14 July 2010

You and Whose Army.


gadis gadis selalu dikaitkan dengan kegelian terhadap lipas, katak dan ada sesetengah yang boleh tahan tinggi picing nya bila ternampak cicak. tapi ada jugak few people yang berbulu kaki lebat menjerit jerit macam nyah bila melihat kelibat benda alah tu. tak dinafikan kan?

kalau aku, tiga tiga binatang tu aku ok je. cool lagi. main kejar kejar lipas, usap usap katak, putus kan ekor cicak, tu semua dah jadi aktiviti harian aku masa sekolah rendah dulu. cuma ada dua benda yang aku memang pangkah gila dari dulu sampai sekarang.

ulat. labah labah.

serius. dua benda ni memang aku takut gila gila. tak kisah lah labah labah tu spisis sama besar dengan semut mayat, tak pun ulat yang akan jadi rama rama cantik. kalau bagi dua juta pun aku tak sanggup. baru baru ni, ada sekor ulat bulu dekat tepi pintu dapur. sanggup aku tak turun dapur selagi ulat tu lepak dekat situ. tak kisah lah lapar tahap gaban sekali pun. aku lagi sanggup tumpang makan rumah jiran dari turun ke dapur. nasib baik ada abah aku. tehehehe

pasal labah labah pulak, dulu, masa tu musim labah labah lutung. aku tak tau korang panggil nama apa. tapi labah labah tu besar. dekat setiap bengkokan kaki dia, ada benda kaler oren. dia punya sarang macam kuning kuning sikit. liat. susah nak putus. dia suka buat sarang dekat pokok rambutan, antara pokok dan rumah. macam macam tempat lagi lah. ada satu kali tu, dia bersarang dekat ariel (bukan peterporn punya vocalist) dengan pokok rambutan rumah aku. takut takut aku pun, evil dalam jiwa tak reti nak hilang. aku ambik ranting kecik, aku baling. ah tersangkut pulak! aku ambik batu besar sikit, baling. berlubang lah sikit. padahal dah belajar dekat sekolah agama, jangan pedajal labah labah sebab dia tolong Nabi dulu. tapi tu lah. degil, nakal, ego, evo, subaru.

"kacau lah labah labah tu. nanti dia balas dendam padan muka"

balingan jarak jauh aku terhenti dengar mak aku tegur di balik tingkap. gulp! betul ke?

"heleh mak tipu!"

aku teruskan aktiviti baling membaling sampai lah labah labah tu jatuh. aku nak bunuh terus, tapi tak jumpa pulak. tak tau dia jatuh dekat mana. aku pun masuk rumah sebab dah maghrib. karang kena sorok dengan hantu kopek pulak. tehehehe.

esok pagi tu, aku bangun terus pegi dapur. bukak lah peti ais. macam biasa tangan capai susu. tengah aku dongak sikit nak minum susu tu, aku ternampak labah labah tu cuma 15 sentimeter dari atas kepala aku. terduduk lah aku syial! masa tu aku cuma bayangkan, macam mana lah kalau labah labah tu lompat, melekat dekat muka aku, terus sengat. MasyaAllah!

menjerit jerit lah aku menangis panggil abah aku. kelam kabut abah datang, tolong buang labah labah tu. aku dah gigil, tak boleh bangun langsung. demam jugak lah dua tiga hari. eh! mana ada aku nangis! kata cool.

aku syak, labah labah tu betul betul balas dendam dekat aku.


[ni lah labah labah lutung tu.]



Come on, Come on
You think you drive me crazy, well

Come on if you think
Come on if you think
You can take us all
You can take us all

You and whose army
You and your cronies

You forget so easy
We ride tonight
We ride tonight
Ghost horses
Ghost horses

. .

9 comments:

fndrocka said...

comel kau punya gelak..tehehehe.

apsal kau takut kat antu kopek..seronok apa.

Aloy Paradoks said...

mungkin itu masa terbaik untuk menjadi superhero..

Amal said...

Mr Fndrocka;
tu gelak gedik. hahaha. hantu kopek tu seram!


Mr Aloy;
hahahaha. aku superwoman!

farwalis said...

letakkan dlaam kepala, labah-labah boleh dimakan. hehe

Anonymous said...

ee.aku pm!sengkok ah labo lutong tu..

. said...

gua pon geli ngan labah2.. tapi bila gua dah jumpa.. gua comolot ngan dia... memang nikmat

Adeqq said...

haaaa!
ko takot labah2 ehh?
HEHEH.


p/s: weii, rindu siot nk bace blog ko. aku baru je jumpe blog ko!
bole lepas rindu. rindu cik cumeyyyy!!!!

Amal said...

Mr Frwls;
letakkan dalam kepala, labah labah tu macam mekdilaks. boleh? hahahah


Miss Tiniey;
weh aku tak paham kau cakap apa. hoho


Miss/Mr Pelat;
style sangap memang. heh


Miss Adeqq;
mana ada aku takut labah labah. ishh kau ni! hahahaa.
*kau kenal aku eh? hehehe. terharu pulak.

josh said...

kat bilik aku ada labah-labah besar. siap bersawang lagi.