06 November 2012

#17

Hanya kerana kita ini rapat, tidak membawa maksud yang kau boleh cakap apa yang kau suka. Fikir perasaan orang lain sikit boleh tak? Aku rasa, kau tahu yang aku bukan mannequin. Kan?

05 November 2012

Nak dijadikan cerita, semalam, semasa aku memandu untuk pulang ke rumah dari tempat kerja, aku terhilang. Aku terhilangkan diri, minda, akal, jiwa. Aku terhilangkan hampir segalanya. Yang tinggal, hanya jasad yang kaku memegang steering kereta.

Secara tiba-tiba dan tanpa kawalan, aku jadi sangat murung, jadi sangat tak nak senyum. Aku tak tahu kenapa secara mendadak aku rasa benda macam ni. Padahal masa dekat tempat kerja semalam, aku okey. Aku senang-senang makan aiskrim. Aku senang-senang ketawa tengok cerita. Dan bila balik kerja, aku tak dapat rasa apa-apa.