08 May 2010

Everything In Its Right Place.

pandangan mata "aku suka kau" sering kali mem-blur-kan. untuk kesekian kali. sejak dulu. aku tak pernah tahu cara terbaik untuk membalas. kerana jawapan aku selalunya bukan kepada yang memberi pandangan itu. tapi yang aku pilih untuk aku beri pandangan itu. sedangkan kata-kata 'jangan tinggalkan orang yang sayang kau untuk orang yang kau sayang. kerana orang yang kau sayang akan tinggalkan kau untuk orang yang dia sayang.' sudah terlalu imun dalam diri aku. okay. dalam diri kau kau kau jugak. kan? heh.

bukan aku tak pernah cuba terima. pernah. tapi end of the story, dia yang akan sakit. bukan aku. sebab aku tak pernah ada rasa. maafkan aku untuk itu. sebab tu aku rela sakitkan hati dia sekarang. daripada dia langsung tak dapat maafkan aku jika satu hari nanti, hati dia lebih sakit.

dan perkara yang hampir sama terjadi. bukan sengaja aku menolak huluran dahulu. bukan ego yang menghalang aku untuk ada dengan kau. bukan. tak pernah terlintas. cuma aku rasa, aku bukan terbaik. kau deserve yang lebih dari aku. ya. dan aku nampak sekarang kau semakin mudah untuk senyum. dan diri aku. mungkin sedikit menyesal sebab tak cuba untuk jadi yang terbaik. dan terlalu cepat mengalah. tapi mungkin ada jalan lain yang tertulis untuk aku. dan berada dalam kondisi sekarang, aku akui, aku lebih senang.

p/s : pisey, tak sangka kita jumpa jugak sebelum balik kampung. ;p


And if I could be who you wanted
If I could be who you wanted
All the time, all the time
-Radiohead : Fake Plastic Trees


6 comments:

Anonymous said...

cite betol ke ni weh?? ekekke

|.a.r.i.e.z.a.| said...

wahh sapekah yg masuk 'melamar' itu dik?

deus X machina said...

ececececeh

Anonymous said...

hejauw
ini kisah benar tetiap hari pukul 1 dekat tv3. hahaha


kak arieza
jadah. aku main2 je. ini konon2. hahaha


deus
pahal? hahahaha

meo188 said...

wah.. apakah

Anonymous said...

kau siapa meo?