06 November 2014

Bercakap Dengan Malina.

I found this on twitter.

It's nice when someone remembers every detail about you. Not because you keep reminding them, but because they pay attention to you.

Aku ada sedikit terkenang-kenang tentang apa yang aku ada dulu, dan apa yang aku hadap sekarang. Ada seseorang yang sentiasa mendengar, selalu ada, malah kedua-dua belah telinganya ditinggalkan terus pada aku, supaya bila mana aku rasa hampa, sentiasa ada tempat untuk aku meluah rasa.

Tetapi itu dulu. Maafkan aku kerana masih mengingat apa yang sudah patut aku buat tak tahu. Menyesal, itu sudah pasti. Tapi aku tak mahu mengait semula apa yang tidak patut dan tidak mungkin akan kembali.

Kesalan itu sebenarnya datang bila bahagia yang aku mahukan tidak pernah menghulurkan tangan. Ada yang tiba, memberi duri membuatkan aku terluka. Luka lama yang hanya sembuh tapi tidak akan hilang parutnya, kini kembali terbuka, kembali mengalirkan darah duka, kembali menyiksa.

30 October 2014

Rindu Sikit.

Siapa suruh stalk?








Padan muka.

21 October 2014

Ketakutan

Aku cemburukan perempuan cantik. Sebab aku seorang perempuan biasa. Jujur, aku suka melihat setiap ciptaan Tuhan yang indah-indah dan kemudian aku dengan rasa tak reti bersyukur, aku akan mengeluh kenapa aku tak secantik mereka. Ampunkan aku, Tuhan. Ampunkan aku kerana mempunyai rasa seperti ini.

15 October 2014

Nocturnal

Semalam, sepanjang malam aku melunaskan tugas yang tak terhabis. Paginya aku cuba menulis. Dan petang aku tidur tak sedar apa langsung. Dan sememangnya tidur waktu siang dan waktu malam sangat berbeza, maka kesannya pada aku sangat teruk. Badan aku menggigil, lemau, mengantuk, dan satu kerja aku tak buat. Sangat teruk.

Aku cuba ubah hukum dengan menjadikan siang sebagai malam, dan malam sebagai siang. Padahnya, hidup aku tak tentu arah. Sehari saja aku mampu, selebihnya aku mati kutu. Terlalu banyak kerja yang nak dibuat, semuanya tak terkejar lagi tapi aku harap aku sempat. Cuma malam ni, aku tidur dan tersedar awal. Menanti subuh dan kemudian aku nak kembali diulit mimpi.

Aku tak tau apa aku cuba nak sampaikan sebenarnya. Tapi fikiran aku masih tak stabil. Ada beberapa perkara yang bercelaru. Semoga aku bangun nanti, dah tak ada apa yang mengganggu.

13 October 2014

Happy birthday, brother.

Aku tengah tengok Ruby Sparks, a movie about a writer. Belum habis lagi, tapi aku kucar kacir nak menulis something dekat blog ni. Calvin Weir-Field, penulis lelaki yang boleh aku katakan introvert. Aku harap nak jadi macam dia. Bukan jadi introvert maksud aku. Tapi kalau boleh, aku nak ada satu novel yang best seller. Bukan sebab duit. Tapi sebab kepuasan.

Kau tulis satu cerita, orang baca, orang suka, kau akan rasa bahagia. Aku bahagia. Bahagia bila orang suka cerita yang aku tulis.

Tulis apa yang kau tahu.

Inilah yang susah. Aku tak ada banyak pengalaman. Jadi dengan pengalaman yang sikit ni, aku cuba kembangkan, campur dengan apa yang aku dengar, yang aku lihat, dan aku sedang menulis sedikit kehidupan.

Doakanlah. Doakan segalanya sempat.

12 October 2014

Gloomy Sunday

Sebenarnya tak adalah gloomy pun. Berdekang juga. Sampai aku sambung tidur dekat lantai, panas punya pasal, pemalas nak bangun lagi satu hal. Hm. Aku risau sebenarnya. Serius punya risau. Berapa bulan je lagi entah. Satu apa aku tak tulis lagi. Tapi dah tahu risau, malam aku dok layan running man, ketawa sakan macam orang gila. Lepas tu sampai ke subuh melayan movie. Lepas subuh baru nak tidur. Jahanam betul perangai. Eh aku dah tanak mencarut sebenarnya, tapi erm, tak apa lah, kali ni aku maafkan diri aku. Kikiki

Aku rasa aku seorang lalang la. Dah buat keputusan, tapi nanti mesti ada yang berubah. Keputusan berubah. Perangai buruk dekat diri sendiri taknak ubah. LOL

Okey nak mereput la ni. Tapi ambik masa lama la pasal aku gemuk

11 October 2014

Sabtu Purple

Dah lama sangat ni, boleh ke aku nak blogging balik? Aku tengok kawan aku main blog, aku pun rasa rindu pulak nak menulis dekat sini.

Aku tak tidur malam tadi. Berbincang hal rukun tetangga punya pasal. Padahal baru plan nak normalkan waktu tidur aku. Tapi tak menjadi jugak. Stress mak. Bila dah bangun lambat, mulalah kelam kabut semua benda tak sempat buat. Aku mampu telan lele dekat Hentian Kajang, lepas tu datang lepak dekat fac sebab nak download movie. Teruknya. Tesis tak bergerak langsung. It's been three months and a half I guess. Langsung tak sentuh tesis. LANGSUNG.

Mampos la

16 March 2014

Putputput

Susahnya nak luahkan kata hati.

Aku kawan kau. Aku anggap kau kawan baik aku. Tapi kau anggap aku kawan kau. Kawan sahaja. Kau lebih senang untuk bercerita dekat orang lain, dekat kawan baik kau yang betul-betul kawan baik kau pada kau.

Aku sentap. Dah berapa hari entah aku sabarkan hati aku. Terasa dengan kawan baik sendiri lagi sakit dari putus kasih dengan pakwe. Sumpah. Aku betul-betul upset dengan kau.

Sampai aku rasa macam dah tak boleh nak rasa apa lagi dah, sekarang.

15 March 2014

You

Happy new year after three months. Haha. Kadang-kadang saja aku teringat yang aku ada blog, selalunya bila aku rasa aku dah tak tahu nak luah pada sesiapa, maka baru aku tahu yang aku ada blog. Ayat tunggang langgang. Aku rasa aku dah tak boleh nak menulis lagi dah.

Aku mimpi setiap hari. Dan setiap mimpi adalah berbeza. Tapi untuk malam tadi punya mimpi, aku rasa betul-betul beri kesan pada aku. Mainan syaitan, atau aku terlalu teringatkan pandangan mata seseorang. The way he stared. Terbawa-bawa ke dalam mimpi. Tapi aku tak boleh nak buat apa. Ada halangan depan mata. Ada perkara lain yang aku dan kau perlu jaga.

Semoga, kau berbahagia. Semoga.