31 July 2010

Packt Like Sardines In A Crushd Tin Box.

Pagi ni aku bangun awal walaupun malam tadi tidor lambat sebab pergi Akar di Tujuh. Best sial! Dah siap-siap, sarung jaket, helmet, setat motor. belok kiri belok kanan, aku sampai jugak dekat Universiti Kaki Mengkaki. Lama aku tak datang sini. Rindu nak lepak mapley memalam. Rindu bau-bau shisha. Rindu senyuman manis aney-aney berbulu. suck.

Tengok parking lot, kereta yang ada kemain banyak. Dah macam hari konvo pulak. Tunggu member dari Melaka, sempat jugak lah aku beramah mesra dengan kawan-kawan se-downtown. Lama jugak tak layan rempit dekat highway secara berjemaah.

Sejam duduk atas kerusi batu, kawan dari Melaka sampai. Masuk dalam DECTAR, masyaAllah. Macam sambutan hari raya! Sesak, padat, kepam, masam. Ok aku tipu je. Tapi ramai gila lah. Mula-mula, kena pergi daftar dekat kaunter cenderamata. Tak berapa nak cenderamata sangat lah. Dapat keronsang. Lelaki dapat tie. Tapi aku macam nak buat-buat tertinggal je barang ni nanti. Siapa nak pakai keronsang berdiameter 5 sentimeter? Kau?

Kaunter ke dua, untuk ambik jubah. Bapak lama gila sial! Beratur tu, sampai dua tiga kali pusing tiang. Dan disinilah kita kena praktikkan amalan beramah mesra dengan kawan lama. Nak jumpa peluk-peluk. Tanya kerja mana sekarang. Ambik gambar bersama. Macam-macam hal dibualkan. Padahal kalau dalam kelas dulu, tegur pun sebab nak mintak attendance punya kertas je.

Bukan apa, proses beramah mesra ni dapat mempercepatkan sesi ambik jubah konvo. Kau tanya-tanya sikit sudah. Lepas tu terus je lah berdiri belakang kawan kau. Orang lain beratur dua tiga jam, kau? Setengah jam dah boleh lepak mekdi makan GCB. Tehehehehehe.

.
.

21 comments:

fndrocka said...

jenis kawan2 macam kau ni lah yang aku dah lama cuba elak..tapi selalunya lepas sebulan dua baru boleh detact..

josh said...

serius kau kejam. dahlah pakai teknik lama. patut ko cakap api. jerit sekuat hati. pastu ko dapat barisan depan. kalau diorang lari la. kalau kool je. aku rasa kau kena boo.

Amal said...

Mr Fndrocka;
hahaha. kau mesti selalu kena tipu. kuikuikui


Mr Josh;
aku suruh la jojie menyahut kalau tak ada orang respon. hahaaha

fndrocka said...

sbelum kena tipu aku dah dapat elak..keh3

Berd said...

masa orang ramai tu la yang sedap. tersentuh benda pon orang tak marah.

redballerina said...

jangan cakap kau yg excited lebih dah pergi tangkap gambar depan dectar td sambil pakai jubah.

.:: yUki a.k.a f@Ra ::. said...

agak kejam la taktik ko potong queue
to wey!!
hahaha

boley pakai gak la idea tu..
gagaga ^_^

Razman said...

bukan bila kau datang memang semua orang bersurai ke? punya menyampah tengok kau.

john bert said...

setuju dgn berd.

bukan penggoda said...

Universiti Kaki Mengkaki tu dkt je ngn uma aku. mmg org kate setapak kaki melangkah. hahahaha.

ko dah konvo eh? congrats weh! :)

iQa~ said...

amal dh nk konvo...yeay....

lps ni bleh kawin...jgn bermuka blur lg k...hahaha~

Amal said...

Mr Fndrocka;
heleh. padahal~~~ hahahaa


Mr Berd;
kalau tersentuh benda kau, kau tak marah?


Miss Redballerina;
syial. bukan aku lah woi. aku dah balik kot time tu.hahahha


Miss Qiffara;
kau kutuk, tapi kau ikut. hahahaa.


Mr Razman;
siri bercakap dengan cermin ke ni?


Mr JohnBert;
ok kau suka lah kalau orang pegang barang kau.


Miss BP;
bangunan paling dekat dengan main gate; pndok pakguard. itu ke? btw. thanks.


Miss Iqa;
belum lagi lah. hahaha. 10/8. datang bawak bunga! mesti aku senyum je~

john bert said...

ada ke laki yg xske kne pgang brg?

Amal said...

Mr JohnBert;
entah. mana aku tau. hahaha

Amar Alis said...

mapley? cari la tempat lain.

deus X machina said...

maupusat mengucapkan selamat berkonvo pada kau

Verdict said...

hahaha..dah konvo ye..boleh sedeqah beger GCB kat aku ni ha.. (this time i spell it right!)

farwalis said...

perghh AKAR.. kan best kalau buat dekat area aku. hihi

Amal said...

Mr RobotBaik;
tu terbaik!


Mr Deus;
aku tampar kau karang!


Miss Fiq;
aku belum konvo lah. baru ambik jubah..



Mr Frwls;
kau kat mana?

Unknown said...

kali ni dapat pecah rekod lama tak?
rekod tercongok paling lama kat mapley? hahahaha!

Amal said...

Mr RiesLee;
bongok. hahah. aku tak ada member lah nak ajak lepak. mana boleh dah.