08 August 2018

Tuhan, mudahkan.

Bila tengok semula pada widget daisypath yang tunjuk countdown "Soon", well aku agak sedih. Sangat sedih la sebenarnya. It's gonna be tarikh yang bermakna untuk dia, untuk kami berdua. Tetapi disebabkan incident 12 Ramadan, hampir semua perkara perlu dirancang semula. Dan kerana itu, kami berdua kerap bertengkar. Ada saja yang tak kena. Sama ada aku selalu cari pasal, atau dia sudah cukup serabut fikirkan apa yang jadi, kemudian diserabutkan dengan perangai aku pula. Kesian dia, kan?

Malam tadi, buat kesekian kalinya kami bergaduh lagi. Ya, dia mudah marah sekarang. Tiada lagi sabarnya melayan kerenah aku. Tapi, bila difikirkan semula, kalau aku jadi diri dia pun, mungkin dari dulu lagi aku marah-marah dengan perangai aku sendiri. Tapi dulu dia cukup bersabar. Cuma mungkin sekarang terlalu banyak perkara mengasak-asak fikirannya. 

"Tolong percaya. Saya tahu apa yang kita ada. Apa yang kena perlu dijaga. Tolong jangan rumitkan keadaan. Tolong mudahkan setiap perkara. Tolong, tolong percaya saya. Tolong saya sebab saya sedang berusaha untuk kita berdua. Tolong hargai dan tolong letak kepercayaan pada saya. Jangan ragu-ragu. Tolong letak kekuatan dan kepercayaan pada saya. Saya hilang semua yang saya rancang. Saya hilang kereta, saya hilang duit, saya hilang janji nak ikat kita berdua. Saya hilang perancangan saya. Dengan kesihatan saya sekarang, untuk saya bangkit, untuk kita berdua, saya perlukan kekuatan daripada awak. Tolong, tolong support saya sekarang. Tolong jangan persoalkan hal-hal kecil yang boleh diketepikan. Tak pernah ada isu tak sayang, tak pernah ada isu saya dah berubah, tak pernah ada isu saya ada orang lain, tak pernah ada isu rasa cinta dan sayang saya pada awak berkurang. Tak pernah sama sekali. Saya masih sama. Rasa cinta rasa sayang. Saya tak pernah ada orang lain. Saya tahu apa yang saya ada, saya tahu apa yang kita berdua ada, dan saya tahu apa yang kita kena jaga. Saya cuma ada awak. Awak seorang. Jadi tolong. Tolong support saya. Tolong percaya saya. Tolong saya untuk kita berdua."

Panjang katanya. Dan lama aku terdiam. Aku rasa baru kecil ujian kami berdua tapi terlalu besar untuk kami berdua hadap. Ya, kami sepatutnya bertunang pada tarikh yang dicountdown tu. Tapi selepas dia accident dan dia perlukan banyak duit, jadi duit yang dikumpulkan untuk kahwin terpaksa digunakan. Dan kami terpaksa rancang semula bila tarikh yang sesuai untuk mengikat tali ikatan bersama. 

Aku kecewa. Tapi dia lebih kecewa. Dan semakin kecewa apabila aku kerap buat perangai. 

Sigh.

Semoga kami berdua kuat. 

09 July 2018

Saya Sokong!

Sebenarnya aku nak tweet benda ni, tapi risau juga menyinggung perasaan individu tertentu, jadi aku tulis di sini. Sebab aku yakin, tak ada orang tahu blog ni. Aku rasa la. Tak yakin sangat.

Bila ada member kamu semua luah apa-apa, guys, please support.

Kadang-kadang mereka cuma nak bercerita sebab mereka tak tahan apa yang ada dalam dada. Mereka nakkan telinga. Jadi, kamu semua yang dipilih untuk mendengar, dengarlah betul-betul. Sama ada mereka cuma luahkan, atau ingin meluah dan bersedia untuk menerima nasihat. Kalau sekadar meluah, cuba sokong. Bukan dengan membandingkan kamu juga pernah sedih seperti mereka. Jangan. Jangan cerita pasal kamu. Biarkan mereka cerita pasal mereka.

Dan kalau mereka nakkan nasihat, nasihatlah selembut mungkin. Kadang-kadang, waktu mereka down, ayat yang simple pun boleh membunuh. Kamu mesti pernah rasa, jadi kenapa nak bagi orang lain rasa teruk macam kamu rasa?

Eh entahlah. Rasa macam tak sampai pula maksud sebenar. Tapi aku tengah bengang sebab aku luah something dekat member, alih-alih kena nasihat package bebel lepas tu tak disokong pulak. Berganda-ganda rasa sakit hati.