01 March 2012

Dia, masih salesgirl.

Kehadapan makcik dan suami makcik yang datang kedai tempat saya kerja malam tadi,

Saya tahu saya masih bekerja sebagai seorang penjual wanita. Eh bukan ibu ayam. Maksud saya, saya masih seorang jurujual wanita. Sejak May 2011, ya, saya masih seorang jurujual wanita yang bermati-matian menahan kaki naik ke muka pelanggan khususnya pelanggan dari generasi pelajar yang akhlak islamiahnya berada di bawah tahap negatif.

Makcik,

Saya tahu anak makcik semuanya pandaipandai, bijakbijak, cerdikcerdik etc. Tapi itu tak bermaksud yang makcik boleh sesuka hati nak bandingkan saya (yang masih seorang jurujual wanita) dengan anak makcik yang pepandai tu. Anak makcik, anak makciklah. Saya, sayalah.

Makcik berbeg Bonia,

Saya cuba bersikap mahmudah tau makcik. Saya cuba. Lebihlebih lagi apabila makcik memandang enteng pada saya. Pada tahap pembelajaran saya. Ohh. Makcik fikir, bila saya masih seorang jurujual, saya tak dapat sambung stadi?

Hei makcik!

Saya dapat offer sambung study okey. Tapi saya tangguh. Tangguh. Sebab abah tak sihat. Tak sihat. Kalau saya bebal sangat, dah lama saya pergi daftar dan tinggalkan abah. Tau? Siasia saya belajar sebelum ni.

Heh. Okeylah makcik. Makcik tak ada dalam kasut saya. Makcik tak dapat hidu bau dia macam mana. Jadi, makcik tolong laa duduk dalam kasut tumit tinggi makcik diamdiam.

Eh. Saya bukan anak makcik pun. Boboii

Dia, salesgirl.

#1

Dia tak minta untuk dihormati sebagai majikan hanya kerana dia bekerja hampir setahun. Tapi cukuplah jika dia dihormati sebagai manusia yang masih punya tanggungjawab sebagai manusia.

#2

Dia memberi dengan satu harapan yang baru, agar semua menjadi baikbaik saja. Tapi sangkaannya berputar terbalik. Pemberiannya dibuang di depan mata.

#3

Jika hati dah mula menyampah, tengok muka rasa nak meludah, sila blah.