21 May 2010

Optimistic

seperti yang semua sedia maklum, aku dah boleh bergelar surirumah sepenuh masa. ya. sebab masa aku memang dekat rumah je. kadangkadang je bila tergerak hati nak keluar, aku keluar. ini pun schedule entry.

boleh dikatakan seminggu dua ni waktu tidor aku mengalahkan bayi yang baru lahir. janin dalam perut pun tak tidor macam aku. memang mak aku pun seram lah bila perasan aku boleh tidor dalam keadaan lama gila. lebih 18jam lah syiol. gila apa aku ni. tapi tu lah. bangunbangun, rilek je pegi mandi. lepas tu makan nasi depan tivi. macam tak ada apaapa masalah. hah memang aku tak ada masalah. hihihi.

dan kelmarin kira hari aku paling baik lah. malam sebelum aku mimpi Thom Yorke mak aku dah sound : "esok teman mak pegi pasar. pukul 9." aku cuma jawab : "ya." dan selalu nya mak aku akan tembak aku dengan bazooka terus. "kau tu ya ya je. nanti esok mak kejut sampai nak roboh rumah pun kau tak mahu bangun." eheh. terbuka pekung didada pula. muahahaha. abaikan.

dan aku tak kecewakan mak aku kali ni. lepas subuh, aku tahan mata dengan main game NEW YORK NIGHTS. best sial game ni. rasa macam aku je. pindah NY, cari kerja. flirt dengan sorang guy ni. sampai dapat. pfft! memang happily ever after wa cakap lu. eh eh. macam out of topic. kan?

okay. aku main game tu sampai pukul 8.45. pegi mandi. terus siapsiap teman mak aku pegi pasar. balik tu siang ikan, tolong abah aku bertukang, masak, basuh baju. see? aku anak dara yang baik tau. aku juga larat masuk bakul angkat sendiri. wink wink~!

petang, abah aku ajak keluar. tapi aku dah lalok. sehari tak tidor dol. tak macam sangap heroin dah aku ni ha. lepaklepak tengok the collector, tapi separuh jalan je. semangat tak kuat lah tengok cerita ala ala Saw ni. sambung cirlce of eight. mengantuk pulak. tunggu sampai parents aku balik.

tak lama, ada sorang lelaki datang. nak buat bancian kesihatan. mungkin jugak mencari jodoh sekali. kan? siap suruh aku keluar sembang sekali apa kes? depan abah aku pulak tu. berani mati betul.

huh. kenapa bukan farid kamil yang datang banci kesihatan tu eh?

No comments: