26 December 2010




Hai, coozer!

Ok ok. Tak baik lah greet gitu rasanya. Hai, sayang. Rindu saya tak? Dah lama saya tak menulis dekat belog ni. Tapi kan. . . Ada ke yang tunggu penulisan saya dekat sini? Eh eh. Macam saya kisah pula ada yang tunggu atau pun tidak. Yang tunggu, terima kasih. Sila tunggu lain kali.

Hmmph situasi saya sekarang, sama macam ketika saya baru habis belajar beberapa bulan dulu. Heh hampir setengah tahun rupanya saya berusaha gigih menanam anggur. Buat masa sekarang, anggur tak banyak buah. Kalau ada pun, saya pergi jemur buat kismis. Lepas tu makan sendiri. Tak nak otak bengap sangat.

Awak tau tak, bila saya duduk sorang-sorang dalam bilik yang itu hari ada banyak gilaaa semut tak tau datang dari mana, saya mula lah fikir macam-macam. Contohnya mengenai perjalanan hidup yang bukan samar-samar dah ni, tapi gelap. Black out agaknya. Entah bila TNB nak datang baiki. Eh termengarut pula.

Okay. Maksud saya disini ialah, saya tidak bekerja. Duduk rumah macam jadi guard pun ada. Siang tidur, malam berjaga. Itik bertelur, ayam menetas. Eh apa pula kaitannya ye dak? Tapi itu saja lah yang saya tau buat. Pagi-pagi breakfast bersama mak dan abah, kemudian basuh pakaian yang ada. Dah siap sidai, terus berlari ke bilik, cucuk telinga dengan MP3, tidur. Bangunnya ketika azan zuhur, Alhamdulillah. Langkah kanan selalunya. Ye lah. Bangun-bangun makanan dah siap. Haihh tak boleh kawin lagi lah dengan perangai macam ni. Ok kemudian, saya sambung tidur semula sampai lah mak mula berubah watak seperti mula ber-rap contohnya. Kadang-kadang ada sesekali mak akan bersyafel untuk mengejutkan saya bangun. Dan kemudian, lepas maghrib sampai lah ke subuh, mata saya akan terus segar bugar. Agaknya mata saya minum Kopi Janda. Kopi Janda,bang?

Saya cuba ubah, tidur malam, bangun pagi, makan pagi, masak tengahari. Tapi mungkin saya dilahirkan untuk jadi nocturnal agaknya.

Eh sebenarnya saya nak cakap pasal saya yang masih tidak bekerja dan terlalu banyak masa untuk duduk lepak goyang kaki sehingga mula terfikir bukan bukan, bukan? Ok mari sambung.

Tapi macam dah panjang sangat pula. Kita sambung nanti lah. Babai.

20 December 2010

Sepatutnya publish pukul 12 malam karang. Tapi...

Babi. Asal entah gua dah tak reti nak buat schedule post. Ah kau baca je lah!




Tepat jam duabelas. *Background Nightline*

Lebih kurang setahun dua hari yang lalu, ia merupakan detik pertemuan antara aku dengan dia. Tempat jumpa nak urban, Genting. Heh. Masa tu, aku aktif berpersatuan. Biasalah, bekas Ahli Jawatankuasa Puteri Islam sekolah kan. Jadi pada masa tu, aku mengikut satu aktiviti tak berapa nak normal sangat dan langsung tak menyumbang kepada kebaikan alam sekitar. Dan tak sangka, dia pun turut serta dalam kegiatan tidak bermoral tu.

Mula-mula nampak dia, eh sebenarnya aku tak perasan dia pun. Sebab dia bersama tiga lagi geng dia tu kerek semacam. Masa tu pun dia pakai shawl. Aku fikir, Tak rugi aih kalau tak tegur. Balik dari Genting, memang tak adalah aku nak mesej-mesej ke, call ke. Gila apa. Nombor dia pun tak ada. Tapi aku tak ingat macam mana dia boleh ada dalam fren list aku dekat Facebook. Mungkin sebab tengok 28 orang yang dekat genting main add add, aku pun add. Eh ke kau yang add weh? Kahkah

Sungguh aku tak ingat macam mana aku dengan dia boleh rapat. Dari twitter atau tumblr. Tapi naluri keibuan aku kuat mengatakan, kimia antara kami semakin kuat ikatannya bermula dari tumblr. Dia ni pesen post apa-apa dekat tumblr, tak reti nak set supaya jangan share dekat twitter. Dah tak memasal aku dapat link tumblr dia. Terus lah aku tau semuaaa pasal dia. Ok tak semua. Tapi tau lah sikit. Dari korang, korang tau ke? Haa? Tau?

Lepas tu, makin rapat. Aku tak ingat sebab apa entah lagi, kitorang ada mesej-mesej, dia cakap dia sayang aku. Mula-mula tu aku takut juga. Ye lah. Aku ni masih mengharapkan seorang lelaki menjadi suami aku. Bukan aku yang menjadi suami orang. Kah kah.

Lepas tu lagi, aku keluar dengan dia buat pertama kali. Oh shit! Aku baru teringat, aku ada pergi Kuantan dengan dia. Hahaha. Terlupa pula. Dari situ, aku dah start rapat dengan dia. Paling tepat, masa dalam surau, masa nak solat Zohor. Eheh. Haa sambung balik. Lepas tu, masa aku keluar dengan dia buat pertama kali, dia ada ajak kawan lagi sorang. *abaikan lagi sorang tu*.

Kami bertiga pergi tangkap angin. Tak tau tangkap angin tu apa? Loser! Tu perkara paling best kau tau. Ah pergi lah gugel ke, tengok kat wikileaks ke.

Lepas tu, aku dengan dia terus rapat dekat twitter. Aku suka stalk dia bersembang dengan nyenyenye dia sekarang. Masa tu belum ber-nyenyenye lagi. Bila dah kantoi, dorang dah jarang nak ber-nyenyenye dah. Aku pun dah bosan tak tau nak stalk siapa.

Dah, aku dah malas nak cerita.

Jadi, sempena hari baik bulan baik ni, 21st of December 2010, aku nak ucapkan Selamat Ulangtahun perkahwinan pada Kin dan Apit Kelahiran yang ke ___________ *isi sendiri* kepada Laila Asyikin Balqis Tiara Jakelina binti Saduri. Ok bai.

Kah kah.

15 December 2010

Nama abah, Hamsan bin Arbi. Masa dekat sekolah dulu, aku selalu tipu kawan-kawan, aku cakap Hariyanto Arbi tu adik beradik abah aku. Hahaha. Abah dilahirkan pada 15 Disember 1947 di Tali Air Tujuh, Sungai Leman, Sekinchan, Selangor. Abah anak sulung dari empat orang adik beradik. Tapi itu hari nenek cakap abah ada enam orang kakak sebenarnya, tapi semua meninggal masa kecik.

Abah bersekolah di sekolah kat kampung abah. Aku tak ingat sangat level abah belajar sampai mana. Tapi masa aku ambik subjek Bahasa Arab Komunikasi untuk PMR, abah yang tolong ajar. Ajar aku sorang je lah. Eheh. Tulisan jawi abah saaaaaangat cantik. Agaknya orang dulu-dulu memang dapat anugerah tangan berseni agaknya. Ye dak?

Ketika berusia 24 tahun, abah mengahwini mak, Saerah binti Amir yang rumahnya tak ada lah jauh mana pun. Perkahwinan mak dan abah diaturkan famili. Nenek sebelah abah suka kan mak ketika mak belajar mengaji dekat rumah abah. Kemudian, di usia abah 25 tahun, abah menjadi bapa bila lahirnya abang aku.

Abah dan mak berpindah ke Segitiga Jengka sebelum kakak nombor dua aku ada lagi. Abah jadi peneroka bersama peneroka-peneroka lain. *Kenapa pelik sangat ayat aku ni?* Bila aku berusia 11 tahun yakni darjah lima, pokok kelapa sawit mengalami proses tanam semula. Masa tu, abah serahkan pada Felda untuk selesaikan segala-galanya.

Disebabkan terbiasa buat kerja berat diwaktu muda, abah tak betah duduk dekat rumah goyang kaki goyang kepala. Jadi abah bekerja sebagai pekebun di sekolah rendah dalam jengka aku. Masa tu, aku lah yang paling suka sekali. Ye lah. Pergi sekolah, ada abah. Kau ada? Tak ada kan? Heh.

Lama jugak abah kerja sebagai pekebun. Sampai aku Tahun Akhir di Universiti. Kau kira lah berapa tahun. Dari umur aku 11, sampai 22. Sebelas tahun abah berkhidmat dekat sekolah tu. Dan bila abah ditamatkan perkhidmatan sebab umur, abah memang macam cacing kepanasan. Tiga minggu pertama, abah demam. Sebab tak biasa duduk diam. Lepas tu abah mula aktiviti lama abah. Pagi-pagi, abah bertukang. Ada je yang abah baiki dalam rumah ni. Tambah bumbung lah, buat stor baru lah. Petang pulak kalau lepas asar, abah pergi belakang rumah. Bersihkan kolam ikan abah, menyapu, potong rumput, bakar sampah. Maaacam macam.

Macam pagi tadi, tidur aku terganggu bila abah mesin rumput. -__-" Abah suruh aku sapu, tapi dengan mata tertutup, aku jawab "Jaaaaaaaap." Bila bangun, tengok-tengok dah siap semua.Tehehehe. Sorry abah!

Ok hari ni hari ulangtahun kelahiran abah yang ke 63. Abah dah tua walaupun masih lagi ber130km/j. Rambut abah dah putih. Perut abah makin bulat. Tapi tak apalah. Aku doakan abah panjang umur, sihat tubuh badan supaya dapat terus beribadah padaNya. Semoga abah senang-senang dengan anak-anak macam aku, semoga abah sentiasa gembira dunia akhirat. Orang sayang abah!




Eh. Kau baca sampai habis ke?

11 December 2010


Tak payah lah besar sangat mulut tu cakap kau baik, kau persis malaikat. Padahal yang sebenarnya kau tak jauh beza dengan iblis, kau satu kepala dengan Lucifer.

Kau tak nak orang cakap buruk pasal kau. Jadi kau tak perlu lah nak longkang kan orang sangat. Kau tak nak orang tahi kan kau. Jadi kau tak perlu berusaha nak berak atas muka orang.

Aku tau, kau paham konsep karma kan?

.

09 December 2010




Bila dah online, tak tau pula nak tulis apa. Aku share lagu je lah. Nak dengar, play. Tak nak, tak payah play. Erm ada sedikit berita;

i. Aku masih tak lepas interview. Ah malas dah lah. Siapa nak datang minang, email aku. Aku kasi alamat rumah. Aku dah pandai masak sikit-sikit, rajin basuh baju, buka tingkap pagi-pagi, tukar pampers baby dan pampers sendiri.

ii. Selamat datang pada Nurain Qazreena binti Muhammad Razmankhairi. Anak sulung kakak aku yang selamat lahir pada 0953 am di HoSHAS Temerloh dengan berat 2.58 kg, tinggi 47cm.

iii. Aku merancang nak turun KL dengan tiket 'saja-saja nak berhibur'. Tapi dalam mimpi pun aku tak berani nak cakap pada mak aku. Eheh.

iv. Semoga Koskenkorva II selamat diberanakkan awal tahun 2011 ni.

Eh eh. Rasa tadi macam tak tau nak cakap apa. Ni macam banyak pula. Kah Kah. Ok babai.