21 May 2013

What is love?

Begini. Aku tak pasti kenapa, atau bagaimana, aku mula merasa sedikit (atau lebih) jelak pada cinta, juga pada yang sedang bercinta. Yang sudah berkahwin lain cerita. 

Tapi beginilah. Ada yang datang dengan niat suci murni, atau sengaja mahu test market, tetap tidak membuatkan aku untuk terus senyum pada perkataan cinta, atau sayang, atau suka. Secara automatis, aku tercebik, akan termeluat, akan menyampah, dan angkat kaki, terus pergi.

Melainkan aku yang menghampiri, please, jangan lagi.

17 May 2013

Sikit

Banyaknya yang terkumpul, tapi sedikit pun tak boleh nak diluahkan. Takkan nak buka pekung di dalam dada pula, ye dak? Jadi belajar lebih banyak lagi untuk terus hadam hadam dan sampai satu masa, boleh buang sikit-sikit.

Aku nak jalan terus, tapi terjumpa simpang. Simpang berbentuk T. Jadi aku putuskan untuk tebang semak di hadapan dan tidak pedulikan dua simpang di kiri kanan. Moga selamat.

15 May 2013

Tengah Tahun.

Amboi. Dah masuk bulan lima tahun 2013 aku baru nak update blog. Orang lain semua dah upgrade ke scene Keek, aku sibuk menaip untuk blogging.

Nak tulis apa?

Oh, bulan empat itu hari, Alhamdulillah. Sebuah lagi buku aku baru keluar, Seyogia. Publisher yang sama, Lejen Press. Pertama kali aku tulis novel, tergeliat juga jari tangan ni. Sebelum ni, buku Heroin tu semua cerpen, dan ada satu novelet terselit. Aku harap, sesiapa yang baca, suka. Ok bosan kan tulis blog pasal ni.

Aku nak cakap, aku jumpa abang. Dan aku sayang abang aku. Okbai.