29 September 2010

Koskenkorva


ini, zine. kaver depan zine.

harga : kalau jumpa depan-depan, RM5. tapi kalau pakai post, kena bagi RM10 lah. nanti saya pos, saya bagi baki. eheheh.

isi dalam : apa-apa je yang boleh dianggap tulisan.

erm ini first time buat ni. bukan saya sorang, ada member lain. Acap, Pyol, Syed dan Mael tukang kaver. kalau rasa nak terai baca, boleh lah contact saya dekat email : AmalinaHamsan@gmail.com. nanti kita sembang dekat sana.

mungkin boleh jumpa zine ni dekat Pekan Frinjan 14. mungkin lah. tehehehehe

.

24 September 2010

Idioteque.


Assalamualaikum.

err. hai. saya pun tak tau nak cakap apa. sebab saya dekat cyber cafe sekarang. penuh dengan budak-budak saja. ni pun kerusi saya bergoyang-goyang dek kerana budak belakang ni bizi sangat main dota. ah harap dia tak tau saya sedang bercakap mengenai dia.

saya mintak maap pada awak-awak semua sebab saya tak dapat nak balas komen yang telah awak komen dekat petak komen saya. seriously, saya tak tau apa saya rasa sekarang. cuma saya rasa, saya nak berhenti sekejap dari berbelogging. sekejap tu, tak tau lah berapa hari. mungkin bulan dan mungkin makan tahun. siapa tahu ye dak? saya sudah mula rasa terancam untuk terus menulis dekat sini. saya rasa macam ada mata yang memerhati *bajet hot*.

dan sekarang, saya cuma aktif di twitter yang saya rasa saya nak peraivet kan, dan juga di tumblr. yang saya rasa, yes. itu lah dunia saya. tak ada orang tau apa saya nak mencarut, memaki, menjiwang. oh ada dua tiga orang tau. tapi tak apa lah. dorang tu boleh kira beberapa kepala, satu jiwa lah dengan saya.

erm. itu je kot. kalau saya apdet, apdet lah. kalau tak, tak lah. ceh. macam lah ada orang kisah ye dak? hehehe. sehingga itu, selamat berjumpa lagi. Assalamualaikum.


Be strong now.
because things will get better.
It might be stormy now,
but it can't rain forever.

. .