15 December 2010

Nama abah, Hamsan bin Arbi. Masa dekat sekolah dulu, aku selalu tipu kawan-kawan, aku cakap Hariyanto Arbi tu adik beradik abah aku. Hahaha. Abah dilahirkan pada 15 Disember 1947 di Tali Air Tujuh, Sungai Leman, Sekinchan, Selangor. Abah anak sulung dari empat orang adik beradik. Tapi itu hari nenek cakap abah ada enam orang kakak sebenarnya, tapi semua meninggal masa kecik.

Abah bersekolah di sekolah kat kampung abah. Aku tak ingat sangat level abah belajar sampai mana. Tapi masa aku ambik subjek Bahasa Arab Komunikasi untuk PMR, abah yang tolong ajar. Ajar aku sorang je lah. Eheh. Tulisan jawi abah saaaaaangat cantik. Agaknya orang dulu-dulu memang dapat anugerah tangan berseni agaknya. Ye dak?

Ketika berusia 24 tahun, abah mengahwini mak, Saerah binti Amir yang rumahnya tak ada lah jauh mana pun. Perkahwinan mak dan abah diaturkan famili. Nenek sebelah abah suka kan mak ketika mak belajar mengaji dekat rumah abah. Kemudian, di usia abah 25 tahun, abah menjadi bapa bila lahirnya abang aku.

Abah dan mak berpindah ke Segitiga Jengka sebelum kakak nombor dua aku ada lagi. Abah jadi peneroka bersama peneroka-peneroka lain. *Kenapa pelik sangat ayat aku ni?* Bila aku berusia 11 tahun yakni darjah lima, pokok kelapa sawit mengalami proses tanam semula. Masa tu, abah serahkan pada Felda untuk selesaikan segala-galanya.

Disebabkan terbiasa buat kerja berat diwaktu muda, abah tak betah duduk dekat rumah goyang kaki goyang kepala. Jadi abah bekerja sebagai pekebun di sekolah rendah dalam jengka aku. Masa tu, aku lah yang paling suka sekali. Ye lah. Pergi sekolah, ada abah. Kau ada? Tak ada kan? Heh.

Lama jugak abah kerja sebagai pekebun. Sampai aku Tahun Akhir di Universiti. Kau kira lah berapa tahun. Dari umur aku 11, sampai 22. Sebelas tahun abah berkhidmat dekat sekolah tu. Dan bila abah ditamatkan perkhidmatan sebab umur, abah memang macam cacing kepanasan. Tiga minggu pertama, abah demam. Sebab tak biasa duduk diam. Lepas tu abah mula aktiviti lama abah. Pagi-pagi, abah bertukang. Ada je yang abah baiki dalam rumah ni. Tambah bumbung lah, buat stor baru lah. Petang pulak kalau lepas asar, abah pergi belakang rumah. Bersihkan kolam ikan abah, menyapu, potong rumput, bakar sampah. Maaacam macam.

Macam pagi tadi, tidur aku terganggu bila abah mesin rumput. -__-" Abah suruh aku sapu, tapi dengan mata tertutup, aku jawab "Jaaaaaaaap." Bila bangun, tengok-tengok dah siap semua.Tehehehe. Sorry abah!

Ok hari ni hari ulangtahun kelahiran abah yang ke 63. Abah dah tua walaupun masih lagi ber130km/j. Rambut abah dah putih. Perut abah makin bulat. Tapi tak apalah. Aku doakan abah panjang umur, sihat tubuh badan supaya dapat terus beribadah padaNya. Semoga abah senang-senang dengan anak-anak macam aku, semoga abah sentiasa gembira dunia akhirat. Orang sayang abah!




Eh. Kau baca sampai habis ke?

18 comments:

Sofiya said...

special nya abah kau. ayah aku pun special jugak! :D

Anonymous said...

tak bnyk yg sy bleh tulis pasal ayah. anda bertuah..

amal hamsan said...

@sofea;
abah kita special. :)


@tiniey;
hey babe. senyum ok. :)

asip محمد said...

ye aku baca sampai abis..

izas said...

haha. aku baca tiap-tiap patah perkataan.

kirim salam kat abah kau ye.

ape2 jer said...

aku baca sampai abes..ayah ko sekinchan..dkt la dgn abah aku ngan mak aku punya asal..abah aku simpang lima mak aku parit tiga belas sg beso hehehe..

farwalis said...

cer ajar abah main blog. mesti banyak catitan hidup.

mesti menarik

Muddy Mazlan said...

hepi besday kpd abah ko =)

Kuwe said...

aku baca sampai habis. kau blogger jenis true, mana boleh baca skip skip.

ikhlas ayat dia. cuma aku taktau nak pakai emosi apa. kau patut tambah part sedih sikit la!

hapy besday abah.

sarah said...

baca sampai habis la...

rajinnya abah kau.
selamat hari jadi abah amal!

WOLFMAN said...

macam abah aku.

teringat masa teksi abah aku rosak. dia macam cacing kepanasan dok rumah sebab takda bena nak buat.

sepanjang dia dok umah, macam2 dia buat. buat kuih lompat tikam la, cendol la, mesin rumput la, pasang pagar rumah la. aku pulak jd mangsa kene tolong dia.

Pisey said...

utk aku klik nak komen ni, ko rasa aku baca habis tak?

gedik kan ko jawab jaaap nak tido2 balik. maunya bergegar aku buat gitu ngan ayah aku. hahahaha.

Amal said...

@asip;
terima kasih sayang. :D


@izas;
baik babe. :)


@miss;
kau orang apa? banjar? haha


@caki;
aih tak boleh. nanti aku tak sempat online tau. hahaha


@madi;
thanks babe.


@kuwe;
blogger jenis true. terima kasih!! hahaa. akak aku baca dia nangis. amacam?
u panggil abah, i rasa semacam tau. *malumalu*


@sarah;
abah memang rajin. ehehe. terima kasih sarah. :)


@is;
hahaha. nasib baik aku boleh skip tolong abah walaupun kadang2 kena bancuh simen. hahaha


@pisey;
eleh jeles. hahaha

Aloy Paradoks said...

yup,, sampai habis..

Linglung said...

mantap derr..terharu gua baca walaupun gua ni bukan abah lu..soh dia baca ni, gerenti dia sayang lu kemas-kemas..

Abu Ubaidah said...

habis. ni yg rasa nak jumpa cecepat ngan abah ni.

gyahaha~

Amal said...

@aloy;
thanks. :)


@akulinglung;
dia memang sayang gua! haaha


@abu;
datang ah jengka. haha

Amal said...

maybe kau dah tak baca ni. tapi part sedih, abah aku dah meninggal tahun 2022 :(