tapi aku malas nak berpurapura seperti penjaga stesen komuter, nak kena announce dekat mereka yang merasakan diri sebagai wanita ni, supaya pergi ke gerabak lain. dan sebenarnya aku bukan nak cerita pasal koc wanita jadah ni. aku tak tau kenapa aku boleh melencong ke tajuk yang langsung tak berkaitan dengan sahsiah belog aku.
sambung pasal perjalanan nak ke rumah kakak aku tu. tak ada apa pun adegan 18sg yang berlaku. sangat tak thrill lah orang cakap. kalau ada pun, sikitsikit takut bila foreigner dari negara jiran pandang. gulp! kahkahkah. kenapa tak kelakar pun? =.=" lebih kurang time maghrib nak habis jugak lah bila aku dah sampai rumah akak aku tu. satu perkara tak terjangka masa aku dekat rumah kakak aku tu di mana aku telah berjumpa dengan satu makhluk halus yang sangat agresif. dia suka mengetip orang. tapi bukan ketam. dia suka menggigit. tapi bukan vampire. dia suka menyepak. tapi bukan pemain bola sepak. dia suka bergaduh dengan aku walaupun kami bukan dalam WWE.
makhluk halus tu adalah anak sedara aku. fahmi. baru tiga tahun. tapi dia punya sepakan macam david bekam tendang bola lah. tengok? kan England kalah. kahkah. eh tak ada kaitan dengan WC. melalut lagi! maksud aku dekat sini, si fahmi ni memang suka cari pasal dengan aku. bila nak main handphone aku, lemah lembut je cakap "cik na..pinjam jap je..." tapi dia punya sekejap tunggu sampai bateri low lah kan. lepas tu, tunggu kalau nak bergaduh dengan aku, aku tengah lepak tengok tivi sambil minum air, dia boleh lari lajulaju lepas tu langgar aku dari belakang. agakagak kalau aku tengah makan mee goreng mamak, mau garfu tu tercucuk tembus tengkuk. anak sedara kesayangan betul lah!
dan mungkin lepas raya aku akan dapat sorang lagi anak sedara. sebab kakak aku nombor tiga tengah 'berdua' sekarang. bulan tiga itu hari, kakak pertama aku baru je selamat melahirkan baby perempuan. dan perkaraperkara ni membuatkan aku jadi sangat malas nak pergi kenduri jiranjiran aku kahwin. sebab soalansoalan penggugat jiwa mesti kena pada aku ;
"amal ni bila lagi nak kawin?"
kan? aku rasa macam nak suapkan je nasi dekat mulut makcikmakcik yang memang memberi penyumbang besar pada dunia hiburan dan gosip tanah air.
how I wish, how I wish you were here
we're just two lost souls swimming in a fish bowl,
year after year running over the same old ground
what have you found?
the same old fears
6 comments:
ambil pengajaran dari kisah ni:
"Beberapa orang makcik tua selalu datang kat saya dalam majlis perkahwinan, cucuk pinggang saya, dan beritahu, "Giliran awak lepas ni." Mereka berhenti daripada berbuat demikian selapas saya mula buat benda yang sama kepada mereka semasa acara pengkebumian."
"amal ni bila lagi nak kawin?"
ko jawab kat makcik tu, " sy wat jemput2 pun failed lg....nk kawen mcm mne..."
hahahaha...xpun ko ckp " bleh x kawen ngn husband makcik???"*muka sila gedik sedikit ok~
Mr Man;
hahaha. gila! aku suka weh!! hahaha
Mr Mario;
nak kena sepak ke? hahaha
Miss Iqa;
ni lagi sorang. nak kena sepak ke? hahaha
aku kompius la.. sedara ko ada bela makhluk halus bernama fahmi ek? aku nak satu! hoho
Mr Josh;
tu anak sedara aku lah! hahaha
Post a Comment