30 December 2011

Iklan sekejap.

Assalamualaikum. Hai, awak-awak semua.

Buku dekat bawah ni, adalah buku solo pertama saya yang selamat dilancarkan pada 10 Dec 2011 itu hari di Uya Distro, Subang.

Heroin, merupakan antologi kisah-kisah realiti yang cuba aku olah dari setiap perkara yang aku nampak, aku rasa, aku dengar. Dulu dah pernah release sebenarnya. Jadi ini, yang kali kedua punya. Cuma yang ini, ada bonus satu novel pendek; Julia.

Harga rm20.

Berminat?

emel : AmalinaHamsan@gmail.com

Ataupun boleh dapatkan dari Lejen Press.


26 November 2011


Jangan nak gatal sangat tengok peha dorang lama-lama.


I love that picture. Entah kenapa, rasa macam kawan tu everything. Ye dak? Walaupun kalau kau tak ada duit kau tetap jugak misscall abah kau sampai abah call kau dan kau terus cakap poket kau dah dilanda musim kemarau. Ah aku suka bercakap depan cermin.

Masa interview dengan dua orang pekerja dari International Business Machine, before balik, dorang mintak aku write an essay. Dorang tak nak lah aku cuma tau speak in English tapi bila menulis macam gampang saja bunyi nya. Homaigot! Does it sound that I'm doing good in my speaking? Kenapa baru hari ni tersedar? Kah Kah. Ok perasan.

Oh bout the essay. Any topic. Aku ingat nak buat cerita pasal blogger. Ah bosan. Pasal cinta, ah tipikal punya manusia. Nanti tak habis-habis cerita sedih. Then aku tulis topik yang paling mudah, Kawan. Mudah, tapi susah.

Sebab tak semua orang boleh jelaskan makna kawan yang sebenarnya. Termasuk aku. Tapi aku peduli apa. Aku nak balik cepat, jadi aku bantai cerita pasal kawan yang aku pun tak paham.

Bangang jugak sebenarnya entri hari ini. Ok jangan lempang aku.

19 November 2011

Kelakarnyewwwww

Budak-budak diploma sudah mula membanjiri Jengka. Walaupun cuaca panas berdekang, langsung tak beri kesan pada mereka untuk terus berjalan melenggang dengan selimut, langsir dan comforter di kepala. Sungguh aku tak faham. Mungkin dalam badan mereka ada pendingin hawa agaknya.

Semalam, ada tiga orang gadis masuk kedai. Dengar cerita dorang ada dinner Arabian Night gitew. Jadi cari punya cari, tak jumpa barang. Salah seorang dari mereka cuba berbual dengan aku. Sebagai pekerja yang ceria dan comel, aku layankan saja.

Gadis A : Umur berapa?
Aku : 15 tahun (bukan umur sebenar).
Gadis A : Oh kita sebaya lah. Nama siapa?
Aku : Amal.
Gadis A : Oh. Saya makruf.
Aku : ....


10 November 2011

Dear Dickhead,

Somehow between the flirty texts, protective hugs, and meaningful discussions, I fell for you. I don’t think I loved you, but I know I could have—which makes me feel stupid now. You knew I was too complicated for that level of intimacy but yet you still persisted.

Was it because you really felt something for me or was I just one of your countless challenges you planned to collect? Did you see me as another girl with another heart that would eventually heal itself?

In my head, this was your way of saying you wanted more. But now I regret allowing you to take me there because I know it meant the world to me but nothing to you.


(sumber dari Tumblr.)

02 November 2011

Quote.

“When someone walks out of your life, let them. Theres no use in wasting your time on people that leave you. What you make of yourself and your future is no longer tied to them. Yeah, you miss them, but remember you werent the first one to give up.”

13 October 2011

Hilang.

Musim durian, aku selalu teman abah pergi ladang kelapa sawit sebab ada sebatang pokok durian yang bertumbuh di tengah-tengah antara dua batang sawit yang ada banyak buahnya. Setiap malam aku pergi tengok kalau-kalau ada durian baru yang gugur. Siapa yangtak gembira bila dongak pandang atas, kau boleh nampak rimbunan buah-buah durian yang banyak. Memang tak sabar nak tunggu durian gugur.

Tapi hampa tak boleh nak kata kalau durian yang gugur, semua ditebuk tupai.

---

Jika sesiapa yang pernah tunggu durian, dia tahu macam mana perasaan ketika menunggu. Gembira dalam debaran yang tak tahu nak dijelaskan macam mana. Dan sesiapa yang pernah tunggu durian, dia juga akan tahu macam mana rasanya bila dah lama tunggu, durian yang jatuh tak sama macam apa yang diharapkan.

---

Aku tersedar awal pagi tadi. Jantung berdebar tak tentu hala. Sebab aku dapat rasa ada benda yang tak kena. Dan tekaan aku betul.

Aku tersedar awal pagi tadi. Dan sekarang aku sedang memati.

02 October 2011

Emosi dan Saya IV.

Aku agak, aku memang update blog seminggu sekali je ni. Biasalah internet pun harapkan internet orang. Rasa segan nak pinjam aku tolak tepi je. Janji aku dapat ludah segala kesengsaraan. Eceh!

Semalam merangkap hari bersejarah dan bergeografi untuk seorang kawan baik/bekas makwe aku yang lama gila in a relationship dengan aku dekat FB tapi alih-alih dia boleh tinggalkan aku macam gitu je. Bukanlah dia tu pergi buat rombongan kanak-kanak sekolah pergi Melaka Bandaraya Bersejarah apatah lagi pergi kawasan ladang dekat jengka ni nak cek topografi kawasan. Gila apa benda aku mengarut entah ni.

Okay back to the point.

Tahniah buat si gadis manis bulu mata berat macam gajah dalam Sesame Street sebab sudah berjaya menjadi tunangan orang. Kurus-kurus kau pun, kau bertunang dulu dari aku kan? (Apa kena mengena kurus dia dengan gemuk aku pun, aku tak tahu)

Tapi aku bukan nak sangat cerita pasal dia bertunang. Aku nak cakap masa dekat majlis semalam, aku terjumpa cikgu. (Yea jumpa cikgu!) Sebagai seorang yang mulut riuh dalam kelas, memanglah cikgu mark selalu ye dak? Dan macam biasalah, sesi menjawab soalan tentang kerjaya pun bermula.

Cikgu : Kerja mana sekarang?
Kawan Aku : Part time lecturer sini je cikgu.
Cikgu : Kamu? (Pandang kawan aku yang lain)
Kawan Aku yang Lain : Tolong bisnes mak tu lah.
Cikgu : Kamu belum habis belajar lagi kan? (Pandang kawan aku yang duduk sebelah kawan aku yang lain.)
Kawan aku yang duduk sebelah kawan aku yang lain : Haah cikgu. Lambat sikit. Hihihihi
Cikgu : Kamu? (Straight pandang aku)
Aku : Tehehehe. Kerja kedai itu hari lagi, cikgu.

Dan cikgu tu pun terus tersenyum. Senyuman yang buat aku mati sampai hari ni. T_T

Salah ke bila seorang degree holder (degree sekarang dah tak berapa laku kan jadi aku mengaku aku degree holder bukan untuk belagak tapi untuk meratap nasib) macam aku bekerja kedai, kedai menjual aksesori wanita? Walaupun kadang-kadang aku nak karate setiap makhluk yang datang kedai dan berperangai tahi dengan aku, tapi itu lain ceritalah kan. Manusia memang hebat kalau bab nak judge buku style tengok cover ni. Itu tak dapat nak sangsi.

Tapi ini, seorang cikgu, pendidik, or whatever you called it.

Bukan sepatutnya dorang ni ke yang bagi semangat apa semua dekat manusia lemah yang gagal atur masa depan dengan baik? (contoh terbaik : aku.) Aku tak adalah minta cikgu aku tu datang peluk aku, pampered aku apa semua, tepuk-tepuk belakang bagai. TAK. Tapi cukuplah jangan senyum sinis dan jeling aku dengan pandangan membunuh tu. Susah tau tak nak bangun balik lepas dah kena bunuh dengan cikgu sendiri. Peh aku memang drama Queen.

Ya, aku tersalah langkah lepas habis degree tu. Dahlah duk main-main je masa belajar dulu. Padan muka. Sekarang aku nak ketepikan semua perkara, dan baru nak start semula. Aku dah mula tarik satu-satu benda penting masuk dalam hidup aku. Dan aku harap apa yang aku dah rancang kali ni, akan menjadi sesuatu yang terbaik aku pernah buat. (Sebelum ni tak pernah rancang apa-apa sebab tu gagal macam ni. T.T)

Sama macam kau. Bagi aku masa empat tahun dan selepas tu, aku akan terus grab tangan kau, dan kita terus duduk depan tok kadi. (Ini ada kaitan dengan cerita ke tak ni sebenarnya?)

25 September 2011

Kawan dan Saya.

Tak semua perkara akan terus jadi warna warni macam yang kita dah rancang. Tak semua benda akan terus lurus macam yang kita dah ukur.

Aku terlalu suka untuk bergantung hidup pada seseorang yang aku panggil teman rapat. Aku suka untuk dia terus ada untuk menjadi tempat aku bersandar, tempat untuk aku kutip semangat-semangat yang melerai. Tapi aku lupa dia ada hidup dia sendiri. Dia ada keinginan dia sendiri. Dan dia juga dilahirkan bukan untuk menjadi tempat sandaran pada aku.

















Aku cuma nak cakap yang kawan aku dah nak kahwin dan aku akan hilang jiwa aku yang lagi separuh.

15 September 2011

Akan Datang.

Dah lama tak menulis membuatkan aku lumpuh untuk terus menulis. Eceh ayat nak BM 1. Okay malas nak tulis banyak-banyak sebab broadband ini pun meminjam saja.

Satu perkara; Heroin akan di rePrint!

26 August 2011

Pantas dan Saya II.

Aku tak dapat online. Jadi sekejap saja ni sebelum berbuka puasa. Aku nak bertanya kepada kamu-kamu semua, siapa nak lagi buku Heroin, sila angkat tangan. Eh eh sila email saja di amalinahamsan@gmail.com. Aku nak tahu sebab kalau lebih dari sepuluh orang yang mahu, aku akan reprint.

Sila ya.

Oh untuk naqibmiller, buku ni sesuai untuk mana-mana jantina. Yang konfius dengan jantina pun boleh baca. Hikhik.

SELAMAT HARI RAYA. SALAM DIHULUR, DUIT RAYA DIMINTA.

okbai.

16 August 2011

Pantas dan Saya.

i. Broadband yang jahanam. Tahulah warranty setahun. Tapi janganlah genap-genap setahun terus rosak.

ii. Demam. Tangan menggigil sejuk tapi tetap kena kerja sebab nak dapat duit raya banyak-banyak.

iii. Buku Heroin dah habis. Cukup-cukup untuk seorang lelaki yang email semalam. Terima kasih.


Selamat!

07 August 2011

Puasa dan Saya III.

Tahun 1996.

Masa tu bulan puasa macam bulan raya. Sebab kakak puasa, dan aku tak puasa. Mestilah aku merayakan hari-hari ketidakpuasaan aku. Sedap juga mencemburukan kakak sendiri. Lagi-lagi makan tengahari nak pergi sekolah mak suapkan. Heheh.

Satu hari tu, Ahad. Aku berkeputusan untuk berpuasa. Malu juga sebenarnya kawan lain puasa hampir penuh, aku tergagap-gagap lagi nak tahan lapar di siang hari. Eh tapi sekurang-kurangnya aku tak korek hidung tau!

Waktu itu, jam baru 10 pagi, angin dah mula buat perangai mengada nak ketuk dinding-dinding perut aku yang kecil ini. Aku garu kepala. Apa patut aku buat? Aku lihat kakak baring depan TV. Abah dekat belakang tengah sapu sampah. Mak menjahit baju di rumah atas.

Aku pun saja-saja buat pergi bilik air. Keluar bilik air, pesen pencuri profesional aku pergi ambil tin biskut yang dah pun jadi tempat letak keropok ikan, aku buka perlahan-lahan. Benda paling senang hati apabila nampak keropok ikan berlengkok-lengkok memanggil aku dari dalam tin. Aku capai bukan satu, tapi tiga. Yang besar gabak pula tu. Semoga tiga keropok ikan ini mampu menampung kehidupan aku sehingga petang.

"HAH TAK PUASA!"

Terangkat bahu aku bila kakak aku jerkah tak beri salam. Inilah akibat kalau selalu ponteng sekolah agama petang-petang.

"Mak, Dik Mal tak puasa! Dia makan keropok!"

Aku silap langkah sebab tak sempat offer kakak aku keropok ikan tu. Mak pula pantang dengar perkataan tak puasa. Persis Supermak, laju saja mak tiba-tiba ada berdiri sebelah kakak. Cepat-cepat aku sorok tangan yang berkeropok, ke belakang.

"Mana budak yang tak puasa tu?" Tubuh badan mak dah mula berketak-ketak. Peh boleh lunyai aku macam ni.

"Mana ada! Orang puasa je! Kakak tu yang tak puasa!"

Kalau dah salah, tak salah jika kita nak salahkan orang lain.

Berpegangkan prinsip di atas, aku tuding jari pada kakak aku. Tapi dah dasar buat salah lepas tu kalut tak reti nak cool lah, aku lupa aku tunjuk kakak aku tu pakai keropok ikan di tangan.


05 August 2011

Emosi dan Saya III.

Hari ini panas berdekang. Tapi aku tetap usahakan berjalan tengah panas terik sebab aku tak ada pilihan lain. Payung dah terkoyak, tiada jalan berbumbung. Dan di situ aku terlihat kau. Langkah demi langkah terus dengan senyuman kerana ada satu awan mesra mengikut ke mana saja kau pergi. Keindahan udara di sekitar susuk itu terus mencambahkan warna hijau dalam diri aku yang jerih kelelahan di bawah mentari.

Dan aku tenggelam dilapah bumi.

03 August 2011

Puasa dan Saya II.

Hari ini banyak beli lauk, membazir. Aku rasa aku kena ikat diri sendiri macam ni.

Mak kata mak malas nak masak. Jadi sebelum balik kerja, aku singgah bazar. Aku beli ikan pari masak asam pedas, sambal goreng paru, kuih donut dan karipap, air soya. Oh dengan murtabak daging dua. Balik rumah, tengok-tengok mak buat bihun goreng, ayam masak lemak cili api dan pajri terung. Amboi. Macam kenduri bertunang dah kalau tengok gaya lauk.

Sebelum sampai rumah, abah berhenti dekat kedai, beli kurma. Lepas tu masa dah nak balik, lalu dekat satu taman. Aku ternampak ada empat orang budak lelaki lingkungan 13-14 tahun agaknya. Sedap tengah minum air. Konon-konon lepak tepi bukit gitu orang tak nampaklah?

"Eh dorang tak puasalah, bah!"

Abah tenang memandu sebelum menjawab. "Kau tu puasa ke?"

ABAH NI!

Emosi dan Saya II.

Apabila satu hari nanti kau terjatuh, cuba gapai apa yang ada untuk tahan kau dari tersembam ke bumi. Kalau tak ada, kuatkan tulang kaki dan berdiri.

Sebab macam mana kau harap ada orang hulurkan tali sekalipun, yang perlu usaha kau sendiri.

02 August 2011

Emosi dan Saya.

Aku suka kegelapan. Dan bila hari semakin terang, aku semakin tak nampak apa di depan. Semua jadi kabur, segala nampak tenggelam timbul. Ketika ini, aku selalu berharap akan ada satu tangan yang mampu untuk hulurkan pertolongan, menarik aku terus ke depan dan terus berjalan.

Cumanya, aku tak nampak ada huluran diberi. Jadi tak mengapa, aku cuba kuatkan hati, berjalan sendiri.

31 July 2011

Puasa dan Saya.

Tak sedap juga kalau orang yang umumkan puasa ni dah bertukar. Dari kecik sampai ke besar aku terbiasa dengan pakcik yang sebelum ni. Ini dah bertukar, rasa berat je hati nak puasa. Ok ok tak.

Perkara pasal puasa.

Apa yang masih sama ialah bunyi meriam dah start walaupun puasa baru diumumkan. Ni kalau raya, mau terangkat rumah aku kena bom.

Aku mula berpuasa penuh ketika darjah tiga. Itupun entah berapa hari saja aku berpuasa. Kalau darjah satu dan dua, sekolah kebangsaan kan petang. Jadi tengahari sebelum pergi sekolah tu, dengan berseluar pendek tanpa baju, mak akan suapkan aku makanan. Bukan MANJA ya, tapi mak tak mahu baju aku comot. Eceh padahal makan bukan pakai baju pun.

Aksi makan tengahari di bulan puasa sekitar tahun 1995 dan 1996 paling dibenci kakak aku kerana dia hanya mampu memerhati dari jauh. Keh keh

Selamat berpuasa.

Hari ini dan saya.

Today is not a good day for me.

Bila dari pagi mood dah spoil, lebih baik aku kerja sebenarnya sebab bila aku moody dan aku ada di rumah, sama macam aku tak ada dekat rumah sebab aku hanya duduk dalam bilik tak keluar langsung.

Sampai mak kata macam tak ada anak.

Peh peh. Mesti mak kecik hati dengan aku. Maaf mak. Saya memang anak yang tak pandai jaga hati mak abah. Hewhew.

Ya hari ini aku sangat sakit hati. Tapi malas nak terlalu berfikir. Jadi aku diamkan saja. Soulmate aku kata, bawa-bawalah bersabar. Ya, sahabat. Aku bersabar.

Oh tapi aku berjaya buat kuih kaswi. Kau tak tahu kuih apa tu? Ala kuih yang coklat bersalut kelapa itulah. Itu pun tak tahu. Okay nak makan kuih kaswi. Esok pagi tak boleh makan dah. Bai.

Nafsu dan Saya.

#1 Aku suka duit. Kau dabiklah dada cakap duit tak mampu beli segalanya, tapi aku yakin, dengan dunia di hujung kuku sekarang, duit berjaya menjadi Tuhan kepada manusia.

#2 Aku suka makan. Seriously aku adalah tong sampah dalam family aku. Aku tak cerewet dalam memilih makanan. Aku hanya perlukan makanan yang pedas, tiada daun sup, sayur dan bawang.

#3 Aku suka pantai. Waktu malam adalah waktu paling sesuai untuk aku nak emosi tepi pantai. Buka cardigan dan lapik bawah kepala, aku terus baring hadap langit yang gelap kebiruan. Nanti kau akan nampak cahaya yang samar-samar. Itulah kehidupan aku.

#4 Aku sukakan sesuatu yang luas. Luas, tenang dan tinggi. Seperti padang rumput dan sebatang pokok.

#5 Aku suka hitam. Baju, jam, handphone, laptop, cat bilik.

#6 Aku suka '67 Chevy Impala.

30 July 2011

Cari Pasal dan Saya.

Sekali buat palat, aku boleh maafkan. Yelah. Semua orang buat salah, termasuk aku. Tapi kalau dah dua kali, bodoh apa kau ni.

Lahanat.

29 July 2011

Mak dan Saya II.

Gigih betul aku habiskan drama Korea : You are Beautiful.

Ada orang kata, siapa tengok drama korea ni, kind of loser juga. Bila difikir-fikirkan semula, betul juga. Hewhew. Malas nak tulis kenapa, cari sendiri.

Episod 16 berakhir tepat jam 7.15 pagi. Aku nak tidur terus tapi pundi kencing ni tak dapat tahan air mata kegembiraan bila lihat adegan Hyung Nim berpeluk dengan Go Mi Nam dan kata "Saranghae."

Jadi aku berlari ke bilik air.

Sebagai anak yang hanya bangun pagi di kala matahari sudah mula menjunam ke Barat, tentulah mak aku hairan mengapa aku boleh bangun sebegini awal. Dari dalam bilik air, aku dapat dengar mak bermonolog;

Tu mandi awal-awal tu, nak keluarlah tu.

Bangun awal salah, bangun lambat kena sesah. T_T

28 July 2011

Mak dan Saya.

Hari ini seperti biasa, balik dari kerja, terus aku melompat ke meja makan. Tapi hari ini aku tak makan pun. Sebab kenyang sebab tadi dah makan dekat tempat kerja.

Aku duduk dekat meja makan, tenung tudung saji lama-lama. Mak pun turun ke dapur.

Mak : Kau nak makan tak ni?

Aku : Tak nak lah mak. Tadi dah makan. Kenyang. Nak mandi lah.

Mak : Ni ada pulut, tak mahu?

Aku : Tak nak. Nanti mengantuk.

Mak : Heleh kau tu tak makan pulut pun, mengantuk je manjang.


Aku terus membiarkan air menyirami tubuhku, buat-buat tak dengar apa mak cakap.

27 July 2011

PM dan saya.

Aku tak minat politik. Jadi sampai sekarang pun aku masih belum mendaftar. Ya cakaplah apa saja aku tak kenang budi kerajaan tanggung masa belajar ke apa ke, I don't give a fuck.

Ini nak cerita sikit.

Aku like page PM negara ni. Sajalah kan. Nak melihat gelagat manusia sejagat. Jadi tadi, PM adalah update via tweeter beliau yang berbunyi :


Ptg tadi saya lancarkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang. Mari tunjukkan cinta kita pada negara.

Nampak biasa saja kan status ni. Okay tak kisahlah beliau nak kibarkan Jalur Gemilang atau jalur lebar sekali pun. Yang kelakarnya, respon dari rakyat.
i. nak mkn pun susah mana nak beli bendera....tumbangkan umno

ii. pui

iii. malas

iv. yes!!!i cinta malaysia, tapi tak suka BN, tak suka u

v. dgr tadi jumpa lisa surhani hehehe,, cun kan dia hehee...

Kahkah. Sumpah kelakar.

Abah dan Saya.

Hari ini hari Rabu.

Aku bangun awal sebab kena paksa dengan mak suruh teman beliau pergi pasar. Padahal tadi abah keluar juga, mak tak mahu ikut pula. Saja nak suruh aku bangun awal. -_-

Dah pulang, aku masuk dalam bilik tanda protes yang aku tak suka bangun di awal pagi. Jadi aku baring sambil tengok cerita korea You're Beautiful okey okey aku gadis tipikal dah dah tak payah nak cakap banyak kali. Ghalit tengok drama sampai digelar drama queen sebab aku terikut-ikut beremosi, aku tengok jam dah 1.30 petang.

Perlu mandi ni.

Aku pergi ke dapur sebab rumah aku bukan macam rumah orang kaya yang setiap bilik ada bilik air. Eh eh aku berhenti untuk terus makan tengahari. Ada abah tengah dengar ceramah pukul 1.30 di radio Kuantan.

Sebagai anak yang baik, aku pun turut mendengar ceramah ustaz terbabit yang diselang-selikan dengan nasi ke mulut. Hari ini, topiknya mengenai puasa dan cara pemakanan.

Ustaz cakap, orang yang suka tidur selepas subuh, kulitnya akan hitam.

Hampir tersedak aku. Haish confirm kena ni. Confirm kena. Walaupun aku tak tau apa kaitan tajuk ceramah dengan ayat yang keluar dari mulut ustaz, tapi aku yakin aku perlu tahan telinga.

"Ha dengar ustaz cakap tu. Lepas ni jangan nak tanya kenapa makin hitam."

"Ya, orang dengar." Aku bangun angkat pinggan yang dah habis nasinya dan terus ke sinki. Aku dah cakap, confirm aku kena dengan abah. Ish!

24 July 2011

Saya bukan Heroin.






Ini, Heroin.

Macam pernah tengok kan? Macam pernah tengok kan. Tapi ini lain sikit. Ini bukan fotostat sendiri. Ini buku tau. Buku. Bukan Zine.

Ada sembilan cerita pendek yang lari habis dari konsep cerekarama ataupun cerita korea. Sebelum ini, memang aku dah keluarkan zine Heroin. Yang pertama, cuma ada enam cerpen dengan harga RM5. Heroin yang kedua, aku tambah tiga lagi cerpen, dengan harga RM10. Tapi yang kali ini, tiada apa perubahan. Cerpen yang sama, cuma ada sembilan. Dan kali ini, ia dibukukan. Lebih formal, lebih bermasyarakat.

Aku tak reti nak sinopsiskan setiap cerita. Aku hanya boleh kata, sembilan cerita yang terhasil ini, hampir semuanya melakonkan watak perempuan yang cuba menjadi heroin dalam hidup masing-masing. Tetapi mereka hanya terus kalah dan kalah.

Bak kata seorang pembaca,

"Tersirat, tapi penuh makna. Tak kelakar tapi cool. Ada masa-masa sarkastik."

Kalau rasa nak, bagitahu dekat komen atau email. (amalinahamsan@gmail.com)

Harga : RM15 (tak termasuk pos laju). Terima kasih sayang. :)

23 July 2011

Harith dan Saya.

Hari ini aku beli biskut Cream-O yang macam oreo tu. Aku beli perisa anggur. Aku beli sekali roti Vanilla yang RM0.70 dan air Pokka Vanilla (first time beli sebab dah insaf tak nak minum kampai).

Dekat kedai, Harith datang.

Mula-mula dia tegur macam mana gambar dia boleh ada dalam laptop aku, atau lebih tepat sekali gambar dia di dalam FB. Aku saja tak jawab soalan dia.

Lepas tu dia nampak biskut Cream-O tadi.

Harith : Akak, apa tu?

Aku : Biskutlah.

Harith : Biskut apa?

Aku : Biskut sedap. Nak ke?

Harith : Akak simpan untuk malam nantilah.

Dia cakap macam tu, aku terus diam main laptop. Dia pusing-pusing kedai, lepas tu datang semula dekat aku.

Harith : Akak, saya lapar lah.

Aku : Pergilah balik makan.

Harith : Saya nak biskut akak tu lah.

-_- Padahal dia memang nak biskut ni. Tapi berkias-kias pula. Aku bagi jelah satu. Dah habis makan, dia datang lagi.

Harith : Akak, akak makan ke biskut tu?

Aku : Makanlah. Kenapa?

Harith : Akak kan dah beli roti?

Aku : Tapi akak nak juga makan biskut ni.

Harith : Tapi dekat rumah saya tak ada biskut tu.

Aku : Suruhlah Ibu beli.

Harith : Tapi Ibu saya tak tau nak beli dekat mana.

Aku : Dekat 7E banyak. Suruh Ibu beli dekat situ.

Harith : Tapi Ibu tak tau 7E dekat mana.

Aku diam. Ah nampak sangat menipu. 7E depan kedai je ha. Tapi dia punya ayat nakkan semua biskut aku tu, kemain lagi. Aku pun bagi lagi seketul.

Harith : Akak, saya tak naklah yang ni.

Harith hulur biskut yang tinggal tengah saja sebab dekat tengah tu ada rasa anggur yang agak masam. Dia cuma makan dekat tepi-tepi saja.

Aku : Makan habiskan!

Harith : Eh Ibu saya panggil. Balik dulu.

Dan Harith terus berlari keluar dari kedai.

Grrr

22 July 2011

Ini dari Tumblr III.

Girl:
I broke up with him today. I told him I wasn't happy. He didn't even ask why. I thought he would ask me to stay but he didn't. He just let me go and just like that, I lost lost the guy I waited for so long.


Boy:
She broke up with me today. She said she wasn't happy, I was too hurt to ask why. I wanted to stop her from leaving but if she's not happy with me, there's no way I can make her stay so I just let her go. Just like that, I lost the girl I've dreaming for so long.

Phew

Macam mana aku nak cakap yang aku terasa dengan kau kau dan kau. Aku dah agak tua untuk nak kecil hati dalam bab-bab bodoh macam ni. Jadi aku diamkan diri. Lagi pula aku nampak kau kau dan kau itu sangat gembira bersama. Masakan perlu aku lagi? Jadi aku pergi.

Macam aku bagitau, aku tak pergi jauh. Aku cuma ketepi sedikit. Sedikit saja. Dan kau mula datang dan ludah aku sampai penuh muka.

18 July 2011

Kal Ho Naa ho.

Kau tak tau apa tentang rasa. Kau cuma kata kau tak sedia. Tak, bukan kau tak sedia apa semua. Tapi sebab kau memang tak boleh nak rasa. Kau buta.

Ni aku terus terang ni.

Selagi aku boleh kejar kau, aku kejar sungguh-sungguh. Aku akan terus kejar walau kau makin jauh. Aku tetap akan kejar sampailah aku terjatuh.

Dan waktu tu, kalau aku dah tak larat nak bangun, dah tak larat nak berdiri, tolong jangan datang dekat sini. Tolong jangan pura-pura nak toleh pandang aku lagi.

Sebab dengan darah dekat lutut tangan kaki, aku akan pergi.

Aku tak akan hampiri kau lagi.

17 July 2011

Ini dari Tumblr II.

Bila si perempuan tanya;

I wonder how boys feel when they're in love. Do they get butterflies? Do they have you on their mind 24/7? Do they wait for you to come online for hours? Do they smile at random times at the thought of you? Do they miss you all the time? Do they think about the smallest things you say?


Dan bila si lelaki menjawab;

We boys don’t get butterflies, we get fireworks. We don’t have you on our mind 24/7, but we do have you on our hearts. Often, yes we wait for you to go online, sometimes simply even just being online makes our heart skip a beat, even if we don’t talk. Whenever you talk to us, our face forms that half-smile; it means we are happy but are trying our hardest to not show it, and fail at hiding it. We do miss you all the time; granted, we’d spend all our time with you if possible. We don’t think of the smallest things you say, we think of every word you say, panicking at every single word, trying to define what it really means, to read between the lines. But wait there’s more.

Omg wut. If that’s true, thats fucking cute.

We would love you in a million ways. And once we start loving you there is no going back for us. No matter how hard we try we will always love a girl that has touched us. Us boys when in love will think of that girl first thing in the morning, and think of that girl last before we sleep at night. Whenever we see a couple, our thoughts immediately jump to that girl, and imagine that the couple was us. Every single detail about her is loved; the way she walks, talks, speaks. The sound of her voice. Her laughter. The sparkle in her eyes. Her shy smile. The way she dresses. That cute face she makes when she’s asleep. And the way she says our name that our hearts just explode with mirth, a simple act that no-one else can replicate.

A boy in love with a girl is no simple thing, though ladies stereotype us guys as simple. A man in love is not simple. No. He will be unpredictable. He will be persistent, stubborn, and given the circumstances, if it means carrying you from one side of the world to the other to win your heart, a man in love would. He will be a martyr, giving his all and asking for almost none. He will show you how to appreciate the beauty of the world in a thousand ways, and then he will tell you how much he appreciates your beauty in a million ways.

A man in love is no simple thing.

16 July 2011

Abah ku sayang muah muah II.

Abah dah sihat sikit. Alhamdulillah.

Abah ada satu bekas bulat besar untuk simpan cengkih, tembakau, kertas untuk gulung rokok. Siapa berani usik, memang menempah maut. Eceh! Masa hari yang doktor cakap jantung abah dah teruk, abah terus buang bekas simpan rokok tu. Konon-konon nampak macam betul-betul nak berhenti lah kan?

Tapi semalam abah hisap Dunhill. -_-"

13 July 2011

Ini dari Tumblr.

Eventually, you just give up on everything.

Like the friends who can't keep their word, and always having someone to go to with things, and the thought of ever seeing you again.

Then you stop calling people back, or they even stop calling you altogether, then they don't bother to come around anymore.

And absolutely every bone in your body begins to ache, every fucking second, every fucking day.

11 July 2011

Tak senyum sangat II.

Abah lagi.

Hari Sabtu lepas, abah masih belum boleh berak walaupun sudah makan ubat sembelit dan cucuk cecair masuk bontot. Keadaan ini menyebabkan abah tak lalu makan, perut abah kembung dan akhirnya menyebabkan bengkak. Risau lah ngok!

Pagi Sabtu tu, kawan aku cakap, pujuk bawa pergi emergency. Takut ada problem pada usus. Fuh fuh. Takut betul bila aku dengar kawan aku cakap gitu. Takut takut pun, takkan nak diam kan? Jadi aku pujuk abah.

Aku : Bah, jom lah kita pergi hospital.

Abah : Tak payah lah. Abah ni dah ada sakit lain dah ni. Biar je lah.

*ketap bibir kuat-kuat tahan nangis*

Aku : Mana boleh biar, bah. Kena lah check kenapa abah sakit perut apa semua. Takkan nak biar gini kot.

Abah : Dah lah. Abah tak nak pergi hospital. Makin sakit ada lah.

Aku : Itu hari kan tak cek habis lagi. Kita pergi lah lagi, cek yang betul-betul. Tengok apa yang tak kena.

Abah : Tak nak. Dah. Abah nak rehat.


Aku terus keluar bilik, masuk bilik aku, call kakak, menangis. Penat mengadu dekat kakak macam mana susahnya nak pujuk abah pergi hospital. Kakak pula mula risau. Dia lagi lah dekat Johor, susah nak balik. Tapi ni dia on the way balik rumah. Yea!

Keluar bilik, aku cari mak. Aku cakap dengan mak yang aku nak call saja ambulans. Biar abah tak boleh nak bantah lagi. Tapi mak risau abah marah. Mak pun menangis sebab abah degil, dan macam pasrah dengan apa yang jadi. Tak lama lepas tu, mak masuk bilik tengok abah. Aku tak dengar apa mak cakap pada mulanya. Tapi lepas tu aku ikut juga masuk bilik.

Aku tengok, abah tengah tengok je mak. Tak kelip mata pandang tempat lain. Lepas tu abah bangun dari katil, dan abah cakap "Hah cepat lah."

YEA! Mak berjaya pujuk abah. (Kenapa aku kalah ni?)

Tapi tak pergi hospital pun. Abah nak pergi klinik saja. Okey lah dari tak pergi langsung kan. Sampai dekat klinik, doktor cek apa semua. Tapi doktor tak boleh nak conclude apa-apa. Cuma abah tak adalah kena kanser usus ke apa sebab abah masih kentut, cuma tak berak saja. Dan doktor buat dua assumption.

i. Bengkak dekat perut tu sebab jangkitan. So doktor bagi antibiotik untuk surutkan bengkak. But in case dalam masa dua atau tiga hari bengkak tu gitu je, doktor bagi cadangan kedua.

ii. Pergi poliklinik untuk buat medical check up sebab doktor sendiri tak dapat kaitkan apa penyakit abah sebab perut bengkak, tak boleh berak, tapi kaki kurus.

Bila mak dan abah keluar dari bilik doktor, aku tanya doktor, abah berkemungkinan kena kanser hati ke. Doktor tetap tak boleh nak bagi jawapan. Sebab doktor kata, kanser hati ni selalunya tak ada simptom apa. Kalau dapat detect pun, selalunya dah final stage. Kalau sesiapa yang tengok Stanzsa Cinta dekat TV3 malam tadi, mesti dengar apa doktor cakap pasal kanser hati.

Girlfriend aku, ayah dia baru meninggal dua Jun lepas (aku ada buat entri pasal ni) kerana kanser hati. Buat masa sekarang, dia yang banyak bantu aku. Dia banyak sarankan apa aku perlu buat bila aku dah semakin blur. Thank you, love.

Hari ni hari Isnin. Abah dah berak. Alhamdulillah. Makan pun dah boleh walaupun sikit je abah makan. Tapi Alhamdulillah sebab nak juga makan. Cuma abah masih tak berapa nak larat lagi. Bila aku tanya abah bengkak tu dah surut ke belum, abah jawab;

"Belum surut lagi. Sudah lah. Abah dah tak mau pergi jumpa doktor dah. Abah memang dah ada penyakit lain dah ni. Biarkan je."

Kau nampak tak degil macam mana abah? Tapi tak apa. Degil yaaaa. Tunggu kakak sampai malam nanti, tau lah macam mana aku nak bawa abah pergi hospital. Bersedia!





Tuhan, tolong panjangkan lagi. Tolong ye.

08 July 2011

Tak senyum sangat.

Jangan ketawa sangat. Nanti kau menangis berbaldi-baldi.

Okey semalam aku cerita bagaimana bahagianya aku diberi peluang untuk berkahwin tanpa perlu ada wang kan? Hari ni kita cerita perkara yang merisaukan pula.

Abah sakit perut. Abah pergi poliklinik dan cek-cek bagai. Doktor kata jantung abah dah teruk. Okey nampak macam tak ada kaitan kan sakit perut dengan jantung. Abah mengah-mengah semalam. That's why doktor cek jantung sekali. Hah itulah abah ni. Merokok banyak sangat. Dari muda sampai ke sekarang, tak pernah nak berhenti. Aku dah cakap kurangkan merokok. Bila ada iklan pasal rokok dekat TV, aku tunjuk dekat abah. Nanti abah cakap, tak payah nak percaya sangat iklan tu. -_-"

Fuh fuh fuh.

Balik kerja malam tadi, aku urutkan kaki abah. Tapi sekejap je sebab abah tak selesa nak duduk lelama. Perut abah sakit lagi. Macam sebu kot sebab doktor kata banyak angin. Pagi tadi abah sepatutnya kena jumpa doktor lagi sekali. Tapi abah tak nak. Abah cakap abah tak larat nak bangun. Mengada.




Tuhan, bagi sikit je lagi masa pada aku okey?

07 July 2011

senyum.

Sebagai pekerja dekat kedai yang jual barangan aksesori wanita, aku punya gaji memang sikit sangat. Tapi yelah. Duduk dengan mak abah, gaji sikit tadehal pun. Kan kan.

2hb itu hari gaji. Aku hulur lah rm50 dekat mak (ni bukan nak riak tau). Ini perbualan kami.

Mak : Eh banyaknya? RM30 pun dah cukup. Mak bukan guna pun.

Aku : Mak nak tukar ke? Saya ada RM30 ni.

Mak : Kau ni ikhlas ke tak ni?

(Aku ketawa saja. Then mak sambung).

Mak : Kau kerja je lah dekat kedai tu, Malina. Tak payah kerja tempat lain. Duduk je sini dengan mak.

Aku : Mak, saya pun nak juga kerja yang lagi okey. Nak kumpul harta, nak kahwin.

Mak : Alah. Duduk je sini. Kau nak kawin, kawin. Mak tanggung.



OMG!

05 July 2011

gg II

Masa aku tak larat semalam, sampai tak boleh tidur sebab hidung buat hal dengan sumbat-sumbat, kepala sakit, badan seram sejuk, aku mesej dia.

Dia cakap: Minum air suam, mandi pagi, lari dalam guni, makan nasik.

Errrr.

Macam Bagus - The Rhaman

Dalam banyak-banyak perkataan, yang paling sesuai dengan aku ialah loser.

Masa kecil, tipikal kanak-kanak yang bercita-cita, aku pun ada cita-cita. Aku nak jadi polis, wartawan dan jururawat. Polis, dapat pegang pistol. Wartawan, dapat jumpa Shahrukh Khan macam Nor Azlina Ridzuan pengacara Majalah Tiga yang dapat bergambar dengan Shahrukh Khan dengan Salman Khan. Jururawat, tak ada reason sebab masa tu cikgu nak tiga cita-cita, jadi aku bantai letak jururawat.

Lepas SPM, aku apply polis, tak dapat. Aku masuk ipta. Masuk wataniah. Tapi penat nak mampus jadi aku quit plus ada sebab lain yang buatkan aku berhenti jadi askar. Oh btw, aku dah dapat menembak guna M16. Wartawan, aku dah tak minat. Tak sukalah benda selebriti selebriti ni cewah! Jururawat tu laagiiii lahhhh.

Habis belajar, aku blur. Aku pernah plan nak sambung master dalam Interior Design. Ingat nak buka syarikat sendiri. Tapi macam tak ada usaha apa-apa pun. Time degree pun memain inikan pula master.

"Aku rasa kesian sebab kau macam kosong."

Betul. Aku kosong. Aku nak buat banyak perkara. Tapi banyak yang tak jadi. Aku dah plan itu ini, dengan back up plan yang boleh tahan cun, tapi macam mana aku nak buat kalau aku ada limitasi aku sendiri. Aku nak gerak, nak angkat satu kaki pun terikat kuat, inikan pula nak berlari laju terus capai apa aku nak.

Kita berbeza. Aku cuba, tapi mungkin tak siapa perasaan, tak siapa merasa. Jadi apa yang aku dah rancangkan, nampak sia-sia.

04 July 2011

Abah ku sayang muah muah.

Sebenarnya aku nak tulis entri sedih. Tapi malas lah. Mood tak nak bersedih sangat. Jadi aku nak cerita pasal laptop aku.

Si laptop ni dah berusia empat tahun. Pernah pecah screen pasal tutup laptop terlupa ada pendrive atas keyboard. Pernah hampir nak terbarai antara keyboard dengan screen sebab si Fahmi main tarik laptop sekali dengan charger apa dia ingat ni daun nipah ke apa nak buat main tarik tarik gitu. Grrrr. Banyak sangat dah masalah laptop ni. Baru-baru ni, ada some file missing sampai laptop tak boleh nak on. Belum lagi dia punya kipas tak berfungsi, panas habislah laptop ni. Buat jadi iron pun boleh.

Yang terbaru, charger pula wayar dalam dia putus. Sungguh mengecewakan. Nak beli charger baru, duit tak ada. Jadi aku hulur charger dekat abah, minta abah tolong sambung. Abah kan pandai wiring. *bodek*.

Makan hari jugalah nak tunggu abah baiki charger ni. Tuptup tengahari tadi, masa aku nak ke bilik air, abah panggil, suruh test charger. Aku dengan muka ceria, semakin ceria sebab rupanya abah belikan charger baru. Heh heh heh.

"Dah gaji nanti, bayar balik dekat abah."

Senyuman aku terus mati mendengar ayat abah. :(

23 June 2011

Jaga kau, Fahmi!

Pagi tadi aku bangun lambat seperti biasa. Nak dekat-dekat azan Zuhur baru celik mata itupun setelah berpuluh kali Fahmi geletek tapak kaki aku. Nasib baik lepas geletek dia terus lari. Kalau tak mau berlekuk kepala dia tu kena hentak dengan kaki aku.

Aku menggeliat dengan sedapnya.

Fahmi yang berdiri dekat muka pintu pandang aku. Lepas tu terus dia lari dekat mama dan neneknya di ruang tamu sambil menjerit, "MAMA, GERGASI DAH BANGUN!"

@#%$#&!

22 June 2011

Abah sorang je.

Hari Bapa kan Ahad itu hari?

Jujurnya aku terlupa walaupun aku semangat gila tukar profile picture dekat FB dengan abah masa bulan lima. Nasib baik aku tengok iklan tivi. Dulu masa darjah tiga, aku pernah bagi sekotak Dunhill siap balut dengan kertas warna pink pekat. Dunhill 20 masa tu baru tiga ringgit lebih. Mampu lagilah tabung aku tu nak tampung harga sekotak rokok kesukaan abah tu. Walaupun mak jeling marah sebab aku bagi hadiah rokok dekat abah, tapi aku tak peduli, yang penting abah aku gembira. Kan kan kann?

Tapi dah besar ni tak tau dah nak belikan apa.

Awal tahun hari tu, masa aku masih duduk bersenang lenang dekat rumah, sekarang pun senang lenang lagi, abah demam. Abah ni pesen kerja yang banyak kerah tenaga. Masa muda-muda dulu, abah kerja sawah. Bila pindah ke Pahang, abah jadi peneroka. Ngangkut sawit tetiap hari. Bila pekerja Indonesia dah ambil alih, abah apply kerja pekebun dekat sekolah. Paling gembira, akulah. Sebab abah ada dengan aku setiap hari. Orang lain, tak ada. Okey sambung dekat part abah demam tu. Disebabkan terbiasa bekerja, abah tak betah duduk rumah. Tu yang abah pergi jadi jaga dekat koperasi felda jengka aku. Bila dah demam tu pun, abah nak juga kerja. Aku dengan mak puas duk paksa, cuti lah, cuti lah. Tapi abah degil. Dan baru aku faham dari mana sifat degil aku ni datang.

Demam abah tu tak kebah pun dalam masa seminggu. Aku cuak. Dah lah ajak abah pergi klinik, dari awal-awal dah ditentang hebat oleh abah. Tapi nak tak nak, aku tarik abah bawa masuk kereta, pergi cek doktor. Tuptup, doktor kabor abah ada kencing manis. Sampai tak boleh baca pula tu berapa kencing manis abah. Kalau ikutkan memang kena duduk wad, tapi abah tak nak. Jadi doktor bagi ubat dan suruh datang balik seminggu lepas tu.

Seminggu, aku jaga abah yang langsung tak nak makan. Badan abah yang chubby buncit buncit comel tu terus kurus kering. Memang keping sangat. Tiap kali aku nak bagi abah makan, dan bila abah cakap abah tak nak, aku ketap bibir kuat-kuat sebab aku tak nak nangis depan abah. Aku menangis sebab tak sanggup tengok abah kurus sangat, terbaring tak larat nak bangun. Susah hati tau.

Dua minggu, kencing manis abah mula turun. Tapi abah tetap tak ada selera nak makan. Kalau tiba-tiba abah cakap nak makan tomyam, cepat-cepat aku buatkan. Eh tak. Mak aku lah yang buat. Aku tolong suapkan je sebab kalau dengan orang lain, abah tak nak makan. Dengan aku, aku paksa. Biorlah abah nak marah ke apa ke, janji abah makan sikit. Dekat sebulan tengok abah sakit gitu, bodohlah kalau aku tak risau, tak fikir sebarang kemungkinan kan. Tapi Alhamdulillah. Abah dah beransur pulih dan sekarang, abah sihat dan buncit seperti dulu. ^^

Abah dah 64 tahun. Tua kan? Aku selalu doakan mak dan abah panjang umur. Tapi dalam usia macam ni, aku tau yang aku kena bersedia untuk apa-apa yang bakal terjadi. Aku tak minta, tapi semua orang akan mengalami perkara yang sama kan? Jadi aku terima segala keputusan abah yang tak mahu aku keluar dari Pahang, terus duduk dekat rumah ni sehinggalah sampai waktu yang sesuai. Yelah. Aku tak nak satu hari nanti aku menyesal.

Jadi, Selamat Hari Bapa, bah.






20 June 2011

Waalaikumussalam. Jemputlah masuk.

Harith, si kanak-kanak empat tahun yang pandai bergaya itu makin kerap datang ke kedai menemani aku setiap malam. Ah bukan teman aku pun. Dia tak habis-habis nak tengok dia punya Upin Ipin tu. Dari bateri hijau, sampai bateri merah lepas tu terus padam, dia pegang lah fon aku. Sampai berbaring-baringan dekat kedai.

Jadi seperti hari-hari mendung yang lain, selepas maghrib, Harith datang dengan ayat "Tadi saya makan kuey tiaw goreng dengan tepung goreng sotong." Bila aku nak, dia jawab, "ala kedai Harith dah nak tutup lah." -_-

Aku biarkan Harith melayan Upin Ipinnya. Aku sambung baca Mangga. Sedap juga tengok lelaki muda berposing dekat tepi kolam basah-basah kannn. Tiba-tiba Harith ketuk lutut aku beberapa kali. Aku tanya lah kenapa. Lepas tu Harith jawab dengan memberi salam. Aku pun kerutkan kening aku. Apahal budak ni.

"Saya kan tengah ketuk pintu ni. Awak kenalah jawab salam saya bagi tu." -Harith.

17 June 2011

Al-Fatihah.

Dua Jun yang lepas, ayah kepada kawan baik aku meninggal. Ni bukan kawan baik yang BFF apa jadah tu. Ni betul-betul kawan baik yang pernah bergaduh dan bercemolot dua saat selepas bergaduh. Serius.

Aku tak pernah rasa apa yang dia dah rasa sekarang. Tapi bila tengok dia duduk baca Yaasin sorang-sorang dekat sebelah jenazah, tanpa ada kawan dekat sebelah, hati aku luluh. Dan bila tengok sekarang ni dia boleh ketawa-ketawa, aku rasa hairan. Jadi aku tanya dia, apa dia rasa sebenarnya. Yelah. Selalunya kalau one of our family meninggal, mesti kita rasa macam down kan. Tapi kawan aku jawab gini;

"Rasa sedih tu memanglah ada. Tapi aku fikir macam ni jelah. Ayah aku pergi dulu, sebab dekat sana nanti dia nak siapkan rumah banglo untuk mak aku, abang aku, adik aku dan untuk aku. Lagipun, ustaz ada cakap, roh orang mati kan boleh balik. Aku taknak kalau ayah aku balik, tengok aku sedih. Nanti mesti ayah aku lagi sedih. Tak apa. Satu hari nanti, kau akan faham apa aku rasa."

Tak ada istilah bersedia atau tak untuk lepaskan orang yang kita sayang pergi. Kan? Aku tak rasa aku kuat. Tapi sekurang-kurangnya, aku harap dia akan ada dekat sebelah aku kalau tiba-tiba aku dah tak larat nak berdiri nanti.

16 June 2011

Lebyu kin.

Aku tak suka nak merancang. Sebab aku takut untuk rasa sakit atau kecewa bila apa yang aku rancang tu tak jadi. Aku rasa ramai je spisis macam aku kann. Tapi macam mana aku cakap aku tak suka merancang pun, aku tetap terancang sesuatu. Lebih-lebih lagi untuk 24, 25 dan 26 hb ni. Yea.

Laptop aku rosak. Ada file missing apa jadah entah. Malas aku nak cara. Tapi bila fikir, tanpa laptop, hidup aku lesu betul. Dan sia-sia RM68 setiap bulan aku simpan dalam Bank Celcom kalau laptop aku rosak. Sudah lah tu, novel aku dah tak bergerak-gerak dah. Ni bukan merangkak lagi dah ni. Memang mati terus. T_T

Tunggu aku, Melaka. Muah.

09 June 2011

Hah berdosa!

Kawan sekerja aku sebelum ni, Nurul, dia pergi kerja pakai tudung. Dekat kedai, dia buka tudung. Tapi aku bukan nak cerita pasal dia on off dengan tudung dia.

Ada kak Ani jiran sebelah, kerja dekat kedai jual jamu plus plus plus. Waktu malam, kak Ani selalu datang lepak dengan aku. Dah kalau duduk bersama, kalau tak bertanya-tanya, tak sah. Jadi kak Ani pun bersoal jawab dengan aku.

K.A : Kenapa budak Nurul tu selalu on off time kerja? Dekat kedai freehair, nak balik, tau pulak kelam kabut pakai tudung.

A.H : *ketawa* tak taulah kak. Dia cakap dia panas dalam kedai.

Okey habis scene mengumpat. Kembali ke penceritaan, empat hari lepas, kak Ani datang kedai lagi sebab nak beli sepit rambut. Oh. Rupa-rupanya dia baru lepas rebonding. Hari ini, kak Ani offday. Lepas tu tadi, dia lalu depan kedai dengan anaknya di dukungan.

Amboi nok. Free hair tau!

08 June 2011

pendam saja.


Dah masuk dua hari aku kerja dari pagi sampai malam. Selalunya, aku kerja shift petang, 2.30 sampai 10.00 malam. Tapi disebabkan budak yang lagi sorang ni dah berhenti sebab nak masuk Form Six, jadi aku perlu cover dari pagi sampai malam.

Masuk tengahari, aku pun lapar. Aku pergilah beli nasi dekat satu kedai makan ni. Masuk kedai, aku nampak satu adik ni, lelaki, berbaju biru. Dia ADIK tau. Tak berapa nak abang sangat. Tapi aku peduli apa. Aku lapar lantas tangan laju mengambil polisterin. Masa nak ambil nasi, adik baju biru tu pun nak ambil nasi juga.

Agak-agak kalau aku cakap pada adik tu, "Tak apa,dik. Lady's first" dekat dia, muka aku kena lempang tak?

07 June 2011

Woi suka-suka je kasi aku nangis tau Amalina ni!

aku pun tak nampak jalan.hahah!
aku pun redah.hahah!

bila aku jatuh. aku gelakkan diri sendiri daripada aku duduk menangis. sebab bila aku gelakkan diri sendiri, aku rasa lebih kuat daripada orang-orang yang sedang gelakkan aku(kononnya).

kalau jatuh longkang lagi, panggil aku untuk tarik kau keluar.aku tak kuat sangat, tapi aku rasa aku larat tarik kau..kau tak beratkan?

walaupun lepas jatuh longkang,aku tak rasa kau busuk seperti yang kau sangka..macam aku jumpa seorang budak perempuan..dia asik tanya kat aku "saya busuk tak kak?".padahal,dia sangat berbau minyak wangi.
adakalanya kita adalah musuh diri kita sendiri.

(panjang komen aku,sori kalau buat kau rasa jengkel)

kan..aku pun selalu menjadi musuh diri aku.haha..

06 June 2011

mengeluh jom.

Bila baring mengadap siling, aku mesti nak menjiwang. Jiwa mesti meronta-ronta nak mengada-ngada. Lempang kangg saja.

Aku kan, sumpah tak nampak langsung jalan hidup aku. Tengok member-member keliling, semua dah plan bagus untuk lima tahun akan datang, atau sekurang-kurangnya, tiga tahun ke hadapan. Aku ni, nak plan hari esok pun tak tau. Dah penat nak teraba-raba bagai.

Sekarang, aku cuma terus jalan ikut hala kaki. Agak-agak nak terjatuh longkang, aku capai lah lalang-lalang tepi longkang tu. Setakat tangan luka, tak ada hal lah. Daripada jatuh longkang, ye dak?

Tapi kalau dah jatuh, terpaksa basah dan busuk jelah. Nak buat macam mana. Aku bukan ada kuasa nak buat masa berhenti apa semua tu. Aku masih dengan sikap lama, terima dan terima. Tak pernah cuba untuk merubah.

30 May 2011

gg

Habis lahh.
Dia dah tarik keluar habis hati aku.
Mampus aku macam ni.

29 May 2011

Cik Su.

Kalau siapa-siapa pernah terjenguk blog aku masa tahun 2009 dulu, mesti tau aku ni tak berapa berani dengan binatang berkaki banyak. Contoh, labah-labah. Bukanlah tak berani, masalahnya labah-labah tu yang tak takut dengan aku. Dah hentak-hentak kaki pun dia rilek je makin dekat dengan aku, apa gila kau nak suruh aku diam macam patung? Karang dia gigit aku, terus jadi Spiderwoman. Dah tak memasal mak aku tempeleng sebab pakai baju ketat-ketat.

Habis tu dah tau takut, kenapa aku letak labah-labah bergerak dekat blog? Jangan risau. Dia tak boleh keluar dari screen laptop/pc melainkan korang pergi print. Ada orang kata, untuk buang perasaan takut tu, kita kena berhadapan dengan ketakutan tersebut. Orang katalah.

Oh aku nak bagitau, nama labah-labah dekat atas ni, Suraya.

28 May 2011

pelepow!

Sebagai seorang yang tak ada adik, aku memang tak berapa nak ada sifat penyabar untuk layan budak-budak.

Hari ini, Danish yang cubit pipi aku itu hari dah mula tunjukkan perangai yang sebenar. Pagi tadi, dia mula menyerang kedai dengan membaling batu dan juga bahagian-bahagian ultraman yang sudah pun tercabut. Nasib baik masa tu bukan aku yang jaga, kalau tak, aku campak bahagian badan dia depan kedai.

Petang tadi pula, dia berlari-lari sambil menjerit (norma kanak-kanak) dan terus masuk kedai. Dia ternampak botol vanilla coke aku yang masih ada separuh. Laju tangannya mencapai dan berkata, "Nak sikit."

Tanpa tunggu aku cakap apa, dia terus meneguk air itu sehingga tinggal sikit. Aku cakap, "Akak tak bagi pun kamu minum."

Dia pandang aku, dan terus teguk coke tu sampai habis. Peh. Menyirap kot aku. Okey okey aku tau he's just a kid. Tapi come onnn. Tak dengar cakap orang langsung. Lepas tu makin degil, makin nakal. Kalau dia ni adik aku, memang teruk aku kerjakan!

27 May 2011

merapoh

Untuk beberapa ketika, aku tak boleh nak paksa siapa-siapa untuk ada dekat sekeliling aku terpacak macam tugu apa semua untuk elak aku dari kena bedil meriam yang celaka. Walaupun aku berharap tugu-tugu tu tak pernah akan berkecai, tapi satu masa, aku kena bersedia untuk hadapkan diri berdepan dengan butiran besi sebab tugu aku dah lari.

Jaga diri baik-baik, sayang.

26 May 2011

Kalau sakit jangan marah.

Aku rasa nak sepak je Chrome ni. Tapi tak sampai hati pulak nak sepak laptop sendiri. Dah tukar pasword pun masih celaka perangainya. Benci taw!

Hari ni hari sakit sedunia.

Maghrib tadi, ada tiga orang adik beradik bersuka ria melompat-lompat di dalam van sementara si ayah sedang gembira berborak dengan Robi, si Bangladesh yang bekerja di kedai perabot sebelah. Mak pernah pesan, masa maghrib jangan nak bergembira sangat. Setan tengah berlari lintang pukang nak lari dari azan. Dan aku sememangnya bukanlah spesis melayan kanak-kanak kecuali Harith, 4 tahun itu, aku biarkan saja dan terus layan video orang mengaji (cover baik). Tiba-tiba, aku terdengar bunyi benda jatuh, diikuti tangisan kuat kanak-kanak lelaki.

Aku bangun dari kerusi, aku jenguk. Adik bongsu dari tiga orang tu dah pun tertiarap atas jalan tar, mulut berdarah. Dengan aksi penyayang, aku berlari nak angkat, tapi ayahnya lebih laju mendukung. Kesian tengok budak tu menangis dalam pendarahan.

Apa akan jadi dekat abang dia nanti kan?

23 May 2011

nasi berkuah.

Balik dari kerja, tengok mak tengah sedap baring-baring sambil tengok Sirah Cinta dekat TV1. Aku macam biasa, masuk rumah terus port barang dekat tapak longgokan sampah. Eh eh. Port aku lahh. Ada meja, buku, komik, zine, charger, henfon terbiar, purse lama, payung, file ada sijil, sampul pos laju, lilin terapi, kad tambah nilai, dan jam. Sebenarnya banyak lagi barang tapi berselerak kan, tak boleh nak cakap apalahh.

Dah lempar beg atas meja, aku terus duduk dekat kerusi, buka kipas nombor tiga, membiarkan rambut berterbangan seperti di tepi pantai waktu malam oh indahnya.

Lepas tu ada scene dalam Sirah Cinta yang tunjuk satu perempuan ni tengah dating dengan boyfriend dia. Ada adegan lelaki tu cium tangan perempuan tu.

Aku : Pfft. Rilek je perempuan tu bagi lelaki tu cium tangan dia. Dah lah tak hensem!

Mulut aku biasalah. Pesen belagak tak tentu pasal. Nanti satu hari dapat suami tak hensem barulah nak menyesal. Mak diam saja. Tapi tak lama lepas tu...

Mak : Pelakon lelaki tu orang Asli agaknya.

dalam perjalanan.


Harga sama tau awak. Tapi belum rilis lagi. Saja je tunjuk dekat sini. Hewhewhew

belajar review.


Ini novel Dendam.

Aku nak tulis apa pun aku tak tau sebab novel ni MasyaAllah sedap sangat! Ringkas. Tak banyak perbualan. Lebih kepada penceritaan. Ayaaattt je. Jalan cerita tak meleret-leret. Kiranya macam kau berak cirit, kau mesti nak duduk je atas mangkuk tandas tu sampai cirit tu keluar habis kan? Ha macam tu lah cara aku baca novel ni. Bukanlah aku baca sambil duduk atas mangkuk tandas. Tapi aku baca terus sampai habis lah.

Memang cerita yang klise, tapi pengolahannya sangat osem. Bagi aku pinjam jari-jari korang supaya aku boleh buat thumbs up bebanyak pada Affifudin Omar.

Kalau nak review yang baik, tengok sini.

hb, dude.

Okey aku pernah cakap dulu yang aku ni pemalas kan. Tapi pemalas pemalas pun, aku comel. Terima kasih.

Sejak aku beli bakul untuk letak baju yang sudah dipakai, perangai pemalas aku semakin menjadi-jadi. Dengan selamba aku akan campak baju-baju kotor, tunggu nak dekat bakul kain tu senget sampai nak tumbang, baru aku tarik bawa ke mesin basuh. Tengok, nak angkat pun malas. Padahal dulu aku kemain rajin basuh baju pakai tangan. Tapi sekaranggg.

Lepas tu, kalau dah basuh baju guna perkhidmatan robot, lagi memalaskan aku. Setiap 15 minit, pakaian akan berhenti berputar. Disebabkan aku malas nak spin dan sidai, aku akan pusingkan lagi robot itu supaya terus mengerjakan baju aku. Sampailah mak tegur, "Dekat lima kali mak dengar kau pusing mesin tu. Pembersih betul."

Mak memang sarkastik sikit. Takda hal. Aku pun ambil keputusan untuk selesaikan apa yang patut sebab bila difikir-fikirkan, akhir cerita, aku tetap kena sidai baju tu kan?

Lagi, aku tak suka lipat baju. Eh eh. Bukanlah tak suka. Aku okey je. Cuma mak mesti cakap "Meh mak yang lipat. Kalau nak tunggu kau siap lipat, entah sampai bila."

Haa nampak tak? Bukan apa. Aku ni dah lah pemalas. Lepas tu mengada pula. Kalau nak lipat baju tu, mesti nak dapat hasil macam baju baru ambil dari Dobi. Nak kemas, tak ada kedut-kedut tapi tak payah gosok. Apabila ditambah dengan pakej pemalas, maka hasilnya sehelai baju mengambil masa setengah jam lebih-lebih lagi bila sebelah tangan di laptop.

Eh aku mengantuk. Bai.

22 May 2011

matayang.

Pernah tak masa anda rasa anda betul-betul perlukan seseorang, lepas tu anda taip mesej panjang-panjang untuk cerita apa yang anda rasa, kemudian anda dah pick satu nama. Tapi bila langkah terakhir iaitu untuk tekan button Send, anda cancelkan penghantaran mesej tersebut. Tak, bukan kerana anda sayangkan kredit. Tapi mungkin kerana anda lebih memikirkan apa penerimaan dia tentang mesej anda. Dia boleh jadi seorang kawan baik. Jika ya dia kawan baik anda, baguslah. Tapi kalau anda sebenarnya ada perasaan yang atas sikit dari kawan baik tu, tapi dia anggap anda kawan baik saja, mungkin itu yang mengganggu proses penghantaran. Kan?

Aku memang suka mengarut. Padan muka kalau anda tak faham. Dan lagu ni untuk KAU!

20 May 2011

Leave me high.



Brader Is cakap, pasang lagu ni sebelum tidur dan selepas bangun pagi memang layan. Betul. Memang sesat meninggi aku.

border.

Hey hey hey.

Kau baca blog aku ye? Lepas tu nak marah dan terus nak cerita dekat kawan-kawan lain ye? Haa ceritalah. I don't give a shit. Langsung tak. Nak pulaukan aku, alah aku dah biasa kena pulau. Tapi Pulau Langkawi lah. Pulau Pinang belum lagi.

Sebelum ni pun, aku dah biasa sorang-soranglah, kawan. Jadi, kenapa aku nak kena kisah dengan apa akan jadi selepas ni kan? Betul tak? Ke tak betul? Okey aku peduli apa.

Sekian, terima kasih.

Itu pun nak terasa.

Phew.

Aku selalu je nak terasa-terasa dengan orang-orang itu. Aku dah cuba tau nak jadi seorang yang cool macam Jonny Greenwood atau pun setinggi (baca:se-high) Thom Yorke masa tengah nyanyi lagu A Punchup At A Wedding masa live dekat mana entah. Tapi aku tak boleh. Aku tetap seorang wanita yang lemah pendiriannya untuk terus menjadi seorang manusia yang sangat mengancam kewibawaannya.

PELEPOW!

Okey. Aku terasa lah dengan korang. Bukan sekali tau, tapi dah agak dua tiga kali. Sedih tau kalau kewujudan aku mula dinafikan haknya. Kecik hati tau. Kecik. Hati. Tau.

Okbai.

19 May 2011

Solmet.

“Only once in your life, I truly believe, you find someone who can completely turn your world around. You tell them things that you’ve never shared with another soul and they absorb everything you say and actually want to hear more. You share hopes for the future, dreams that will never come true, goals that were never achieved and the many disappointments life has thrown at you. When something wonderful happens, you can’t wait to tell them about it, knowing they will share in your excitement. They are not embarrassed to cry with you when you are hurting or laugh with you when you make a fool of yourself. Never do they hurt your feelings or make you feel like you are not good enough, but rather they build you up and show you the things about yourself that make you special and even beautiful. There is never any pressure, jealousy or competition but only a quiet calmness when they are around. You can be yourself and not worry about what they will think of you because they love you for who you are. The things that seem insignificant to most people such as a note, song or walk become invaluable treasures kept safe in your heart to cherish forever. Memories of your childhood come back and are so clear and vivid it’s like being young again. Colours seem brighter and more brilliant. Laughter seems part of daily life where before it was infrequent or didn’t exist at all. A phone call or two during the day helps to get you through a long day’s work and always brings a smile to your face. In their presence, there’s no need for continuous conversation, but you find you’re quite content in just having them nearby. Things that never interested you before become fascinating because you know they are important to this person who is so special to you. You think of this person on every occasion and in everything you do. Simple things bring them to mind like a pale blue sky, gentle wind or even a storm cloud on the horizon. You open your heart knowing that there’s a chance it may be broken one day and in opening your heart, you experience a love and joy that you never dreamed possible. You find that being vulnerable is the only way to allow your heart to feel true pleasure that’s so real it scares you. You find strength in knowing you have a true friend and possibly a soul mate who will remain loyal to the end. Life seems completely different, exciting and worthwhile. Your only hope and security is in knowing that they are a part of your life.” -Bob Marley.

14 May 2011

muah muah

Pertama kali aku nampak Radiohead ialah ketika aku tingkatan empat. Masa tu, seorang buddy aku yang tangan paling banyak seni melekat, pakai Tshirt hitam dengan perkataan Radiohead pada baju tu. Tapi waktu tu aku tak tau lagi apa benda Radiohead ni. Sehinggalah Radiohead jadi cover Utopia.

Masa tu aku baru tau Radiohead adalah band.

Sekitar hampir dua tahun yang lepas, aku minta satu lagu yang sesuai untuk bantu aku pulihkan semangat. Dan seorang ini bagi link youtube untuk satu lagu Radiohead bertajuk Nude. Untuk pertama kali aku dengar, aku menangis. Damn itu. Segan juga nak tulis yang aku menangis. Tapi serius aku menangis. Bukan sebab lirik, tapi kelunakan suara Thom Yorke. Dan seorang itu dengan baik hati bagi hampir kesemua album Radiohead yang dia ada pada aku.

Sebenarnya aku nak cakap yang aku bengang kenapa aku tak boleh copy code untuk satu video Nude ni. Embedding disabled by request? Kedekut!

Nah klik ini saja [Radiohead : Nude (Scotch Mist Version) ] dan kau akan faham apa maksud seksi.

12 May 2011

danish

Dekat kedai yang aku kerja ni, sebelahnya adalah kedai jamu. Dekat sebelah kedai jamu, kedai makan. Dekat kedai makan inilah tempat anak-anak ikan, eh maksud aku, pelajar-pelajar uitm akan datang untuk makan. Tokey kedai makan ini adalah pasangan suami isteri yang ada seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Namanya, Haris.

Haris comel. Dia suka pakai tshirt dan shortpants. Untuk kanak-kanak seusia dia berpakaian begitu dengan bangle di pergelangan tangan, dah nampak stylo. Tambahan pula kulitnya putih, rambutnya cacak-cacak. Dia juga membahasakan dirinya sebagai -saya- dan aku sebagai -awak-, bukan kakak. Contoh ayat dia : "Saya suka awak". Bukan "saya suka kakak".

Comel kan?

Haris ada seorang kawan, namanya Danish. Danish ni darjah tiga. Tadi petang, Danish datang kedai, tengok aku yang tengah tengok Maharaja Lawak. Danish duduk sebelah aku. Tengah sedap-sedap aku ketawa, Danish pandang aku. Aku pun pandang dia. Tiba-tiba dia cubit pipi aku.

Kalau dia dah sekolah menengah, aku ajak dia kahwin.

burp II

Balik kerja hari ini, yang ada hanya lauk sayur, itupun baki makanan tengahari tadi. Ikan goreng dah habis. Yang tinggal hanya ikan yang sudah berasam garam dan kunyit yang masih belum bergoreng. Tapi itu pun dalam freezer. Macam mana nak goreng dalam keadaan beku gitu? Nasib baik mak sempat keluarkan ikan tu sepuluh minit sebelum aku sampai dekat rumah. Jadi bila aku dah ada dekat dapur, takkan aku nak suruh mak pula yang gorengkan ikan kan? Halah setakat goreng ikan apalah sangat. *angkat kening*

Dan aku mengeluh.

Baru kerja kedai, balik kena masak pula padahal goreng ikan je pun, aku dah mula rasa penat. Macam mana lah mak dulu dengan anak kecil, pergi kerja pagi-pagi. Balik petang nak uruskan anak-anak lagi, nak kemas rumah lagi, masak lagi. Sikit pun mak aku tak merungut, membebel tu normal lah. Aku yang balik dari kerja melepak ni pun, kena goreng ikan sikit dah rasa penat.

Tak jadilah nak kahwin macam ni.

11 May 2011

tiba-tiba keluar topik

Orang kata, perempuan ni sensitif kalau bercakap soal umur. Yeke? Entah. Aku rasalah. Sebab TV, radio, majalah, dunia maya pun cakap perkara yang sama.

Orang selalu tak boleh teka berapa umur aku dengan tepat. Kalau ada orang datang rumah aku, orang cenderung untuk cakap aku masih tingkatan empat sebab dekat rumah aku hanya pakai tracksuit dan tshirt. Aku tak reti nak pakai kain batik nanti terlondeh haa kau. Gila. Kalau dekat luar pula, orang mungkin boleh menyangka aku seorang ibu beranak empat. Okey tipu. Dorang mungkin fikir aku ni selayaknya sudah berkahwin dan ada sorang dua anak. Ye kot. Entah. Tapi itulah, pemakaian melambangkan usia, untuk sesetengah orang itulah.

Dan aku bermasalah untuk menembak umur seseorang.

Sungguh. Kalau anda nak cuba merasa kecil hati dengan aku, cubalah suruh aku teka umur anda. Elok-elok anda masih muda remaja, mulut longkang aku ini suka-suka cakap anda sudah anak tiga. Tak memasal aku dapat tamparan wanita.

Kelmarin, seorang wanita cuba berborak dengan aku di kedai. Aku ni pula pesen tak pandai berborak dengan orang pendiam, mulalah nak tanya soalan mengoyak jiwa.

"Umur berapa?"

Si wanita itu tersenyum. "Tekalah," jawabnya ringkas. Aku mula tak tentu arah. Susah juga. Si wanita ini kecil molek, kelihatan masih muda remaja. Tapi wajahnya seperti bukan keanak-anakan lagi. Aku kira-kira dia sudah 25 atau lebih 25 tahun. Tapi aku tidak sampai hati untuk meneka dengan nombor itu.

"22 eh?"

Si wanita itu tersenyum menggeleng. "26 lah." Dan dia terus tersenyum. Gembira agaknya bila aku menyangka dia masih di awal 20-an.

Ya. Aku hipokrit.

Sejak aku dihadiahkan bilik tidur bersama dua orang lagi kakak, aku dah jarang benar tidur dengan mak. Dan bertahun-tahun kemudian, lepas abah beri satu bilik kosong yang abah cat warna hijau cerah walaupun aku berkeras mahu kan warna merah hati tapi cepat-cepat aku setuju dengan warna hijau itu sebelum di backhand abah, aku langsung tak pernah tidur dengan mak lagi.Sungguh.

Tak tau kenapa, setiap kali aku pulang bercuti *ketika masih bergelar student*, kalau mak ajak tidur dengan mak (mungkin masa tu mak merajuk dengan abah. hew hew hew), aku tetap berdegil untuk tidur sendiri dalam bilik hijau itu.

Kalau ada siapa-siapa yang perasan, aku boleh bercerita secara terperinci perihal abah, dan jika diperhatikan dalam blog ini sendiri, lebih banyak kisah abah, berbanding dengan mak. Mungkin sejak dari kecil, sentiasa ada jurang antara aku dengan mak, menyebabkan aku rasa sedikit janggal untuk lebih rapat dengan mak. Seperti kanak-kanak lain, aku dibesarkan hampir sempurna. Namun, disebabkan perangai kami adik beradik yang sangat berbeza, jadi cara mendidik pun berbeza. Tiada istilah Pilih Kasih.

Kakak yang di atas aku, jenis rebel orangnya. Makin ditegur, makin syaitan perangainya. *mampus aku kalau kakak aku baca.* Berbanding dengan aku yang hundred percent comel, innesen, dan sentiasa mengikut kata. Ok tak. Aku jenis degil juga. Setakat getah paip, hanger besi, penyapu bulu ayam, dan apa saja yang sempat mak capai, bukan lagi bendasing yang melekat dekat bontot, tangan, dan betis aku. Dah kena belasah tu, apa lagi, aku menangislah seperti kanak-kanak comel yang lain tapi for sure lah aku paling comel, dan mak akan datang pujuk semula. Mak cakap, mak tak marah aku, tapi mak marah benda jahat dalam badan aku, mak pukul supaya benda tu keluar, supaya aku lebih comel. Kah kah. Dan lepas kena bantai tu, aku pun tunduk, mendengar kata. Tapi cuba lah jentik kakak aku tu, mau merajuk sampai Wawasan 2020 nanti. Itu pun kalau dia merajuk. Kalau dia lari ikut jejaka Lombok macam mana?

Benda ni jadi ketika aku masih kecil dan comel. Jadi sedikit sebanyak, emosi aku tersentuh, terasa di pilih kasih kan. Kenapa dengan aku, mak berkeras? Tapi dengan kakak, mak berlembut. Bila dah besar, baru aku paham. Tapi tetap aku rasa ada sikit jurang jugak.

Dan malam tadi, aku tidur dengan mak, setelah bertahun-tahun aku tidur dengan ThomYorke.

Mak tidur lena. Dua ulas bibir tua itu *ayat novel* macam tengah senyum. Manis. Hidung mak, tak macam hidung aku yang mewarisi gen abah. Kedutan dekat mata mak makin banyak. Lepas ni kena sarankan mak guna Olay Regenerist lah. Dan rambut mak, dah banyak yang putih-putih. Mak dah enam puluh dua tahun ni.

Sebagai anak yang berjaya dipengaruhi Lucifer, aku tetap berdoa supaya Tuhan beri aku kesempatan untuk aku berpeluang menggembirakan mak dan abah. Sebab aku pernah terbaca dekat tivi;

"Dan ketika tertutup sudah mata ibumu, maka hilanglah satu lagi keberkatan di sisi Allah, doa seorang ibu."

burp.

Itu hari, hari Ibu kan.

Aku dah tukar gambar profail dengan mak. Tapi aku tak tukar masa hari Ibu dan tukar semula gambar profail setelah hari bertukar ganti. Aku tukar gambar profail aku sehari selepas hari Ibu. Kenapa? Saja saja. Mungkin sebab gambar tu, muka aku nampak comel.

*pelepow*

Masa hari Ibu, kan hari Ahad. Ahad, aku tak kerja. Cuti. Lepas tu, aku tak bagi hadiah apa-apa pun dekat mak. Aku bukan ada duit. Lagipun, kalau setakat beli hadiah untuk mak, pakai duit mak, apa beza dia? Tapi aku ni pun bijak dan romantik juga orangnya. Aku dah plan baik dah dari hari Jumaat minggu sebelumnya tu lagi nak buat baik masa hari Ibu. Menjadi anak yang menyenangkan itu lebih dari cukup. Kan.

Pada hari Ibu itu, aku tersedar ketika Melodi memulakan siaran.

Ah lahanat sungguh. Punah semua hajat aku nak buatkan mak sarapan, nak kemas rumah, nak basuh baju, nak siapkan makanan tengahari. Semua jahanam! Pergi dapur, tengok-tengok lauk pauk semua dah siap. Sungguh aku kecewa dengan diri aku. Sedikit pun tak sempat aku nak tunjuk pada mak yang aku hargai sangat beliau, yang aku sayang sangat beliau.

Lantas, aku basuh tangan, dan makan tengahari bersama mak dan abah.

10 May 2011

grf gzz

Aku seorang yang mudah. Dan serabut.

Dulu, aku pesen kepoh juga. Semua benda aku nak ambil tahu. Kalau aku antara orang terakhir yang dapat tau si Meah ni kapel dengan anak Usin Drebar, aku kecil hati seminggu. Tapi seminggu jelah. Karang dengan siapa pula aku nak keluar kan.

Tapi semenjak memegang title janda beranak ikan ni, aku mula tidak endahkan apa yang berlaku dekat sekeliling aku. Aku hanya pandang yang ada di depan walaupun kadang-kadang terlepas pandang juga. Aku malas nak ambil tahu apa benda jadi. Aku buat hal aku, anda buat hal anda. Sesekali kalau hal anda tersilang dengan hal aku, barulah aku bertanya apakah perkara itu. Ada dua tiga yang terasa dulu, aku kisah juga. Tapi sekarang, kalau nak terasa sampai tak nak bertegur pun, peduli apa.

Anda nak bercerita, anda buka mulut. Aku akan buka telinga. Tetapi, bergantung kepada jenis hal. Kalau yang cinta, mana yang perlu saranan, aku akan luah dua tiga ayat walaupun aku bukanlah orang yang berjawatan pegawai Kaunseling mahupun memegang ijazah saikologi, dan selebihnya, aku biarkan anda terus bercerita dan bercerita. Jika berkait dengan hidup pula, aku lebih suka menadah bahu tanpa membuka mulut.

Ya. Aku cuma kisahkan jiwa aku yang lagi satu itu saja.

09 May 2011

Ngilu.

Kawan aku ada berpesan, kalau nak minta kerja dengan kerajaan, Resume dan cover letter perlu berbahasa melayu. Jadi aku pun gigih cuba menterjemahkan dua perkara ini sambil berpeluh-peluh. Tapi cuba punya cuba, gagal juga. Jadi, aku pun mengambil langkah mudah, buka google translate.

Ini hasilnya;

Saya, sebagai yang disebutkan di atas, saya senang untuk mengajukan permohonanuntuk bekerja di syarikat Avocet Mining PLC. Saya ingin menanyakan tentangkemungkinan lubang kerana saya tertarik untuk bekerja dengan syarikat ini.

Untuk maklumat anda, saya menyelesaikan tesis saya yang tentang Kualiti Air Langkawi Island Utama Streams. Saya mempunyai latar belakang geologi baik setelah menyelesaikan tesis dan saya yakin saya boleh melaksanakan pengetahuansaya untuk syarikat ini. Saya juga mengambil subjek Penilaian Kesan Alam Sekitardan Mineralogi Optik subjek yang menurut saya baik bagi saya untuk menerapkannyadi syarikat anda.

resume dilampirkan saya mengandungi maklumat dari kelayakan saya dan kemahiranyang saya akan membawa syarikat untuk Avocet Mining PLC. Saya sangat ambisiusdan individu yang bekerja keras. Ketika saya mengendalikan pelbagai tugas padatiga tahun saya di Universiti Kebangsaan Malaysia, ini membuktikan bahawa sayaboleh bekerja dengan baik di bawah tekanan. Selain itu, saya seorang pemainpasukan yang bagus dan juga orang yang optimis kerana saya melihat hidup dengannilai-nilai positif. Saya ingin sekali belajar hal baru dengan kemampuan untuk cepatbelajar kemahiran teknikal baru.

Saya akan menghargai kesempatan untuk membincangkan dengan anda danmemberikan maklumat lebih lanjut mengenai pencalonan saya. Saya percaya saya dapat mengatasi semua tanggung jawab yang diberikan kepada saya. Terima kasih atas waktu dan pertimbangan. Saya berharap untuk bercakap dengan anda akan.

Okey. Aku rasa lebih baik aku terjemahkan sendiri. -__-"

08 May 2011

Esok, Isnin, genap seminggu aku kerja di satu kedai menjual aksesori wanita.

Aku ni sebenarnya makhluk paling pemalas dalam dunia. Okey mungkin ada lagi yang lagi malas dari aku, tapi sungguh, aku ni memang pemalas. Sebab tu aku suka dapat kerja dekat kedai yang aku kerja sekarang. Duduk saja, online. Kalau ada customer atau barang baru sampai, baru aku angkat bontot dan mula bergerak. Kalau tak memang aku duduk bersila atas kerusi dan tangan mengklik-klik sahaja.

Best. Sumpah best.

Tapi sebenarnya tak adalah best sangat bila ada beberapa orang yang pandang kerja aku ni macam sampah sangat. 'Eh kau bukan masuk U ke dulu, kenapa kerja kedai?' ataupun 'Kau dulu kemain lagi pandai dekat sekolah. Sekarang?'

Aku ni pesen tak pedulikan apa orang kata. Lantak anda lah nak cakap apa pun. Tapi bila terserempak bekas pengajar dahulu dan dia pun ada menyatakan kenyataan seperti yang di atas, rasa nak berpura-pura terlanggar beliau pun ada juga.

-____-"

07 May 2011

Pagi tadi, aku terjatuhkan diari abah yang ada di atas meja tempat abah duduk hari-hari. Biasalah macam dalam drama-drama sedih, ketika aku angkat diari tu, ada dua keping kertas jatuh. Bukan kertas, tapi gambar.

Gambar satu; Gambar ketika aku di sekolah tadika, bersama kakak aku yang baru darjah dua.

Gambar dua; Gambar aku ketika di perkhemahan puteri islam di sekolah di Terengganu.

Macam mana aku nak terangkan apa aku rasa masa tu bila nampak gambar aku masa kecil ada dalam diari abah.

01 May 2011

Sejujurnya, aku takutkan masa yang terkehadapan. Aku takut kerana aku tak nampak simpang. Aku takut kerana jalan aku makin kelam.aku takut didepan aku ada gaung dalam. Aku takut jika terjatuh terhempas mati tenggelam.

Dan aku takut pada diri aku yang sentiasa ketakutan.

30 April 2011



Close the door when they come in.
They can feel their whole world spin.
Smoking plastic shards they'll never be scared of me.
(I won't drown).
And when they change themselves they're never afraid of me.

Summer's out for you.
There's no time for you.

It is not what it seems.
You're awake in your dreams.
With lithium you'll never be sad again.
But you can't sleep with her.

It's not by choice, is it?
I hope you never come back.
There's someone else in here.
Please tell me why. Please tell me when.
It's not by choice!

26 April 2011


Fahmi, makhluk penggigit sejak tiga tahun yang lepas sebab masa tu gigi dia baru tumbuh, ialah anak kakak kedua aku.

Satu hari, aku sedang sedap-sedap makan nasi sambil tengok TV. Dia datang dari ceruk mana entah, dengan pensil warna LUNA 24 batang dan sebuah buku tulis milik aku ketika aku tingkatan tiga, kemudian duduk di sebelah aku, menghadap TV.

"Cik naaaa, lukiskan tomen."

Tomen yang dimaksudkan ialah ultraman yang aku tak faham kenapa budak-budak kecil begitu suka menjadikan manusia berpakaian robot ada laser dan berlawan dengan rasaksa lepas tu musnahkan kawasan perumahan ini, sebagai idol untuk kerja-kerja seni.

"Malas."

Fahmi hampa. Dia tertunduk lesu sebab dia tahu aku tak makan dipujuk dengan muka comel dia tu. Ah tak comel mana. Tengok gigi dia pun dah cukup menggerunkan. Selang beberapa seken, kakak aku a.k.a mama Fahmi datang dan tengok TV juga.

"Ma, lukiskan tomen."

Sebagai mama yang penyayang dan tak garang langsung dengan anak, kakak aku pun ambil pensil warna berwarna pink (aku tak faham dalam pemilihan warna bagi kakak aku) dan mula melukis.

"Ma, lukiskan bas ada budak colah."

Colah ialah sekolah. Dan kakak aku pun mengambil pensil warna berwarna biru dan mula melukis di helaian yang sama, sebelah lukisan ultraman tadi.

"Ma! Janganlah lukis dekat situ. Nanti bas tu langgar tomen, cane?"

Aku pandang kakak aku. Kakak aku pandang aku. Kemudian aku terus tengok TV semula sambil suap nasi.
I love to eat. I really am.

Kalau masa sekolah dulu (rendah & menengah), aku akan makan enam kali sehari. Enam kali sehari di sini bermaksud makan nasi yang amaun nya sama macam dua pinggan nasi sekali makan. Tapi badan tetap kerempeng. Kerempeng di sini bermaksud memang betul-betul kerempeng ok. Aku tak tipu. Tanya semua orang, dulu aku memang kurus. Tapi sekarang...

Ah! Dulu belum kenal fastfood; kayefsi, mekdi, piza, semua yang jenis makanan segera lah. Badan tak masuk kemikal apa-apa. Makan makanan berkhasiat je. Sebab tu badan keping. Cuba tengok sekarang, pantang keluar je, piza. Pantang balik tengok wayang je, mekdi. Acane badan tak naik. Ye dak?

Dan aku masih tak faham kenapa, setiap kali aku duduk dengan siapa-siapa, doesn't matter dia tu kawan, kakak or famili, semua pun macam kesian tengok aku makan. Semua akan secara automatis akan biarkan aku makan kenyang-kenyang baru dorang makan. Ke aku je yang perasan? Tapi betul lah. Dulu masa dengan kakak aku, kalau sepinggan nasi tu, dia makan half je. The other half, aku yang habiskan. Aku tak mintak lah oi! Dia yang willing nak kasi. Kah kah.

Then duduk dengan cebbie, wanie, asna, semua pun macam sayang sangat dekat aku. Kasi aku makan banyak-banyak. Aku pun rasa heaven lah. Gila apa. Best lah woi makan kenyang-kenyang.

Alhamdulillah sangat-sangat.


21 April 2011

Aku serabut sebenarnya dengan beberapa orang (baca : seorang) yang secara teknikalnya, aku tak faham apa ada dalam kepala otak dia. Dia dah jumpa jiwa dia yang lagi separuh, ok fine. I don't give a shit pun pasal tu. Life dia, lantak dia. Tapi disebabkan benda tu, dia mula bunuh seorang demi seorang, manusia di sekeliling dia. Palat tak? Dia tak ingat agaknya orang yang dia rodok tu dulu yang gabung tangan nak elak dia dari jatuh.

Bodoh.

15 April 2011

Mulakan hidup tanpa ada harapan
Umpama terbangkan layang-layang tanpa hembusan
Dan dari situlah
Hidup akan terus bosan,
Mula malas, makin bodoh, terus gila, terlalu hancur
Menghilang dan akhirnya tamat.

Selayaknya diri yang akan terus diketawakan

Kesuburan rasa kurang;
Menyempurnakan keadaan

Ini merungut, itu mengomel
Sama apabila semakin banyak dipeluk
Semakin sedikit yang masuk
Dan kaki akan mula diangkat setinggi langit
Meranapkan kepala-kepala lain yang membingit.

14 April 2011

Itu hari kau dah lari jauh-jauh dari aku, siap beli tiket kapal terbang dan dah naik pun kapal terbang tu. Tapi kenapa semalam kau terjun dari kapal terbang tu semula? Kau tau tak aku penat berlari nak selamatkan kau supaya tak terhempas atas batu. Walaupun aku tau berkemungkinan yang aku akan mati akibat tekanan kuat dari hempasan kau ke bumi, tapi aku tak peduli. Sebab aku tak sanggup nak biarkan kau seorang diri.

Tapi kesanggupan aku tak berasas bila kau tak cedera, tapi kau biarkan aku keseorangan dipenuhi luka. Celaka apa. Kalau aku tahu, aku biarkan kau mati mulut ternganga.

07 April 2011

Lebih panjang dari biasa. Dan aku rasa kau akan baca perkara ini.

Aku dah penat sebenarnya bila aku perlu menjawab soalan yang sama hampir setiap masa. "Kau dah kerja?" Apabila jawapan aku masih lagi sama -belum- seperti hampir setahun yang dulu, soalan lain akan keluar, "Kenapa kau tak minta kerja?"

Dan inilah yang aku nak bagitahu.

Babe, agak-agak kau, aku ni gila sangat ke sampai sanggup nak duduk rumah dekat setahun tak buat apa-apa cuma tahu nak besarkan perut punggung pipi saja? Ingat kerja duduk goyang kaki bangun tengahari terus makan lepas tu kena bebel dengan mak tambah pakej jelingan abah lepas tu malam-malam jadi macam hantu tak tidur, best? Aku harap kau pernah jumpa perkataan BOSAN.

"Ah kau memilih kerja sangat."

"Kau ni yang pemalas cari kerja tak?"

"Kau memang suka duduk rumah agaknya."

Dah macam soalan Bahasa Melayu kertas dua pula nak menjawab beresei-esei bagai.

Kalau aku memilih kerja, aku tak akan minta kerja dekat 7E, farmasi yang inteview dia kena baca AlFatihah plus surah Yaasin plus ayat Kursi lepas tu kena tanya pula kenapa kita kena baca AlFatihah dalam solat, kerja dekat klinik, kedai kek, kedai baju, salon, bank, jadi kerani dekat Maxis Centre, SAKAN, dan hampir nak minta kerja dekat kedai jahit. Tapi nasib baik aku tak tahu menjahit sangat. Cuma rezeki aku tak sampai lagi, jadi satu pun kerja aku tak dapat. Bila aku dah senaraikan nama-nama jenis kerja ni, perlu ke aku ulas tanggapan-tanggapan yang lagi dua tu? Tak perlu kan. Kau pandai, boleh fikir. Bak kata jiwa aku yang lagi satu, semua orang pandai. Cuma diri sendiri saja yang limitkan had dalam otak untuk mencapai kepandaian.

Babe. Bila satu hari tu aku bagitau kau "Sedihnya aku tak dapat job tu" bukan bermakna aku give up. Aku tak pernah give up, babe. Somehow, aku cuma nak bercerita, nak berkongsi apa yang jadi, apa yang aku rasa. Aku tak cakap "Sedihnya aku tak dapat job tu. Dah lah aku tak nak kerja sampai mati. Aku nak tunggu orang datang meminang aku je." Aku tak cakap macam tu kan babe?

Ok tak. Aku tak minta pun kau cakap "Oh kesiannya kau. Mesti kau sedihkan." Tak. Kau tak perlu cakap perkara macam tu sebab aku tak minta untuk ditenangkan, tak minta pun dipujuk. Dan aku tak suka orang beri simpati banyak-banyak pada aku sebab aku lagi suka kalau orang bagi aku duit sebab sekarang aku tak ada duit. Kemudian kau mesti cakap "Habis kenapa kau cerita dekat aku yang kau sedih?". Eheh. Come on, babe. Macam yang aku cakap, aku cuma nak berkongsi dan kalau boleh, aku nak bercerita dekat orang yang boleh faham aku. Yang boleh tahu macam mana sucks nya rasa apa yang aku rasa sekarang. Tapi itulah. Susah nak cari orang yang betul-betul boleh faham diri kita. Aku sendiri pun tak faham apa yang ada dalam diri aku.

Babe, aku tulis entri ni bukan sebab aku terasa ke kecik hati ke apa ke. Aku cuma tulis apa yang aku rasa aku nak tulis. Untuk mereka-mereka yang kenal aku dan baca benda ni, aku minta maaf banyak-banyak. Tak salah kalau nak tanya khabar aku. Tapi sebelum nak tanya soalan pasal kerja dekat aku, tolong jadi seorang yang tak nampak mana masa depan dia, lepas tu berdiri depan cermin, dan tanya diri sendiri, "Kenapa kau tak kerja lagi?"

It's not easy to be me.

04 April 2011

Sekarang, aku sedang sibuk mencari payung baru. Payung hitam aku dah hampir rosak. Harus cepat-cepat cari yang boleh tahan lama. Tak adalah patah kena kepala masa tengah guna nanti. Awan sentiasa mendung. Kalau tak beli payung sekarang, nanti basah kena hujan. Tapi risau juga kalau bila guna payung nanti, kena sambar petir masa tengah jalan. Mati nanti.

01 April 2011

Berbahasa seperti biasa. Seperti orang-orang biasa.

Malam tadi aku dapat satu mesej dari satu nombor yang tak pernah ada dalam list kontek di handphone aku. Itu mesej penting aku kira, inteview kerja. Aku dah mula merancang untuk memujuk si HR supaya menunda inteview ke hari Isnin depan, tapi tiada balasan. Sehinggalah pagi tadi, nombor malam tadi memberi satu mesej yang agak lahanat-lahanat bunyinya:

"ngeee..juz joking...sowi.."

Faking apa perangai? Tak kelakar langsung.

31 March 2011

Blog ini adalah blog ke lima, mungkin, yang aku ada. Tapi ini blog ke tiga yang bertahan lama selepas blog bodoh yang sudah dikebumikan dan blog lagi satu, blog untuk mengkhayalkan segala realiti. Blog ini mula-mula dulu cerita macam-macam. Macam-macam. Sampailah aku rasa "Eh bodohnya author blog ni."

Aku ingat, kalau satu hari nanti ada sang arjuna hati ah kepala hotak lah sang arjuna. Err kalau ada makhluk se-homosapiens dengan aku yang seksi dari segi mata dan cara, nak datang, aku nak jadikan blog ni berlatarbelakangkan warna lidah. Lidah buaya.