Satu masa dulu, saya suka berjalan seorang diri, menuju ke satu bukit yang cuma ada satu batang pokok di puncak nya. Di situlah tempat saya melukis segala harapan pada langit, menyanyi setiap bait impian pada bintang, membisik segala kemahuan pada angin.
Sehinggalah satu hari, awak datang.
Awak pegang hujung jari saya, mengajar saya menulis kata cinta pada setiap lapisan awan, membantu saya mengait selembaran lautan harapan, dan menemani saya mendaki kebahagian.
Saya sentiasa tersenyum.
Kemudian, satu hari awak ajak saya berjalan-jalan di keluasan hijau lalang. Sampai dikawasan berbatu, saya terjatuh. Genggaman tangan awak terlepas. Kepala saya terhantuk pada batuan keras. Hati saya pecah. Otak saya terburai.
Tetapi, awak jauh di hadapan.
Namun, saya masih tersenyum sebab awak berpaling semula. Awak kutip serpihan hati, awak kumpulkan cebisan otak. Awak letakkan semula hati yang sudah berjahit pada tempat asal, awak abadikan kembali otak saya di dalam kepala, siap berbalut, supaya tak ada satu perkara pun saya akan lupa.
Saya terus tersenyum.
Kita berlari-lari menyusuri detik. Kerana terlalu gembira, saya semakin laju ke hadapan. Berhajat ingin terbang seiring masa. Sampai saya tak perasan kaki melangkaui jurang nyawa. Sekali lagi saya terjatuh, menunggu badan berkecai di dalam gaung. Namun tangan tetap dalam genggaman awak.
Awak diam renung saya yang tergapai-gapai pada lidah harapan.
Perlahan, tangan saya awak lepaskan. Dan saya terhempas cerucuk-cerucuk kehampaan, dengan kenangan yang awak pahatkan dalam memori yang awak balut simpankan dalam kepala saya.
Awak pergi. Saya memati.
15 comments:
sadisnya cerita.. tapi macam sangat hebat sampai terburai kepala otak..
ngeri okay.. (:
but still, nice one!
Kerana selalunya tentang rasa adalah tentang ruwet jiwa yang dibolak balik tiap masa.
Pergi dan mati.
Alam abadi yang pasti.
Sedih pulak. Isk.
Haha :DD
"saya nak julia miksomaktoksis" asipbudakbaik
dasat!
woooo!
sembilan belas huruf terakhir tu, telah menitiskan kesedihan saya.
"awak pergi. saya memati."
:(
mmmm...tak kije lagi eh...
@rebella;
hahaha. otak tengah tingtong ni. semua pun jadi.
@mary;
hahaha. kau rasa kan apa aku rasa? :)
@asip;
aku lempang kang haa. hahaha
@madi;
hahaha
@G;
dah macam Zahid wooo. hahaha
@dell;
menitiskan kesedihan, bukan air mata. :D
@anon;
belum. nak bagi kerja ke?
mendalam..tsk
Sedihnya. Tapi terbaik! Nak lagi! ;)
@waniey;
jangan dalam sangat. nanti tenggelam. haha
@izas;
babe, jgn sedih2. :D
kenapa dibaluti semua kenangan kalau memang hajat ingin ditinggalkan?
memang mati.
@ameerarosli;
ouchh! hahaa
mal.. kalau kau x keje... kau jadi penulis novel je... best gila ayat2 kau...
mal.. kalau kau x keje... kau jadi penulis novel je... best gila ayat2 kau...
Post a Comment