25 October 2012

#16

Tadi ada satu customer perempuan ni masuk nak tengoktengok baju. Dia muda pada aku rasanya. Dia masuk dengan ayah dan seorang adik lelaki. Masa tu, aku macam terbayangkan itu aku yang tengah shopping baju raya dengan abah.

Aku, anak yang paling rapat dengan abah. Heheh. Selalunya kalau nak raya masa kecikkecik dulu, aku lagi suka ikut abah beli baju. Dengan mak dan kakak, lambat. Lama. Semua kedai nak masuk. Kalau dengan abah, satu kedai je. Jumpa yang berkenan, terus beli, dan terus balik. Tak payah nak survey apa semua.

Jadi, masa tu rasanya aku form two kot. Aku ikut abah pergi cari baju raya. Cari punya cari, tak jumpa. Lastlast masa abah tengah beli barang dekat satu pasaraya, tak silap aku pasaraya Aktif kot, aku rembat dua helai tshirt. Satu tshirt hitam tak ingat apa gambar dia. Satu lagi tshirt biru muda, gambar David Beckam. Plan nak beli baju cantikcantik, tengoktengok dapat tshirt biasa. Tshirt hari raya.

Macam tak ada point kan? Kakakaka peduli apa aku. Saja nak tulistulis. Ok, selamat hari raya Aidiladha. Walaupun adik beradik aku tak ada yang balik, but still, at least, aku bersyukur sangat pada Tuhan, sebab aku masih ada mak abah dengan aku.

Terima kasih, Tuhan. Dan selamat hari raya kawankawan.

xoxo

#15

Aku ada seorang abang dan tiga orang kakak. Semua dah berkahwin. Setiap kali raya puasa, aku akan gembira gila sebab semua adik beradik aku balik. Tapi bila nak masuk raya haji, dorang semua raya dekat rumah mertua. Ini membawa maksud, cuma ada aku dengan mak dan abah saja.

Nak dijadikan cerita, hari ini pulak aku kena kerja sebab budak kerja lagi seorang dah apply cuti awal-awal. Disebabkan dia nak cuti hari ini, jadi aku cuti semalam. Tapi tak ada apa sangat aku buat dekat rumah. Kemas rumah sikit-sikit je sebab kalau rumah tak ada budak kecik, tak lah bersepah sangat kan. Yang banyak nak buat kerja, hari ini sebenarnya. Nak tolong mak potong ayam apa semua, nak sediakan barang-barang nak masak apa semua. Tapi tak dapat tolong. Aku balik malam pulak tu. Malam, confirm semua dah siap. Grrr menyesal aku tak book cuti dari dua bulan lepas!

Oh, isteri abang aku sudah selamat melahirkan seorang baby perempuan. Aku cadangkan dia letak nama Naura Auni. Tapi tak tahu lah dia nak ke tak nama tu. Wkwkwkwk

23 October 2012

#14

Kalau sesiapa pernah ingat, aku ada anak saudara yang bernama Fahmi yang memanggil aku dengan nama Cik Na. Fahmi sudah lima tahun, dan gigi dia makin hitam dan berkurangan. Fahmi juga semakin gemuk, berlemak, dan seperti berbuah dada. EH.

Kelmarin, aku menelefon mama Fahmi, kakak aku. Fahmi menyibuk nak berbual dengan aku sampai berebut-rebut telefon dengan mama dia. Aku pun layankan sajalah.

Aku : Fami, raya dekat sini tak?

Fami : Tak la Cik Na. Abah kita tak kasi. Abah kata, raya rumah nenek kebun.

**Nenek kebun ialah panggilan Fahmi untuk mak dan ayah abang ipar aku kerana di Segamat sana, mak dan ayah abang ipar aku itu mengusahakan kebun.

Aku : Alah. Fami balik sendiri sajalah. Naik bas. Okey?

Fami : Tak mahulah. Abah kita tak kasi laaa Cik Na.

Aku : Biar jelah abah raya dengan mama dekat rumah nenek kebun. Fami balik kampung raya dengan Cik Na eh.

Fami : Nanti bas tu tahu ke nak belok ke mana?

Aku tergelak. Tak terjangka soalan budak Fahmi ni. Entah ke mana dia fikir pun aku tak tahu. Kemudian aku sambung berbual dengan mama Fahmi. Tengah sedap mengumpat, Fahmi menggedik nak borak dengan aku semula

Fami : Cik Na, bila Cik Na nak pergi tempat kuruskan badan?

Aku : What the...?

Fami : Cik Na kan gendut.






Grrr kakak lah ni ngajor anak bukan-bukan!

21 October 2012

#13

Bila aku tengok semula entri untuk tahun 2012 ni, ada 23 entri saja (termasuk entri ini) rupanya. Sikit betul. Lepas tu, semua entri yang tak berapa nak berguna. Ha ha ha.

Okey mari berbicara tentang masa depan yang kabus berawan mendung.

Aku ada terfikir untuk sambung belajar. Sebab aku tengok kawan-kawan aku semua dah berjaya. Aku saja lagi yang masih tercangak-cangak nak hidupkan enjin motor. Kawan semua dah pecut 160km/j guna kereta. Hm.

Kalau ikut perancangan aku, habis sambung belajar, aku nak apply lecturer. Tapi nak belajar pun aku malas. Masuk kali ni saja, dah dua kali aku tangguh study, dan akhirnya aku dah quit dan nak apply yang baru. Ha ha ha. Belajar pun tertangguh-tangguh, berangan nak jadi lecturer. Pui!

Nak jadi lecturer, tapi aku tak pandai nak ngajor. Karang buatnya student aku lagi pandai dari aku macam mana? Habis lah kredibiliti aku sebagai tenaga pengajar muda. Gitu.

Tapi perasan tak, banyak yang aku plan, tapi terlalu banyak tapi yang menyibuk. Asyik tertapi-tapi saja. Diri sendiri sibuk cemburukan orang lain, tapi usaha diri sendiri pun masih lagi bawah tapak kaki, macam mana? Tengok, tapi lagi.

19 October 2012

#12

Dulu, bilik tidur aku bawah tanah. Jauh dari bilik mak abah. Jadi selepas kakak aku kahwin, mak suruh pindah ke bilik kakak aku tu. Bilik tu sebelah bilik mak abah aku. Mak aku cakap, kalau pindah bilik dekat, senang nak kejut Subuh. Ha ha ha. Nampak sangat tak pandai bangun pagi sendiri.

Nak dijadikan cerita, bilik kakak aku ni, kakak aku cakap keras. Pernah satu malam, tengah malam, dia tersedar dari tidur dan dia ternampak perempuan rambut panjang berdiri tepi katil, tengah tengok anak dia tidur. Dia ingat, perempuan itu aku. Tapi jadah apa rambut aku panjang sampai ke buntot. Bila dia bercerita ke aku mengenai hal sedemikian, aku pun terkecutlah perut. Aku yang sebelum ni tidur dalam gelap pun, tidur bercerahlah. Cilake betei kakak aku pergi cerita benda macam gitu ke aku. Aku bukanlah penakut. Kita kan tak boleh takut ke menda gitu. Tapi bila memikiorkan rupa menda-menda tu yang boleh kasi aku terkencing malam, ishhh. Seriau.

Jadi semalam, aku balik kerja, aku masuk bilik aku tu. Aku bau baby. Tau tak bau baby macam mana? Best kan? Wangi je. Bau baby umur tiga empat bulan gitu. Mak aku yang tengah tengok tivi pun aku tegur.

"Mak, best lah orang punya bilik ni. Bau baby." Bahagia betul aku bercerita. Mak aku tengok je tivi tu, buat tak tahu ke aku. Lepas dah beberapa minit berlalu, baru mak aku kasi respon.

"Ada budak agaknya dalam bilik kau tu."

Maaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

16 October 2012

#11


Bukan bercinta saja yang ada istilah bertepuk sebelah tangan. Kawan baik pun ada yang syok sendiri.

Aku, ada beberapa orang yang aku anggap itu kawan baik aku. Hampir semua masalah yang menimpa aku, segala jalan keindahan yang mendekati aku, aku akan ceritakan kepada mereka-mereka ini. Aku cuba berkongsi apa yang terjadi walaupun mungkin ada yang terlepas. Dan dengan apa yang aku buat tu, aku betul berharap yang mereka-mereka ini akan melakukan hal yang sama. Mereka-mereka ini, akan berkongsi yang gembira, yang duka, dengan aku. Mereka-mereka ini, akan menganggap aku, sama seperti aku anggap mereka.

Kawan baik.

Tapi aku lupa, kawan baik pun ada yang syok sendiri. Aku lah tu.

15 October 2012

How To Say Goodbye.


Aku rasa kau akan baca ini, sebab tu aku tulis dekat sini saja. Ya, nampak macam tak patut, tapi aku rasa buat masa sekarang, aku tak boleh nak berhadapan dengan kau. Dan aku rasa ini cara yang terbaik, pada aku.

Aku tak pasti kau faham atau tidak ketika aku beritahu kau yang aku mahu kan masa. Masa untuk aku cuba tenangkan apa yang berserabut, masa untuk aku cuba relaikan apa yang terkusut. Dan aku tak dapat apa yang aku nak. Masa itu, langsung tak tersedia untuk aku.

Sebelum ini, aku cukup yakin kau dapat faham aku seratus peratus. Well at least, pada aku. Dan sememangnya kau dan aku tak pernah sekali pun bertelingkah. Kan? Jadi mungkin itu yang meyakinkan aku yang aku dan kau, boleh pergi. Tapi bila benda macam ni jadi, aku, secara seratus peratus juga, tiba-tiba macam dah tak kenal lagi siapa kau sebenarnya. Sebab kau macam lain betul dengan kau yang sebelum ini.

Dah dua kali kau ulang perkara yang sama. Dua kali itu, ketika aku masih berfikir macam mana untuk tolak tepi apa yang terjadi dan senyum semula macam biasa. Dua kali itu, yang kau tak pernah bagi aku kesempatan.

Jadi aku rasa kau tak perlu ulang untuk kali yang ketiga. Kau boleh teruskan dengan apa yang kau sendiri tetapkan. Aku rasa aku tak perlu kata apa-apa lagi. Sebab aku tak yakin kau boleh dengar, kau boleh faham, dan kau boleh terima.

Untuk segalanya, terima kasih.

10 October 2012

#10

Pernah berborak dengan orang yang tak dikenali kan? Aku khusus kan di alam siber. Pasti pernah. Disapa bila-bila masa saja. Semua orang jadi berani kerana ketika berkata itu, tiada mata perlu diteroka.

Aku, aku punya rasa yang tidak senang sedikit bila diajak berbual dengan yang entah siapa-siapa. Mereka yang di luar kotak kehidupan aku. Jadi aku sedapkan hati dengan meng-haha-kan setiap ayat yang terkeluar dari jari. Bukan tiada rasa serius, tapi entah, aku senang dengan ketawa di hujung ayat. Aku rasa itu lebih mesra.

Dan aku rasa, sangat celaka apabila itu kali pertama kau dan orang yang tidak dikenali berkomunikasi, dia sudah berani baling tahi, perangai sudah mula persis babi.