16 March 2014

Putputput

Susahnya nak luahkan kata hati.

Aku kawan kau. Aku anggap kau kawan baik aku. Tapi kau anggap aku kawan kau. Kawan sahaja. Kau lebih senang untuk bercerita dekat orang lain, dekat kawan baik kau yang betul-betul kawan baik kau pada kau.

Aku sentap. Dah berapa hari entah aku sabarkan hati aku. Terasa dengan kawan baik sendiri lagi sakit dari putus kasih dengan pakwe. Sumpah. Aku betul-betul upset dengan kau.

Sampai aku rasa macam dah tak boleh nak rasa apa lagi dah, sekarang.

15 March 2014

You

Happy new year after three months. Haha. Kadang-kadang saja aku teringat yang aku ada blog, selalunya bila aku rasa aku dah tak tahu nak luah pada sesiapa, maka baru aku tahu yang aku ada blog. Ayat tunggang langgang. Aku rasa aku dah tak boleh nak menulis lagi dah.

Aku mimpi setiap hari. Dan setiap mimpi adalah berbeza. Tapi untuk malam tadi punya mimpi, aku rasa betul-betul beri kesan pada aku. Mainan syaitan, atau aku terlalu teringatkan pandangan mata seseorang. The way he stared. Terbawa-bawa ke dalam mimpi. Tapi aku tak boleh nak buat apa. Ada halangan depan mata. Ada perkara lain yang aku dan kau perlu jaga.

Semoga, kau berbahagia. Semoga.