03 August 2010

Tick of Time.

Aku mula-mula belajar bawak basikal masa sekolah tadika. Bukan basikal yang tayar mati tu. Tu tak payah nak cerita lah. Dalam perut lagi aku dah pandai bawak. Tengok. Riak tak habis-habis. Eheh. Aku pandai bawak basikal orang dewasa masa aku sekolah tadika. Kakak nombor dua aku masa tu ada basikal perempuan, warna biru pekat. Yang ada batang besi dari handle terus ke seat. Disebabkan kerendangan aku pada masa tu agak boleh dibanggakan, aku tak dapat duduk dekat seat. Aku cuma boleh duduk senget sikit dekat dua batang besi tu. Memang membahayakan. Heh.

Yang aku ingat, masa tu petang kot. Rumah aku macam bukit sikit. Aku tolak basikal kakak aku tu dekat tempat yang tinggi sikit, aku angkat kaki, duduk atas besi tu, then biar kan basikal tu bergerak sendiri. Masa tu mana reti lagi nak kayuh. Takut jatuh. Tapi bila aku dah mula boleh kawal, aku pun main pusing-pusing keliling rumah.

Masuk darjah tiga, orang boleh kata, aku ni macam dah jadi sifu lah dalam berbasikal. Ecececeh. Masuk bakul angkat sendiri pulak aku ni. Tehehehe. Ada sekali tu, hari Jumaat. Balik dari sekolah agama, aku terus bawak basikal aku pergi rumah Izati. Nak rembat basikal akak aku tak dapat. Diorang bawak pegi sekolah. Naik lah basikal kecik tayar warna warni tu. Konon nya nak pergi rumah Izati, nak siapkan kerja Pendidikan Seni. Konon nya lah kan…

Dekat pukul 12, perut pun dah lapar. Aku gerak balik rumah. Kerja Pendidikan Seni tu? Mana ada masa nak siapkan. Sibuk sangat main! Jarak dari rumah Izati nak ke rumah aku dalam dua kilometer setengah kot. Aku main agak je. Kalau berjalan, sepuluh minit empat puluh sembilan saat kot. Tapi sebab aku bawak basikal, dalam empat minit tiga puluh tujuh saat dah sampai. Masa aku lalu dekat satu selekoh berbukit, aku pun mengada-ngada nak bawak laju-laju. Dah kata bukit, tak kan kau nak bawak selow-selow kan?

Basikal aku tu tak ada break. Kena break pakai kaki. Entah setan mana merasuk aku suruh break pakai kaki masa betul-betul dekat simpang yang ada banyak batu-batu kecik tepi jalan sampai basikal aku terseret.

*sound efek bila jatuh basikal*

“adoiii…”

Mata dah berair. Tapi kecik-kecik hati kental. Mana boleh nangis tepi jalan walaupun lutut, tapak tangan, siku dengan dagu kau berdarah. Perasaan malu tu lagi meninggi. Nasib baik tak ada orang lalu. Sampai rumah, baru lah boleh nak hujan lebat. Mak bagi peluang tak payah pergi sekolah kebangsaan hari tu.

Phew~

Hati girang tak terkata. Tak perlulah hantar lagi lukisan. Ada masa lagi hari Sabtu dengan Ahad. Isnin baru hantar! tehehehe

.
.

02 August 2010

Colorama.

Sejak berita aku masuk paper Metro itu hari, mana-mana aku pergi, semua orang tak tegur aku. Ah bukan tegur je, tengok pun tak mau! Padahal aku masuk paper kot. Patut nya femes lah kan? Ni tak....

oh! Dua tiga hari ni aku banyak habiskan masa dengan melakukan perkara yang lebih berfaedah. Mengikis duit kawan misal nya. Dan melihat otai-otai perform. Malas nak cerita panjang. Siapa tak pergi, dia rugi. Tapi yang aku cakap ni, past tense. tehehehehe


Event :Akar di Tujuh.
Tempat : Laman Budaya, Shah Alam.
Kenangan Manis : Ini first time aku pergi event ni, tapi aku suka sebab jumpa akak Fynn Jamal. yauww! ^^


Event : Plore Skala II
Tempat : Pasar Seni
Kenangan Manis : main hujan bersama. kihkih. kat sini jumpa ramai blogger. aloy, rayza, dila raden, dan ramai lagi. luca de ketiak pun ada. hoho.


.
.