12 April 2010

atas hidung tu, tahi lalat ke?

Jerawat merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman blablabla. ini aku ambik dari wikipedia. gugel kan aje lah. kan?

apa jadah pulak aku nak buat entry berilmiah pasal kesihatan muka ni? okay tak. aku sebenarnya nak cakap pasal muka aku yang mula berjerawat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. memanglah muka aku setok ada jerawat. aku tak nafikan langsung hal tu. sekali pun tidak! tapi bila jerawat naik mencanakcanak, aku mula lah risau tahap lembu punya, susu sapi yang dapat nama. eh eh. salah. aku mula lah risau tahap lembu takut bila datang nya Hari Raya Korban. nampak tak betapa risau nya aku?

orang kata, jerawat muncul kalau kita tension. tu orang kata lah. kan? aku pun berfikir. aku tension ke? bangun pagi terus online, tengok energy dekat *treasure isle dah naik ke belum, tengok duit dekat *tiki resort dah boleh collect ke belum, tengok ada duit tak dekat *dress me up nak beli barang rumah, tengok level dah naik ke tak dekat *hotel city. okay ni semua game dalam fesbuk. agakagak anda, tension tak jadi aku? percent untuk jawapan TIDAK dijangka melebihi 99% berbanding YA.

jadi, mungkin disebabkan aku tak tension apa-apa menyebabkan aku rasa tension sehingga timbulnya jerawat. worst place : hidung. dan aku tak suka bila ada je soalan macam tajuk title entry ni, dipersoalkan kepada aku. demmit!

paham tak?

No comments: