam konfiden dapat je job jadi isteri. Kah Kah Kah. Ok tak kelakar.

Aku tipikal tau. Dah lapan belas ratus kali aku bagitau. Aku tipikal. Memang tipikal punya tipikal lah. Jadi, bila aku dengar cerita pasal kawan aku punya kisah cinta, aku jadi berangin. Kipas dalam bilik ni kuat sangat agaknya. Okay. Kalau kau, yes. Kau. Kalau kau rasa kau dah tak nak, kau dah tak boleh nak terus kan hubungan kau dengan kau punya awek yang dulu gila-gila punya kau cakap 'ini bakal bini aku', kau let go je lah. Kau tak payah nak terusan bercerita dekat perempuan lain yang kau masih care lagi pada awek kau tu sebab tu kau tak nak putus kan relation korang padahal dalam masa yang sama kau bermanja dengan perempuan yang kau sibuk nak bercerita konon-konon tempat untuk luah rasa sedih kecewa kau ah kau boleh pergi meninggal. Kenapa ayat aku tak ada tanda baca? BM kau dapat berapa ni Mal?

Okay. Boleh tak kau tak payah nak hipokrit lagi? Tak payah nak konon-konon kau ni baik nak mampus, konon-konon semua benda yang jadi ni kau boleh point dua puluh jari tangan dengan kaki kau tepat dekat muka awek kau tu. Fikir lah sikit, stupid! Dulu kemain lagi kau cakap dia lah intan, dia lah pujaan, dia lah bulan, bintang, matahari, utarid, zuhrah, marikh, musytari, zuhal, uranus, neptun, pluto (betul ke susunan? ini based on Ustad Zul Baru Masuk Meminang Zahrah Untuk Naik Pelamin). Tapi sekarang? Dia lah yang kasi kau sakit kepala, yang kasi kau bad mood. Hah? Lepas kau dah jumpa perempuan lain yang lebih kasi kau rasa selesa. Ah selesa tengkorak kau.

Emo kan? Ah. Macam aku kisah. Tapi kalau aku jumpa kau depan-depan, siap! (Macam berani sangat). Dan tengok balik ayat first.

Yes. Aku tak tau nak tulis apa sebenarnya.

25 October 2010

Tadi aku dah elok-elok kopi pes pasal IBM. Saja nak tunjuk tengah stadi. Tapi apahal aku macam nak poyo-poyo pulak kan? Then, aku delete. Dan sekarang, aku tengah menaip entri ini, dan korang sekarang tengah baca entri ni. Pfft. Ayat yang sangat ayam.

Almost three days here, at Prima Damansara, aku mula belajar acane rasa nya ada adik. Uhh acane sangat comel lah sebenarnya. Kan? Kan? Dan aku akui, aku sememang nya MEMANG ditakdirkan untuk tidak ada adik. Sebab kalau ada adik, mungkin aku akan disumbat kan ke Henrey Gurney awal menengah rendah dahulu atas kesalahan cubaan membunuh adik yang berperangai persis siamang hutan yang tak reti mendengar kata seorang kakak (obviously it's me) yang sangat baik lemah lembut sopan santun berbudi bahasa tutur kata manis menawan seolah-olah mintak pelempang.

Tak. Aku nak cakap yang aku dah tengok Red dengan The Child Eyes (mengarut gila babi tapi sedap jugak lah) dekat Kepong Village Mall yang guna MBO yang gila babi punya grand rasa macam ada Grammy Award je sebab macam ada red carpet lip lap lip lap dan terus buat aku rasa GSC tak setanding MBO.

Dan sekarang apa lagi yang aku buat ni? Banyak benda tak prepare dan esok aku dah interview. Please, mal. Don't be scared to speak in English. Be confident!

Wish me luck. Babe.

23 October 2010

Oh please. Wish me luck..!

Aku takut. Aku cuak. I'm fucking lack of confident. Lagi-lagi when I have to speak in English. Sampai agent ManPower tu nasihat aku macam-macam. Your English is fine. Just don't be scared to use English word. Aku macam biasa lah, I'll try. Watdehel kau I'll try. Borak tetap gak bahasa ibunda. Entah celah mana aku terai aku pun tak tau. Kahkah. Ok rasa nya this is not the right time untuk ber kah kah. Serious lah sikit bingai! Buat-buat lupa ke apa dah dapat email yang kau kena pergi inteview Isnin ni hah? *bercakap depan cermin sambil picit jerawat sikit. Homaigot kenapa sekarang baru nak tumbuh ni cik adik?*

Hmmph. Aku dupdapdupdap lagi lah. Acane? Manja kan aku sebut macam mana? Rasa nak lempang diri sendiri.

Eh. At least, I'm still good in cursing people using English.

*Duh! Broken nya..! :( *
Haih. Fesbuk buat hal ke atau Mark Zuckerberg dah nak hapus kan benda alah F biru biru ni ke atau intenet koneksyen berperangai lahanat? Eh dah okay pula? Lantak lah. Malas nak backspace. Ihik.

Eh hey! Kau ni memang pesen tak paham bahasa kan? Berapa kali aku nak cakap, jangan duk paksa-paksa aku. Aku bukan budak kecik lagi. Kalau aku nak, aku akan buat sendiri. Aku akan ambik sendiri. Kau tak payah nak pujuk, nak paksa aku suruh ambik. Suruh buat. Aku bukan gadis pemalu yang bila kau hulur barang aku duk cakap eh tak apa lah tak apa lah sambil main hujung jari. Aku bukan macam tu bodoh. Aku kalau nak, aku grab terus. Orang punya ke tak, belakang kira. Eh tak tak. Aku masih tahu beradab susila bagai.

Jadi, jangan nak jadi seorang yang menjengkelkan sangat. Dan ahh. Kenapa aku rasa macam cakap depan cermin lagi je ni? Ini hari bercakap dengan cermin sedunia ke? Atau minggu bercermin diri?

22 October 2010

Orang sekeliling, maksud aku yang selalu hang out dengan aku, yang tau SEDIKIT pasal aku, biasa nya akan cakap aku ni perempuan yang suka mencarut, suka keluar malam-malam, suka lepak mapley sampai pagi, walau pun aku bertudung. Ok yang part mencarut tu memang aku tau tak baik. Tapi tetap buat lagi. T_T Tapi at least aku mengaku *bukan lah bangga mana pun guna bahasa kasar* dan aku sedar aku memang bukan perempuan yang baik-baik. Tapi aku masih tahu jaga diri lagi.

Cuma, kesian tengok some people, yang pakaian elok-elok, yang perangai sopan-sopan, gigih mencarut, gigih keluar malam, buat aktiviti-aktiviti sosial yang macam-macam.

Oh. Aku bercakap depan cermin lagi ke?

*entri ke empat rasa nya*
.

Cuba usaha kan supaya jangan terus lancau sangat mulut tu bila bercakap. Cuba berfikir dulu, supaya satu hari nanti, tak ada lah kau malu balik bila apa yang kau sibuk duk pungpangpungpang cakap dekat orang dulu, patah balik kena tepat dekat batang hidung kau yang tak mancung tu. Oh. Hidung aku pun tak mancung juga.

Adakah aku sedang bercakap depan cermin sekarang?

.


yes. yes. yes.

Kau, suka sangat berdrama yang konon-konon, kau ni memang paham kondisi orang-orang sekeliling kau. Padahal, bak kata orang tua-tua, sepicing pun kau tak paham. Kau main redah cakap macam-macam, kau bantai assume bukan-bukan. Bodoh. Kalau tak tau, diam. Tak payah nak berlagak macam fortune teller ke apa ke. Kau langgar dengan perkataan, ingat tak sakit hati ke? Ingat tak boleh bawak mati ke?


21 October 2010


Untuk diri aku sendiri, bila aku kata aku tak kisah diletakkan pada jalan yang rosak-berlubang-lambat tar-tanah merah-tunggu ada eksiden baru nak baiki jalan, okay aku dah macam merepek, tak salah rasa nya untuk hari esok sahaja, aku harapkan Tuhan smooth kan segala perjalanan aku.

Aku berdoa, dan harap kalian pun berdoa untuk aku.

Terima kasih.

.

19 October 2010

Dulu, aku selalu berharap, selalu berdoa supaya Tuhan letak kan aku pada jalan yang senang-senang. Kalau boleh, aku tak nak hala hidup aku macam jalan bengkang bengkok. Aku nak highway tiga lane yang straight terus sampai hujung. Tapi, kenapa aku harus demand gila kan? Tak tahu bersyukur betul.

Jadi sekarang, aku ubah sikit. Aku masih mahukan perjalanan life yang kurang susah. Tapi kalau ditakdirkan laluan yang harus aku tempuh tu seperti jalan kampung yang masih tanah merah belum bertar, aku tetap terima. Dan aku berharap, berdoa supaya, Tuhan tetapkan aku, hati aku, jiwa aku, untuk terus kuat. Tak kisah lah seteruk mana pun kondisi yang perlu aku hadapi, aku akan terus berdoa, aku masih kuat, masih gigih untuk terus berdiri, berjalan dan kalau boleh, aku nak berlari.


.

18 October 2010

Aku tak pernah rasa lagi perasaan yang sama pernah kau rasa sekarang. Aku tak pernah berdoa untuk rasa. Sebab aku tak tau diri aku kuat mana. Aku tak tau keboleh berdirian aku tahap apa. Kalau nak dikira-kira, aku tak bersedia langsung dari segi apa-apa. Mental, fizikal. Tak. Aku tak pernah prepare apa-apa untuk rasa perkara yang semua orang akan rasa suatu hari nanti.

Bila kau hilang orang yang lahirkan kau, hilang orang yang susah payah besar kan kau. Mak Abah kau.

Takziah untuk kau, babe. Semoga arwah abah tenang dekat sana.

15 October 2010

Saya masih tak ubah perangai munafik saya. Masih suka mungkir janji pada diri sendiri. Semalam, saya sudah berfikir-fikir untuk ke rumah kakak di Subang, tapi sekarang, saya masih di atas katil di rumah di Shah Alam, menghadam bait-bait lagu dari band Cute Is What We Aim For. Pagi tadi saja, abang call banyak kali. Dengan senang lenang saya off kan fon lepas kali ketiga saya dapat panggilan dari abang.

Dan bila saya baru buka mata tepat jam sepuluh tadi, abang telefon lagi sekali. Bertanyakan bila saya akan bertolak dari Shah Alam ke Subang. Senang dia nak ambik nanti. Jawapan saya; 'selepas zohor'.

"Kamu pergi solat Jumaat dulu ke?" -abang.

"Yosh! Orang lah yang baca khutbah hari ni. Tengah siapkan text khutbah ni." - saya.

"......" -abang.



Sebenarnya apa yang saya nak cakap?

14 October 2010


Senja. Shell. Seorang lelaki. Sebiji helmet.

Lelaki itu terus meluru ke dalam Select. Helmet di kepala sedikit-sedikit menutup muka yang kira-kira enam per sepuluh. Muka boleh cecah market lah.

Fridge tempat minuman di buka. Tak memasal lelaki itu masuk dalam fridge, dengan helmet, dengan badan, dengan kaki, dengan kasut busuk dia. Bangla yang tukang jaga Select, diam tak terkutik.

Saya dekat luar Select, cuma sempat menyapa dalam hati.

"Hi bodoh!"

13 October 2010

Tumblr.

dulu, aku guna kan belog sebagai tempat untuk aku luah kan every single thing yang aku rasa. marah-sakithati-benci-sedih-down-bangang-babi-bodoh. tapi sejak aku tau satu perkataan yang terhasil dari enam huruf, aku rasa macam belog ni dah tak ada apa-apa. heh. sebab dekat sana, aku suka-suka hati nak tulis apa-apa. aku boleh bukak mulut luas-luas untuk menjerit. tak perlu fikir nak bina dinding tebal untuk elak orang dengar apa aku merepek. tak perlu nak paku kepingan kayu untuk halang orang tengok apa aku buat. dekat sana, it's just totally me.

dekat sini, aku balutkan diri aku dengan plastik.

09 October 2010

depan yang silam.



satu masa dulu, dia pernah menggenggam satu janji. sehingga dia tak sedar, janji tu membawa diri dia mati, seorang diri. dan dia terus terkurung dalam satu ruang hitam, kusam, busuk. tapi dia terus cuba untuk membuka mata dalam kegelapan, walaupun mengambil berjuta tahun masa. dia terus berlagak yang dia punya kaca mata yang mampu teropong cahaya untuk terus hidup ke udara.

sehingga satu masa, tangannya tercapai hujung tali ampuh. tanpa fikir panjang, dia terus pegang erat tali itu, dengan harapan yang dia mampu mengejar hujung pelangi yang selama ini dia cuma nampak dalam mimpi. tapi, dia mula jadi kurang berani. kerana seolah-olah, dia akan terjatuh kembali ke dunia kosong, yang dulu pernah dia alami.

08 October 2010

go fak yourself.


ketika kau betul-betul atas tanah jerlus dan tunggu masa nak tenggelam, ketika kau tunggu masa nak hanyut bila kena pukul dek ombak menggila, kau tak perlu risau. masih ada tangan yang sudi dihulurkan pada kau untuk elak kau dari ditelan jerlus dan disedut ombak.

tapi kenapa kau langsung tak mahu pandang even sebelah mata pada orang yang tengah kalut nak elak diri dari terpusing dalam tornado padahal dia membabi buta tolong kau dulu?

07 October 2010

kau seorang.


kalau kau rasa kau tak kuat nak berdiri, kalau kau rasa kau dah tak kencang untuk terus berlari, ok come here. aku ada dekat sini. yes, aku mungkin tak dapat nak selam hati kau, tak dapat nak paham perasaan kau, tapi sekurang-kurang nya, aku ada dekat sebelah kau, sengetkan bahu sebelah kanan, dan sandarkan kepala kau dekat bahu aku. aku tau bahu aku tak ada lah sesedap sofa paling mahal dekat dunia tapi masih aku dapat guna jemari aku untuk usap air mata kau.

jadi, jangan terlalu tenggelam dengan dunia yang kau cipta sendiri. dunia yang kau rasa cuma ada kau sorang. sebab macam aku dah bagitau tadi, aku kan ada?


06 October 2010

pilih jalan hitam.


macam setiap manusia tipikal yang lain, aku inginkan kehidupan yang sangat indah. habis belajar terus bekerja, jumpa bunga nyawa, berkahwin, ada anak, dan end up kan life dengan penuh rasa rendah diri pada Tuhan. dan masih, aku rasa jalan lurus seperti tu boleh tahan susah jugak lah nak genggam dekat tangan. bila baru nak cecah hujung jari sikit, mesti terlepas punya. dan selalunya, jalan hidup yang sebenar-benarnya mesti ada bengkang bengkok lah.

ketika ini lah kau kena tunjuk kan yang tahap kesabaran kau kuat untuk terus gigih tempuh segala macam ujian. kalau tak tahan, terus tersadai dekat selekoh tajam. mati.

05 October 2010

kawan itu masih kawan.


orang tua ada berpesan, hati-hati memilih kawan. kerana kesan dia akan terlihat pada kau nanti. tak banyak, sedikit tu tetap akan ada. tapi jika perangai kau sendiri yang berubah evil tanpa ada hasutan si kawan, kenapa masih nak terusan menghunus jari telunjuk pada kawan? mahu dia bertanggungjawab atas segala perkara hitam yang kau buat? kau tau tak kau bodoh? kau ada akal, jadi kenapa kau tak boleh nak aplikasi secara lebih logik, lebih dalam sebelum kau buat sesuatu?

jadi sekarang bila kau dah mengandung, bila darah kau sudah positif HIV, bila kau tak lagi sesuci dulu, kau patut berdiri mengadap cermin, angkat jari hantu kau straight dengan imej kau dalam cermin.

04 October 2010

bunga tahi ayam.

kau topeng kan lubang hitam dengan bunga warna warni. tapi kau sendiri tak sedar warna tak beri kesan mendalam banding dengan bau. yes. setiap orang berbeza dan aku sendiri penting kan bau dari warna. sebab bagi aku, bila-bila masa aku boleh cat kan sesuatu yang aku suka dengan warna yang aku mahu. dan kau tak takut ke kalau bunga yang kau letak dalam lubang hitam yang semakin besar tu lama-lama akan hilang tenggelam? kau tak risau? bila semua orang dapat tahu siapa diri kau yang sebenar.

aku tak suka letak bunga dalam lubang tu. aku biarkan lubang itu terbuka. dan aku hiaskan bunga hitam putih cuma di sekeliling dia. supaya kau boleh nampak kelemahan dan kekuatan aku.

03 October 2010

si bodoh itu masih, aku.


umpama kan aku si bodoh
yang terlalu berahi untuk menggentel
tujuh warna yang dihujung depan
dan terus berkejaran memijak
setiap ketul nadi-nadi keras
dan akhirnya terus tertiarap di atas
besi-besi kehidupan yang kejam
yang tanpa rasa terus mengangkat
bilah-bilah momen terkebelakang
perlahan menikam aku
si bodoh yang terlalu berahi untuk menggentel
tujuh warna yang di hujung depan



02 October 2010

Yang penamat itu, putih.




aku rasa aku dah berjaya
capai hujung pelangi yang selama ini
aku cuba cari dengan sepenuh hati
dan bila dia berjaya menyelit
di celahan genggaman
kenapa terlalu mudah aku lepas kan
kenapa terlalu gampang aku serah kan




29 September 2010

Koskenkorva


ini, zine. kaver depan zine.

harga : kalau jumpa depan-depan, RM5. tapi kalau pakai post, kena bagi RM10 lah. nanti saya pos, saya bagi baki. eheheh.

isi dalam : apa-apa je yang boleh dianggap tulisan.

erm ini first time buat ni. bukan saya sorang, ada member lain. Acap, Pyol, Syed dan Mael tukang kaver. kalau rasa nak terai baca, boleh lah contact saya dekat email : AmalinaHamsan@gmail.com. nanti kita sembang dekat sana.

mungkin boleh jumpa zine ni dekat Pekan Frinjan 14. mungkin lah. tehehehehe

.

24 September 2010

Idioteque.


Assalamualaikum.

err. hai. saya pun tak tau nak cakap apa. sebab saya dekat cyber cafe sekarang. penuh dengan budak-budak saja. ni pun kerusi saya bergoyang-goyang dek kerana budak belakang ni bizi sangat main dota. ah harap dia tak tau saya sedang bercakap mengenai dia.

saya mintak maap pada awak-awak semua sebab saya tak dapat nak balas komen yang telah awak komen dekat petak komen saya. seriously, saya tak tau apa saya rasa sekarang. cuma saya rasa, saya nak berhenti sekejap dari berbelogging. sekejap tu, tak tau lah berapa hari. mungkin bulan dan mungkin makan tahun. siapa tahu ye dak? saya sudah mula rasa terancam untuk terus menulis dekat sini. saya rasa macam ada mata yang memerhati *bajet hot*.

dan sekarang, saya cuma aktif di twitter yang saya rasa saya nak peraivet kan, dan juga di tumblr. yang saya rasa, yes. itu lah dunia saya. tak ada orang tau apa saya nak mencarut, memaki, menjiwang. oh ada dua tiga orang tau. tapi tak apa lah. dorang tu boleh kira beberapa kepala, satu jiwa lah dengan saya.

erm. itu je kot. kalau saya apdet, apdet lah. kalau tak, tak lah. ceh. macam lah ada orang kisah ye dak? hehehe. sehingga itu, selamat berjumpa lagi. Assalamualaikum.


Be strong now.
because things will get better.
It might be stormy now,
but it can't rain forever.

. .

20 September 2010

Love It All.

raya itu hari, saya ada sedikit sombong lah. tak tau kenapa. saya tak wish raya pada siapa-siapa pun. cuma siapa yang mesej dan cakap selamat hari raya, baru saya balas. saya sebenarnya bukan lah sengaja sangat nak jadi macam perangai diva-diva ni. tapi entah. mungkin saya nak tengok siapa yang masih ingat pada saya kot.

mak ada tanya saya, tak pergi rumah melah *bukan nama sebenar* ke? saya cakap, dah dia tak datang rumah kita, tak payah lah kot saya susah-susah nak pegi rumah dia. ye dak? tapi mak cakap, tak elok gitu. mak si Melah tu selalu tanya kan pasal saya. saya cakap lagi, itu kan mak si Melah. bukan Melah nya yang tanya. dia pun macam dah tak ingat pada saya mak. dia kan ada kawan-kawan baru. lepas tu lagi, mak cakap. jangan lah macam tu. raya ni kan untuk bermaafan. ya. saya setuju. tapi kan mak, dah kalau tiap-tiap tahun asyik muka saya je yang terjegul kat pintu rumah dia, dan dia pulak ambik masa selang beberapa tahun untuk muncul dekat rumah kita, apa cerita?

saya kan, bukan nya nak balasan apa-apa. cukup lah kalau awak-awak semua hargai nilai kawan, sahabat bila dengan saya. sungguh. itu je yang saya nak.


see I've got this woman here
she loves me all the time
no need for excuses
no pressures in my mind

my heart was living damp
and I've been pushed over the line
for on your hand it be broken
and ill be all over this time

she said, love it all love it all love it all
she said, love it all love it all love it all

.

15 September 2010

Somewhere only We Know.

hai. selamat hari raya. rasa macam dah basi je ucapan tu ye dak? tapi tak apa lah. janji saya tetap ucap kan? oh. maaf zahir batin jugak. kalau ada salah silap saya dengan awak-awak semua. hmmph. lepas supper malam tadi, saya mula baring-baring semula dalam bilik macam biasa. padahal dah banyak kali mak saya pesan, bagi makanan turun sampai perut dulu baru nak baring ke, nak pengsan ke. itu yang mak saya cakap. saya pun angguk je lah masa dekat dapur. tapi geleng kepala masa saya dah dalam bilik. dan bila lampu dah padam, bilik pun gelap. mata pun mula nak terlelap sambil perut diusap-usap. bila perut saya akan kempis-ramping macam dulu ya, saya bermonolog sendiri.

dan entah macam mana, tangan saya tercapai pusat. orang baya nenek saya pernah berteori; semakin bertambah kedalaman pusat awak, semakin meningkat jarak antara awak dengan jodoh awak. tak paham? ok gini. misalnya, perut awak tu sama paras dengan lapisan luar perut awak yang boroi tu, jadinya jodoh awak mungkin dengan jiran sebelah rumah awak yang awak pernah masa kecik-kecik, mandi dengan dia cuma dengan berseluar dalam. itu pun kalau awak pakai seluar dalam lah.

ataupun;

awak ada awek gebu masa zaman sekolah. tengok-tengok masa awak belajar kejuruteraan masa dekat Tokyo, Jepun, awak terjumpa awek yang tiga belas ribu tahun cahaya lagi kancis dari awek-gebu-masa-sekolah awak tu. tuptup, jadi isteri awak. pfft. gila mirekel kan? dan bila awak mandi sehari selepas majlis pernikahan awak tu, awak perasan yang pusat awak tu, bapak lah gila dalam.

dan, sementara nak tunggu mata saya yang separa kuyu nak terus tertutup ketat, saya dengan penuh keyakinan, (malah saya rasa saya tak seyakin ini masa saya tolong belikan mak saya minyak masak untuk goreng-goreng dekat kedai masa petang semalam), merasakan, jodoh saya memang dengan brader Thom Yorke yang berasal dari England tu. kalau tak dapat beliau pun, paling koman pun, Farid Kamil. dia kedah. jauh jugak tu dari pahang. ye dak?


.
.

06 September 2010

Twenty-to.




awak pernah suka seseorang tak? suka dalam erti kata yang sebenar. tak pernah? ok tipu sangat lettew~ kihkih. saya bet, semua orang pernah rasa suka, minat, sayang, cinta, rindu dekat someone kan? hmmph. cuma bayi baru lahir yang boleh nampak makhluk ghaib je tak perasan lagi benda-benda jiwang ni. ya bayi mungkin ada rasa suka. sukakan susu ibu dia. ye dak?

orang cakap, bila awak dah mula ada perasaan suka-sayang-cinta-jadah tu semua, jantung tu mula lah nak terloncat-loncat ke depan. jari tu mula lah tak henti-henti nak pintal hujung rambut. kaki tu tak habis-habis nak kuis tanah. dan bila sampai masa tu, awak akan willing untuk buat apa saja untuk awak punya bunga nyawa. nak dia sentiasa senyum ketawa bila dengan awak. nak pinjamkan bahu awak pada dia tak kisah lah sampai senget benget pun lepas tu. memang sikit pun kalau boleh awak tak nak dia menangis. tak kisah lah kalau end up nanti dengan hati awak yang ranap sendiri.

macam saya sendiri, dari kecik saya memang ada seseorang yang saya sangat suka! dan saya rasa, perkataan cinta, sayang, semua tu macam terlalu lemah untuk gambarkan perasaan saya pada dia. dan biasalah, ayat tipikal macam ni selalu keluar; dia memahami saya. someone yang paling 'in' dengan saya. walaupun ada kala dia sangat annoying, tapi dia jugak lah yang saya cari bila saya dah mula hilang diri sendiri. anytime saya nak jatuh, cepat-cepat dia depangkan tangan untuk tahan saya dari tersembam. dan bila saya dah tersungkur dengan hidung berdarah semua, dia lekas-lekas hulurkan tangan, dan kesat cecair merah pekat yang keluar dari rongga hidung saya.

oleh itu, hari ni, waktu ni, saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada awak, sebab selalu ada dengan saya. awak banyak berkorban untuk saya. saya sayang awak sangat-sangat.

dan selamat hari lahir, Amalina. semoga satu hari nanti, awak akan bertemu dengan hujung pelangi awak sendiri.

. .

02 September 2010

Saviour.

ketawa bila rasa gembira. masih cuba untuk senyum eventhough perkara yang jadi tu paling menancap dada. terlalu meruntun jiwa. ya, saya tipikal. percaya ada keajaiban akan berlaku yang akan merotetkan semula saya punya journey.

plain. rata. itu masih saya. tak banyak sangat warna dalam benda yang saya panggil life ni. cuma ada dua warna yang kerap; hitam dan putih. saya dah cuba masukkan warna-warna pelangi, warna-warna asas. tapi still nothing. saya rasa mungkin sebab warna-warna ni semua tak berapa nak 'in' sangat dengan saya kot. jadi saya stick pada hitam dan putih. cuma adakala, saya tetap selitkan warna merah dan oren bila saya berhuhahuha dengan kawan, dan juga warna biru bila saya bersama dengan famili. pink dalam hati? ok ok. it's just a phrase. i guess. untuk menutup mata semua orang yang sebenar-benar nya hati saya cuma dipenuhi gabungan dua warna; hitam dan putih, yang hasil nya, nah! kelabu. eh bukan kelabu tahi itik. tu najis sangat bunyi nya. ni kelabu biasa-biasa je.

dan antara dua warna hitam dan putih ini, saya pilih warna hitam untuk meng-konker hampir segenap ruang yang ada. ya ya. basically, memang lah background nya putih. tapi semua nya pun dah nampak hitam bila warna hitam itu sendiri dah mula merajai kawasan. saya dah cuba nak tutup warna hitam tu. saya dah warna kan semula dengan putih. tapi tak berapa nak kekal lama. warna putih tu cepat sangat meluntur. dan pernah, saya buat keputusan untuk kikis hitam-hitam itu. tapi pedihnya, kakisan itu turut sama menarik kulit dan isi yang ada. menghasilkan lubang kosong. black hole.

saya kan, pernah terfikir nak luas kan kawasan yang ada. supaya warna putih kembali memanipulasikan segala benda. tapi bila memikirkan berapa harga yang perlu saya bayar nanti, saya rasa, saya akan stay macam ni.


Somewhere between my sleep
Somewhere beneath my skin
In places I can't see
Something is known to be a sin

Hiding inside my eyes
Burning from deep within
Something that needs a lie
Trying to turn into a sin

Rescue me before I lose control
Rescue me from this fire in my soul
There's only you who can stop me from falling
I need a saviour, need my saviour


.

30 August 2010

Shine On.

sebelum saya diam itu hari, saya dah tukar header belog ni. tak tau lah kenapa. rasa macam masih di peringkat pembinaan jati diri yang selalu sangat terumbang-ambing. padahal baru kena tiup sikit, mula lah nak bergolak. kalau kena angin tsunami yang disebabkan pergerakan plat bumi ni, agak nya terus hancur saya nanti.

buat masa sekarang, saya masih belum berkerjaya *untuk elak salah paham*. saya masih di rumah. bangun sahur tolong masak apa yang patut, tunggu subuh tiba, terus tepuk-tepuk bantal dan berharap mr.Future datang dalam mimpi saya. bangun, kemudian tidur kembali. bangun lagi dan tidur semula. sehingga lah saya rasa lelah nak tidur lagi. saya akan terus bangun. siap-siap dan here I am; cyber cafe yang cuma dipenuhi kanak-kanak yang leka bermain dota, CS dan yang baru belajar nak berfesbuk. entah puasa entah tak diorang ni. hampir tiga jam bazirkan masa dekat sini, saya akan melangkah ke rumah, dan berharap ada yang mengajak saya ke bazar. tapi tak ada pun. =.=" eh kenapa macam nak cerita detail sangat ni? eheh. tapi itu lah. kesimpulannya, saya masih belum bekerja. hati tak berhajat lagi nak isi mana-mana form. bukan tak cemburu. bukan tak iri hati dengan kawan-kawan, cuma tak tau lah. rasa hijau tu cuma membawa saya jauh ke alam fantasi saya sendiri. lepas tu saya akan lupa untuk meng-apply mana-mana company yang perlukan khidmat saya.

erm. dua tiga minggu kebelakangan ni saya rasa macam a lil bit lost. tak tak. saya memang selalu rasa lost ni. tapi yang kali ni, lain macam sikit. saya rasa macam empty sangat. tapi tak sedih. saya selalu deep. tapi realiti nya, tu bukan yang saya betul-betul rasa. eh macam mana nak cakap ya? entah lah. susah nak menzahirkan apa yang terlalu batin. erghhh!





I want to explain how exhausted I am
even in my dreams
how I wake up tired
how I'm being drowned
by some kind of black wave.

.
.

29 August 2010

Stranger in the Night.

assalamualaikum.

hai! dah berapa ribu tahun ye saya tak update? hikhik. okay gedik. muka mintak penampar. hmmph. dari awal bulan lima itu hari sampai hujung bulan lapan. dah berapa bulan? almost four months. itu pun kalau saya tak salah kira sebab otak dah memang berkarat.

secara ringkas nya, saya boleh simpulkan life saya selama hampir empat bulan ni begini;

jumpa kawan A;

"huishh! penat betul lah pergi site. panas terik. hujan ribut. kerja kena jugak siapkan."

jumpa kawan B;

"bosan lah weh duduk opis. kena buat report je. mengantuk aku."

jumpa kawan C;

"tak kisah lah even kerja aku sekarang lain dari course aku. janji kerja kan?"

jumpa kawan D;

"aku........" sambil pandang cermin. ah itu saya sebenarnya.





Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang

Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu


.
.

14 August 2010

She Moves In Her Own Way.

Assalamualaikum semua.


Sempena hari baik bulan baik ni, saya rasa nak gunakan bahasa yang lebih elok. Ye lah. Nanti ada pulak cerita yang bukan-bukan keluar pasal saya. Kan?

Saya pun tak tau kenapa dua tiga hari ni, banyak betul benda jadi. Kalau tak saya cari pasal dengan orang, orang cari pasal dengan saya. Saya pun tak paham. Apa yang best sangat bila dapat buat saya marah. Haa? Best ke? Rasa macam dapat makan aiskrim ke time tengah puasa ni? Haihh.

Semalam, ada orang tegur saya. Saya tau niat dia baik. Dia tanya pasal entri-entri dekat belog saya yang dah makin merah jambu sekarang. Tapi tak tau kenapa, saya rasa macam "Kenapa setiap tulisan aku nak kena tegur?". Lepas tu saya rasa macam bersalah. Sebab saya tau, my mistake. Jadi untuk awak, saya mintak maap ok. Maybe itu turn saya yang cari pasal. Heh.

Dan malam tadi jugak kot. Saya terperasan kan sesuatu. Saya pernah bagitau dulu, saya memang terlalu sensitif. Kadang-kadang, saya tak boleh nak anggap benda tu gurauan. Lagi-lagi kalau benda tu ada kaitan dengan apa orang pikir. Dan bila saya rasa dia buat saya ni macam "homaigod! Kau hot sangat. Aku nak kenal dengan kau!" bila dengan dia, saya akan rasa "Eh kau jangan nak perasan lebih-lebih boleh tak? Kau bukan siapa-siapa pun." Ok kalau awak semua yang baca tak berapa nak paham, tolong jangan ambik certain ayat saya dan jadikan benda tu terpusing dan memaksudkan benda lain. Tolong jangan.

Lepas ni saya akan stay rumah kakak dekat Subang. Peratus untuk saya online memang berada di bawah paras buku lali lah. Lagi-lagi pulak abah terbawa balik laptop dan binatang peliharaan saya, si Berok balik ke Pahang. Jadi, saya tak dapat nak tengok apa yang akan jadi lepas ni. Tapi apa-apa pun, saya terlebih dulu menyusun sepuluh jari untuk minta maap kot-kot saya salah anggap.

Ok?






So now you pour your heart out

You're telling me you're far out
You're not about to lie down for your cause
But you don't pull my strings
'Cos I'm a better man
Moving on to better things

Well uh oh, oh I love her because she moves in her own way

/
/

13 August 2010

See that Girl?



Bila mana aku ternampak buddy yang mula nak masuk dalam jiwa aku, mata dia berkaca-kaca siap pakej dengan air terjun Niagara sekali, sikit sebanyak boleh kasi efek pada aku sekali. Elok pulak perkara berbangkit yang menjadi pertaruhan dia dan si lelaki pernah menjadi barang mainan aku satu ketika dulu. Jadi aku tau rasa yang dia tengah rasa sekarang. Hmmph.

Boleh tak sekali je kau cuba nak hargai sebelum kau hilang semua sekali?





Yeah, she's the one who stuck up for you
The one who stayed up until midnight
Just to talk to you
She's the one whose heart flutters
When she gets a call or a text from you
She's the one who fought for you,
The one that missed and loved you

But
By the time you realize that she's the girl you want...

She'll already be with the guy who figured it out.

.
.

12 August 2010

Naive.

*Tahun 1997*

Hari cuti memang saat yang ditunggu-tunggu untuk murid darjah tiga macam aku. Tapi yang silap sikit, kalau cuti masa bulan Puasa. Memang sakit jugak lah nak duduk rumah lama-lama dari pagi sampai petang nak menanti waktu berbuka tu. Kalau duduk sekolah, koman-koman time rehat dapat main cuit tiang, dapat jugak lah ter-spent masa tu dekat perkara yang boleh menyebabkan ingatan pada perut berkeroncong hilang.

Pukul 10 pagi.

Usus perut, cacing, tahi dah macam buat gig dah. Haihh. Mak kat tanah tanam bunga. Abah pagi-pagi dah pergi kerja. Kakak tengok kartun tapi sebenarnya kartun yang tengok dia. Tivi bukak. Mata dia tutup. Hish. Membazir. Ni antara syaitan yang terlepas dari ikatan lah ni.

Hmmph. Line macam clear. Kan?

Bangun dari sofa. Tangan seluk kocek. Pergi pintu rumah sebelah tepi. Jenguk kepala sikit. Mak pandang, tapi sekejap je. Mak terus sambung kerja semula. Senyum makin lebar. Terus pergi dapur.

'Nak makan apa ni?'

Ah tentu lah aku monolog dalaman. Gila apa nak cakap kuat-kuat kan. Mata tajam melekat pada tin biskut atas meja makan. Tapi dalam tu bukan biskut. Ada keropok ikan.

'Ah boleh lah. Dari tak ada langsung.'

Gila bangsat punya perlahan, aku bukak penutup tin pakai sudu. Orang kata, kalau nak mencuri ni, memang dah lepas dah ni. Mata bercahaya bila penutup dah di letak dekat tepi. Nak lagi baik, cari kain buat lapik. Tak lah tung tang tung tang bunyik. Tangan mula capai dua tiga keropok ikan.

"Mak! Mena tak puasa! Dia makan keropok!"

Sepantas kilat aku berpaling. Kakak aku berdiri dekat pintu dapur sambil pegang remote tivi. Cilakak! Dia tak tidor rupa nya. Cepat-cepat aku tutup tin biskut tadi.

"Mana?" Mak cepat-cepat tanya. Kakak aku sebagai spy tak rasmi mak cepat-cepat muncungkan mulut ke arah aku.

"Mana ada! Akak yang makan!" Aku menuding tangan pada kakak yang berdiri di sebelah mak.

Tapi kemudian, aku tundukkan muka. Perlahan berpaling. Bersedia untuk dibantai dengan getah paip di buntut. Menyesal betul sebab tuding tangan pada kakak aku masa tu.

Lupa dekat tangan tengah pegang keropok ikan.


So how could this be done
By such a smiling sweetheart
You're so naive yet so
You're such an ugly thing
For someone so beautiful
That every time you're on his side

.
.