29 September 2010

Koskenkorva


ini, zine. kaver depan zine.

harga : kalau jumpa depan-depan, RM5. tapi kalau pakai post, kena bagi RM10 lah. nanti saya pos, saya bagi baki. eheheh.

isi dalam : apa-apa je yang boleh dianggap tulisan.

erm ini first time buat ni. bukan saya sorang, ada member lain. Acap, Pyol, Syed dan Mael tukang kaver. kalau rasa nak terai baca, boleh lah contact saya dekat email : AmalinaHamsan@gmail.com. nanti kita sembang dekat sana.

mungkin boleh jumpa zine ni dekat Pekan Frinjan 14. mungkin lah. tehehehehe

.

24 September 2010

Idioteque.


Assalamualaikum.

err. hai. saya pun tak tau nak cakap apa. sebab saya dekat cyber cafe sekarang. penuh dengan budak-budak saja. ni pun kerusi saya bergoyang-goyang dek kerana budak belakang ni bizi sangat main dota. ah harap dia tak tau saya sedang bercakap mengenai dia.

saya mintak maap pada awak-awak semua sebab saya tak dapat nak balas komen yang telah awak komen dekat petak komen saya. seriously, saya tak tau apa saya rasa sekarang. cuma saya rasa, saya nak berhenti sekejap dari berbelogging. sekejap tu, tak tau lah berapa hari. mungkin bulan dan mungkin makan tahun. siapa tahu ye dak? saya sudah mula rasa terancam untuk terus menulis dekat sini. saya rasa macam ada mata yang memerhati *bajet hot*.

dan sekarang, saya cuma aktif di twitter yang saya rasa saya nak peraivet kan, dan juga di tumblr. yang saya rasa, yes. itu lah dunia saya. tak ada orang tau apa saya nak mencarut, memaki, menjiwang. oh ada dua tiga orang tau. tapi tak apa lah. dorang tu boleh kira beberapa kepala, satu jiwa lah dengan saya.

erm. itu je kot. kalau saya apdet, apdet lah. kalau tak, tak lah. ceh. macam lah ada orang kisah ye dak? hehehe. sehingga itu, selamat berjumpa lagi. Assalamualaikum.


Be strong now.
because things will get better.
It might be stormy now,
but it can't rain forever.

. .

20 September 2010

Love It All.

raya itu hari, saya ada sedikit sombong lah. tak tau kenapa. saya tak wish raya pada siapa-siapa pun. cuma siapa yang mesej dan cakap selamat hari raya, baru saya balas. saya sebenarnya bukan lah sengaja sangat nak jadi macam perangai diva-diva ni. tapi entah. mungkin saya nak tengok siapa yang masih ingat pada saya kot.

mak ada tanya saya, tak pergi rumah melah *bukan nama sebenar* ke? saya cakap, dah dia tak datang rumah kita, tak payah lah kot saya susah-susah nak pegi rumah dia. ye dak? tapi mak cakap, tak elok gitu. mak si Melah tu selalu tanya kan pasal saya. saya cakap lagi, itu kan mak si Melah. bukan Melah nya yang tanya. dia pun macam dah tak ingat pada saya mak. dia kan ada kawan-kawan baru. lepas tu lagi, mak cakap. jangan lah macam tu. raya ni kan untuk bermaafan. ya. saya setuju. tapi kan mak, dah kalau tiap-tiap tahun asyik muka saya je yang terjegul kat pintu rumah dia, dan dia pulak ambik masa selang beberapa tahun untuk muncul dekat rumah kita, apa cerita?

saya kan, bukan nya nak balasan apa-apa. cukup lah kalau awak-awak semua hargai nilai kawan, sahabat bila dengan saya. sungguh. itu je yang saya nak.


see I've got this woman here
she loves me all the time
no need for excuses
no pressures in my mind

my heart was living damp
and I've been pushed over the line
for on your hand it be broken
and ill be all over this time

she said, love it all love it all love it all
she said, love it all love it all love it all

.

15 September 2010

Somewhere only We Know.

hai. selamat hari raya. rasa macam dah basi je ucapan tu ye dak? tapi tak apa lah. janji saya tetap ucap kan? oh. maaf zahir batin jugak. kalau ada salah silap saya dengan awak-awak semua. hmmph. lepas supper malam tadi, saya mula baring-baring semula dalam bilik macam biasa. padahal dah banyak kali mak saya pesan, bagi makanan turun sampai perut dulu baru nak baring ke, nak pengsan ke. itu yang mak saya cakap. saya pun angguk je lah masa dekat dapur. tapi geleng kepala masa saya dah dalam bilik. dan bila lampu dah padam, bilik pun gelap. mata pun mula nak terlelap sambil perut diusap-usap. bila perut saya akan kempis-ramping macam dulu ya, saya bermonolog sendiri.

dan entah macam mana, tangan saya tercapai pusat. orang baya nenek saya pernah berteori; semakin bertambah kedalaman pusat awak, semakin meningkat jarak antara awak dengan jodoh awak. tak paham? ok gini. misalnya, perut awak tu sama paras dengan lapisan luar perut awak yang boroi tu, jadinya jodoh awak mungkin dengan jiran sebelah rumah awak yang awak pernah masa kecik-kecik, mandi dengan dia cuma dengan berseluar dalam. itu pun kalau awak pakai seluar dalam lah.

ataupun;

awak ada awek gebu masa zaman sekolah. tengok-tengok masa awak belajar kejuruteraan masa dekat Tokyo, Jepun, awak terjumpa awek yang tiga belas ribu tahun cahaya lagi kancis dari awek-gebu-masa-sekolah awak tu. tuptup, jadi isteri awak. pfft. gila mirekel kan? dan bila awak mandi sehari selepas majlis pernikahan awak tu, awak perasan yang pusat awak tu, bapak lah gila dalam.

dan, sementara nak tunggu mata saya yang separa kuyu nak terus tertutup ketat, saya dengan penuh keyakinan, (malah saya rasa saya tak seyakin ini masa saya tolong belikan mak saya minyak masak untuk goreng-goreng dekat kedai masa petang semalam), merasakan, jodoh saya memang dengan brader Thom Yorke yang berasal dari England tu. kalau tak dapat beliau pun, paling koman pun, Farid Kamil. dia kedah. jauh jugak tu dari pahang. ye dak?


.
.

06 September 2010

Twenty-to.




awak pernah suka seseorang tak? suka dalam erti kata yang sebenar. tak pernah? ok tipu sangat lettew~ kihkih. saya bet, semua orang pernah rasa suka, minat, sayang, cinta, rindu dekat someone kan? hmmph. cuma bayi baru lahir yang boleh nampak makhluk ghaib je tak perasan lagi benda-benda jiwang ni. ya bayi mungkin ada rasa suka. sukakan susu ibu dia. ye dak?

orang cakap, bila awak dah mula ada perasaan suka-sayang-cinta-jadah tu semua, jantung tu mula lah nak terloncat-loncat ke depan. jari tu mula lah tak henti-henti nak pintal hujung rambut. kaki tu tak habis-habis nak kuis tanah. dan bila sampai masa tu, awak akan willing untuk buat apa saja untuk awak punya bunga nyawa. nak dia sentiasa senyum ketawa bila dengan awak. nak pinjamkan bahu awak pada dia tak kisah lah sampai senget benget pun lepas tu. memang sikit pun kalau boleh awak tak nak dia menangis. tak kisah lah kalau end up nanti dengan hati awak yang ranap sendiri.

macam saya sendiri, dari kecik saya memang ada seseorang yang saya sangat suka! dan saya rasa, perkataan cinta, sayang, semua tu macam terlalu lemah untuk gambarkan perasaan saya pada dia. dan biasalah, ayat tipikal macam ni selalu keluar; dia memahami saya. someone yang paling 'in' dengan saya. walaupun ada kala dia sangat annoying, tapi dia jugak lah yang saya cari bila saya dah mula hilang diri sendiri. anytime saya nak jatuh, cepat-cepat dia depangkan tangan untuk tahan saya dari tersembam. dan bila saya dah tersungkur dengan hidung berdarah semua, dia lekas-lekas hulurkan tangan, dan kesat cecair merah pekat yang keluar dari rongga hidung saya.

oleh itu, hari ni, waktu ni, saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada awak, sebab selalu ada dengan saya. awak banyak berkorban untuk saya. saya sayang awak sangat-sangat.

dan selamat hari lahir, Amalina. semoga satu hari nanti, awak akan bertemu dengan hujung pelangi awak sendiri.

. .

02 September 2010

Saviour.

ketawa bila rasa gembira. masih cuba untuk senyum eventhough perkara yang jadi tu paling menancap dada. terlalu meruntun jiwa. ya, saya tipikal. percaya ada keajaiban akan berlaku yang akan merotetkan semula saya punya journey.

plain. rata. itu masih saya. tak banyak sangat warna dalam benda yang saya panggil life ni. cuma ada dua warna yang kerap; hitam dan putih. saya dah cuba masukkan warna-warna pelangi, warna-warna asas. tapi still nothing. saya rasa mungkin sebab warna-warna ni semua tak berapa nak 'in' sangat dengan saya kot. jadi saya stick pada hitam dan putih. cuma adakala, saya tetap selitkan warna merah dan oren bila saya berhuhahuha dengan kawan, dan juga warna biru bila saya bersama dengan famili. pink dalam hati? ok ok. it's just a phrase. i guess. untuk menutup mata semua orang yang sebenar-benar nya hati saya cuma dipenuhi gabungan dua warna; hitam dan putih, yang hasil nya, nah! kelabu. eh bukan kelabu tahi itik. tu najis sangat bunyi nya. ni kelabu biasa-biasa je.

dan antara dua warna hitam dan putih ini, saya pilih warna hitam untuk meng-konker hampir segenap ruang yang ada. ya ya. basically, memang lah background nya putih. tapi semua nya pun dah nampak hitam bila warna hitam itu sendiri dah mula merajai kawasan. saya dah cuba nak tutup warna hitam tu. saya dah warna kan semula dengan putih. tapi tak berapa nak kekal lama. warna putih tu cepat sangat meluntur. dan pernah, saya buat keputusan untuk kikis hitam-hitam itu. tapi pedihnya, kakisan itu turut sama menarik kulit dan isi yang ada. menghasilkan lubang kosong. black hole.

saya kan, pernah terfikir nak luas kan kawasan yang ada. supaya warna putih kembali memanipulasikan segala benda. tapi bila memikirkan berapa harga yang perlu saya bayar nanti, saya rasa, saya akan stay macam ni.


Somewhere between my sleep
Somewhere beneath my skin
In places I can't see
Something is known to be a sin

Hiding inside my eyes
Burning from deep within
Something that needs a lie
Trying to turn into a sin

Rescue me before I lose control
Rescue me from this fire in my soul
There's only you who can stop me from falling
I need a saviour, need my saviour


.