05 July 2010

The Chemistry.


masa aku kecik kecik dulu, ah tak ada lah kecik mana. dalam umur 15 16 tahun, aku suka mengomel dekat mak abah aku yang aku tak suka belaja, tak suka bangun awal awal pagi semata mata nak cop tempat duduk dalam bus untuk ke sekolah, tak suka perhimpunan waktu pagi, tak suka kena cek dengan pengawas sebab tak pakai stokin, tak suka masuk kelas dengar cikgu membebel, tak suka dapat homework, tak suka tusyen petang petang.

ketakk!

"nanti dah habis belajar, kamu tau lah rasa tak best nak kerja. nanti baru rasa rindu nak belaja balik" kata kakak nombor dua aku, rilek je lepas dia ketuk kepala aku. aku buat mulut Donald Duck. karang kalau buat pipi Pooh karang, Razman melompat lompat kesukaan pulak.

lepas kena ketuk kepala tu, aku berfikir. cuba mencari kebestan bersekolah ni. hmm tapi kan, tak suka tak suka pun, bila dah sampai kat sekolah, jumpa kawan, aku rasa best pulak. boleh sembang sembang pasal cerita smallville malam tadi, boleh gosip gosip pasal jejantans yang hot duduk kelas hujung hujung, boleh meluahkan rasa tak puas hati dekat kawan kawan kenapa mee goreng makcik kantin masin sangat. bila part cikgu tak masuk kelas sebab ada mesyuarat bla bla bla, cikgu kaunseling akan relief kelas, aku dengan kawan aku cepat cepat pegi library sebab tak sanggup berhujan dengar kata kata nasihat cikgu kaunseling tu. boleh basah wei kalau duduk depan beliau.

dan sekarang, bila dah habis belaja, aku terpaksa mengiakan kata kata kakak aku tu. eheh. aku memang rindu zaman aku sekolah dulu. sekarang, dah tak ada siapa nak bagi duit macam dulu. kalau nak duit, aku kena rajin tolong mak aku pegi kedai beli barang lah. kot kot ada baki, terus masuk poket. kalau tak, tak ada lah. lepas tu, dah tak boleh nak buat gila ponteng tidor kat surau, lepak kat library, dah tak boleh nak mengorat adik cikgu yang hensem tapi pindah sekolah vokasional lepas PMR, dah tak ada makan makan vitamin tetiap pagi kat bilik pengetua, dah tak rasa kena inject rubella, dah tak ada scene aku dengan kawan aku kena halau keluar dari meeting sebab melawan ustazah, dah tak dengar orang panggil aku dengan kawan aku lesbo, dah tak boleh nak merempit pegi sekolah pagi pagi, dah tak boleh nak lepak dekat public library tapi bagitau mak pegi tusyen, dah tak boleh. semua dah tak boleh.

God..sumpah aku rindu segala!


duduk dari kiri : fuzah, lin, haizal, ustazah fadilah, jenor, iza, zawiyah.
berdiri tengah dari kiri : mell, isteri Thom Yorke, bed, dila, esah, maisarah, izati, nasibah.
berdiri atas sikit dari kiri : kak cik, ecah, kamm, umi, atun, syikin.
berdiri paling atas dari kiri : aziz, izhan, coreng, luqman, ijep, hakim burn, hazwan, kashmir, zai.


*ok aku pakai tudung labuh dulu. so what?


All over again and again coming over
Never again and again and again this
Why ?
Come on again and again on my power
And on the shame and my pain will I get this ?

Why ?
It's so real !
Fall in love again ?
It's easier to be...
Whenever I'm unseen
I blame it on myself

14 comments:

- said...

dlm nama2 tu smua ku cuba cari
"aku", "saya", "diriku", "kamek", "I"..

x jumpa pon?

Mario said...

apsal ko kn makan vitamin?

Amal said...

Miss Gadis;
kau memang selalu konpius ni. cari lagi sekali. nanti kau jumpa. :D


Mr Mario;
eheh. dulu sekolah aku macam ada kasi harapan sikit la dekat aku. tu yg kena makan vitamin. konon konon otak boleh lagi laju. tehehehe

p is ang said...

apa pasal binii thom yorke (iaitu aku) ada dalam gambar sekolah ko. ko mana weh?!

josh said...

aku pasti ko lupa nama kawan-kawan ko. yang diatas tu ko main letak je kan? hoho

Amal said...

Miss Pisey;
bila masa kau jadi bini thom yorke ni? hell-lo! dia aku punya sorang ok? hahah



Mr Josh;
ha ah. nama ustazah tu pun ingat ingat lupa. hahaha

Unknown said...

ceh, dah jadi bini thom yorke nampak..
hari tu kate suka jer, tup2 dah jadi bini..hahaha!

Amal said...

Mr RiesLee;
aku kena pertahankan hak aku. hahahaaha

farwalis said...

rindu nak ponteng sekolah balik rumah main game.

hihi

Amal said...

Mr Frwls;
aku report mak kau!

asip محمد said...

mcm mana nak jadi isteri tomyok.. kalau dah lesbo? cuba ko terangkan siket..

Aloy Paradoks said...

aku pun tudung labuh gak dulu..

Amal said...

Mr Asip;
abg thom yorke pun gay. pedehal. hahaha


Mr Aloy;
woot! tutup rambut panjang ye dulu? hahaha

Linglung said...

sumpah!! gua pun rindu jugak!

lama dah gua rasa perasaan ni..tapi semuanya takkan mungkin :(