02 September 2010

Saviour.

ketawa bila rasa gembira. masih cuba untuk senyum eventhough perkara yang jadi tu paling menancap dada. terlalu meruntun jiwa. ya, saya tipikal. percaya ada keajaiban akan berlaku yang akan merotetkan semula saya punya journey.

plain. rata. itu masih saya. tak banyak sangat warna dalam benda yang saya panggil life ni. cuma ada dua warna yang kerap; hitam dan putih. saya dah cuba masukkan warna-warna pelangi, warna-warna asas. tapi still nothing. saya rasa mungkin sebab warna-warna ni semua tak berapa nak 'in' sangat dengan saya kot. jadi saya stick pada hitam dan putih. cuma adakala, saya tetap selitkan warna merah dan oren bila saya berhuhahuha dengan kawan, dan juga warna biru bila saya bersama dengan famili. pink dalam hati? ok ok. it's just a phrase. i guess. untuk menutup mata semua orang yang sebenar-benar nya hati saya cuma dipenuhi gabungan dua warna; hitam dan putih, yang hasil nya, nah! kelabu. eh bukan kelabu tahi itik. tu najis sangat bunyi nya. ni kelabu biasa-biasa je.

dan antara dua warna hitam dan putih ini, saya pilih warna hitam untuk meng-konker hampir segenap ruang yang ada. ya ya. basically, memang lah background nya putih. tapi semua nya pun dah nampak hitam bila warna hitam itu sendiri dah mula merajai kawasan. saya dah cuba nak tutup warna hitam tu. saya dah warna kan semula dengan putih. tapi tak berapa nak kekal lama. warna putih tu cepat sangat meluntur. dan pernah, saya buat keputusan untuk kikis hitam-hitam itu. tapi pedihnya, kakisan itu turut sama menarik kulit dan isi yang ada. menghasilkan lubang kosong. black hole.

saya kan, pernah terfikir nak luas kan kawasan yang ada. supaya warna putih kembali memanipulasikan segala benda. tapi bila memikirkan berapa harga yang perlu saya bayar nanti, saya rasa, saya akan stay macam ni.


Somewhere between my sleep
Somewhere beneath my skin
In places I can't see
Something is known to be a sin

Hiding inside my eyes
Burning from deep within
Something that needs a lie
Trying to turn into a sin

Rescue me before I lose control
Rescue me from this fire in my soul
There's only you who can stop me from falling
I need a saviour, need my saviour


.

7 comments:

Razman said...

kau tengah cerita pasal kulit kau yg hitam kan ni?

bukan penggoda said...

hati ko dipenuhi dgn titik noda hitam ke ape?

razman, sape lg itam? ko ke amal?

maira said...

suke giler blog kau weyh..siyes

Amar Alis said...

hitam putih itu bendera pahang.
juga tahi cicak.

john bert said...

banyak merokok la ni. tu psal hati hitam. tar banyak lekat.

Verdict said...

kalau singkirkan noda tu pilihan yg terbaik, buat je lah.

nanti merebak, macam spiderman kaler itam, kebinasaan mampu mengkonker diri. kau mahu stay begitu?

Kuwe said...

memang sarkistik karkuitik bombastik pengkajian kau terhadap kaler kaler kehidupan. good good.


hitam kacak bergaya.