Jam 2135. 22 feb 2012.
Aku ceria kemaskemas kedai. Siap melalak Life in a Glasshouse lagi. Sampailah dapat call dari mak. Hah mak ni nak suruh beli bungkus bawa baliklah ni.
Aku : Ya mak. Kenapa?
Mak : Mena, kau balik sekarang. Abah tak sedar ni. Mak panggil banyakbanyak kali abah tak respon.
*suasana senyap sunyi*
Aku tak tunggu lama. Kelamkabut call bos minta tutup kedai awal. Barangbarang luar kedai aku bantai campak ke dalam. Kunci pintu, masuk kereta, terus pecut macam orang gila.
Sampai dekat rumah, jiran dah ada, siap nak tolong hantar pi hospital sebab kereta dorang lagi besar. Aku berlari tengok abah dalam bilik. Di situ, aku tengok abah baring, macam tidur, tapi mata terbuka sikit. Sesekali menguap.
"Abah...."
Diam, tak ada respon. Cuma menguap.
"Abah, dengar tak ni?"
Abah masih diam tak ada respon. Aku gigit bibir, hampir menangis. Jiran tolong angkat abah dudukkan atas wheelchair. Masa tolak nak keluar dari rumah, ada tangga sikit. Thank God masa tu aku pegang badan abah. Kalau tak, abah terus terdorong jatuh ke depan. Abah memang tak sedar langsung.
Sampai dekat emergency, doc ambil alih. Dekat dua jam dalam tu, entah berapa pek air glukos masuk dalam badan abah. Jumpa doc, rupanya tak ada gula langsung dalam badan abah. Sebab tu tak sedar. Dan bila dah masuk wad biasa, abang yang jaga abah malam tadi.
Sekarang ni, pagi ni, aku yang jaga. Ada sorg doc pmpn datang cek jantung apa semua. Banyak ujian mudah doc buat ke abah.
"Abah awak mungkin kena stroke. Tapi bukan yang lumpuh badan tu. Tapi more on balancing. Abah awak tak boleh fokus sangat dan agak slow. Dan jantung abah awak mungkin problem. Walaupun dia cakap dia tak ada sakit dada, tapi tak confirm yang dia tak ada sakit jantung. Sebab orang kencing manis ni, dia tak rasa sakit dada. Sekarang ni, kita tunggu result.darah dia. Ok?" -doc.
Macam mana aku tahan hati punya takut tengok abah tak sedar malam tadi. Macam mana aku tunjuk kuat depan mak. Macam mana aku cuba tak menangis padahal dengan tudung semua habis basah lencun.
Ya Allah. Beri aku masa lagi Ya Allah..
23 February 2012
22 February 2012
Tolong boleh?
Assalamualaikum.
Abah. Barubaru ni abah tak sihat lagi. Ya, kencing manis, darah tinggi sangat suka mengganggu abah. Mungkin sebab abah makan tak pantang. Dan sekaligus, itu salah aku. Aku langsung tak pantangkan abah. Apa abah mahu, aku bagi. Aku bukan gila, tapi kalau kau sendiri tengok abah kau tengah sedap makan, kau sampai hati ke nak halang?
Lepas jumpa doc, abah demam. Dua tiga hari tak larat bangun. Nasi sebutir pun tak lalu nak dijamah. Aku ke klinik lagi, mintakan ubat demam. Syukur, demam abah sudah kebah.
Cumanya, dua tiga hari ini.
Abah pilih untuk diam langsung tak berkata. Apa yang ditegur, abah senyap saja. Nak kata marah, aku tahu abah bukan tengah marah. Tapi abah begitu terlayang jauh dalam dunianya sendiri.
Jujur, aku tak suka abah macam ini. Aku tak mahu abah terusan begini.
Jadi boleh kau kau dan kau tolong doakan supaya abah baik-baik saja macam dulu. Boleh tolong aku kan?
Terima kasih. :-)
Abah. Barubaru ni abah tak sihat lagi. Ya, kencing manis, darah tinggi sangat suka mengganggu abah. Mungkin sebab abah makan tak pantang. Dan sekaligus, itu salah aku. Aku langsung tak pantangkan abah. Apa abah mahu, aku bagi. Aku bukan gila, tapi kalau kau sendiri tengok abah kau tengah sedap makan, kau sampai hati ke nak halang?
Lepas jumpa doc, abah demam. Dua tiga hari tak larat bangun. Nasi sebutir pun tak lalu nak dijamah. Aku ke klinik lagi, mintakan ubat demam. Syukur, demam abah sudah kebah.
Cumanya, dua tiga hari ini.
Abah pilih untuk diam langsung tak berkata. Apa yang ditegur, abah senyap saja. Nak kata marah, aku tahu abah bukan tengah marah. Tapi abah begitu terlayang jauh dalam dunianya sendiri.
Jujur, aku tak suka abah macam ini. Aku tak mahu abah terusan begini.
Jadi boleh kau kau dan kau tolong doakan supaya abah baik-baik saja macam dulu. Boleh tolong aku kan?
Terima kasih. :-)
12 February 2012
Dia seorang salesgirl (pasca dua)
Seorang salesgirl sedang sedap-sedap duduk bermain game Plants vs Zombies di meja cashier ketika sepasang burung (sebut : kekasih yang baru nak up) datang memilih anak patung kecil yang tergantung di luar kedai. Sebagai pekerja yang berdedikasi, komited terhadap kerja, sukakan sosej berperisa lada hitam, perasan menghidap insomnia padahal boleh saja tidur lena waktu malam, dan juga comel, si salesgirl itu menghentikan seketika permainan game pokok dan zombinya itu.
Salesgirl : Cari apa, dik?
Makwe : Nak tengok teddy bear ni. Berapa harga dia, kak?
Salesgirl : Harga dia beza-beza, dik. Tengok size. Ada RM12.90, RM14.90, RM15.90. (Sambil senyum dan maintain comel).
Makwe : Nak tengok yang monyet pink tu kak. Saya suka monyet. (Sambil menunjukkan satu patung monyet merah jambu yang tergantung.)
(Tanpa was-was dan lapar, si salesgirl menurunkan patung monyet itu dan menghulurkan pada si makwe. Si makwe itu, terkinja-kinja keriangan seperti patung itu.)
Makwe : Comelnya, awak! (Awak ialah pakwe si gadis. Bukan salesgirl, walaupun salesgirl memang comel.)
Makwe : Erm tapi boleh tak saya nak tengok patung yang itu?
Si salesgirl hanya tersenyum palsu sambil mengambil satu patung beruang kecil berwarna coklat dan menghulurkan pada si makwe itu. Seperti tadi, si makwe itu juga terkinja-kinja keriangan. Ya, macam monyet kesukaannya.
Makwe : Comelnya! Yang mana satu eh, kak? (Si makwe meminta pendapat salesgirl).
Salesgirl : Err dua-dua comel. Tapi tadi adik cakap, adik suka monyet. Beli yang monyet tu lah. (Sambil terus senyum).
Makwe : Hmm. Tapi teddy bear ni pun comel. Yang mana eh? Akak rasa yang mana satu?
Salesgirl garu kepala. Hairan juga dia. Apa makwe berskirt labuh, bertali pinggang besar dan bertumit tinggi ini tak dengar ke apa dia bagitau tadi?
Makwe : Tak tahu nak pilih yang manalah. Akak rasa yang mana paling comel? (Bermuka muncung dan cuba buat-buat comel).
Salesgirl : Nak belikan untuk akak ke?
(Krikik krikik krikik)
Subscribe to:
Posts (Atom)