25 April 2010

anjakan paradigma.

satu waktu dulu, cuma seinci pengukuran yang menjarakkan pipi mulus aku dengan tapak kaki berkematu milik kau. kau sedar tak? ya. aku tahu kau sedar. malah kau semakin ghairah untuk terus merapatkan jurang itu. sekaligus melekap erat tapak kasar berbau itu tepat pada wajah ini. ya. wajah aku. aku tahu. kau terlalu ingin memijak raut ini. memalitkan segala jenis tahi yang telah kau seret, terus ke muka ini. muka aku.

ketika bau bau kejian dari mulut longkang kau. ah mungkin layak aku persiskan; mulut loji najis kau. ketika bau bau itu yang sudah begitu sebati semakin menyemula jadi kan salah satu deria, aku mula terbangun. seperti ada kaki lain yang menyepak dan menerajang aku supaya mengangkat diri yang begitu rela diinjak injak.

jarak seinci aku kuasa dua kan dan mula menjadi berpuluh inci dan terus ke ratusan inci dan hingga aku berjaya mengangkat wajah aku lebih tinggi dari kau. lebih manis bauan dari kulit badan kau di bahagian kaki itu.

kau rasa terancam kan? ketidak puasan hati kau terlalu dipercerminkan. kau tak malu? jika yang lain, yang selama ini terlalu bodoh memuji kehebatan kau, termasuk aku; melihat sehelai demi sehelai baju kau terbuka. terbuka sendiri. kerana kegampangan diri kau. kau sedar tak?

namun, betul aku panjatkan kesyukuran pada Dia, yang sentiasa ada dengan aku. selalu. Alhamdulillah. terima kasih Tuhan. dan bersyukur kerana aku dan kau diperkaitkan sedikit dalam kehidupan. kenapa? kerana sekurang kurangnya, aku tahu bangkit setelah dipernajiskan oleh orang seperti kau.

No comments: