28 December 2018

Hari Ke-265

Finally,


Thank you, Allah and you. ❤

27 November 2018

Saya Kuat, Kot. IDK

Something happened hari ni. Yang nembuatkan aku sangat sangat sangat rasa tak best. Aku dah call mak abah, berbual dengan kakak, just to make me feel at ease.

Tapi entah la. Overthinking sangat agaknya. So aku masih tak tenang. I need him. Tapi dia busy. But no one is really busy kan. It all depends on what number you are on their priority list.

So aku terasa. Kind of upset. Bukan level merajuk lagi. So when he realized what is going on, dia called few times, texts. Tapi masa tu aku dah level upset. You guys tahu kan kalau baby nangis dan kita pujuk lambat, baby akan nonstop menangis sebab merajuk. Boleh relate dengan situasi aku tak? Cuma aku tak menangis, aku diam.

Dia tanya, dan minta penjelasan.

Aku iawab. Dan dia kata luahan aku bukan-bukan. Negatif.

"Nak saya cakap bukan-bukan juga?"

So bila explanation aku disalaherti, apa yang perlu aku buat lagi?

"Kena kawal emosi."

I never expected that answer. Ingatkan dia akan pujuk, or say something along the line.

But, I shouldn't expect anything, I guess.

Kakak Kuat, Kan?

Hari ni aku rasa macam nak cerita pasal aku dan bilik sewa. 

Masa aku sem 3 (hujung tahun 2014) tengah rushing nak siapkan tesis master, aku tak duduk kolej dah. Aku sewa dengan kawan aku. Dia dah berkahwin, tapi rumah dia duduk tu banglo kecil. So aku duduk bahagian atas, siap ada bilik air. RM 100 sebulan. Ini first time aku duduk rumah sewa. Everything's fine, maybe sebab duduk dengan kawan yang sangat ok. 

Lepas tu, awal 2015 aku pindah duduk dengan kawan (may I say bekas kawan? luls). Yang ni pun bilik sendiri. Masa ni dah habis belajar cuma belum grad. Dan waktu ni aku belum kerja tetap, kerja dengan kawan ni, dapat gaji based on project. Bilik sewa aku masa ni duduk seorang, RM 280. Bila fikir-fikir balik, gila betul tak ada kerja tetap tapi boleh duduk bilik harga gini hahaha gila betul lah. 

Kemudian, kawan-kawan yang tengah sambung PHD dah tak nak duduk kolej, so kami berempat decide untuk sewa satu rumah. Rumah tu harganya RM 700, terus divide 4. Seorang RM 175. Ini dari bulan 7 atau 8 2015 kalau tak silap. Rumah flat tingkat 5 tak ada lift. Menangis juga la kalau tertinggal barang bila dah keluar kan. 

Lepas tu dorang dah habis belajar, dah tak nak duduk situ. Plus owner pun nak renovate rumah tu so kitorang semua keluar. Aku sewa bilik dekat satu rumah teres dua tingkat. Aku dapat bilik dekat dapur. RM 180 duduk seorang. Agak besar tapi air dekat rumah tu macam tak bersih. Kalau hujan je keluar air lumut. Jadinya badan aku gatal-gatal. Aku duduk rumah ni lama jugak. Dari bulan 8 2016 sampai lah bulan 2 2018. Setahun lebih. Sayang jugak la dekat bilik ni tapi aku sayang lagi badan aku. Hahahah

Then aku cari lagi bilik sewa. Kali ni apartment tapi ground floor. Bilik sharing. Mula-mula aku duduk bilik master, share bertiga. Harga bilik tu RM 400 so seorang RM 133. Tiga bulan lepas tu aku pindah ke bilik medium. Harga bilik tu RM 300 so seorang RM 150. Rumah ni pun best, housemates ok tapi aku tak lama duduk rumah ni. Dari Mac 2018 sampai Nov 2018 je.

So sekarang, aku duduk rumah baru. Flat sebelah apartment tadi je. Rumah sekarang tingkat 3. Aku duduk bilik paling kecil. RM 130. Ok la untuk bilik kecil, single tak payah berkongsi kan. Sekarang ada dua orang je dalam rumah ni termasuk aku. Seorang lagi duduk bilik medium. Bilik master tu kosong. So aku iklankan lah.

Yang membuatkan aku nak tulis blog ni sebab tadi ada seorang kakak ni whatsapp. Katanya nak sewa bilik master tu. Dia ada anak umur 2 tahun. Dia kerja office hour dan anak hantar taska. 

Somehow aku rasa nak sangat tolong. Kesian. Mesti ibu tunggal. Mesti banyak nak pakai duit sebab hantar anak taska lagi. Maybe dia tak mampu nak sewa rumah sebuah, sebab tu cari bilik. Aku nak sangat tolong.

Tapi lepas tu aku terfikir, kalau duduk sekali dengan aku, kang tengah-tengah malam anaknya nangis. Pagi-pagi nangis. Tantrum. Budak budak kan, umur 2 tahun. Apa yang dia tahu. 

Lepas tu aku rasa bersalah. Selfish ke aku ek. Tapi, daripada aku merana tak selesa duduk rumah tu, aku pun cakap dengan kakak tu, yang kitorang prefer orang bujang. Kakak tu ok je. Tapi aku tetap rasa bersalah dan sedih. 

Hopefully kakak ok ok saja. 

23 November 2018

Sendu-ing

It hit me again. I just wish that you'll be here. Right now. Like right now. 

22 November 2018

230 Hari Kemudian


Tarikh akhir pada gambar kami berdua ini ialah pada 7 April 2018. Yang sebenarnya, yang mengikut perancangan asalnya, esok (23 November 2018), dia akan datang Bangi sebelum pulang bercuti di kampung sampailah hujung December nanti. Itu rancangan kami setelah beberapa bulan tak jumpa, setelah rancangan untuk bertunang terpaksa ditunda.

Tapi baru-baru ini dia didiagnos dengan hyperthyroid. Sebenarnya dah lama dia rasa tak selesa. Sakit dada, susah nak bernafas, cepat panik, kebas-kebas. Bermula dengan gastrik, berulang kali buat ECG test, berurut, jumpa ustaz, like everything. Tapi tak ada yang confirm. Sampailah darahnya diambil, dan keputusannya itu, hyperthyroid.

Sejak dua minggu lepas, abahnya datang, duduk dengan dia, tengokkan dia, temankan dia, masakkan untuk dia. Sebab sejak dia tak berapa sihat, dia tak boleh duduk seorang. Cepat panik.

Jadi, sekali lagi rancangan nak berjumpa ditunda. Ya, segan juga nak dating dengan abahnya sekali kan.

Jadi, begitulah.

Sehingga berjumpa lagi.

18 November 2018

JJCM Johor

Seminggu bercuti sebab prof aku bawa isteri ke Manila. Jadi aku bawa mak abah ke rumah anak-anak.

Dari Jengka singgah dulu dekat Keratong 5, rumah adik mak. Lepas tu terus ke rumah abang dekat Lenga, Muar. Plan abah nak pasang bubu jaring sebab kata abang ikan sepat tengah berpesta. Tapi hujan. Tak dapat berpesta sekali. Tidur satu malam rumah abang, petang esoknya ke Pasir Gudang, rumah kakak. Malam tu kakak bawa makan soto paling sedap dan satay viral Wak Radol. Satay ok tapi mahai. Soto pun ok, sup sedap tapi sambal kicap tak berapa kick la. Esok tu pagi-pagi breakfast dekat gerai atas laut di Tanjung Langsat. Petang mandi laut di Tanjung Balau. Malam, makan di asam pedas senibong. Lepas tu abang ipar bawa pusing bandar JB. Fuhh lawo kemain. Settle dua malam tidur rumah kakak, esok pagi tu gerak balik jengka.

Sebelum balik, macam biasa kakak salam mak abah dan pesan supaya jaga kesihatan. Tenang je abah cakap "kawan abah dah ramai yang tak ada ni." Sipi lagi aku dengan kakak nak meraung tepi jalan. Tapi betul. Sebulan dua ni ada saja berita kematian orang jengka. Sedih, takut pun ada.

Semoga panjang umur mak dan abah untuk aku terussss berbakti dan senangkan hati mereka. Aminn.

Ini di jeti Kg Pasir Puteh.

Usai breakfast di Tanjung Langsat.

Di jeti Tanjung Langsat.

Dating di Tanjung Balau.

Dinner di Senibong.

Baru sampai Bangi, dah rindu mak abah semula. Tak sabar nak balik lagi dua minggu!

Dua Hari, Tiga Hari

Dua tiga hari ni mood aku hilang entah ke mana. Aku happy sebab ada dekat kampung, ada mak abah, ada kakak. Tapi bila malam, atau aku seorang, aku mula teringat hal-hal yang kurang menyenangkan.

Dua tiga hari ni aku cuba untuk jadi seseorang yang paling memahami untuk dia. Kalau dulu isu kereta yang buat pertemuan kami terhalang, kali ni kesihatan dia pula kurang memuaskan. Jadi plan untuk berjumpa hujung November ni nampaknya terpaksa ditunda lagi ke satu tempoh yang aku sendiri tak pasti. Jadi, mahu atau tidak, aku lah yang perlu, sangat perlu untuk memahami situasi. Kan?

Tapi dua tiga hari ni aku jadi penat nak faham. Aku jadi marah. Aku jadi sedih. Aku rasa kecewa. Aku rasa sangat kecewa. Aku rasa semua yang aku plan banyak sangat yang tak jadi. Dari hal bertunang, sampai hal nak berjumpa ni pun. Aku rasa macam ada saja halangan.

Sejak Mac.
April.
Mei.
Jun.
Julai.
Ogos.
September.
Oktober.
Sekarang November.

Dan mungkin selepas setahun baru dapat jumpa agaknya.

Jadi, untuk dua tiga hari ni, semoga aku tidak dikira berdosa jika aku putuskan untuk pentingkan diri dan perasaan aku sendiri.


17 November 2018

Hari Ini Breakfast Nasi Dagang!

Pagi ni saja la aku scroll twitter sebelum kembali pejam mata. Nampak satu kenalan lelaki tweet, "perkara pertama aku nak buat lepas kahwin adalah ajak pasangan pergi tengok teater." Laju saja aku tanya bila majlis. Katanya tahun depan. Aku pun dengan gembiranya ucapkan tahniah. Betul, aku happy dengar perkhabaran orang yang nak berkahwin. Sebab aku sendiri pun happy kalau aku akan berkahwin. Tapi entah la tak tahu bila. Sebab bila hal-hal kecil pun masih tidak pasti, aku mula rasa tak happy. Aku harap tak tertawar hati. Tapi entah la. Penat sebenarnya. Penat nak plan macam-macam tapi sentiasa tak jadi. Penat nak faham bila tak ada yang nak faham diri sendiri.

Ok selamat pagi!

16 November 2018

RIP Gempak Starz


Ini aku punya rak, sekitar tahun 2012 kalau tak silap. Bukan nak tunjuk buku Fixi sebab aku tahu ada lagi ramai yang ada baaaanyak buku Fixi siap susun ikut warna. Aku nak cakap pasal komik di rak paling bawah sebelah kiri.

Berita sedih. Pedih.

Tahun lepas, kakak aku mesej "Mena, mak dah bakar semua komik kau".

Kenapa? Entah.

Yang aku tahu, dari zaman sekolah lagi mak aku memang tak suka aku beli komik. Aku sanggup tahan lapar dekat sekolah sebab nak beli komik dari gempak starz ni. Dari yang lokal, ataupun komik terjemah dari korea atau jepun. Memang aku suka. Tapi mak aku tak suka.

So di hari mak aku mengamuk dan memusnahkan semua komik yang aku kumpul dari tingkatan 2 ni, puncanya kerana rak aku ni jatuh atas pasu bunga mak aku dan pasu itu pecah.

Sedih gila weh. Tapi takkan aku nak mengamuk juga. Aku buat-buat tak tahu dan sikit pun aku tak tanya mak aku, mana komik-komik aku.

Cuma, aku harap bila aku dah ada anak, semoga aku lebih memahami perasaan anak aku.

Hm.

11 November 2018

Aku Baru Tahu

Since semalam, aku terbaca blog kawan aku. Antara kawan paling rapat, paling baik yang aku ada sekarang. Tempat aku luah semua, dan aku percaya aku pun tempat dia luahkan perasaan dia. Cuma, mungkin bukan semua.

Sebab bila aku baca apa yang dia tulis, masih banyak yang dia simpan dari aku. Tapi mungkin caranya memang begitu. Kalau cerita semua, apa lagi yang tinggal untuk diri sendiri kan. Tapi aku tetap nak minta maaf kalau aku tak sensitif, atau tak peduli apa kau rasa. Aku kisah, cuma ada beberapa perkara yang perlu diberitahu.

Kalau kau rasa kau nak cerita apa-apa, kau tahu aku ada. Aku sentiasa doakan kita sama-sama bahagia.


06 November 2018

Imigresen Part II

Ok nak sambung Imigresen Part II.

Macam aku ada tulis sebelum ni, aku tak tahu macam mana aku boleh dapat interview tu. Ye rezeki, faham. Tapi takkanlah tak apply tapi boleh dapat kan?

Nak dijadikan cerita, hampir sebulan lepas ujian fizikal tu, aku dapat email untuk interview lisan pula. So kena la prepare apa yang patut untuk interview tu, termasuk update resume dekat website SPA. Masa inilah aku baru perasan, aku ada apply untuk Pegawai Imigresen rupanya. Tapi mungkin tiada kekosongan untuk gred 41, dia panggil untuk gred 29. Jadi aku assume, mereka tahu aku ada master. Ini bukan cubaan untuk brag tentang education, nanti aku terangkan kenapa ya. Hehehe

Interview masih lagi dekat Kuantan, memang dekat SPA aku letak Kuantan. Putrajaya mesti ramai. Kihkih. So pagi-pagi lagi aku dah tunggu dekat UTC Kuantan tu. Interview dekat ofis Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

Tengah tunggu dengan mak, ada seorang perempuan datang, dengan uniform imigresen. Aku ingatkan interviewer, rupanya yang nak datang interview. Lepas tu datang lagi seorang lelaki, nampak tua juga, rambutnya sudah putih-putih. Aku panggil tuan, dia kata panggil encik saja, dia pun nak datang interview.

Time ni aku macam dah tak berharap apa-apa. Serius weh, berapa ketul je yang bukan dari imigresen. Yang lain semua dari imigresen sendiri, nak naik pangkat. Masa tengah menunggu untuk dipanggil, ada seorang ni dari imigresen la, dia borak dengan aku. Katanya, gred 41 memang tak dibuka untuk umum. Selalunya dorang memang akan serap dari pegawai dalaman je. Aku fikir, mungkin lebih mudah sebab kalau sudah lama jadi pegawai imigresen, tentulah lebih senang dan faham untuk bekerja kan.

Tunggu punya tunggu, sampai turn aku. Masuk dalam bilik, ada dua pegawai atasan. Perkenalkan diri. Kemudian aku mula ditanya, tapi bukan tentang imigresen, lebih kepada pelajaran aku. Master.

Dah ada master kenapa apply sini?Kenapa tak apply lecturer?Kenapa tak proceed PHD?Boleh ke terima arahan dari orang SPM?Kalau dapat kerja lagi baik, pilih yang mana?

These questions, Alhamdulillah aku boleh jawab dengan tenang. Tapi aku dapat rasa yang aku dah dapat hint yang aku takkan terpilih untuk kerja ini.

Dan semalam keluar result, tidak berjaya. Aku okay. Seriously. Cuma yang recruit orang tu, kalau rasa orang tu tak layak dengan jawatan tu, kenapa ambil juga? Eyyy!

Tapi takpelah. Dapat pengalaman interview unit beruniform. Alhamdulillah.

05 November 2018

Imigresen Part I

Awal Julai itu hari, masa tu aku baru balik kerja. Lebih kurang jam 5.45 kot, tetiba aku dapat text dekat phone.

RM0.00 SPA: ANDA DIJEMPUT PEMERIKSAAN FIZIKAL PEN. PENGUASA IMIGRESEN GRED KP29.LAYARI www.spa.gov.my ATAU EMEL ANDA UTK MAKLUMAT LANJUT.T.KASIH.

Terkejut nok. Puas aku fikir bila masa aku apply job ni? Lepas tu aku teringat aku ada pass resume dekat member yang kerja dekat Perbadanan Putrajaya. Aku fikir, maybe dia ada selit-selit resume aku dekat mana-mana kot. So bila aku tanya dia, katanya bukan dia. Yelah ini kan SPA, takkan pula sesenang tu nak selit resume aku kan?

Disebabkan aku tak pernah hadap ujian fizikal, aku pun pergilah interview ni. Bukan senang kan nak dapatkan interview government ni.

Ujian Fizikal tu tengah bulan Julai, di Kuantan, dekat dewan bomba. Start awal pagi, dalam 7.30am, semua berkumpul dalam dewan. Semua kena jawab ujian psikometrik dulu. Kalau tak silap ada lebih kurang 120 orang kot masa tu, dibahagi kepada dua kumpulan, A dan B. Aku kumpulan A. Bila settle ujian psikometrik, pegawai imigresen panggil 10 orang daripada kumpulan A dan B, nak mulakan ujian. Disebabkan aku daftar awal, aku masuklah dulu dengan lagi 9 orang.

Mula-mula nak kira BMI. Timbang berat, ukur tinggi. Untuk perempuan, berat minimum 46kg, tinggi minimum 154cm kalau tak silap. Lupoo. BMI tak boleh lebih 25. Alhamdulillah aku lepas.

Kemudian tunggu dekat sejam lebih, baru dipanggil lagi untuk next ujian. Kali ni, dia check parut dekat badan. Kena selak seluar sampai lutut, lengan baju sampai lebih siku. Ada seorang peg lelaki masa ni. Tapi entah la ye, aku pun tak cakap pun "aurat, tak boleh tunjuk", dok ngikut je arahan pegawai tu. Hm...

Lepas check parut tu, sebab nak make sure tak ada kesan accident la, bukan apa pun. So kitorang kena berjalan. Masa ni kena cover lah. Tak boleh bongkok, tak boleh melenggang sangat. Time berjalan ni sambil berkawad, pegawai boleh detect kaki panjang sebelah walaupun kita tak perasan selama ni. So ada dua tiga orang daripada 10 orang ni tak lepas level ni, sebab kaki tak sama panjang, atau tangan bengkok masa berkawad.

Next level, check badan. Kali ni kena masuk bilik, ada dua pegawai perempuan ikut. Memang kena buka baju, nak tengok kesan bedah bersalin ke, accident patah riuk ke. Lepas tu baru sambung ke next test, iaitu check mata. Rabun atau rabun warna.Alhamdulillah aku lepas semua. Lepas tu tunggu untuk last test, bukan main lama! Dari jam 10.30 sampai jam 1.00 baru kena panggil untuk test kecergasan.

1. Lari 4 x 10 m ulang alik. Ini kalau laju sangat memang tergelincir. Aku orang first. Failed la siut kahkahkah. Nasib baik dapat 3 kali cuba. Second trial lepas. Luls
2. Lompat jauh setempat. Kena pergi lebih 1.63m untuk perempuan. Lompat gini tak boleh ambil lajak. Macam orang gila aku berayun sebelum melompat kahkah
3. Sit up. Ini kacang la sebab 28 kali dalam masa 2 minit. Lama tu 2 minit. Dulu masa aku nak join ROTU, tak silap aku kena buat 50 kali dalam masa 1minit setengah kot. Itu menempah maut namanya.

Dan bila dah habis, Alhamdulillah. Aku dan 11 orang (daripada 50++) Kumpulan A berjaya lepas ujian fizikal. Kena berdebar tunggu interview lisan pula.

Nanti la aku sambung. Penat la tulis banyak-banyak.

08 October 2018

Happy Tree Friends

Boleh ke kalau aku nak kata aku kurang bernasib baik dalam berkawan?

Aku tak tahu silap aku apa, tapi aku dah hilang beberapa kawan baik dua tiga tahun kebelakangan ni. Yang aku sangat pasti, tak kira berapa lama kau dah kenal dengan seseorang, itu tak menjamin apa-apa.

Aku ada kawan yang aku sangat rapat dengan dia, kami baik dari 2009, sangat rapat, luah semua bersama. Tiba-tiba senyap macam tu saja. Tahu tahu aku kena remove (block unblock) dari twitter dia. Hahaha danke!

Dan seorang lagi, kawan dari form 2. Dari form 2 weh. Aku baru kena block hari ni. Kena block di whatsapp, facebook dan ig. Isu ni bermula bila dia dan kawan lagi seorang bahan aku. Aku ok kena bahan, tapi berpada-pada la. Ingat kita ni batu ke tak ada perasaan? Batu pun lama-lama boleh terhakis ye kalau asyik kena titik dengan air. So bila aku terasa dengan lawak kasar dorang, aku senyap. Sebab kalau aku balas, it wont be pretty. Aku tahu sebab aku susah nak mengalah, dan yang seorang ni suka nak menang. Jadi aku mengalah. Untuk hubungan daripada umur 14 tahun.

Dan tak sangka, kesenyapan aku disalah ertikan. Dia mesej aku personal with a warning "Just nak ingatkan, kau yang mulakan tak nak cakap dengan aku. Tq."

Like seriously?

Aku kena bahan. Kena kutuk. Kena cakap macam-macam. Aku senyap. Tapi aku salah?

Dan dia left semua group. Dan dia block aku di semua socmed.

Dan kawan aku lagi seorang kata, "Teruk sangat ke kitorang cakap itu hari sampai kau tak nak kawan dengan kitorang dah?"

Guys, seriously?

Baru sekali aku tak balas mesej dorang. Aku baru diam sekejap. Aku senyap sebab aku sentap orang cakap aku macam-macam. Aku senyap sebab nak bagi aku tenang. Aku senyap sebab aku nak jaga perasaan sendiri. Tapi aku salah?

Dorang boleh buat apa dorang suka. Dorang boleh kata apa dorang nak. Tapi bila aku buat apa aku nak, aku kena block, aku yang dikatakan taknak berkawan dah?

Apa jenis bullshit ni? Kahkahkah. Ketawa besar juga aku.

Disebabkan aku pun dah 30, rasa malas nak fikir benda-benda yang buat aku pening. Jadi, aku putuskan mudah. Siapa nak berkawan dengan aku, you are always welcome. Tapi kalau tak mahu kawan, aku sentiasa doakan kamu semua bahagia. Itu saja.

Aku rasa aku tak bernasib baik dalam berkawan. Tapi ketika menulis post ini, aku tetap rasa bersyukur sebab masih ada kawan yang sayang aku, dan yang aku sayang mereka.

You know who you are.

06 September 2018

Happy Birthday, Mal.


Ini gambar bulan empat itu hari. Kali terakhir kami berjumpa. Lima bulan 5 hari. Mungkin antara sebab kenapa kerap betul berselisih faham sekarang. Isu keretanya masih belum selesai. Jadi sukar untuk dia datang bertemu aku. Aku ada usulkan untuk aku saja ke sana. Katanya, susah juga. Di sana nanti hendak naik apa. Betul juga. Jadi, tunggulah bila sampai masa baru boleh bertentang mata.

I miss us. 

29 August 2018

Torn - Natalie Imbruglia

Kami bergaduh lagi.

Dan aku putuskan untuk berhenti buat masa sekarang. Aku penat. Aku penat bila aku explain, aku disalahkan.

Suka cari salah dia. Suka cari pasal. Suka provok.

Itu yang dikatakan pada aku.

Kalau..

Kalau dia cuba untuk ubahkan sedikit apa yang dia selalu lakukan, berkorban sedikit, mungkin aku tak sekerap ini meroyan dan bergaduh.

Apa saja yang aku tegur, dikatakan aku cari salah. Apa saja yang aku katakan, langsung tak dihirau, yang dia nampak, aku yang mencari pasal, mencari masalah.

Aku penat. Sangat penat.

Seolah-olah bercakap tanpa suara. Satu pun tak didengarinya.

Jadi aku putuskan untuk undur diri. I'll never be good enough for him. I'll never be.

Aku putuskan semua. Whatsapp, FB, twitter, IG. Aku hentikan semua, kecuali telefon. Mungkin masih berharap dia sudi untuk call aku, cuba selesaikan, mungkin cuba pujuk (masih berharap rupanya).

Tetapi tadi, aku stalk twitter dia. Luls dah block, sanggup unblock semula. Aku ternampak dia liked tweet seorang makwe yang mencari jodoh atau mencarikan jodoh untuk orang. Makwe tu suruh DM untuk details. Dia liked tweet tu.

Mungkin, dia mahukan perubahan.

Cuma, mungkin, bukan dengan aku.

15 August 2018

Tiga Hari Lagi

Sepatutnya, hari ini hari terakhir aku bekerja sebelum aku bercuti sampai ahad (26/8/2018). Lama kan plan nak bercuti? Hehe yela sebab sepatutnya 18/8/2018 aku bertunang. Tapi ada hal-hal yang menghalang, apa boleh buat. Terpaksalah bekerja seperti biasa.

Sedih :(

08 August 2018

Tuhan, mudahkan.

Bila tengok semula pada widget daisypath yang tunjuk countdown "Soon", well aku agak sedih. Sangat sedih la sebenarnya. It's gonna be tarikh yang bermakna untuk dia, untuk kami berdua. Tetapi disebabkan incident 12 Ramadan, hampir semua perkara perlu dirancang semula. Dan kerana itu, kami berdua kerap bertengkar. Ada saja yang tak kena. Sama ada aku selalu cari pasal, atau dia sudah cukup serabut fikirkan apa yang jadi, kemudian diserabutkan dengan perangai aku pula. Kesian dia, kan?

Malam tadi, buat kesekian kalinya kami bergaduh lagi. Ya, dia mudah marah sekarang. Tiada lagi sabarnya melayan kerenah aku. Tapi, bila difikirkan semula, kalau aku jadi diri dia pun, mungkin dari dulu lagi aku marah-marah dengan perangai aku sendiri. Tapi dulu dia cukup bersabar. Cuma mungkin sekarang terlalu banyak perkara mengasak-asak fikirannya. 

"Tolong percaya. Saya tahu apa yang kita ada. Apa yang kena perlu dijaga. Tolong jangan rumitkan keadaan. Tolong mudahkan setiap perkara. Tolong, tolong percaya saya. Tolong saya sebab saya sedang berusaha untuk kita berdua. Tolong hargai dan tolong letak kepercayaan pada saya. Jangan ragu-ragu. Tolong letak kekuatan dan kepercayaan pada saya. Saya hilang semua yang saya rancang. Saya hilang kereta, saya hilang duit, saya hilang janji nak ikat kita berdua. Saya hilang perancangan saya. Dengan kesihatan saya sekarang, untuk saya bangkit, untuk kita berdua, saya perlukan kekuatan daripada awak. Tolong, tolong support saya sekarang. Tolong jangan persoalkan hal-hal kecil yang boleh diketepikan. Tak pernah ada isu tak sayang, tak pernah ada isu saya dah berubah, tak pernah ada isu saya ada orang lain, tak pernah ada isu rasa cinta dan sayang saya pada awak berkurang. Tak pernah sama sekali. Saya masih sama. Rasa cinta rasa sayang. Saya tak pernah ada orang lain. Saya tahu apa yang saya ada, saya tahu apa yang kita berdua ada, dan saya tahu apa yang kita kena jaga. Saya cuma ada awak. Awak seorang. Jadi tolong. Tolong support saya. Tolong percaya saya. Tolong saya untuk kita berdua."

Panjang katanya. Dan lama aku terdiam. Aku rasa baru kecil ujian kami berdua tapi terlalu besar untuk kami berdua hadap. Ya, kami sepatutnya bertunang pada tarikh yang dicountdown tu. Tapi selepas dia accident dan dia perlukan banyak duit, jadi duit yang dikumpulkan untuk kahwin terpaksa digunakan. Dan kami terpaksa rancang semula bila tarikh yang sesuai untuk mengikat tali ikatan bersama. 

Aku kecewa. Tapi dia lebih kecewa. Dan semakin kecewa apabila aku kerap buat perangai. 

Sigh.

Semoga kami berdua kuat. 

09 July 2018

Saya Sokong!

Sebenarnya aku nak tweet benda ni, tapi risau juga menyinggung perasaan individu tertentu, jadi aku tulis di sini. Sebab aku yakin, tak ada orang tahu blog ni. Aku rasa la. Tak yakin sangat.

Bila ada member kamu semua luah apa-apa, guys, please support.

Kadang-kadang mereka cuma nak bercerita sebab mereka tak tahan apa yang ada dalam dada. Mereka nakkan telinga. Jadi, kamu semua yang dipilih untuk mendengar, dengarlah betul-betul. Sama ada mereka cuma luahkan, atau ingin meluah dan bersedia untuk menerima nasihat. Kalau sekadar meluah, cuba sokong. Bukan dengan membandingkan kamu juga pernah sedih seperti mereka. Jangan. Jangan cerita pasal kamu. Biarkan mereka cerita pasal mereka.

Dan kalau mereka nakkan nasihat, nasihatlah selembut mungkin. Kadang-kadang, waktu mereka down, ayat yang simple pun boleh membunuh. Kamu mesti pernah rasa, jadi kenapa nak bagi orang lain rasa teruk macam kamu rasa?

Eh entahlah. Rasa macam tak sampai pula maksud sebenar. Tapi aku tengah bengang sebab aku luah something dekat member, alih-alih kena nasihat package bebel lepas tu tak disokong pulak. Berganda-ganda rasa sakit hati.

28 May 2018

12 Ramadan

Nak dijadikan cerita, petang tadi Dia ke JB, ada hal. Pergi bersama kawan-kawan, dua buah kereta. Jam 4 bertolak, jam 5 ketika aku bersiap untuk pulang kerja, aku terima mesej;

"Saya terbabas. Jangan risau, saya okay. Kereta saja yang teruk"

Berdegup laju jantung. Macam-macam perkara terus masuk dalam fikiran. Tapi bila tahu Dia okay, Alhamdulillah. Aku pun pulang ke rumah.

Sementara tunggu waktu berbuka, ada sesekali kami berbalas mesej. Katanya sedang uruskan kereta. Aku tak mahu rumitkan keadaan, aku biarkan Dia uruskan dulu apa yang perlu. Dah sudah, baru hubungi aku.

Lepas Maghrib, aku terima mesej lagi. Kali ini dengan gambar.



Allahuakbar. 

Berderau darah, menderu air mata jatuh. Syukur yang teramat aku panjatkan pada Allah melihat Dia teguh berdiri di sebelah keretanya yang terbalik begitu sekali. 

Ya Allah. Terima kasih selamatkan pergantungan jiwaku ini. Aku terima dengan redha segala yang sudah terjadi. 

Allahuakbar :(

30 April 2018

Monday Blues Keranamu

Semalam aku jumpa seorang budak baru. Dia kawan kepada budak bilik aku. Disebabkan budak bilik aku ni cuma balik weekend saja, jadi dia bagi kawan dia tumpang sebab kawan dia tengah mencari bilik. Kitorang ok saja, tapi budak baru ni, hm boleh tahan juga.

Petang semalam aku tengah tengok cerita dekat laptop sambil buat kira-kira duit gaji. Baru dapat gaji terus nak habis luls. Budak baru tu lepak terus dekat aku sambil makan roti. Sesambil tu berborak la. Dia mulakan dulu sebab aku jenis tak reti nak mulakan perbualan dengan stranger. Setakat tanya asal mana umur berapa tu biasalah. Tapi budak ni punya soalan, fuh. Menikam.

Bermula dari asal orang mana, kerja apa, dah lama ke kerja dengan prof, bila nak sambung belajar. Aku yang macam kena interview ni jawab jelah soalan-soalan dia. Bila aku bagitahu aku dah malas nak sambung belajar, budak baru ni insist suruh aku belajar. Rugi la tak sambung, sambil kerja sambil sambung, apa-apa entah lagi dia cakap. Aku bagitahu aku tak mahu. Kawan aku ramai PhD tapi kerjanya macam susah nak dapat. Benda tu sedikit sebanyak discouraged aku untuk sambung. Lagi pula aku dah plan untuk berumahtangga. Aku tak rasa aku boleh divide dua diri aku untuk commit pada study dan pada suami. Besar tanggungjawab tu.

Tetapi budak baru ni macam tak faham bahasa. Dia siap cakap dia geram dengan aku sebab tak nak sambung belajar. Aku ketawa saja. Biarkanlah dia.

Kemudian ditanya lagi, aku plan untuk bekerja tetap dengan prof ke? Kata aku, haruslah tidak. Tahun depan dah nak menikah, aku akan berhenti dan terus ikut suami. Nanti aku akan cari kerja di tempat suami je. Dan cara dia respon tu macam "Itu je ke life plan kau?"

Aku ketawa saja bila dia terus menerus bagitahu itu ini seolah-olah nak pujuk aku supaya sambung belajar dan teruskan kerja di Bangi. Bila aku diam dan tetap dengan apa aku putuskan, katanya "okay lah. Setiap orang ada aim masing-masing kan?"

Tahu pun, engkau.

Dik, kita baru kenal tak sampai sehari. Macam tu je kau mencelah hidup akak. Kau nak jadi wanita paling berwibawa pun akak peduli apa. Life kau. Akak hormat tak tanya apa-apa. Jadi, kenapa kau nak sibukkan diri kau nak atur-aturkan hidup akak? Betul dik. Kita semua ada aim masing-masing. Kalau kau rasa aim akak nampak mudah, itu kerana kau tak berada dekat tempat akak. Nampak mudah, tapi yang hadap ni saja yang tahu macam mana dia punya payah.

Jadi, kau jaga sajalah hidup kau molek. Hidup orang lain, tahulah orang lain nak jaga baik-baik.

26 April 2018

Direct Message

Post hari ini mungkin akan panjang melebih kerana ia merupakan kesinambungan daripada post ini.

Dua hari akan datang iaitu 28/4/2018, pada tiga tahun yang lepas, dia berani-berani DM aku di twitter. Macam yang aku post pada entry lepas, dia bertanya aku pengguna telco apa. Jadi malam tadi masa on the phone, aku pun tanya, kenapa nak call aku tiga tahun lepas? Yela celcom kan bagi call free untuk semua pengguna dia time birthday. Aku rasa hampir setiap tahun aku tanya, dan jawapannya sama: entah, tak tahu.

Nak test market ke, aku tanya.

Dia ketawa. Jadi agakan aku mungkin mengena. Kesian dia, nak test market tapi tak tahu umur aku berlebihan daripada dia. Tak memasal dapat kekasih si perempuan tua. Luls.

Lepas daripada bertukar nombor dan berborak mengenai buku (nampak ilmiah sikit), aku dan dia mula berkenal-kenalan. Tapi borak gitu sajalah. Lepas tu bulan July 2015, aku dan kenalan ke Ipoh menaiki motosikal sebab nak tenangkan hati kenalan tu yang baru lepas diremukkan. Di sinilah perkenalan aku dan dia semakin rapat. Kebetulan aku check in Ipoh, jadi dia terus mesej dan ajak lepak. Aku pun on sebab malam tak buat apa. Daripada melepek di hotel, baik melepak di luar hotel.


Ini gambar pertama kami berdua. Sweet kan? Macam kakak dan adik kahkahkah! Honestly masa jumpa ni, rasa biasa-biasa je. Macam jumpa kawan. Dia sangat pemalu rasa nak tepuk je dahi tu. Yang banyak cakap, kawan dia si Amir.

Bila aku balik Bangi semula, ada hal emergency so aku tak dapat mesej dia. Dan bila kami dah berdua, dia kata dia sedih kenapa lepas jumpa aku diam. Dia risau aku tak suka dia. Kikiki gila apa tak suka, mestilah suka! Luls

Happy birthday, cikgu! I love you! #rhyme

24 April 2018

Sabun di Bilik Mandi, Sabunnnn!

Sebelum aku jadi RA ni, aku kerja dengan kawan aku. Dia buka company untuk geofizik, more to resistivity survey. Jadi bila melibatkan survey sebegini, adalah wajib untuk aku masuk hutan, ladang, paya, kebun dan tempat-tempat yang unsangkarable. Macam buruh la senang cerita.

Jadi ada satu kali ni, ada project dengan JMG Pahang. Survey melibatkan lima tempat dekat Pahang termasuk Raub. Ada satu insiden dekat Raub ni yang meninggalkan kesan pada aku, dan badan aku. Kahkah cilake aku kena kutu babi la. Hareee

Kesan kutu babi ni memang tak dapat dimaafkan laa. Masa aku kena tu, anak-anak dia je. So aku boleh buang sebelum dia hisap darah tapi yela orang kata kan nanti ada kuku atau gigi dia tinggal, tu yang jadi gatal tu. Sangat tepat ya apa orang kata tu. Dua minggu lepas tu baru gatal-gatal tu start serang aku. Macam orang gila aku tahan gatal. Silapnya aku biar je tak sapu ubat. So kesan dari itu, ia meninggalkan parut. Syaitonnirrajim sangat.

Jadi aku ada beli Tokyo Love Soap sebab pernah guna sabun ni dulu dan ia membantu tapi memang kena konsisten la dey tambi ingat parut boleh hilang seminggu keee?

Yang aku nak cerita sebenarnya adalah mengenai sabun ni. Baru-baru ni aku beli lagi sabun yang sama. Sebagai orang kedekut dan duit tak berapa nak ada ni, lagi pula sabun tu mahal, aku pun potong kecik-kecik dan letak dalam bekas polistren jernih yang baru tu. Cuma tiga empat hari ni aku tak pakai. Dan pagi tadi aku baru perasan sabun tu tak ada. Sekali dengan bekas dia lenyap. Aku tengok juga dekat lantai, belakang toilet bowl, tapi tak ada. Ajaib betul.

Aku tanya roommate tapi katanya tak nampak. Serius pelik. Takkan boleh hilang begitu saja kalau tak ada tangan yang buang?

*mode menuduh turn on*

19 April 2018

Nasib di Badan

Semalam, lepas maghrib, aku duduk depan TV dengan budak rumah (bukan budak bilik ya). Selalunya memang tinggal aku dan dia yang ada sebab yang lain belajar dan ada yang kerja balik tak tentu masa. Borak punya borak, tercerita luahan hati masing-masing. Ingat aku tulis tentang guna barang tak bagitahu, rupanya budak rumah aku ni ada rasa yang sama.

Katanya, menyirap tengok ada orang guna ampaian tapi tak bagitahu. Bukan tak bagi, tapi tak reti cakap ke?

Dalam jam 10 malam, aku dan budak rumah dah masuk bilik masing-masing. Dua orang budak bilik aku ni dah berhenti kerja. Seorang nak balik ke kampung halaman, seorang lagi dapat kerja lain di daerah lain. Sebenarnya aku tak sabar juga tunggu dorang pindah. Jahat kan luls. Tapi tak tahan beb. Balik rumah lambat. Tak kisah lah dah besar kan. Tapi bila balik tu nanti aku akan tersedar. Sama ada silau atau bising. Sudah dipesan jangan cakap kuat sebab kalau aku tersedar, aku dah susah nak tidur balik. Tapi begitulah. Sama saja.

Malam tadi lagi dasyat. Aku berjaya tidur semula selepas tersedar. Tapi terbuka semula mata bila terdengar bunyi orang memberus beb. Dia bantai pergi basuh baju pulak aduhhhhh! Gila betul budak bilik aku ni. Jenis common sense tak ada agaknya. GRRR

Akhirnya, dah pukul 1 pun aku dok terkebil-kebil lagi sedangkan dua orang ni dah tidur lena. Haih...

18 April 2018

Keropok Ikan Di Dalam Balang Kosong Itu

Haa ni aku nak marah ni.

Begini. Masa cuti sekolah itu hari, dia balik kampung. Lepas tu kitorang plan nak jumpa kan lepas dia balik dari kampung tu. Disebabkan dia nak mai, macam-macamlah aku order ole-ole dari Kelantan. Dodol, gula tarik, anu asam dalam botol, termasuk keropok ikan.


Keropok ikan ni memang favorite aku. Tapi honestly, aku tersangatlah pemalasnya bila nak kena goreng benda alah ni. Leceh la. Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan seseorang yang rajin untuk menggoreng keropok ini. Luls

Jadi hari Sabtu lepas, aku pun tetiba disampuk mambang rajin, lalu aku pun menggoreng keropok ini lalu diletakkan ke dalam balang. Bila housemates balik, haruslah aku offer juga untuk mereka makan. Jemput la makan, makan la, dan sebagainya.

TAPI BILA AKU OFFER SURUH MAKAN TU MEMANG KENA MAKAN SAMPAI HABIS KE SYAITONNNN

Remuk hati bila pulang kerja, yang menyambut adalah balang kosong diisi habuk keropok saja.

17 April 2018

Tukang Masak; Masak Dengan Perangai Engko

Petang-petang ni aku rasa macam terpanggil untuk meluahkan rasa.

Aku seorang RA. Aku dah bekerja dengan prof ni since March 2017, almost a year and 2 months. Lama juga la. Tak duduk office sebab prof dah retired dan beliau adalah subject consultant, bukan ada company. That's why aku bekerja di rumah beliau saja. Home office katanya. Prof duduk dekat kawasan rumah orang ada ada. Seriously memang selalu je nampak orang shooting dekat rumah jiran-jiran prof ni.

So aku nak borak menda ni?

Begini. Pak guard yang ada di pondok guard kawasan perumahan ini selalu bertukar. Most of the time, foreigner. Tapi ada satu masa ni, sorang pakcik Melayu pula ditugaskan di situ. Agaknya dah banyak kali dia nampak aku datang jam 9am pulang jam 5pm, sampaikan ada sekali tu, dia siap tanya aku dah lambat ke sebab aku laju sangat, aku brake sampai sipi lagi nak terangkat tayar belakang.

Jadi ada satu hari ni, dia pun tanya, "Balik kerja ke?"

Ya, jawab aku.

"Tukang masak ye?"

Sambil tangan nak pulas throttle motor, aku ketawa-ketawa. "Bukan pakcik, saya RA"

Sesudah bersoal jawab apa itu RA dan sebagainya, aku pun teruskan merempit. Kemudian selang beberapa hari, aku bertemu seorang kawan. Aku ceritakan hal perbualan dengan pakcik guard yang pada aku adalah kelakar.

Tapi yang ini, tak jadi kelakar. Aku jadi geram. Kawan aku ketawakan aku, ketawa yang merendah-rendahkan aku seolah-olah "haa kerja lagi dekat rumah orang, sampai orang ingat maid".

Masa dia ketawa, aku dah diam. Sebab aku macam sedih, even if aku betul-betul seorang tukang masak pun, kenapa? Salah ke? Kenapa nak ketawa menghina? Terus aku menyesal pergi cerita dengan dia. Hm.

15 April 2018

Panas Ini Membunuhku

Seminggu dua ni panas berdekang kan. Tidur pun berpeluh-peluh even kipas depan muka sipi lagi nak sapu hidung. Dan Alhamdulillah malam ni hujan. Ketika aku menulis ni pun, masih hujan. Dari petang lagi dah mendung tapi hujan mula turun lepas maghrib. Jenis aku yang memang sentiasa panas, bila aku terasa kedinginan angin malam sewaktu hujan menepis pipi berjerawat ini, terus aku selak tingkap seluas-luasnya. Langsir pun aku buka supaya bilik sejuk.

Kemudian aku duduk di ruang tamu siapkan kerja last minute. Roommate pun pulang. Sudah aku pesan, tingkap aku buka, tutup langsir saja dan aku teruskan kerja.

Pap, kerja dah siap.

Aku pun masuk bilik dengan hati girang sebab memikirkan sejuknya ini malam. Masuk dalam bilik, eh panas. Maybe sebab roommate pasang lampu. Kemudian aku ke tingkap untuk rapatkan sikit, kan dah malam, mana boleh tingkap luas. Tengok tengok tertutup rapat. Aduh patutlah panas!

Terus aku cakap pada dia jangan tutup lain kali sebab panas. Dia ye kan saja. Dia takpe la kurus tak panas. Aku gemuk, lemak banyak. Sobs.

Tapi, siapa suruh gemuk? Padan muka!

11 April 2018

Rabundi

Ini kali kedua aku akan mengundi untuk Negaraku Malaysia. Kali pertama masa aku masih bekerja dia kedai KakNor, butik baju. Kali ini, ketika aku bekerja di luar Jengka.

Puas juga otak aku ni nak brain, kenapa hari Rabu? Nak tulis lebih-lebih, risau ke lokap. Luls. Tapi entahlah ya. Susah ke nak buat hari Sabtu atau Ahad, atau hari Isnin? At least, bukan di tengah-tengah minggu bekerja. Nak apply cuti pun rasa berat.

Aku bekerja, gajinya dibayar hari. Lain dengan orang yang bekerja dah tetap ada cuti berapa hari setahun, jadi kalau apply cuti, yang kurang cuma cuti, bukan gaji. Terbaca juga di FB semalam, ada yang kata, macam mana nak ubah kalau cuti pun tak mahu dikorbankan. Lain laa. Tak semua orang sama. Kalau aku ada kereta, aku drive saja balik hari. Tak fikir dah soal nak balik ke tidak. Ini kereta pun tak ada, takkan nak rempit sorang :(

Malam tadi sebelum tidur, sempat berbual dengan roommate. Katanya, ini kali pertama dia akan mengundi. Orang Terengganu. Dan dia semangat untuk balik walaupun cutinya sehari. Lagi dasyat. Malu aku yang jarak kampung cuma dua jam setengah ini. Terus aku semangat nak balik mengundi!

Syukur, ada kawan yang nak pulang mengundi di Pahang juga. Dan dia akan pulang ke Selangor pada hari Rabu juga. Maka bolehlah aku tumpang. Alhamdulillah.

Satu undi pun berharga tau!

09 April 2018

Single Bedroom ke Master Bedroom

Somehow, aku rasa menyesal pula berpindah daripada bilik single ke bilik ada roomate. Haih. Sebenarnya dah terfikir akan risiko-risiko bila ada roomate ni. Tapi sebab nak didik sifat sabar dengan perangai orang dan aku pun dah malas nak duduk rumah lama, aku pun pindah. Tapi begitulah. Susah ya.

Bermasalah bila waktu aku bekerja berbeza dengan waktu roomate bekerja. Jam 5 petang aku dah balik. Jam 9 malam aku dah padam lampu bilik. Roomate pula, pulangnya jam 10. Sampai kira-kira jam 10 lebih. Mereka berdua, jadi bila sampai mesti ada saja yang nak dicerita. Makanya aku yang sudah tertidur ni kadang kala terjaga. Okay aku dah bagitahu pada salah seorang roomate yang aku cepat tersedar, jadi kalau mahu berbual, haruslah perlahan suaranya. Alhamdulillah roomate terima dengan terbuka.

Tetapi, roomate lagi seorang ini dua tiga hari ni tak berapa sihat. Batuk-batuk. Tak pasti dia makan ubat atau tidak. Dia suka tidur lambat. Orang batuk, selagi tidak tidur, selagi tu dia batuk. Jadi aku yang sudah tidur, baru nak terlelap, tersedar. Baru nak tertidur, terbuka mata. Nak saja aku marah dan suruh dia tidur. Tapi tak boleh. Dia pun ada hak untuk buat apa dia suka sebab dia juga bayar sewa. Mereka berdua pulang bekerja tanpa buka lampu bilik pun aku dah sangat rasa gembira. Jadi nak tak nak, terpaksalah aku sabarkan diri terima yang lainnya.

The world doesn't revolve around you, kan.

Cuma, ada dua tiga perkara yang aku tak suka. Guna barang tanpa minta izin. Rumah sewa kami, setiap orang bawa ampaian masing-masing. Dan aku ada hanger aku sendiri. Hanger aku semuanya sama jenis, sama warna. Dan lepas aku angkat baju dari ampaian, aku akan terus susun dan kemaskan hanger sebab aku tak suka hanger nampak huru-hara. So these roomates (dorang budak baru actually), dorang guna ampaian budak rumah lagi satu, dan pakai hanger aku (tanpa izin of course). Sound childish eh? Entahlah ya. Sama ada aku kedekut, atau aku fikir yang semua orang ada effort untuk beli sendiri, kenapa mudahnya meminjam.

"Ala hanger je pun?"

Ada tak yang cakap macam ni? I don't know. Let it be a hanger or something else, barang orang tetap barang orang. Minta izin dulu tak boleh ke? Nak cakap dengan dorang tapi sebab dah dua tiga perkara aku tegur. Jadi segan nak tegur lagi. Karang dikatakan aku bitter, which I really am. Entahlah ya.

Entahlah.

07 April 2018

Mersing ↔ Bangi with Love


Itu hari aku ada cakap blog ni tentang aku dengan dia. Tapi jarang juga rasanya nak tulis hal kami berdua. Malu rasanya. Tapi aku rasa tak ada orang baca blog ni, so aku nak cerita.

Kami ni kiranya LDR couple. Dia di Mersing, aku dekat Bangi. Tahun 2016 ada laa dalam 5 kali jumpa. Itu pun sebab aku ada kerja di Mersing, dan dia konvo di MAEPS. Tahun 2017, tiga kali jumpa. Sedih noks. Tapi nak buat macam mana. Tengah mengumpul duit, terpaksa mengumpul rindu sekali.

So tahun 2018 ni, kami dah dating dua kali. Sekali masa CNY itu hari. Best dan unexpectedly dia nak follow aku balik kampung bertemu family. Long story short, family aku okay dengan dia. Alhamdulillah.

Kali kedua dating, weekend ni la. Tak plan banyak, tetiba dia kata nak mai Bangi. Aku haruslah suka. Gila tak suka. Kikiki. Plan asal kami, nak cari cincin dan kain pasang untuk baju nikah. Tapi ada hal lain so kena cari tarikh lain untuk fokus beli barang saja.

Actually 26th April ni birthday dia. Aku dah niat nak belikan hadiah tapi dia pilih sendiri. Tapi cerewetnya boleh tahan uols. Tak jadi beli. Aku nak bagi duit, katanya takpe, nanti saja. Yeay more money for me. Eh. 

Banyak laa nak cerita tapi nanti la aku sambung. 



30 March 2018

Sup Ayam, Sambal Kicap & Jengka.

Sudah petang Jumaat. Tak sabar betul sebab esok pagi ai nak balik kampung. Dapat cuti sampai hari Selasa sebab prof akan berangkat ke Mekah selama dua minggu (YEAY!)

Sebenarnya kan, plan hari ni nak makan burger McD yang baru tu sebab malas ya ampun nak masak. Tapi kawan yang kerja McD cuti pula hari ni. Tak dapat merasa burger free. Jadi ai pun berkeputusan untuk terpaksa masak jelah balik nanti. Kebetulan dekat rumah ada ayam, lobak, tomato, halia, rempah empat beradik. So boleh teka kan ai nak masak apa?

Ya. Sup ayam.

Mudah dan sedap. Kahkah biasalah ai sentiasa larat masuk bakul angkat sendiri. Jangan risau ya ai tak suruh uolss angkatkan. Anyway sup ayam ai seriously mudah sangat.Kalau nak resepi, nanti ai buat entry lain, khas untuk resepi-resepi orang pemalas macam ai. Cuma semalam sambal kicap dah habis. So hari ni kena buat baru. Aduh terus rasa lemah-lemah badan nak buat sambal kicap, padahal guna blender. Luls. Tapi tak apalah. Sambal kicap kan boleh simpan lama. Boleh cicah dengan tempe bersalut tepung.

Tak sabar nok. Tak sabar nak makan sup ayam, dan tak sabar nak balik kampung jumpa mak abah dan shopping raya!

YEAYY!

29 March 2018

Housemates & Labu Sira

Sejak habis belajar, ini sudah rumah sewa yang kelima aku menyewa. Empat daripadanya bersama kawan dan yang kelima ini dengan strangers.

Kenangan paling tak best masa rumah sewa keempat. Itu rumah kenalan pada kawan. Tapi banyak juga perkara yang aku tak diberitahu sebelum masuk. Katanya ada mesin basuh, tapi sebenarnya rosak (grrr). Yang paling geram adalah bilik aku sebenarnya bekas stor. Tak pernah ada orang duduk bilik tu since dorang menyewa, dan aku orang pertama. Nak pindah, dah dekat setengah tahun duduk situ. Dan tindakan untuk stay adalah silap. Akhirnya aku pindah juga.

Dan rumah baru. Mula-mula, biasalah awkward dan tak mesra. Tapi lama-lama, macam dah kenal dari zaman sekolah rendah weh. Ada yang kerja, ada yang masih belajar. Masing-masing ada hal tapi bila petang, atau hampir maghrib, semua balik, masak-masak (walaupun masak asing) tapi tetap makan sama. Meriah. Rasa macam adik beradik.

Jadi pagi tadi, aku bersahur dengan salah seorang housemate. Sambil makan, sambil borak. Macam bersahur dengan keluarga. Lain macam punya bahagia. Tapi lagi sedap, malam tadi housemate lagi seorang dah siapkan labu sira untuk kami yang nak berpuasa ni rasa, supaya tak teringat sebelum berbuka. First time makan labu sira, sedaknyoo. Pandai betul housemate buat, tak manis sangat, tak tawar sangat. Sede molek. Tapiiii housemate pandai masak ni akan keluar sebab dia dah kahwin itu hari. Sedih. Tinggallah kami kami yang tak pandai masak. Sobs.

16 March 2018

Karipap, Mini Burger dan Honda CR-V Hitam

Jumaat yang penuh berkat,

Jadi hari ini, seperti biasalah masih malas nak masak untuk breakfast dan bekal makan tengahari waktu kerja. Sedap lagi tidur ish ish. Maka aku pun membuat keputusan untuk beli saja nasi lemak dan karipap di satu gerai area Seksyen 3 Bangi. Entahlah, sedap betul karipap yang brader ni jual. Karipap ketiga tersedap yang aku pernah makan. Karipap paling sedap? Kakak aku buat. Mak jatuh nombor dua sebab mak punya kurang pedas (Hihihi sorry mak).

Sampai dekat gerai, aku tak nampak kelibat karipap. Alamak sudahlah lama betul aku teringin, bila nak beli, rupanya dah habis. Dapat beli nasi lemak dan mini burger saja. Tapi okay jugalah daripada tak ada langsung. Kan.

Jadi apa kaitan karipap dan Honda CR-V? Adakah pembuat karipap kini memiliki Honda CR-V Hitam?

Tidak.

Selepas beli makanan, aku pun teruskan perjalanan ke tempat kerja. Sampai di roundabout, nampak saja lampu merah untuk mereka yang nak exit roundabout, aku pun terus pulas throttle. Sumpah. Kalau kereta belakang aku tak hon hampir 15 saat, aku tak akan perasan sebuah Honda CR-V yang laju gila tak berhenti pun walaupun lampu laluan dia sudah merah. Dan kalau aku tak berpaling sebab terfikir apa salah aku kerana bunyi hon tu, padahal kereta belakang hon si Honda CR-V ni, mungkin, mungkin, nasi lemak dan mini burger aku ni akan bersepah ke jalan.

Syukur. Aku masih boleh menyanyikan lagu Perfect - Ed Sheeran di atas motor dengan hati sedikit berdebar selepas kejadian. Ya Tuhan maafkan hamba-Mu yang lupa berzikir, sibuk duk menyanyi :(

Terima kasih, Allah.

09 March 2018

Jojie, I Love You

She probably won't read this, or maybe she will.

First time berjumpa masa kami para student disuruh berkumpul ikut course masing-masing, Julai 2007 kalau tak salah. Course geologi masa tu dalam empat orang. Aku, dia, dia dan dia, J. Kenal-kenal, bila dah mula belajar, salah seorang tukar course, ambil biologi. Tinggallah bertiga. Dan teruslah aku dan J rapat serapat rapatnya. Makan sama, pergi kelas berjalan sama, tidur dekat surau sama, termissed kelas sama, banyak betul samanya. Kebetulan geologi banyak kena pergi fieldwork, sama group pula. Jadi hotel sama, kerja semua sama.

Tiba-tiba hujung tahun dua, J diam. Pergi mana-mana sendiri, atau apabila aku ajak, katanya ada hal. Aku pun buat hal aku. Lama, sampai sem satu tahun tiga. Aku betul-betul tak tahu apa marahnya J pada aku. Sampai satu hari, J ym. Yang tak tahu, ym tu Yahoo Messenger.

"Jom makan," katanya.

Aku pun setuju. Kami makan dekat kedai makan favorite. Dah siap makan, J pandang aku dan kata "Aku ada benda nak cakap ni."

Aku terdiam. Mula rasa resah.

"Kau ada blog kan?" Soalnya lagi.

Dada aku berdegup kuat masa mengangguk.

"Aku baca blog kau. Dan aku baca apa kau tulis pasal R, dan pasal aku."

Aku telan liur. Ya, dulu ada isu antara aku, J dan kawan-kawan lain. Dan aku tuliskan di blog. Tapi pembaca banyak beri respon negatif dan menyalahkan J sedangkan cerita itu bukan keseluruhan.

"Seriously aku marah gila. Sebab tu aku avoid jumpa kau, lepak dengan kau. Sebab kalau aku berdepan dengan kau, teruk kau kena dengan aku."

Aku tunduk, genggam tangan kuat-kuat, mula sedar salahnya daripada aku sendiri.

"Tapi sekarang aku dah tak marah dah. Aku pun faham dan malas nak fikir dah. Sebab tu aku ajak kau keluar makan. Nak berbaik macam dulu."

Sumpah, aku nak menangis masa tu. Punya rasa bersalah, punya rasa teruk sangat. Puas minta maaf berkali-kali walaupun J kata dia dah maafkan, tapi masih aku rasa bersalah. Dan alhamdulillah, kami masih baik hingga ke hari ini walaupun jarang contact.

Kenapa aku tulis pasal J? Sebab hari ni birthday dia. Dia antara kawan yang aku paling sayang sebab tiga tahun kitorg sentiasa berdua. Banyak kenangan dan aku harap, J akan terus sihat dan sentiasa happy dengan apa yang dia buat.

xoxo

06 March 2018

Loan ASB oh Loan ASB II

Fuh, punya lama laa nak tunggu aku update pasal loan ASB ni.

Begini ceritanya. Itu hari lepas tak boleh buat dekat RHB Bangi, hari Jumaat (26 Jan 2018) aku pun pergilah ke RHB Putrajaya. Pergi pagi, orang tak ramai kan. Jumpa pegawai bank dekat situ, bagitahu nak terminate loan, dan dia pun beri satu borang untuk diisi, juga mahukan photostat IC.

Borangnya mudah saja. Isi nama, no account (aku lupa nombor dan pegawai bank boleh tolong cekkan, no worries) dan tick dekat tiga options kenapa nak terminate. Lepas siap sign, pergi semula pada pegawai tu. Dia cuma tanya kenapa nak terminate, aku cakap nak kurangkan komitmen, dan dia diam je. Tak sampai 10 minit dia click entah apa dekat PC dia, then "Ok dah terminate." Aku pun terkejut, cepat betul. Aku tanya, ada outstanding tak? Dia check dan bagitahu tak ada. Alhamdulillah. Katanya, "Lepas sebulan, kita akan refund certain amount dalam account ASB cik. Nanti cik boleh check ASB."

Dan siap.

Dan selepas sebulan dan beberapa hari, alhamdulillah dapat refund yang unexpected jugalah. Mungkin rezeki kahwin kot. HIHIHIHIHI

24 January 2018

Loan ASB oh Loan ASB

Susah juga yang nak istiqamah dalam menulis blog. Menulis novel pun tak siap-siap. Aduh.

Tadi pagi aku ke RHB Islamic Bangi. Plan nak terminate loan ASB yang aku buat since 2012. Kenapa nak terminate? Sebab aku mula rasa rugi. First two years tu rasa sedap juga sebab dividen agak banyak. Tapi lately sikit la. Lagi banyak bayar daripada dapat hasil. Moleklah simpan sendiri saja. Maka kerana itulah aku putuskan untuk surrender.  Lagi satu, aku baca few articles, ada yang kata kalau ada loan ASB ni, susah nak buat loan lain. Tapi tak tahulah kan. Dan aku harap, tak adalah shortfall atau hal-hal yang memerlukan aku untuk bayar lagi. Nangis hakak

So, aku sampai awal juga tadi. RHB pun belum buka lagi. Tulis dekat website, jam 09:15am baru start operasi. Tapi pintu buka jam 09:20am. Biasa la tu. Jejak masuk, jumpa seorang akak ni, aku pun tanya, macam mana nak terminate. Dia kata, tak boleh buat dekat RHB Islamic. Kena pergi dekat RHB conventional. Aduhai. Penat tunggu dekat setengah jam.

Makanya, tak selesai lagilah urusan aku untuk terminate loan ASB ini. Jumaat lah aku nak pergi Putrajaya. Kebetulan cuti. Mungkin aku boleh tengok wayang sekali. Eh.

02 January 2018

30's are the new 20's

Terlalu teruja dengan tahun baru dan azam untuk sentiasa menulis, aku terlupa, aku dah menganjak ke usia baru. Bukan lagi angka 2 di awalan. Sudah bermula dengan tiga. Dan bila tersedar hal seperti ini, aku pun mula untuk berfikir dan mungkin stress. Sebab melihatkan apa yang aku ada, dan apa yang kawan sebaya atau yang lebih muda ada, aku rasa sedih. Banyak sangat kurang. Banyak sangat ketinggalan.

Maka, tahun ini aku cuba untuk tidak membandingkan apa yang aku ada dengan apa yang orang yang lebih dari aku ada. Lebih elok jika aku lihat mereka yang kurang dari aku supaya aku lebih faham, dan lebih bersyukur.

Kan, Tuhan?

01 January 2018

Assalamualaikum, 2018

Hello.

Sementara aku masih berjaga ni, rasa nak menulis hal-hal kejadian sepanjang 2017. Banyak, sangat banyak aku belajar sepanjang tahun ini. Daripada kawan baik kepada tak bertegur langsung, daripada pergaduhan kemudian menjadi persahabatan (sampai syurga hopefully), dan banyak lagilah sebenarnya.

Tak pernah tersangka isu wang boleh jadi sengketa. Ya kita selalu tengok di TV dan di mana-mana, tapi sumpah aku tak sangka aku yang akan rasa. Betul, kadang-kadang kita tak boleh nak jangka dalam mana kita terjunam bila wang jadi taruhan. Sayang. Sayang bila semua erti teman langsung tidak dipedulikan.

Tapi, ada banyak hal lain yang buat aku lebih bersyukur. Walaupun payah, tapi sedikit demi sedikit aku cuba pastikan apa yang aku impikan akan tertunai. Dan mungkin, aku mula nampak arah tuju walaupun kabur.

Bak kata si dia, semoga 2018 lebih baik untuk kita berdua. Semoga diberi kekuatan dan dipermudah segala urusan. Semoga hubungan kita semakin baik.

Hihihihi.

Semoga aku rajin menulis tahun ini 😉