Blog ini adalah blog ke lima, mungkin, yang aku ada. Tapi ini blog ke tiga yang bertahan lama selepas blog bodoh yang sudah dikebumikan dan blog lagi satu, blog untuk mengkhayalkan segala realiti. Blog ini mula-mula dulu cerita macam-macam. Macam-macam. Sampailah aku rasa "Eh bodohnya author blog ni."
Aku ingat, kalau satu hari nanti ada sang arjuna hati ah kepala hotak lah sang arjuna. Err kalau ada makhluk se-homosapiens dengan aku yang seksi dari segi mata dan cara, nak datang, aku nak jadikan blog ni berlatarbelakangkan warna lidah. Lidah buaya.
31 March 2011
Kotak apa yang tak berdosa?
Seorang pun tak pernah cuba nak masuk dalam badan aku dan jadi kosong supaya boleh rasa apa yang aku rasa. Seorang pun tak pernah nak masuk dalam otak aku dan menjadi salah satu cabang akal aku untuk tahu apa yang aku fikir. Seorang pun tak pernah nak cuba selam dalam-dalam dalam kepala otak perut hati dada aku. Semua hanya tahu tuding maki marah cakap jerit dan kurung aku dalam kotak dosa.
27 March 2011
Aku rasa aku perlu menjadi lebih normala sekarang. Maksud aku, normal. Aku dah terlalu dalam berbasikal seorang diri. Jadi aku rasa sudah sampai masa untuk aku tumpangkan seseorang di belakang. Tapi lihat, aku kembali mengayuh. Oh bodohnya. Aku kan, cuba untuk menulis seperti dulu, supaya orang paham apa yang aku nak sampaikan. Tapi kenapa perlu aku kisah orang paham atau tidak? Sungguh aku tak peduli.
Tapi kalau aku sendiri tak paham lancau apa yang aku tulis, ah sudah. Aku mula risau. Jiwa aku dah makin terpadam. Realiti mula difiksikan sesuka hati. Dan aku jadi bodoh kembali.
24 March 2011
22 March 2011
18 March 2011
Mulut aku cukup lancang terbuka kalau aku memang sudah kumpulkan bergelen-gelen kahak bawah lidah, tinggal diludah. Tapi aku akan terus tahan dibelakang gigi bila melihat wajah-wajah perhubungan antara aku dengan dia, dia, dan dia. Jika dengan dia, tak perlu tunggu bendalir hijau likat itu memenuh, terus saja dikeluarkan. Tapi untuk orang seperti dia, aku perlu tunggu lama sedikit, kumpulkan kahak-kahak itu sampai kembung pipi, dan bila tiba anginnya, aku terus tembak tepat masuk mata hidung dan mulut yang berlubang ass.
Sedap kan, sayang?
Kau mahu jadi kekasih aku yang ke seratus yang sanggup memindahkan semua harta kau atas nama aku? Kereta, rumah, KWSP, insurans, dan segala bentuk tanah yang kau ada. Jangan salah faham, sayang. Aku bukan perempuan materialistik. Sungguh aku tak mahu apa-apa, tapi kalau boleh biarlah kau berfikir sikit kalau petang nanti atau malam nanti kau mati masa tidur. Sekurang-kurangnya kau sudah wariskan harta-harta kau pada aku. Jangan risau, aku tak beli jantan lain. Aku cuma mahu hidup dengan makan sepuas hati. Nanti aku belikan kau ayam golek ada black pepper sauce dan aku akan letak atas kubur kau.
Kau makanlah puas-puas.
Sudah beberapa hari kau mati sejuk di situ. Aku nak bangunkan, tapi aku sendiri tak boleh bangun. Jadi aku biarkan kau membusuk dekat penjuru jamban berlumut itu. Sekurang-kurangnya aku tau kau masih ada walaupun kau dah tak ada. Dan aku masih boleh senyum melihat kau baring memandang aku dengan mata merah kau. Angin kipas ni kuat betul sampai aku rasa nak bergomol dengan kau. Boleh kau dan aku berkongsi haba.
Kau sejuk lagi, sayang?
Perut memberat menampung nasi-nasi berlemak sampai berbungkus-bungkus. Bila pagi tadi aku ternampak satu benda kuning bulat besar yang aku tidak pasti matahari atau bulan. Tapi sungguh mengasyikseramkan aku yang kesejukan bawa motor pagi-pagi semata-mata untuk memberi sehelai kertas kepada lelaki berbaju hitam berbelang kuning yang comel-comel sikit tapi dia langsung tak pandang aku. Ah sikit pun aku tak peduli sebab aku lebih menumpukan akan satu hal yang perlu ditumpu.
Apa kau lihat benda kuning bulat besar itu sama aku pagi tadi?
Telapak tangan aku terus menekan-nekan pelupuk kening dan keindahan dahi yang mula dicemari bendasing bodoh. Mengantuk dengan kehidupan yang masih seperti orang tidak berhidup. Tapi sekurang-kurangnya aku sudah boleh toreh satu garisan menyerong ke atas; kiri kanan mulut aku.
Terima kasih, jiwa yang lagi satu. Kau itu sudah mula mengerti apa aku rasa, dan sudah mula menjauh pergi.
Ketikan aku pada papan kekunci hitam ini makin lama makin perlahan bila penghasilan ayat-ayat imbasail makin kurang. Sudah berapa kali aku taip dan aku padam. Tiada yang berubah. Bentuk jadinya tetap macam buah mangga yang ada kumbang didalamnya. Dah tak boleh nak cicah dengan kicap dan lada.
Semakin membusuk.
Dia, dia, dia, dan dia kecuali kau; sebenarnya langsung tak pernah terlihat tujuh huruf F O R L O R N yang tertatu kekal dekat dahi aku. Dan meninggalkan penat lelah aku yang langsung tidak seimbang dengan apa yang terhasil dihujungnya. Sama dengan jari-jari yang tak tetap arah perginya sekejap kedepan sekejap kebelakang lepas tu ke tepi kiri kanan. Menaip dan memadam.
Sampai mati.
17 March 2011
Dengan seguni syiling-syiling yang aku kumpul sepanjang hayat, aku bawa ke kedai menjual rokok untuk kanak-kanak tadika. Di situ aku penuhkan plastik merah bertangkai dengan gula-gula perongak gigi. Sampai di taman permainan, aku hujankan kanak-kanak, ibu-ibu, remaja-remaja dengan pemanis-pemanis kekuatan.
Dan aku disimbah dengan pembalut gula-gula yang melekit.
08 March 2011
04 March 2011
Aku janji aku akan sentiasa ada di sebelah kau. Malah aku berjanji akan sentiasa berada di kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah kau. Tapi aku akan tertak sengaja terlupakan janji aku ketika kau itu menangis kesusah-sedih-kecewa-peritan dilanggar takdir. Cuba kau fikir, untuk apa aku mengadap kau 24 jam semata-mata untuk mendengar kisah sedih kau yang bodoh itu, yang langsung tak pernah berubah sejak dari kau berubah dari fetus ke embrio, sampai lah kau menjadi gadis/jejaka yang mula ditumbuhi bulu. Aku bosanlah dengar cerita yang sama. Baik aku pergi keluar dengan boyfriend/bestfriend forever aku yang lagi best.
Kadang-kadang gembira juga apabila berada dalam kasut kau yang sentiasa menjadi 'aku'.
Kalau aku nak cakap aku kecil hati boleh? Mungkin lebih kepada terkecil hati kerana aku masih kanak-kanak yang terperangkap dalam tubuh badan seorang gadis gemuk berusia 23 tahun yang belum cukup 23 tahun yang gemuknya pasti. Sungguh aku kecil hati dengan beberapa orang yang semakin semakin semakin semakin apa entah. Aku mungkin cuma sebiji batu kerikil yang tertinggal ketika lori batu kerikil itu terlanggar bonggol jalan secara laju kuat dan akhirnya aku tercicir keseorangan.
Kasihannya batu kerikil yang keseorangan itu.
Akan ada satu masa tu bila kau rasa kau seorang diri duduk makan berdiri berjalan kencing mandi berak tengok tivi dan pergi kedai isi minyak motor. Sebab sememangnya kau memang seorang diri. Seorang diri yang ditemani ramai orang-orang persendirian yang semakin membuatkan kau merasa kau keseorangan.
Kau, kau, kau, kau dan kau.
Telapak tangan aku terus menekan-nekan pelupuk kening dan keindahan dahi yang mula dicemari bendasing bodoh. Mengantuk dengan kehidupan yang masih seperti orang tidak berhidup. Tapi sekurang-kurangnya aku sudah boleh toreh satu garisan menyerong ke atas; kiri kanan mulut aku.
Terima kasih, jiwa yang lagi satu. Kau itu sudah mula mengerti apa aku rasa, dan sudah mula menjauh pergi.
01 March 2011
Penat nak rasa macam-macam macam nak kena telan ubat warna oren besar ibu jari kaki lepas tu telan-telan tak nak masuk pula tersangkut dekat kerongkong sampai tak boleh nak bernafas. Eh boleh tak kalau aku rasa macam nak ikat tangan aku dekat tangan kau, tangan kita, supaya jari kau dan jari aku, jari kita akan terus tersimen satu sama lain. Lepas tu aku rasa macam kena lempang dengan mana-mana tangan berbulu lebat sebab terlampau sangap memanjat langit. Terlalu ghairah mendaki awan. Nanti jatuh macam mana? Jadi aku cuba genggam kuat-kuat mana-mana pagar ketakutan yang berlapikkan cat konon-konon-yakin yang konon-konon tak lut cahaya benci.
Tapi mana tangan kau sebenarnya?
Dengan kegilaan itu dan ini, dan ini dan itu, aku tembak tepat hati aku dekat muka kau yang sudah lama aku siat cabut lukisan wajah itu dan lekat kuat di dada aku. Tapi kau sapu perlahan cairan darah-darah pekat hanyir mewangi dekat muka kau itu. Dah tak memasal hilang kesan minyak pengasih dari dagu dan tumit orang mati tercucuk lidi satay kajang Haji Samuri.
Hey, jangan toleh sana-sini. Gamkan biji mata kau, dekat biji mata aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)