31 March 2011

Blog ini adalah blog ke lima, mungkin, yang aku ada. Tapi ini blog ke tiga yang bertahan lama selepas blog bodoh yang sudah dikebumikan dan blog lagi satu, blog untuk mengkhayalkan segala realiti. Blog ini mula-mula dulu cerita macam-macam. Macam-macam. Sampailah aku rasa "Eh bodohnya author blog ni."

Aku ingat, kalau satu hari nanti ada sang arjuna hati ah kepala hotak lah sang arjuna. Err kalau ada makhluk se-homosapiens dengan aku yang seksi dari segi mata dan cara, nak datang, aku nak jadikan blog ni berlatarbelakangkan warna lidah. Lidah buaya.

Kotak apa yang tak berdosa?

Seorang pun tak pernah cuba nak masuk dalam badan aku dan jadi kosong supaya boleh rasa apa yang aku rasa. Seorang pun tak pernah nak masuk dalam otak aku dan menjadi salah satu cabang akal aku untuk tahu apa yang aku fikir. Seorang pun tak pernah nak cuba selam dalam-dalam dalam kepala otak perut hati dada aku. Semua hanya tahu tuding maki marah cakap jerit dan kurung aku dalam kotak dosa.