31 October 2019

Pre-Tunang Part IV

Jauh ye perjalanan nak bertunang ni. Ini baru bertunang. Belum kahwin lagi. Matilanak!

Finallyyyy sis berjaya pilih lace untuk baju nikah nanti. Aduiii punya lama laa menengok sana sini nak cari mana yang sesuai. Yang sekarang ni pun, tak tahu laa macam mana. Harapnya match laa warnanya aminnn!

Ini gara-gara tengok ada satu brand ni buat baju nikah lawa guna lace, sis pun nak baju yang sama. Nak beli dah siap, rasa macam mahal sangat. Jadinya buat jelah sendiri. Semoga menjadi dan cantik dan saya puas hati!

Ini kain pasang sis. Abaikan samping tu ye sebab tak ada gambar kain saja. 

Lace yang aku nak ni, warnanya tak banyak. Antara range warna untuk baju aku, off white, light yellow, nude. Tapi nude dia macam brownish sikit laa. Of course ler tak masuk ye dak? Jadi tinggallah off white dan light yellow. Bila aku tanya kawan yang tailor, dia bagitahu, better cari lace yang darker than baju. Kalau offwhite, takut baju nampak pale, dull kot. I don't know. Jadi sis pun pilih light yellow. 

Ini lace tu. Light yellow

Bila dah book untuk pre-order, tetiba rasa macam tak kena. Rasa macam kuning sangat. Inilah yang susah bila beli online. Lepas tu aku saja la combine dua gambar macam bawah ni. Entah kenapa, rasa masuk pula ye dak? Maybe lace tu nampak agak kuning sedikit tapi hmm takpe jelah. Sis doa cantik je hahahaha

Cantik ke cantik?

Lace ni ada dua. Satu sebidang gini, lepas tu ada yang seller dah trim jadi border lace. Border lace tu siap berbatu swarovski. Tapi yang aku nak ni, tak ada border lace tu. So beli jelah bidang gini. RM 40 per meter, aku beli 2 meter. So dapat dalam 4 meter la consider atas bawah dia sama je bordernya. Nanti maybe nak beli batu-batu untuk hias kot. Doakan sis rajin!

Semoga semuanya berjalan lancar! Aminnn!

24 October 2019

Pre-Tunang Part III

Fuh! 

Macam biasa, plan asalnya nak balik masa Deepavali, tapi lagi dua minggu nak cuti, cek tiket bas, dah habis gais. Nangis gais. Kebetulan prof ke Ganu for two days, so aku pun apply cuti Isnin sampai Rabu (21 - 23 Oct) jadinya dapatlah aku cuti Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu. Mengalahkan bos! Tapi aku balik Sabtu pagi sebab dapat cuti last minute, malas nak rushing. 

Sampai Jengka tengahari, terus pergi survey katil. Alang-alang dekat luar dah kan. Aku memang aim nak beli katil besi. Anai-anai tak boleh kokak katil tu. Jadi pergi lah ke satu kedai perabot ni dekat simpang Jengka 14. Tapi barang-barang dia macam lama laa. Aku pergi tengok katil besi dekat belakang, tak lawa. Tengah jalan ke depan, Fami jerit "CIKNA CIKNA!"

Rupanya ada ular senduk woi! Kepala dia menyenduk je. Rupanya aku lalu sebelah dia je huu seb baik tak kena patuk! 

Disebabkan katil kedai tu tak lawa, aku pun buat keputusan nak tengok dekat kedai Pakistan dekat simpang jengka 10, atau Jerantut je. Esoknya tu, pergi kedai pakistan dulu. Katil besi dia lawa. Jenis besi yang memang keras gila tu. Warna bronze maroon. Lawa gilaaa tapi katil saja dah RM 450. Belum tilam lagi. Wuuu jadinya hold dulu.

Kami ke Jerantut.

Kedai pakistan lagi. Lepas tu brader ni tunjuk laa katil divan. Ada banyak jenis. Yang dia tunjuk ni over sikit dari budget aku tapi include tilam, okay laa. Lebih sikit je. Murah dah tu. Dari RM 750, dia kurangkan sampai RM 600. Lawa pun lawa. Aku pula sejenis malas survey barang. Kalau boleh, singgah kedai tu terus beli. Tapi tetap aku hold dulu. Sebab macam terfikir nak katil besi yang RM 450 tu. Beli katil dulu, tilam nanti. 

Kitorang pusing-pusing Jerantut dulu cari kedai emas. Hari Ahad, kedai tutup daaa. Abah ajak singgah mamak dulu. Lek lek sambil fikir nak beli ke dak katil tu. Abah macam aku, terus suruh ambik. Mak suruh ambik katil yang dekat simpang jengka 14 tu sebab murah RM 100. Tapi tak lawa.....

Lastly aku decided untuk beli je katil kat pakistan ni. Kaching kaching RM 600 melayang.

Sebelah dia pula ada kedai karpet dan tikar getah. Kaching kaching lagi RM 55 melayang beli tikar getah 6 meter. 

Tapi bab katil, tilam dan bilik, SETTLE!

Hari isnin esoknya, mak ajak pergi Cowboy. Nak tengok senduk, pinggan. Aku ajak pergi kedai emas dulu, cari cincin tunang. Hari tu sempat beli cincin risik je dengan Fattah. Singgah satu kedai, dekat 6 cincin aku try. Mahai kemain ler cincin batu sekarang ni ye. Masa aku dah nak buat keputusan untuk beli satu cincin ni, tetiba kakak kedai tunjuk satu cincin lain. Batu satu (mcm yang aku nak) dan simple gilaaa tapi sangat cantik! Okay aku ambik yang itu! Harga sebenar RM 508. Kedai bagi diskaun RM 440. Dengan kuasa mak, aku dapat beli cincin tu dengan harga RM 400! The power of mak! Hahahahaha

Hehehe cantik ke cantik?
Cincin tunang SETTLE!

Terus gerak ke Cowboy. Aku pun nak usha kotak-kotak untuk barang hantaran tunang. Tapi bapok ler tak up to data nya barang dorang. Tak lawa langsung! Dah ler mahaiii! Kitorang beli jajan je. Fami stress sebab dia dok bawa bakul kosong je. So upahlah jajan kikiki

Beginilah cucu dan nenek. Kawan baik, kawan gaduh. Ada depan mata, kena marah. Tak ada, nenek pun gelisah. Luls

Sekarang ni yang belum settle, lace aku. Lagi sebulan lebih ni. Debor weh. Debor gila! 

Yang baca, doakan urusan sis dan pasangan dipermudahkan ya. Aminnn!

30 September 2019

Pre-Tunang Part II

PENAT!

Sebenarnya kalau ikutkan hati aku, aku taknak bertunang. Biar terus nikah je. Tapi tulah. Bila aku suarakan pendapat aku pasal tak nak bertunang, habis family aku hampir sawan LOL. Aku anak bongsu, kena buat kenduri betul-betul, kenduri last, dan sebab dah lama rumah mak abah tak buat kenduri. Last wedding pada 2008, kakak aku. Gila 11 tahun dah HAHAHA!

Demi menjaga hati ramai pihak, aku pun buat jugalah bertunang. Bertunang nanti sekali merisik jelah senang. Fattah jauh kat Kelate takkan nak ulang alik dua tiga kali. Selagi boleh jimat, kita jimat. Ye dak? Haa gituu.

Plan kali ni, Fattah kena datang Bangi. Tapi disebabkan Fattah belum boleh drive jauh seorang diri, so hari Khamis (26/09/2019), aku ke Mersing naik bas untuk gerak ke KL sama-sama dengan dia. Bas pagi, jam 9. Sampai Mersing dalam jam 3pm gitu, Fattah baru habis kerja, terus pick up aku bawa pergi makan dekat kedai favorite sis, tepi jeti. Tapi ikan keli dia dah tak berapa kick la. Sedih hakak. 

Siap makan, nak cari keropok buat bekal nak ke KL tapi pakcik keropok tak ada. Double sedih. Kemudian kami berdua pun memulakan perjalanan ke KL. Sampai KL dalam pukul 10pm gitu, Fattah check-in, lepas tu kami terus pergi makan. Lepak-lepak sekejap dekat tempat biasa (Jambatan Putrajaya LOL) kemudian balik rehat. 

Esoknya, plan kami nak cari cincin dan pergi ke bridal yang ada service sewa baju pengantin yang boleh post sebab kami memang nak sewa baju saja. Mula-mula ke Kedai Emas Sri Tanah Merah dulu. Saja nak tengok cincin dulu. Kalau mahal sangat, suruh Fattah cari dekat Kelantan je nanti. Hari tu harga emas kedai ni RM206/g. Agak murah laa compared to semalam punya harga RM215. Free upah gaiss. Sebab memang ada kedai RM 190++ tapi exclude upah. So sebenarnya kan macam sama jee. Dedua mahal. Sobs.

Ini contoh cincin risik yang aku nak. Lawa kan.

Ini cincin yang sis dapat. Hahaha lawa jugakkkk 

Cincin impian aku tak ada so yang aku beli ni pun lawa juga. Berat juga laa pada aku. 2.33g so dalam RM 480. Okay cincin risik done! 

Lepas tu kitorang tengoklah cincin tunang kan. Standard cincin berbatu lah. Tapi mak aih semua harga RM800 dan ke atas. Apooo! Then kami decide cincin tunang tu nanti, Fattah beli dekat Kelantan jelah. Emas kelantan pun murah lagi kan hehehe!

Settle bab cincin, kami pun ke next plan, nak pergi bridal. SNSS Beauty House. Sekalinya tutup gaisss hari Jumaat. Eyy nak nangis rasa! Tapi tak apa, kami terus ke Gulati's nak tengok lace untuk baju nikah aku nanti. Sebenarnya bukan nak beli lagi, cuma nak tengok warna apa yang sesuai. Memula kan aku plan nak beli lace warna gold sebab nak padankan dengan samping Fattah. Tapi bila sampai dekat Gulatis tu, tengok-tengok tak lawa laa kalau warna lace kontra dengan baju. Tak nampak macam baju nikah. So kena cari lace cream. Nanti jelah sis beli online. 

Perut dah lapar, maka kami pun ke Warong Kita. Fattah mengidam nasi manggey. Cian orang Mersing tak jumpa nasi macam ni dekat sana. Siap makan, Fattah solat jumaat dulu. Lepas tu baru kami ke IOI City Mall nak cari baju tunang Fattah. Weiii bapok susah nak cari kemeja dia ni. Yang aku suka dia tak nak, kain tak best la, tak nak long sleeves la. Adoiii lelaki ni kan kalau datang bab cerewet dia, lagi terox dari aku. Sampai nak patah kaki pusing IOI tu. Sempat juga laa kami ke JD Sport semata-mata nak ukur size kaki aku hahahaha!

Tak jumpa baju dekat IOI, pergi Alamanda pulak matilanakkk. Punnn tak ada baju yang kena dekat mata dia. Haa pepandai la awak beli sendiri nanti. Balik rumah petang, keluar semula dalam pukul 10pm. Nak dinner dan bincang secara details tentang flow majlis. Tapi sempat lepak dengan Amir dulu. Amir ni member Fattah yang teman Fattah jumpa aku for the first time. Kakaka kenangan gila!

Hahaha inilah kami 4 tahun lepas.
Dari kiri: Fattah, aku, Shak, Amir

Esok pagi nak pergi SNSS Beauty, dia buka pukul 2pm gaiss. Gilaa kami ni nak gerak balik ke Mersing. Hmm last last tak pergi pun. Nanti aku pergi jelah dulu sendiri nak tengok bajunya macam mana. Bulan Nov Fattah mai semula baru pergi bridal tu. Sebelum gerak ke Mersing, lunch pecel lele dulu di kedai makan favorite kami. Dalam jam 1pm gerak ke Mersing, sampai dekat jam 7pm sebab sempat berhenti makan McD dekat Kluang. Mersing tak ada McD kikikiki

Malamnya kami duduk berbincang dekat kedai makan tepi laut, Bayu. Ada pondok dan meja. Ngam laa untuk tulis apa yang patut. Bincang (baca: gaduh) sampailah decide apa yang patut. 

Kesian Fattah pening fikir hal majlis. 

Aku tenang je hadap makanan sebelum kena marah sebab tak habis HAHAHA

Dan esoknya (29/09/2019) aku pun gerak semula ke Bangi naik bas jam 1230pm. Sampai Bangi dekat jam 8pm. Penat nak mampossss tapi puas hati! Few things tak berapa menjadi tapi tetap happy dengan hal-hal yang dah selesai. Alhamdulillahhhh! 

Untuk 4 hari ini, terima kasih, Fattah! Semoga Allah permudahkan urusan kita berdua. I love you!



Aku rasa macam cantiknyaaa kakaka okbai!

23 September 2019

Happy 48th Anniversary, Mak ❤ Abah

Sebelum ni, aku pernah tanya mak aku, bila tarikh kahwin mak dan abah sebenarnya? Kita adik beradik nak celebrate. Tapi mak tak ingat. Mak cuma cakap, tahun 1971. Gambar kahwin pun tak ada rasanya masa mak abah kahwin dulu. So aku macam sedih sikit laa kan. Tak dapat nak throwback dan raih likes. Hahahaha nokhorom punya anak!

Sampailah satu malam tu, awal tahun itu hari rasanya, aku nak cari geran motor aku yang abah simpan. Lepas tu abah keluarkan fail abah, suruh aku cari sendiri. Cari punya cari, terjumpa sijil nikah mak dan abah. Aku ingatkan selama ni sijil nikah mak abah hilang, rupanya ada je.

Nanti nak tolong laminate bagi helok sikit.

Makanya, barulah aku tahu, tarikh nikah mak dan abah adalah pada 23 September 1971, 48 tahun sudah. Lama juga eh. Dekat separuh abad dah mak dan abah hidup berdua. Semoga bahagia sampai bila-bila. Semoga aku sendiri sebagai anak, dapat buat yang terbaik untuk mak dan abah.

Susah yaa nak dapat gambar sweet cenggini. Siap kena marah dulu LOL

I love you, mak abah!


15 September 2019

Pre-Tunang Part I

Nampak dekat tepi tu? E-day, cuma tinggal lagi dua bulan, 3 minggu dan satu hari. 

Jadi, mari sis cerita sedikit hal-hal pertunangan kami nanti. 

Untuk 07 Dec 2019 nanti, ada tiga perkara yang aku kena fikir. Satu; jamuan makan tengah hari. Dua; persalinan ketika bertunang. Tiga; barang hantaran tunang. Jamuan makan tengah hari aku serahkan 100% pada mak dan abah, aku cuma bagi duit. Untuk persalinan tunang, baju, tudung dan veil dah settled. Baju Fattah nanti kami akan beli hujung bulan ni. Makeup pun dah booked dengan Asya, kawan sekolah dulu. Pelamin aku buat sendiri. Harap menjadilah luls.

Untuk barang hantaran, aku dengan Fattah plan untuk buat 3 berbalas 5. Akulah yang 5 tu kan, which are kain pasang nikah, chocolate, cheesetart, pulut kuning dan buah. Empat barang tu semua sponsored hehehe Alhamdulillah kecuali kain pasang nikah. 

Plan asal, nak beli kain pasang nikah ni dengan Fattah je hujung bulan ni. Rasa best sikit kan beli sama-sama. Tapi tetiba Jakel ada buat sales (dah lama sebenarnya dan akan habis Isnin ni), so Fattah suruh aku beli je dulu. Jadi berpergian lah sis dan Linda ke Jakel Bangi. Macam biasalah sebab aku nak kain duchess, sedap sikit buat baju Melayu dan design aku nak untuk baju aku pun perlukan kain yang agak terletak, bukan jenis lembik, so haruslah aku beli duchess juga. 

Untuk kain pasang nikah ni, Fattah yang belanja sebab baju sanding pakai duit aku. Jadinya dia dah pesan, max untuk kain pasang nikah ni, rm50 per meter. Maka bila aku naik ke tingkat 3 Jakel, nampaklah banyak gilosss kain pasang yang lawa-lawa. RM48/m. Nak nangis juga ya tengok harga kikiki. Dah pilih warna, turun ke tingkat bawah pula, nak tengok lace. Aku tak cari full lace, nak border lace saja. Ada satu ni berkenan betulllll! Tapi macam haram harganya RM 1200/m. Gilaaaa lepas tu staff Jakel bagi RM750/m. Memang idok lerrr takkan lah harga lace semeter lagi mahal dari 8m kain pasang akakaka kena sembelih dengan Fattah nanti. So tak jadilah membeli lace. 

Inilah border lace aku nak yang harga RM1200/m tu. Aduh lawa gila tapi miskin kakaka

Turun ke bawah lagi sebab Linda nak tengok songket. Tetiba ada satu songket ni aku berkenan untuk buat samping Fattah. Sebelum ni ada je staff Jakel tunjuk samping dah siap tapi warna semua aku tak berkenan. Tapi songket yang ada ni masuk gila-gila pulak. Corak pun cantik. Fattah pun suka. RM78/m tapi ada sales so RM 39/m. So belilah 2.25m untuk samping Fattah. 

Amacam? Lawa ke lawa?

Jadi total perbelanjaan di Jakel setelah penat tawar menawar adalah RM440. Lace nanti aku cari sendiri sama ada online atau kedai lain. 

So inilah yang dibeli tadi. Aku rasa macam cantik sangat dah. Misi lepas ni adalah cari lace!

Alhamdulillah barang hantaran tunang is donee~~


08 September 2019

Allah Selamatkan Kita!

Sis suka September! 

Sebab bulan ni dah dua kali jumpa. Itu hari masa end of August sampai 1st of September. Kira September juga la kannn. Kali ni jumpa pada 7 September, sehari lepas birthday sis. 

Sebenarnya anak buah kahwin. Anak buah kahwin dulu gais. Sis ok gais. Dia buat majlis dekat Tenggaroh, rumah nenek dia belah maknya. Aku, mak abah, kak Ida dan Fahmi gerak dari Jengka pagi Sabtu, singgah Mersing dulu sebab Fattah ikut. Kebetulan Mersing dan Tenggaroh tak jauh mana. KakNor pula gerak dari Pasir Gudang, Alif drive. 

Yelah sis gemuk. Tahu. Nak kurus la ni..... 

Habis wedding, kami ke Pantai Tanjung Leman. Memang plan nak celebrate birthday sis (6 September), Fahmi (2 September) dan Adif (7 September). First time chuolss celebrate tepi pantai. Angin kuat gilos hampir terbang sis tapi tak terbang pun la sebab gemuk hm..

Kak Nor, Fahmi, sis, Adif, Kak Ida. 

Happy sesangat sebab rilek je dating depan mak abah LOL 

Jangan marah haaa

Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan untuk semua ini. 


06 September 2019

Hey, It's My Birthday! ❤

Walaupun seminggu sebelum ini berlaku sesuatu yang paling aku tak mahu hadap, aku cuma berharap Tuhan makbulkan doa-doa aku dengan apa yang sangat aku harap. 

Kami ada bertemu minggu lepas (31 Ogos - 1 Sept), untuk selesaikan semuanya secara berdepan. Biar lebih jelas. Biar lebih ikhlas. Dan aku harapkan apa yang diputuskan ini berbaloi, untuk aku, untuk dia, untuk kami berdua. 

Macam biasa, makan mesti berebut sebab rasa tak cukup LOL

Tahun ni, Fattah bagi hadiah, purse. First time dapat hadiah material yang mahal. Kikiki 



Dan juga ucapannya yang sentiasaaa aku aminkan. 

selamat ulang tahun kelahiran sayang. alhamdulilah masih lagi sambut bersama dan akan terus sambut bersama-sama hingga ke akhirnya.  
😘😘😘
tak ada ucapan panjang kerana tangan dan mata ini tahu untuk siapa saya berdoa dan air mata ini menitis. 
harapan semoga awak, saya dan kita sentiasa dalam rahmatnya dan dipermudah segala perancangan kita, diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menghadapi semuanya. 
p/s : maafkan segala kesalahan dan kesilapan yang pernah saya buat. jadikan itu permulaan kita memulakan kisah yang lebih indah pada masa hadapan. saya cintakan awak, bakal isteri saya, nur amalina. i love you. ❤

I couldn't be any happier. Thank you, sayang!

I love you too  ❤

22 August 2019

Hal-hal yang Bikin Hati Walang

Baru-baru ni aku balik kampung lama juga la, 5 hari. Sebab prof pergi Terengganu, ada bengkel untuk project sekarang ni. Dia bawa semua family dia, so aku pun cuti. Aku balik dari Jumaat malam, sampailah petang semalam (Rabu). 

So sepanjang ada dekat Jengka tu, hari Sabtu aku keluar pergi tengok BoboiBoy 2. Saja bawa Fahmi hilangkan stress, nak UPSR kan. Inilah budak-budak sekarang. Stress belajar, tengok wayang. Aku dulu stress belajar (eh pernah ke rasa stress belajar lol), pergi panjat pokok belakang rumah je. Balik, kena marah lagi dengan mak kakakaka!

Jadi hampir 5 hari dekat Jengka, berhempas pulas lah aku mengajar si Fahmi sebab Isnin dia start trial kedua pulak, kemain banyak trial. Masa aku tengah marah Fahmi yang tak hafal sifir, abah lalu dekat kitorang. Dan aku terperasan sesuatu.

Abah jalan bongkok. 

Tahu tak, atok-atok, nenek-nenek yang dah tua, badan bongkok masa berjalan? Macam tu lah abah. Dan masa tu, aku rasa sangat takut, sangat sedih. Rasa pedihnya dekat hati ni. Sebab aku sentiasa rasa abah sihat, tak sedar aku makin tua, abah pun sama. 

Perlahan je abah jalan. Dengan bongkoknya. 

Ya Allahh. Semoga aku sempat bahagiakan mak dan abah. Panjangkan usia mereka, sihatkan mereka, senangkan hati mereka, murahkan rezeki mereka, Ya Allahhh. Banyak lagi nak buat untuk mak abah. 

:( 

31 July 2019

Where The Heart Is.

Itu hari majlis cousin aku dekat rumah nenek. Tapi pakcik aku ni (adik abah) dah lama duduk situ, jaga nenek. So rasa macam pergi rumah dorang la. Rasa susah sikit nak buat macam rumah nenek lels. Tapi okay jugak la sebab pakcik sediakan homestay untuk kami but still rasa sedih juga laa tak tidur rumah nenek. Tapi tak apa, okay jelahh.

Aku gerak dari Bangi malam jumaat, naik bas jam 9.30pm. Sampai Jengka, 1230am. Abah ambik dengan kakak dan Fahmi, terus singgah mamak, makan. Aku lapaq gilaaa. Nasib baik brader kelate masih kerja dekat mamak tu, dapat la rasa nasi goreng kampung pedas dia yang sedap sungguh!

Esoknya tu, kitorang (aku, abah, mak, kakak, Fahmi) gerak dari Jengka dalam jam 4pm sebab kakak habis kerja jam 3pm. Jalan okay je tapi masuk dekat Bentong, jammed sebab ada geng motor accident. Elok sangat timing. Aku baru nak bagitahu mak abah yang aku nak balik Jengka naik motor, kau ingat dapat ke bila tengok depan mata ada accident? Yih!

Masuk KL, tak terus ke Sekinchan. Singgah rumah kakak lagi sorang, ambik dia sebab dia nak ikut. Jangan tanya macam mana boleh muat satu kereta. Memang kitorg sumbat je malam tu hahaha! Rumah kakak yang sorang ni dekat Ara Damansara. Jadi korang kena fahamlah hari Jumaat, jammed dekat jalan Sg Buloh, dekat depan airport Subang tu. Nak menangis rasa. Sampai rumah kak aku ni, dah dekat Isya'. Terus solat, makan-makan sebab semua kebuloq. Gerak semula dalam 9pm lebih, dekat jam 10pm juga laa.

Sampai Sekinchan jam 12am. Nasib baik dorang belum tidur. Borak-borak sekejap, lepas tu pergi homestay. Tapi homestay ni bukan rumah. Sejenis bilik, ada dua bilik. Setiap bilik ada satu katil queen, satu single. So mak, abah, aku satu bilik. Dua orang kakak dan anak-anak mereka satu bilik. Tapi aku lepak bilik kakak-kakak aku dulu. Borak punya borak, tengok-tengok dah jam 4am. Mampuihhh esok pagi nak bangun awal.

Dan bila tidur dengan mak abah ni, tahu jelah jam berapa mak aku bangun. Sebelum subuh lagi dah pasang lampu. Redha jelaa aku tutup muka dengan selimut. Tapi mana la nak dapek tidur sebab mak abah terus berborak. Aduyaiii. Last-last aku bangun jelah terus. Jam 7am kitorang gerak pergi rumah nenek. Kebetulan masa nak gerak tu, kakak lagi sorang sampai. Kakak ni dari Johor. So terus jelah saing ke rumah nenek. 

Kakak No 3 (Tudung hitam), Kakak No 2 (Tudung Dusty Pink), Kakak  No 1 (Tudung Peach)

Aktiviti pagi kenduri, tak ada apa sangat. Tolong potong-potong apa yang patut je. Nampak la busy sikit acah-acah merewang. Yang aku geram, aku dok bersin. Sama ada sejuk, atau tak cukup tidur. Terus rasa tak ada mood nak berkenduri kendara. Dalam 10 lebih tu aku ajak kakak-kakak aku balik tukar baju. Tapi sampai homestay aku telan ubat selsema, lepas tu tidur sekejap, dengan harapan selsema hilang. Hampehhhh

Sempat juga laa bergambar depan homestay. Kenduri tema batik jawa. 

Ini cousins perempuan sebelah abah. Tapi tak semua ada ni. Entah mana yang lain. Panggil tapi tak datang pun 
Lepas Zohor, abah dah ajak gerak sebab esoknya tu kakak no 2 kerja, aku pun nak kena balik Bangi semula. Maka berangkatlah kami semua. Sempat pula makcik (adik abah no 3) pesan, nanti 7 Dec 2019, majlis anak dia pula. Ah sudah! Tarikh tu aku dah pilih untuk bertunang :((( Tapi tak apa, ini kita cerita lain. 

Sempat singgah dekat rumah atuk nenek sebelah mak. Sayang, rumah ni besar dulu. Lepas tu tak ada orang tinggal. Jadi rumah kosong dah. Serem! Ke muka aku lagi serem? Lels

Dan kami bergambar di tengah sawah yang kering di bawah terik mentari. Saborrr jelahh

Atuk and the cucu(s)

Tetiba teringin tengok galeri padi lol



Betul-betul sampai dekat rumah kakak no 3 di Ara Damansara dah 9pm lebih. Makan-makan, rehat sekejap, jam 10 lebih baru gerak semula ke Jengka. Elok pulaaa hujan. Nak mampoih ngantuk bawa kereta. Tapi best! 

Kan dengan keluarga, mestilah bahagia. ❤

16 July 2019

Antara Fast Food dan Saya

Last weekend, Fattah pergi JB, rumah kakak dia. Jujurnya setiap kali dia bagitahu nak ke JB atau mana-mana tempat di luar Mersing, aku sangat risau. Takut hal tahun lepas jadi lagi. Nauzubillah! Jadi dia dekat JB dari hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Sepanjang dia dekat sana, memang dia akan share dia makan apa, pergi mana, buat apa, tipikal tugas pakwe untuk elakkan makwe meroyan lels. Siang dia tunjuk kakak dia masak makanan Kelantan, gulai warna kuning, siap pakej soalan "Pandai masak macam ni tak?" Dinda keturunan banjar, kanda. Celah mana pandai masak lauk gitu. Tunggulah lepas kahwin saya belajar dengan mak mentua InsyaAllah ecewah! Malam pula dia tunjuk pizza tapi lepas tu dia membebel topping kakak dia pilih tak sedap. Lupa dah aku apa dia. Esoknya dia tunjuk makan McD pula. Lepas tu macam-macam makanan lagi lah. Tiba-tiba hari Sabtu aku dapat text daripada dia, katanya sorry. 

Kenapa sorry?

Dia cakap, sorry sebab share macam-macam makanan. Nanti kita jumpa, kita makan sama-sama ya? 

Lama aku terdiam lepas baca mesej dia. Tak sangka. Sangat tak sangka. Dia tahu, gaji aku tak seberapa. Jadi dia tahu macam mana aku ikat perut untuk simpan duit nak kahwin untuk kami berdua. Dan dia tahu dah berapa lama aku tahan diri nak makan fast food, atau makan dekat luar. Memang aku banyak masak sekarang. Jimat. RM 100 cukup untuk makan sebulan kalau masak. Sebab tu aku terdiam. Entahlah. Tiba-tiba aku rasa macam disayangi sangat. Rasa macam dia tak pernah lupa. Rasa macam gembira sangat ada orang dekat sana yang hargai aku. Rasa macam aku ni penting sangat. Mungkin yang baca ni tak boleh relate apa aku rasa tapi entahlah. Aku rasa aku happy sangat dengan kata maaf dia. 

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih awak. 

12 July 2019

Ready, Set, Gaduh!

Itu hari aku berborak dengan adik beradik aku dalam group pasal barang hantaran untuk bertunang. Untuk tunang nanti, aku dengan Fattah decide untuk sediakan 3 & 5, dia 3, aku 5. So dari aku, kita akan bagi kain pasang untuk nikah, brownies (tak ada kek sebab dia jalan jauh, takut kek rosak), buah, coklat, dan pulut kuning. Lepas tu kakak first aku cakap, dia nak tambahkan satu lagi manisan, cheese tart. Dan aku pun sangatlah suka, nak cancel la pulut kuning sebab leceh laa, dengan nak masak pulut, nak beli serunding lagi, hiasan lain lagi. Lepas tu kakak aku ni cakap, tak payah la cancel, tambah je. Dekat sini kitorang dah start nak gaduh sebab aku nak fix 3vs5 saja, taknak lebih. Kakak aku pulak kata takyah ikut sangat nombor tu. Dan aku tetap nak 3vs5. Lepas tu kakak aku macam merajuk, so dia cakap dia bagi brownies je. Pulut kuning tu wajib ada. So aku pun, yelah, okay.

Tapi dua tiga hari lepas tu, aku cakap dengan kakak aku, aku nak jugak cancel pulut kuning (sebab renyah) dan nak brownies, cheese tart. Kali ni mood kakak aku okay sikit laaa so dia slow talk. Brownies dengan cheesetart kan both manisan. Belum coklat lagi. So tukar lah satu, letak pulut kuning. Dia kata tak apa nanti dia buat pulut kuning tu, lepas tu hias sama-sama. Walaupun aku sebenarnya tak nak, tapi disebabkan mudah cair kalau orang cakap bebaik, aku ikutkan jelah. Hmmm

Kalau ada yang baca lagi blog aku ni, doakan dipermudahkan urusan aku dan Fattah ye. Aminnn. 

11 July 2019

It Is

Masa umur aku menjangkau angka tiga di depan, aku tahu aku dah tak boleh nak harap banyak perkara, antaranya kawan. Bila dah 31 ni, kawan-kawan mostly dah ada anak, atau paling tak pun, dah berkahwin. Jadi, komitmen masing-masing berubah, kan? Bila bujang, kita ada banyak masa untuk diri sendiri. Bila berkeluarga, fokus kita lebih kepada orang yang hidup dengan kita. Jadi dekat sini, aku faham untuk beberapa perkara. Mana-mana kawan rapat yang dah berkahwin, aku masih berhubung, dan aku perasan, kerap kali aku yang mulakan. Bukan aku nak berkira mengungkit, cuma aku faham mereka sibuk, jadi tak apa kalau aku yang cari mereka. Aku faham. Dan untuk kawan rapat yang belum berkahwin, ini yang selalu juga jadi isu untuk aku, mungkin sebab aku clingy kot. Tak ada life sangat, dok berharap pada kawan saja. 

Aku stay dekat Bangi. Sebelum ni ada beberapa kawan lepak dekat sini tapi entahlah, aku kerap sangat terasa dengan dorang sebab kata-kata yang keluar tu, gurauan yang aku tak senang. Daripada aku terus hipokrit gelak-gelak depan dorang tapi belakang makan hati, baik aku stop lepak sekali. Dan tinggallah dua orang yang jumpanya cuma sebulan sekali, tapi aku happy. Dalam masa 30 hari tu, tolak dua hari, masih ada berbaki 28 hari. Dan 28 hari ni, aku habiskan masa aku sendiri. Dekat ofis, tak ada colleague, cuma Prof. Dekat rumah sewa, cuma tegur housemates kalau terserempak di dapur, lepas tu masing-masing hilang masuk bilik. Jadinya aku cari banyak benda nak isi masa terluang aku. Tengok movies, baca komik, pergi keluar naik motor pusing mana-mana entah. Itu saja. Sebab nak buat benda lain, kena pakai duit kakaka! Kadang-kadang aku ok, kadang-kadang aku tak ok. Dan bila tak ok ni, aku harapkan ada orang yang nak dengar apa aku cerita. Dan masa-masa inilah aku rindu kawan-kawan aku. 

Tapi setiap kali rasa nak mesej, aku akan fikir, yang kahwin sibuk, yang bujang pun sibuk juga dengan life masing-masing. Jadinya, menulislah aku di blog. Tentang apa yang aku rasa, tentang apa yang aku lalui.

Bak kata Apit, it's life. 

06 July 2019

Morning Rant

Maaf sebab aku tamak. Dan mungkin juga sebab aku takut. Tapi bila tengok kawan rapat makin gembira ke sana sini dengan kawan baru, aku jadi takut. Sangat takut. Takut benda sama jadi lagi macam dengan kawan rapat sebelum ni. Teruk kan aku sebab tamak. Dah aku sendiri pun tak boleh nak follow ke mana-mana, takkan lah kawan aku pun kena ikutkan juga tak pergi ke mana-mana. Tapi aku tetap takut. Takut nanti lama-lama kawan aku dah tak ingat pada aku bila aku dah jarang ada sama. Tapi siapalah aku untuk harapkan orang untuk terus ada dengan aku kan. Sebab aku pun buat benda yang sama. Bila ada satu manusia ni, ke mana-mana aku pergi aku akan ajak dia tapi dia sentiasa sibuk tak boleh ikut. Jadi kenapa aku stop ajak? Bukan sebab bosan bila dia cakap tak boleh ikut. Tapi rasa sedar diri sebab selalu saja ternampak dia menghiburkan diri dengan kawan-kawan lain, tak ajak aku sekali. Jadi, tersedarlah aku. 

Ya, aku rasa perangai aku teruk sebabtu ramai tak suka. 

02 July 2019

Tiba-tiba Julai

Tiba-tiba saja dah masuk separuh masa kedua untuk tahun 2019 ni. Aku rasa macam baru sangat lagi aku tengok kalendar tunjuk Januari. Tiba-tiba Julai.

Tiba-tiba juga aku jadi takut.

Tentang seorang kawan yang tiba-tiba jadi tak rapat. Tak adalah tiba-tiba sangat. Takes time juga. Yang aku perasan, start daripada kurang hang out bersama, kurang luahkan apa yang dirasa, dan waktu itulah rasanya jadi banyak benda. Padahal, sebelum ini dia itu, sanggup drive jauh ke Bangi untuk jumpa aku semata-mata bosan atau nak luah perasaan.

Tetapi, aku bukan nak cerita pasal dia lagi. Aku nak cerita pasal perasaan aku sekarang ni.

Aku ada tweet, yang aku ada thoughts pasal, kalau kawan aku ajak aku pergi mana-mana, tetapi aku selalu tolak (bukan sengaja, bersebab), aku rasa lama-lama dorang akan stop ajak aku.

Sebab aku rasa, benda ni memang jadi, dan ia memang akan menjejaskan relation tu kalau kau tak faham apa jadi. So bila aku nampak kawan aku pergi mana-mana dengan orang lain, aku okay je. Aku tak ada laa nak sentap manjang kenapa tak ajak aku kenapa tak ajak akuuu. Aku faham sebab kadang-kadang aku rasa susah kita nak campur kawan kerja dengan kawan social media dengan kawan sekolah. Aku faham. Dan aku happy bila tengok kawan happy.

Tetapi, aku takut, kawan aku akan stop ajak aku lagi sebab honestly aku memang tak ada duit untuk lepak sekarang ni. Aku punya commitment, dengan nak ngumpul nak kahwin, aku terpaksa cut cost banyak benda. Termasuk jumpa kawan. Jadi, kalau yang faham aku bukan sengaja untuk tolak, maybe dorang takkan stop ajak. Tapi kalau yang malas dah nak ajak sebab asyik ditolak je, begitu lah.

Aku tak tahu apa aku tulis LOL tapi itulah. Maybe aku clingy kot hahahaha tapi tak suka laa rasa left out. Tak suka rasa insecure "ala dia nanti lupa aku ke eh". Tak suka nak kena ada rasa bersangka buruk. Tapi reality nya, benda pernah jadi. Cuma aku harap tak jadi lagi.

Untuk kawan aku walaupun kawan aku tak baca benda ni, kalau nak pergi mana-mana, ajaklah. Jangan lupa ajak aku. Even tahu aku akan cakap tak boleh pergi, ajak juga. Aku tak nak rasa orang lupa aku. Aku nak rasa yang aku ni penting lagi dalam hidup kawan-kawan aku. Jangan stop ajak aku. Jangan lupa ajak aku.

Jangan lupa aku.

27 June 2019

Chin Up!

Pernah tak bila tengok kawan-kawan berjaya, kawan-kawan gembira dengan keluarga, kawan-kawan berjalan sini sana, kau rasa suka juga on behalf kawan-kawan tetapi jauh di sudut hati, kau rasa tak best. Bukan tak suka dengan kejayaan kawan-kawan, tapi sedih dengan diri kau yang di takuk lama. Sudahlah di takuk lama, takukan makin dalam pula tu. Harapnya tak terkubur terus.

Jadi semalam aku direct message seorang gadis yang aku sangat kagum. Kami tak pernah kenal in real life, dan tidak juga rapat di alam maya. Sekadar kenalan yang saling mengikuti. Kenapa aku message dia sedangkan kami tak kenal? Entah. Maybe sebab dia tak kenal aku jadi dia boleh nasihatkan aku tanpa dipengaruhi dengan personaliti aku. Atau sebab kami tak kenal jadi aku rasa kurang malu. Maybe. 

Dan aku kongsikan nasihatnya di sini. 

Waalaikummussalam, Amal. 
Bagi saya (saya tak pandai sangat, tapi saya komen berdasarkan apa yang saya rasa ya, insya-Allah).
Perasaan Amal tu normal untuk kadang-kadang kita rasa begitu. Tapi sebab kita tahu rasa tu tak OK, tak patut dan tak seronok, jadi kita memang tak perlu terus normalkan.
Tindakan Amal deactivate social media tu kira dah sangat bagus. Apa lagi saya boleh cadangkan, sebab yang boleh handle dan kenal diri Amal, adalah Amal sendiri. 
Mungkin yang Amal rasakan hanyalah rendah diri, sedikit insecure atau kecewa sahaja (maaf kalau salah). Sebab kalau betul Amal teruk, Amal takkan terfikir apa Amal buat salah. Amal pun dah cuba usaha, jadi teruskan usaha tu. Bagus dah tu. Teruskan doa sekali. 
Mungkin kena elak buat perbandingan di antara diri Amal dan orang lain. Percayalah setiap rezeki orang dapat, ada ujian yang dibayar selalunya melaluinya. Kita tak nampak dan kita tak tahu. Amal ada bahagian rezeki Amal yang lain, walaupun mungkin dugaannya adalah Amal tak dapat apa yang Amal tengok ada pada orang lain, tapi yakinlah apa yang Amal ada tu, antaranya mereka tak ada. 
Tipulah kalau saya kata tak nak apa yang dicapai sesetengah kawan saya. Tapi iyalah, mungkin usaha saya kena lebih, mungkin peluang mereka lebih dulu, saya akan datang. Mungkin ada perkara lebih baik untuk saya. Begitu. Insya-Allah. 
Teruskan bersyukur macam selalu, teruskan usaha lagi di samping sangka baik dengan takdir Allah. Takdir Dia seperti sangkaan kita. Jadi kena sangka, sebut dan minta baik-baik selalu, Amal. 
Insya-Allah ada rezeki Amal nanti. Mungkin lebih besar daripada apa yang Amal sangka dan fikirkan. Jangan putus asa tau. Amal fokus ja apa Amal ada dan buat sekarang. Teruskan doa baik-baik. Terus percayakan diri ya. Insya-Allah Amal boleh! 💪

Lembut je nasihatnya, tapi perlahan-lahan masuk dalam hati aku. Terima kasih, Anem. Terima kasih sangat-sangat. Semoga aku boleh terus positif, lebih berlapang dada, lebih bersyukur dengan apa yang ada. 

Alhamdulillah. 

26 June 2019

Everyone's Friend, But Nobody's Favorite

Aku selalu rasa left out. 

Aku ada rapat dengan seorang kawan masa degree dulu, H. Start dari minggu orientasi, dan kami pun sama kolej, sama course, terus berkawan sampailah habis belajar. Ada bergaduh masa tahun dua tapi dah baik semula dan aku rasa everything is okay.

Habis belajar, ada dua kali kami berjumpa. Jarang jumpa, jarang contact, tapi somehow both of us ada time perlu ada. 

Masa wedding salah seorang kawan sekelas dulu, kami jumpa lagi. Dan waktu tu dia cerita dia dah tak bersama dengan husband dia lagi. Curhat dua tiga jam dan masing-masing pulang. Dan diam lagi. Setiap kali birthday dia, Alhamdulillah aku belum lupa untuk wish. Same goes with Hari Raya. Dia antara yang akan dapat wish raya aku. 

Sampailah aku plan nak bertunang last year (tapi postpone sebab Fattah accident), aku jemput dia. Memang aku jemput yang rapat-rapat saja. Tapi bila kena tunda tu, aku bagitahu la juga kan. Dan masa bulan 9, dia tak wish birthday aku. Childish kan? Kalau tahun lepas saja aku ok, tapi dah beberapa tahun dia lupa (maybe). Dan aku cuba untuk cari, mana letaknya diri aku. So masa birthday dia aku tak wish, masa raya aku diam. Dan chat kami tak berubah dari yang tahun lepas punya. Tak ada yang baru.

Dan last week, ada satu kawan text aku, bagitahu yang dia terkejut sebab H dah ada baby. Aku stalk, and ya, dia dah ada baby. Membawa maksud dia sudah berkahwin dan baru bersalin. Dan aku tak tahu apa-apa. 

Maybe dia kahwin tahun lepas. Atau dua tahun lepas. Maybe masa aku jemput dia untuk ke majlis yang terpaksa ditunda, dia sedang pregnant. Dan dia tak bagitahu pun. Kalau dia bagitahu majlis kecil, cuma family saja, aku okay je tak datang, as long as diberitahu.

Betapa tak pentingnya aku dalam hidup dia. Sedih gila. Sedih. Dua tiga hari aku down bila teringat, teruk sangat ke aku sebagai kawan. 

Ada seorang ni pernah cakap dengan aku, "Hang ni ramai kawan eh"

Ya, kawan aku ramai. Tapi yang anggap aku kawan, ramai ke?

29 April 2019

Selamat Ulangtahun, Pergantungan Jiwaku.

Sangat-sangat tak rancang!

Plan asal, pada 28 April (semalam) aku nak ke KL Eco Forest dengan Yaya. Tapi tiba-tiba Fattah suruh datang Mersing sebab kesihatan dia yang belum betul-betul okay, jadi dia tak dapat ke Bangi, jadinya akulah yang kena ke sana. Plus, sebenarnya lebih murah aku ke sana sebab aku naik bas je. Kalau dia ke Bangi, nak kena bawa kereta, dah berapa pulak duit minyak dan tol kan.

Terpaksa tukar plan ke KL Eco Forest awal seminggu (20hb) tetapi baru tersedar masa tu adalah nisfu syaaban. Tak tergamak pulak aku nak berjalan jauh dalam keadaan berpuasa (Allahu nipisnya iman). So plan ke KL Eco Forest akan dibuat selepas raya.

Berbalik kepada pertemuan kami minggu lepas, sekejap je aku ke sana. Gerak pagi Khamis, petang Sabtu dah sampai Bangi. Sobs. Tetapi! Ada sesuatu yang sangat aku ingat. Petang Khamis tu, masa nak check in dekat satu hotel yang aku biasa duduk bila di Mersing, staff hotel ni macam biasalah minta IC aku.

Staff: Akak pernah duduk sini kan?
Aku: Haah.
Staff: Akak tulis novel ye?

WHAT?? SERIOUSLYYY?

Hahahaha happy nok bila orang tahu kita menulis. Dia tak kenal muka tapi dia tahu nama walaupun nama penuh lol. Thank you, adik. You made my day!

Dan pada 26 April 2019, buat pertama kalinya saya sambut birthday awak selepas kenal selama 4 tahun. Yang tahun-tahun sebelum ini mampu celebrate dalam phone je.

Buat awak, semoga kesihatan bertambah baik, semoga urusan kita berdua dipermudahkan Allah dan dilancarkan. Lagi setahun, macam lama tapi sekejap saja yaa.

I LOVE YOU!


21 April 2019

The Sorelle (2)

Aku adik bongsu. Aku ada tiga kakak. Isu aku bergaduh dalam entri lepas masih berlarutan. Tapi kita bukan bergaduh cakap-cakap, kita cuma diam tak berborak. Maksud aku, aku dan mereka. Mereka masih elok berbual sesama mereka. Jadi sempena Nisf Syaaban ni, aku dah malas nak panjangkan hal. Aku mesej dalam group, aku minta maaf pada semua orang. Aku mesej jam 12 malam. Pagi ini bila aku bangun, aku tengok dua daripada tiga dah baca. Tapi tak ada yang balas, even salam aku pun tak berbalas. Ada yang baca malam tadi, ada yang baca pagi tadi. Tak ada yang balas. Hampir aku nak leave group tapi tak apalah. Aku tunggu yang lagi seorang.

But I'll remember.

08 April 2019

The Sorelle

Aku gaduh dengan adik beradik aku. Isunya duit, tapi bukanlah berebut harta ke apa. Cuma nak tolong parents la sikit. Aku ada tiga kakak yang semuanya dah berkahwin. Dua kerja, seorang suri rumah. So bila sampai part nak tolong abah ni, sebab aku belum kahwin, which means less commitment (pada pendapat kakak-kakak) so aku rasa akulah yang kena tolong lebih tapi aku okay. Cuma it will be much better kalau ada yang sudi nak tolong sesama sikit. Yelah aku ni tak ada anak nak buat belanja sekolah, tapi aku ada bil nak bayar, bilik sewa, komitmen lain. Dorang lain sikit sebab ada husband. Jadinya aku pun nak berjimba juga tapi memikior kesian ke parents, aku cut cost banyak part jugalah. Jadi bila aku minta ehsan yang lain, salah seorang text aku privately, pesan dekat aku tak payah minta. Halu kakak, kalau semua bagi, kan ringan sikit. Kalau kita berdua, terlenyek badan aku dekat lantai, kak. Tapi kakak yang seorang ni egonya setinggi langit, sebab tu agaknya susah nak minta tolong orang. So aku jadi geram dengan decision dia. Aku delete semua mesej aku minta sumbangan, dan aku terus senyap. Ada sekali kakak yang lain tanya mana aku. Hari-hari seterusnya, dorang berbual macam biasa. Makes me wonder, agaknya kalau aku tak ada, dorang mesti happy dan okay je. Kan? Dan kakak yang text aku ni, dia pun dah tak reply text aku. So, tak apalah. I guess everyone doing just fine without me. 

I'm okay with that. I guess.

12 March 2019

Hozmet (2)

Kalau ikutkan, ini sepatutnya post untuk Februari tapi knowing Amalina yang pemalas, dah bulan 3 baru nak tulis.

Ok sebelum ni aku pernah cerita pasal budak rumah aku ni. Boleh rujuk sini - Hozmet 1. Rumah aku ni tiga orang je. Aku, R dan P.

P ni yang paling kerap buat perangai la, selalu kena tegur dengan aku. Penat ye nak menegur orang yang keep on doing the same mistake ni. Ingat kita ni tak ada kerja lain? Kalau tak tegur, cenggitu jelah dia. Grill pintu tak nak kunci dengan alasan sekejap lagi nak keluar. Lampu toilet tak reti tutup. Paip air kadang-kadang terbuka. Lampu kipas ruang tamu terpasang. Kadang-kadang lampu bilik dia sampai aku balik kerja petang pun dok terpasang padahal dia tak ada. Penat kan. Penat okay. Tapi aku tak adalah tegur setiap masa. Mana aku boleh tutup sendiri, aku tutup jelah.

Bukan elektrik je, bab kebersihan pun lain macam juga si P ni. Ok macam gini ye. Kalau bilik engkau nak tunggang terbalik, macam tongkang pecah ke, macam kandang babi ke, ingat aku peduli ke? Lantak engkaulah kalau kau okay untuk tidur dengan sampah, dengan baju kotor segala. Tapi kita kan duduk serumah. Kawasan ruang tamu, kawasan toilet, kawasan dapur, kena sama-sama jagalah. Kena sama-sama consider each other. Ini tidak. Barang-barang dia saja penuh dekat ruang tamu. Aku tak kisah kau nak letak, tapi susun molek la jangan la nampak semak. Lepas guna dapur, kemas la. Lepas guna toilet, cuci la. Dah la malas flush, lepas tu ada sisa-sisa lagi ey syaitannirrajim punya perangai.

So bagitahu aku, macam mana kalau aku tak tegur?

Aku siap tampal notis dekat toilet sebab aku dah malas nak tegur. Tapi entahlaa. Sejenis keluar cantik bukan main bersiap bagai tapi kat rumah macam mak lampir ni geram betul aku.

Okay so nak dijadikan cerita, tengah Januari gitu laa, si P ni up status whatsapp.

"Dokumen perjanjian beli rumah dah hampir siap. Semoga Allah permudahkan. Alhamdulillah jumpa owner rumah yang baik mcm Encik S****** ni. Tak banyak kerenah.. Rumah ni banyak kenangan, jadi aku beli agar tak perlu pindah lagi."

Aku sempat screenshot okay status ni. Masa aku baca ni, aku macam terfikir la power juga si P ni, muda lagi. Tengah belajar dan part-time kerja. Banyak juga duit dia dah boleh beli rumah. Tapi bila mikior ramai budak-budak muda beli rumah, so aku pun fikir memang betullah dia beli. So aku reply dekat whatsapp status dia ni, borak-borak la berapa harga rumah segala. Lepas tu aku pesan dengan dia, just in case dia nak aku dengan R keluar (yela kan rumah dia) bagitahu awal-awal, jangan bagitahu last minute. Meraban aku nak cari rumah nak cari deposit kang. Dia pun okay.

Kemudian, tengah bulan Februari, si P ni whatsapp aku personal.

P: Assalamualaikum kak. Maaf sy nak bgtau, bulan ni last akk ngn R kat sini. Sy bgtau awal, senang akk cari bilik baru. Sebab bulan 4 sy dh nak kawen, bulan 3 sy nak renovated apa yg patut. Maaf ya. Maaf bgtau keputusan mendadak. Ni pun baru diorang cakap.

Aku tengah rilek rilek terperanjat la. Mula la nak marah. Bagitahu awal apakebendanya. Masa ni memang gelabah la siut. Aku pun mesej R, dan R pun kata si P ni pun mesej dia jugak cakap benda ni. Masa ni aku memang macam dah redha la kan kena cari rumah baru. Tapi tetiba aku rasa nak mesej owner. Aku ada no owner sebab aku minta dari budak bilik aku sebelum ni.

Aku tanyalah owner betul ke si P ni beli rumah. Sebab kalau memang confirm dia beli, terpaksa la aku keluar dari rumah kan sebab rumah dia.

Owner reply: Eh mana ada. Saya tak pernah jual rumah ni dekat sesiapa pun. Tak ada niat nak jual pun. 


LOLOLOLOLOLLLLLL


Masa aku baca mesej owner, aku macam ketawa la. Ketawa lega kot. Sebab tahu yang rumah tu rumah owner so P tak ada hak untuk suruh aku keluar. Tapi biadap kan si P ni. Dia create satu situasi yang mana kalau aku bodoh (hampir bodoh) percaya bulat-bulat memang aku dah pindah keluar dah dari rumah tu. P ni, dia kalau tulis mesej whatsoever, kita akan rasa dia sangat baik sopan and everything. Serious talk sebab aku jumpa FB dia dan aku stalk. Sejenis baikkk dalam berkata-kata.

So bila aku dah minta izin owner untuk menyewa sampai waktu tempoh yang owner bagi, dan owner sendiri cakap yang dia nak yang bujang saja menyewa rumah tu, aku okay jelah. Aku diam dulu tak cakap apa-apa. Sampailah hari jumaat (P mesej suruh aku keluar tu Selasa), aku mesej dalam group rumah.
"Salam semua. Berkait hal yang P bagitahu hari selasa itu hari, pasal bulan ni last akak dgn R sewa rumah ni. Lepas dah bincang dengan R dan dipersetujui owner, yang nak kahwin kena cari rumah baru. Terima kasih."
Once si P baca, dia terus private mesej aku "Tak, kau pehal?"

Haa keluar terus biadap dia dengan orang tua ya. Hahaha aku terus reply macam biasa dekat group. Si P ni tak puas hati sebab maybe dia tak expect aku akan mesej owner sebab dia ingat aku tak ada nombor owner.

Kemudian terbongkarlah cerita. P mengaku saja buat cerita nak kahwin padahal tak pun, dia memang nak aku keluar. Alasan dia sebab ada orang nak masuk bilik aku. Aku tanya, kan aku masih sewa situ, kenapa nak bagi orang lain? Dia cakap sebab nak aku keluar. Aku tanya, kenapa nak aku keluar pulak? Dia cakap sebab ada orang nak masuk. Dan pertanyaan aku berulang macam orang bodoh hahaha.

Aku tanya dia, aku ganggu life dia ke. Dia tak jawab. Dia cuma cakap, "Yang penting sekarang ni, saya nak akak keluar, faham?"

Terus gue harus bilang wow gitu?

Lepas tu aku up screenshot yang owner bagitahu aku dengan R boleh duduk situ. P pun balas "Okay kalau gitu, saya yg keluar" dan dia left group, dia block aku. LOL

So masa 28 Feb tu, masa aku nak pergi kerja, aku tengok barang dia penuh dekat ruang tamu siap ada tilam segala. Jadi aku fikir, dia nak pindah. Dan bila aku balik kerja, bilik dia dah kosong.

SYUKUR ALHAMDULILLAH! 

29 January 2019

Untuk Laila Asyikin;

Dengar berita, kau dah bertunang. Tahniah. Semoga happy dan dilancarkan urusan, berbahagia sampai syurga. 

Aku tak tahu apa yang silap antara kita. Tiba-tiba kan? Tiba-tiba banyak benda kita tak sependapat. Tiba-tiba banyak benda kita tak boleh nak sama-sama buat. Tiba-tiba aku bukan lagi dalam list kawan kau di socmed. Forgive me for being childish. Tapi bila delete aku dari list, there must be something went wrong. Dan aku tak tahu. Tapi masa tu aku marah, kecewa, so aku tak tanya, aku terus buat perkara yang sama. 

Aku tinggalkan semua. 

Anyway, aku tahu kau dah happy sekarang. I guess I'm the toxic one. Seeing you happy living your life, cukup dah buat aku. 

Terima kasih, untuk hampir 9 tahun bersahabat. Aku doakan semuanya yang baik-baik untuk kau. 

19 January 2019

It's Okay

Hari ni aku cuti sebab prof ada presentation plus there's no more work for me to do. So daripada aku mengular, I'm asking a day off. Jadi melepet la aku duduk rumah. Bila dah duduk rumah tak buat apa ni mula lah kepala otak suka nak overthinking. 

I have this one friend. Kitorang start rapat since aku sambung belajar, to be exact tahun 2014. Selalu lepak, birthday nak dekat and of course perangai kami hampir sama. Both of us sensitive, cepat nauuu terasa dengan orang. And I guess we love each other so much. Dia banyak tolong aku. Sangat banyak. Then she got married. Tapi yelah tak ada benda yang long lasting, termasuk kegembiraan. Ada la dugaan-dugaan yang dia kena hadap lepas kahwin dan aku sangat sedih bila ingat sebab dia akan cerita semua yang jadi pada aku. Dan sedaya upaya lah aku cuba tolong bagi solution, or the least that I can do, kasi pinjam telinga dan bahu. Dan Alhamdulillah, sinaran hidup dia makin terang bila dia dapat kerja yang dia memang tunggu dan kehidupan rumahtangga dia juga makin berseri. 

I'm happy for her, really. 

Cuma lately, maybe dia busy atau I don't know. Aku tak expect untuk kitorang keep texting macam dulu. Tapi memang sangat jarang untuk kitorang berhubungan. Setakat tengok update masing-masing jela dekat socmed. 

So nak dijadikan cerita, dia datang Bangi, dia tanya aku ada tak dan aku jawab ada, so honestly aku macam expect yang kita akan berjumpalah. Sampailah malam tak ada apa-apa. Kenapa aku tak text? Sebab aku tahu dia datang sini ada urusan. Jadi aku tak mahu ganggu kot dia busy nak settle kan itu ini. Turns out aku tengok dia update pergi jalan makan-makan sana sini dengan colleague dia.

Ohh.

Terasa? Sedih? Cemburu? Yes. All of it. 

Tapi itulah. Dah 31 kan tahun ni. Sedangkan dengan pakwe pun kita tak boleh paksa untuk stay dengan kita, apatah lagi kawan. Tak apalah. As long as kau happy, Alhamdulillah. I'm happy for you too. 

Aku cuma rasa sedih untuk diri sendiri saja. 

17 January 2019

Hozmet (1)

Aku geram betul dengan budak rumah aku ni. Jenis masuk rumah suka tak lock grill. Grill tu kena kunci dan pasang mangga. Dia punya level malas tu kalau boleh pintu rumah pun taknak tekan tombol. Aku dah pernah tegur, masuk rumah, kunci grill pintu, mangga, lepas tu lock pintu rumah. Mudah je la. Apa yang malas sangat perangai engko ni.

Pagi tadi aku nak keluar, dia buat lagi. Tak mangga grill. Tahu tak grill tu rosak? Mudah je orang nak pecah masuk. Awak dah la duduk rumah anak dara. Tak reti bahaya ke? Bila aku cakap, dok kata dah kunci dah kunci. Lepas tu dia cakap kejap lagi nak keluar.

Bahaya ni tak payah tunggu sejam dua la. Less than lima minit pun boleh berlaku. Eyy geram aku

10 January 2019

10 Days Entering 2019 & I Fucked Up

Selamat Tahun Baru 2019.

Dah 10 hari memegang usia 31 tahun, aku mula rasa down. Again and again. 31 tahun dan masih tak tahu nak jadi apa. 31 tahun dan masih kelam kabut mencari kerja. 31 tahun dan masih blur.

Chill. Everyone has their own pace.

True. Tapi bila di usia begini, kawan-kawan semua macam dah settle down, ada family dan anak-anak, kerja dah secure, dan aku tengah stress kalau tiba-tiba aku tak ada kerja.

Kenapa tiba-tiba? Sebab aku kerja dengan retired prof / subject consultant yang kerja based on project. Dan sekarang ni aku tengah siapkan project last (I guess) sebab dia macam dah tak nak ambik project lain. So within this week or next week might be my last day to work with him.

Aku sendiri sedar aku kena prepare tapi tulah. Takut. Down. Loser. Semua menjadi satu. Rasa macam bodoh sangat.

Kan?