mood : serius.
kau pernah jadi stalker? atau bila aku google translate kan, maksud stalker adalah penguntit. erk. lain macam pulak bunyik dia. heh. okay. kembali kepada soalan yang boleh disoalkan dalam formspring.me tu. pernah jadi penguntit? tahu apa rasa bila diri menguntit orang? atau apa yang kau rasa bila kau diuntit orang?
aku tak pernah diuntit. kot. tapi setakat menguntit dan menjadi penguntit tegar, itu boleh dikategorikan sebagai hobi dah lah. kalau kecik-kecik cikgu tanya bila dah besar nanti nak jadi apa, aku dengan penuh kedabikkan dada akan menjawab "saya nak jadi penguntit cikgu". kan? nampak tak betapa aku bangga bila dapat jadi penguntit ni.
performspringnya sekarang, atau dengan bahasa mudah, persoalannya sekarang, siapa yang kita untit. kenapa kita menguntit-nguntit orang. okay. pada aku, aku suka untit orang yang aku minat dalam diam. orang kata, malu tapi mahu. tapi aku tak mau cakap macam tu. aku nak cakap, aku tak malu, tapi orang tak mahu. err. boleh abaikan?
menguntit orang ni best. kita tengok apa dia buat. kita belajar suka perkara yang dia suka. contoh nya dia suka kentut lepas tu cium bau kentut sendiri. then belajar lah buat perkara yang sama. buat yang lebih extreme. kentut, dan ajak seisi kawan kawan cium bau kentut tu. baru lah true!
lepas tu kita boleh tau pukul berapa dia bangun. contoh kalau dekat facebook. dia mesti akan update status dia patblas kali sehari. contoh "good morning!" pada jam 3 petang. dan kita akan tersenyum simpul sebab tau dia akan terus mengonlinekan diri. tapi aku cuma suka menguntit dekat laman sosial yang susah nak didetect kehadiran kita. kalau dekat belog macam ni susah sikit. lagi lagi kalau dia pasang traffic jadah tu. mesti dia tau siapa siapa yang datang belog dia. kan? kalau dekat facebook, senang sikit. aku rasa tak ada lagi cara nak detect. yang who view your profile tu kawan aku cakap tipu je. heh.
tapi yang tak bestnya bila kita tengah bizi menguntit, contoh dekat facebook. tengok tengok ada satu profile yang menggunakan foto seseorang yang bercirikan gadisgadis sedang buat muka comel ambil gambar 45 darjah dari atas dan ada love di pipi tulis dekat wall post dia : "syg. miss you. and i love you!"
perit. perit.
6 comments:
weh guntit tue ape?? gunting?? gundik?? ke gabungan gundink ngan gunting?? siyes ak tnya ekeke
hejauw
pegi baca lagi sekali. ayat kedua dah bgtau untit tu apa. ni kau tak baca ya?
prot
pengentut misteri.com
dah tak ada kerja?
kau suka makan buah epal x?
razman
dari semalam lagi asik epal epal epal. kau nak aku pinangkan dia ke?
Post a Comment