27 July 2010

It Must Have Been Love.

Semester satu, tahun 2006. Masa tu aku tak ubah macam kanak kanak yang boleh tahan nerd, pergi kuliah pakai sneakers, baju kurung, tudung putih, pagi pagi hadam soto yang sedap, balik kelas pukul 4 petang terus tidor sampai tengah malam. Hmmph. Belajar dekat matrik Tangkak masa tu tak adalah orang kata heaven sangat sebab kawasan kawasan yang cuma femes dan digilai ramai masa tu cuma pasaraya Fajar dan kepsi, lain lain, tak ada.

Ada satu kali tu, kuliah Fizik. Cikgu perempuan masuk ganti cikgu lelaki yang lebih kurang macam Paul si sotong kurita. Sambil sambil mengajar, sambil sambil bersembang. Banyak lah dia cerita. Pasal student matrik tut tut kantoi simpan jantan dalam loker, maksud aku, hamster jantan. Dan satu lagi cerita dia yang aku ingat sampai sekarang, pasal jodoh. Dia kata, kalau kita suka kan seseorang tu, cuba lah setiap kali lepas solat tu, sedekah kan AlFatihah dekat orang yang kita suka tu, then doa supaya Allah tetapkan dia lah jodoh kita. Sebab kawan dia selalu buat macam tu, dan Alhamdulillah, orang yang kawan dia minat dari kecik, lepas berbelas tahun, tuptup datang minang dia. Padahal sebelum ni tak pernah bertegur pun. Tapi semua pun ketetapan Allah kan? Kalau Dia nak, jadi lah. Kalau Dia tak izinkan, kita redha je lah.

Dan sekarang, lepas aku solat je, aku tak pernah lupa untuk sedekah kan AlFatihah untuk dia, dan sentiasa berharap aku ni tulang rusuk dia yang hilang. Semoga dia jadi Dettol aku, Tuhan. Siapa dia?

Farid Kamil lah.

.
.

31 comments:

Anonymous said...

Perasan.mintak jaafar onn udah le.

Amal said...

Miss Laila Asyikin;
ah jaafar onn kan kau booking dah?

Amar Alis said...

farid kamil konon..
silap2 dapat camel dalam parit...

Amal said...

Mr RB;
mana boleh kawin dengan unta! hahaha

Berd said...

pergi terjun lombong la.

Linglung said...

derr..sedekahkan al-fatihah untuk gua sekali k? :p

Amal said...

Mr Berd;
lu nak farid kamil jugak kan?


Mr Linglung;
insyaAllah. hahaha

Anonymous said...

cukup2 sedekah fatihah kat gua...
da ramai da...
hahaha

Amal said...

Mr Arifadela;
lu punya nama Farid Kamil ke?

Unknown said...

Farid Ismeth Amir yang hari2 baca beria Dunia Jam 10 kat RTM tu kau tak sedekahkan doa ker?

muka ala2 hindustan tu..
tak minat ker?
kcuk dengan kau dapat anak hidung mencatuk2 macam paruh burung..
hahaha...

fndrocka said...

kalau dah cintakan seseorang..spa lagi nak minta tolong kalau bukan dari tuhan iye dak.kira bersih jugaklah hati kau ssebab boleh terima ajaran2 camtu

Mario said...

aikkk...dah tukar...ekeke

Amal said...

Mr RiesLee;
dia dah tua woi. tak nak aku. hahaha


Mr Fndrocka;
ingat aku hati keras sangat ke? hahahaa


Mr Mario;
dah tukar sikit. hahaha

Verdict said...

eyh.. kita sedekahkan alfatihah untuk org yang sama la...
aisehh...
kena sedekah extra lebeyh2 ne...

Razman said...

aku sumpah tak pahm dengan perempuan2 dalam dunia. semua takde taste. sikit2 farid kamil. aku rasa aza je ada taste, sebab tu dia pilih razman.

Amal said...

Miss Fiq;
omg. aku tak nak share. serius! nasib baik aku dah setat lama baca alFatihah untuk farid kamil. hahaha


Mr Razman;
azza tu rabun. serius!

bukan penggoda said...

ape kes farid kamil? xbest lgsg.

muka pon byk jerawat. tp, itu plhn ko an. xpela. keh keh keh.

Amal said...

Miss BP;
mata dia seksi lah bai. adoiii

Verdict said...

hahaha..mata dia seksi kan? aku penah jumpa dia..adoiyai macam galah ha..kalau bersanding sure ta padan..kena pakai heels 5 inci gamaknye..

Amal said...

Miss Fiq;
dia melengkapi ciri ciri lelaki idaman aku lah. hahaa

farwalis said...

gosip mangga bulan ni.

'Farid Kamil dan gadis A?'

. said...

kah kah kah

deus X machina said...

kang gua mencarut lu marah lak

Amal said...

Mr Frwls;
erghh caki! kau pandai ambik hati aku!
^_______^


Mr Pelatt;
budak budak jangan ketawa kuat sangat.


Mr Deus;
mencarut dalam hati je. hahaha

p3perak said...

FK tu kan nak kawen dh?
sudah, melepas dah lu..

john bert said...

john bert lg kacak dr farid kamil. sumpah tak tipu.

bukan penggoda said...

sila jgn pcye kate2 mamat ats ni.

Firol said...

huuuuuuuh

Amal said...

Miss p3perak;
lah. dengan aku lah. hahaha


Mr John Bert;
tak apa. aku tak kisah sangat pada rupa. sungguh!


Miss BP;
hahaha. tak tau.


Mr Firol;
haaaaaaaaaaaaaah?

niaharaf said...

cehh. igt sape lah

Amal said...

Miss Farae;
jeles eh?