orang tua ada berpesan, hati-hati memilih kawan. kerana kesan dia akan terlihat pada kau nanti. tak banyak, sedikit tu tetap akan ada. tapi jika perangai kau sendiri yang berubah evil tanpa ada hasutan si kawan, kenapa masih nak terusan menghunus jari telunjuk pada kawan? mahu dia bertanggungjawab atas segala perkara hitam yang kau buat? kau tau tak kau bodoh? kau ada akal, jadi kenapa kau tak boleh nak aplikasi secara lebih logik, lebih dalam sebelum kau buat sesuatu?
jadi sekarang bila kau dah mengandung, bila darah kau sudah positif HIV, bila kau tak lagi sesuci dulu, kau patut berdiri mengadap cermin, angkat jari hantu kau straight dengan imej kau dalam cermin.