11 July 2010

Unintended.

Beberapa minggu sebelum saya mendapatkan status koskenkorva saya. eh maksud saya, konvokesyen saya, mak saya telefon. masa tu, saya tengah kelam kabut siapkan tesis dan dengan kalut nya nak hadapi peperiksaan final. mak saya bagitau lutut beliau sakit. mungkin untuk sedapkan hati saya atau pun hati beliau sendiri, mak bagitau mungkin ni sakit biasa biasa je sebab mak saya terlalu sibuk mengemas rumah yang baru siap di renovate sikit. saya pun akur dengan kata kata mak.

Beberapa minggu selepas bermula nya perjalanan seorang anak yang bukan lagi student di rumah, saya belajar untuk menjadi anak yang baik dan bakal isteri yang mithali. ok kepala hotak. tapi saya cuba bangun pagi. cuba masak masak. cuba kemas rumah. dan bila lutut mak sakit, saya hantar mak pergi rumah Makcik Sur (nama sebenar tidak diketahui) untuk melakukan proses perurutan. kadang kadang, pergi juga ke pasar.

Apabila lutut mak sakit agak teruk, abah bawa mak ke Klinik Fadilah. cek punya cek, balik tu mak bagitau, doktor cakap kalau tak okay jugak, nanti datang lagi, kita kasi injek. mak saya tak berapa suka bila kena injek. okay saya faham. saya pun tak suka kena injek. sakit. apatah lagi kena makan ubat.

Satu hari, masa saya tengah makan laksa dan ABC dekat satu kedai dekat bandar kecik ni dengan kawan kawan lama, kawan gaduh jugak, saya dapat satu call. dari Kak Azwa, owner Azwa Facial dan blablabla. saya dapat kerja dekat situ. Alhamdulillah. pagi sebelum saya pergi kerja, mak saya bagitau lutut beliau agak sakit, mungkin sebab tersalah pijak. jadi abah hantar mak sekejap pergi ke rumah Makcik Sur, dan terus hantar saya ke salon tempat saya kerja.

Pulang dari kerja, abah ambik. abah singgah satu kedai makan, beli sup ayam. saya tanya lah, kenapa beli? tak ada lauk ke dekat rumah? abah cakap, mak demam. tak ada siapa masak. masa tu, saya dah tak sedap hati sangat. sampai dekat rumah, luluh hati saya tengok mak baring depan tivi. sangat tak larat. saya pegang dahi dan leher mak, tapi tak panas. mak tak larat sebab mak tak makan. mak tak selera makan sebab asyik fikirkan kaki yang sakit tu. lepas tu, angin masuk dalam badan. mak jadi kenyang, jadi mak tak makan. dan penyudahnya, tak larat.

Saya ajak mak pergi klinik malam tu jugak. mak jalan perlahan sangat. sangat. sampai dekat klinik, thank God orang tak ramai. so mak tak perlu tunggu lama. saya ikut mak jumpa doktor. klinik yang sama, tapi doktor yang lain. doktor cek, dia kata sendi dekat lutut kiri mak tu dah macam tak berapa ok. bengkak dekat dalam. nasib baik tak panas. doktor kata, mak kena radang sendi. osteoarthritis. tak ada ubat untuk sembuhkan betul betul. cuma ubat tahan sakit. kalau nak baik sepenuhnya, bedah. tapi buat masa sekarang, doktor cadangkan, makan ubat dulu.

Balik rumah, saya gugel. baca sikit sikit apa benda sebenarnya osteoarthritis ni. dapat lah jumpa tips sikit untuk jaga mak saya. esok nya, saya berhenti kerja. nasib baik Kak Azwa paham. kerja sehari, tapi saya dah pandai massage muka. kira nya untuk facial, dah boleh. hehe. dua tiga hari, mak makin okay. Alhamdulillah. ^^

Tapi petang semalam, sekali lagi mak salah pijak. dan perkara seperti hari pertama saya kerja itu hari, jadi lagi. mak tak selera makan, murung, upset dan buat kan saya down. sikit.

"Mak, saya tak tau macam mana nak buat mak happy macam dulu. saya dah cuba jaga mak sebaik mungkin. tapi mak jangan lah sedih sedih. mak jangan lah tak lalu nak makan. mak jangan lah asyik pikir pasal sakit mak. insyaAllah nanti mesti ok semula. mak kena kuatkan semangat, kena senyum, kena pikir pasal benda lain, nanti mesti mak ok. saya pun tak risau. abang, kak noor, kak ida, kakak, mesti tak sedih sedih dah bila call mak. cepat sembuh ya mak? saya sayang mak."

kepada semua yang baca entri ni, nak minta jasa baik korang semua untuk doakan mak abah aku di samping doa kesejahteraan parents dan family korang.

God. help me..


(╯_╰)

.
.

16 comments:

Pisey said...

bebeh.just be good.becoz u r.Tuhan ada.

sayang kau.

Amal said...

Miss Pisey;
thanks babe. love kau jugak. :)

Mario said...

harap2 mak ko cepat sembuh ye sis...

Amal said...

Mr Mario;
thanks brader! :)

josh said...

InsyaAllah sembuh tu. ko wat rilek je.

Amal said...

Mr Josh;
aku rilek ni. hahaha

Unknown said...

"beberapa minggu selepas bermula nya perjalanan seorang anak yang bukan lagi student di rumah, saya belajar untuk menjadi anak yang baik dan bakal isteri yang mithali."

aku suka bace perenggan ni. haha.
btw, moga mak kau cepat sembuh dan tahniah sbb dah dapta keje baru.

patut la entri dari blog ni tak keluar dgn rakusnya.

Amar Alis said...

aku pun suka dengan perenggan tu. terharu aku dibuatnya.

Amal said...

Mr Rieslee;
weh, cuba kau baca sampai habis entri aku.
terima kasih doakan. :)


Mr Is;
kau nak jadi isteri mithali jugak ke sampai terharu terharu ni? kahkahkah

Verdict said...

teruskan berdoa dan berusaha ok..pelok ciom muah muah untuk mak..she'll be fine..

tetiba rasa nk dengar unintended by muse.

deus X machina said...

gua doakan

syed hafeez said...

amin

syed hafeez said...

amin

fndrocka said...

aku ada baca2 jugak pasal osteoarthritis ni..cara nak bagi pesakit osteoarthritis ni gembira dan lantas cepat sembuh adalah kau lekas-lekas kahwn dan dapatkan cucu.serius, ni bukan benda main2.

selain dari ringankan beban mak kau..kau selalu2 lah buat lawak kat mak kau..mesti dia happy ada anak macm kau.insyaAllah.menyembuh dari dalam.

Amal said...

Miss Fiq;
thanks babe. :)


Mr Deus;
thank you dude. :)


Mr Syed;
tenkiu jugak beb. :)


Mr Fndrocka;
bengong lah! hahaa. mak aku dah ada cucu kot. pasal lawak2 tu, aku terai lah ni. untung untung pakej masuk raja lawak terus. hahaha

miNt said...

semoga mak ko cepat sembuh.

amin.

:)