12 January 2011



Sebenarnya penat untuk aku ungkapkan ayat : 'Hidup aku masih tak berubah sejak bulan lima tahun lepas.' Rasa bodoh pun ada. Aku cuma mengharapkan gadis jelita dari Jobstreet yang mungkin juga si lelaki tampan untuk menelefon ku setelah perhubungan dengan si manis dari Manpower terputus begitu saja. Dan ada juga satu dua bantuan dari kawan-kawan yang telah berjaya meraih titik peluh sendiri.

*mengeluh*

Aku rasa loser. Acapkali. Penat ya menghadapi hidup lepas tidak bergelar student. Segala-galanya ditanya jiran. 'Dah kerja?' Yang aku hairan, tak puas agaknya bertanya sekali dua, mesti tanya sampai empat belas kali. Aku yang dengar pun lelah.

Dan sekarang, kehidupan aku seratus peratus bergantung pada abah, mak. Nak topup fon, nak beli baju, nak lepak cc, nak itu, nak ini. Dan sebagai bayaran, aku kena tolong mesin basuh membasuh baju yang tak berapa nak banyak, tolong masak-masak sikit, tolong hantar mak pergi beramah mesra dengan jiran, hantar mak pergi dengar ustaz membaca dekat masjid, teman mak pergi pasar pagi yang dipanggil Pekan Rabu sebab pasar tu hari rabu, macam hari ni.

Aku, ingin sekali buka mata setiap pagi, dan mengharapkan ketika itu aku masih didarjah tiga. Ah. Tapi malas pula nak bangun pagi. Kan?

16 comments:

Mario said...

sabar jela...

izas said...

jadi student best! *gila sebab banyak sangat baca buku*

asip محمد said...

"saya mahu julia miksomaktoksis" asipbudakbaik












p/s: kau jgn samakan aku dgn jiran kau sudah.. kalau tak hari2 kita2 dating.. kah3

shIdA said...

sbr ye mal... ade hikmah tu, ko ade mse yg lbey utk prepare ke arah brumh tgga wei... kat situ ak jeles!

naqibmiller said...

lg best bila bangun masih dlm darjah tiga dan family kaya raya gile habis..
hahahaha

Anonymous said...

eh..nk keja kat opis aku..ada kosong?? -muka siyes ni_

Amal said...

@mario;
tgh bersabar bro. :)


@izas;
hargai masa sekarang babe. nanti mesti rindu. ehehe


@asip;
kau cakap lagi pasal julia, aku stop kan blog tu. hahaha


@shida;
aku jeles kau ada kereta!


@naqib;
masa tu tak payah pikir apa2. hahaha


@hejauw:
serius weh? jgn mempermainkan perasaan aku.
email aku : amalinahamsan@gmail.com

Anonymous said...

tapi kat penang beb...kerani... nak?? kalo betol nk..t aku tnya ngan bos..

WOLFMAN said...

belum rezeki kau lagi.
nak bagi kau spend masa puas2 dgn parent tu, fikir positif la.
sabar la yer.

shIdA said...

relax la amal... nnt ble ko de kete, ak la plak jeles... sbb ko punye kete baru... hehe...

Anonymous said...

masa..kalo ada kuasa semua org nak undur2 balik nak baiki ape yg patut heh

♥ p a a n i ♥ said...

blogwalking! :)

josh said...

aku nak tanya pasal gambar tu jap. tu pukat tunda ke jaring ukm? sila jawab dengan cermat.

. said...

dah keje? hikhik

ok ok cool

memain je..

goodluck!!! ^^

Anonymous said...

ilek weh. ada rezeki kau nanti tu.

|.a.r.i.e.z.a.| said...

aku namo jadi darjah ke menengah ke. aku nk jadi tadika. sbb time tadika, klu xdatang, xde usik attendance percentage ke tah mende tuh.. nk dtg, dtg, xnk dtg, tido!!! tak pun main masak2 kt umah ngn arwah nenek :p best! tadika plg best :p