08 August 2012
#8
Malam tadi, aku rasa ada satu syaitan terlepas dari neraka yang telah menghasut aku untuk membiarkan motorsikal berdiri dengan sendirinya tanpa tongkat. Sudahnya, betis kiri aku lebam ditindih motorsikal. Sungguh biadap!
Pulang dari kerja dengan perut lapar, dan insiden memalukan apabila jatuh secara berjemaah dengan motorsikal di hadapan rumah, mungkin tidak cukup apabila tak sampai lima belas minit selepas itu, siku aku pula mencium pintu ke bilik air. Hampir nak terbelah dua tempurung siku aku rasanya.
Sama ada aku terlalu gembira tanpa sebab, atau memang ada syaitan terlepas dari neraka. Malam tadi.
05 August 2012
#7
Jujurnya, aku tak ada asas dalam menulis.
Cerita pertama yang aku buat, selain dari karangan di sekolah, ialah ketika aku belasan tahun. Empat belas tahun agaknya waktu itu. Dan cerita aku, yang aku harap dapat aku habiskan dan karya itu diterbitkan menjadi satu novel best seller, adalah hasil dari pengaruh novel-novel yang ada di pasaran ketika itu. Jalan ceritanya lebih kurang begini; ada satu gadis berperwatakan lelaki yang membenci lelaki kerana pernah didera pakciknya, dan kemudian terjatuh cinta pada seorang pelajar lelaki yang baru berpindah ke sekolahnya. Dengan konflik itu dan ini, gadis tadi menjadi perempuan sejati, dan berjaya mengahwini lelaki kesukaannya, dan berkahwin, dan happily ever after.
Dan cerita-cerita yang aku tulis tanpa pernah aku siapkan, basically menggunakan idea cinta yang mula-mula benci, lepas tu jatuh hati. Jadi apabila aku terjumpa semula, dan aku baca, aku akan muntah tanpa henti. Geli.
Apabila tahun bertambah, dan umur aku bukan lagi angka satu yang menguasai di hadapannya, aku mula lebih serius menulis. Blogger.com, terima kasih. Aku ada satu blog untuk novel, yang Alhamdulillah, settle satu novel (makan masa tiga empat tahun juga). Kalau nak baca, di SINI. Ini novel tipikal yang biasa-biasa. Jangan harapkan yang lebih-lebih, kerana jalan ceritanya adalah dari penghidupan aku sendiri. Tiada yang luar biasa.
10 Disember 2011, ketika buku Heroin keluar, aku terbaca macam-macam ulasan. Seperti INI, INI, INI, dan INI juga dan lain-lain yang aku tak sempat nak copy linknya untuk letak di sini.
Macam mana aku nak cakap yang sebenarnya, aku sendiri terkejut baca komen yang tersedia. Sebab aku rasa, ketika aku menulis, aku langsung tidak berfikir apa-apa. Aku hanya mengalirkan idea yang ada. Yang kebanyakan mereka berkata, semua mengenai kematian.
Kematian pada watak, dan untuk aku, itu semua kematian jiwa. Kerana aku betul-betul jatuh terpenyek waktu itu. Dan mungkin kerana itu, aku tak dapat nak berfikir apa-apa. Tapi sumpah, nak menangis juga bila aku baca semua yang bagi ulasan tentang Heroin. Tak tahu nak cakap apa dah selain dari Terima Kasih.
Terima kasih, sayang-sayang.

01 August 2012
#6
Beginilah. Aku dah letak satu dinding antara kita, selepas aku tengok kau bersusah payah nak gantung kain dari tiang ke tiang, menghalang aku dari melihat kau. Ha, dinding ini, walaupun dinding kayu, tak berapa nak utuh, tapi sekurangnya, bayang kau pun aku dah tak nampak.
Jadi, bergembiralah dalam dunia kau, kawan.

Subscribe to:
Posts (Atom)