15 September 2010

Somewhere only We Know.

hai. selamat hari raya. rasa macam dah basi je ucapan tu ye dak? tapi tak apa lah. janji saya tetap ucap kan? oh. maaf zahir batin jugak. kalau ada salah silap saya dengan awak-awak semua. hmmph. lepas supper malam tadi, saya mula baring-baring semula dalam bilik macam biasa. padahal dah banyak kali mak saya pesan, bagi makanan turun sampai perut dulu baru nak baring ke, nak pengsan ke. itu yang mak saya cakap. saya pun angguk je lah masa dekat dapur. tapi geleng kepala masa saya dah dalam bilik. dan bila lampu dah padam, bilik pun gelap. mata pun mula nak terlelap sambil perut diusap-usap. bila perut saya akan kempis-ramping macam dulu ya, saya bermonolog sendiri.

dan entah macam mana, tangan saya tercapai pusat. orang baya nenek saya pernah berteori; semakin bertambah kedalaman pusat awak, semakin meningkat jarak antara awak dengan jodoh awak. tak paham? ok gini. misalnya, perut awak tu sama paras dengan lapisan luar perut awak yang boroi tu, jadinya jodoh awak mungkin dengan jiran sebelah rumah awak yang awak pernah masa kecik-kecik, mandi dengan dia cuma dengan berseluar dalam. itu pun kalau awak pakai seluar dalam lah.

ataupun;

awak ada awek gebu masa zaman sekolah. tengok-tengok masa awak belajar kejuruteraan masa dekat Tokyo, Jepun, awak terjumpa awek yang tiga belas ribu tahun cahaya lagi kancis dari awek-gebu-masa-sekolah awak tu. tuptup, jadi isteri awak. pfft. gila mirekel kan? dan bila awak mandi sehari selepas majlis pernikahan awak tu, awak perasan yang pusat awak tu, bapak lah gila dalam.

dan, sementara nak tunggu mata saya yang separa kuyu nak terus tertutup ketat, saya dengan penuh keyakinan, (malah saya rasa saya tak seyakin ini masa saya tolong belikan mak saya minyak masak untuk goreng-goreng dekat kedai masa petang semalam), merasakan, jodoh saya memang dengan brader Thom Yorke yang berasal dari England tu. kalau tak dapat beliau pun, paling koman pun, Farid Kamil. dia kedah. jauh jugak tu dari pahang. ye dak?


.
.

9 comments:

matt said...

kalau yang takde pusat, maksudnya??

hahaha

Amal said...

@matt;
hahaha. kau tak ada pusat ke?

Mario said...

errr...slmt hari raya

iQa~ said...

ko amikk Malek Noor dh la amal oi..

Razman said...

siv, tu orang tua2 kata. biar orang muda macam aku pula kata. makin dalam pusat kau, makin gemuk kau sebenarnya. menusuk kalbu tak?

Unknown said...

pusat aku pun dalam gak.
agak2 ada harapan dapat awek jepun yang comel2 tak?

Anonymous said...

err..samat raya~

Kuwe said...

so. dah berapa dalam pusat kau ni?

- said...

riri aku mmg jauh gilaaaaaa dr aku
hehe ^^