23 May 2011

hb, dude.

Okey aku pernah cakap dulu yang aku ni pemalas kan. Tapi pemalas pemalas pun, aku comel. Terima kasih.

Sejak aku beli bakul untuk letak baju yang sudah dipakai, perangai pemalas aku semakin menjadi-jadi. Dengan selamba aku akan campak baju-baju kotor, tunggu nak dekat bakul kain tu senget sampai nak tumbang, baru aku tarik bawa ke mesin basuh. Tengok, nak angkat pun malas. Padahal dulu aku kemain rajin basuh baju pakai tangan. Tapi sekaranggg.

Lepas tu, kalau dah basuh baju guna perkhidmatan robot, lagi memalaskan aku. Setiap 15 minit, pakaian akan berhenti berputar. Disebabkan aku malas nak spin dan sidai, aku akan pusingkan lagi robot itu supaya terus mengerjakan baju aku. Sampailah mak tegur, "Dekat lima kali mak dengar kau pusing mesin tu. Pembersih betul."

Mak memang sarkastik sikit. Takda hal. Aku pun ambil keputusan untuk selesaikan apa yang patut sebab bila difikir-fikirkan, akhir cerita, aku tetap kena sidai baju tu kan?

Lagi, aku tak suka lipat baju. Eh eh. Bukanlah tak suka. Aku okey je. Cuma mak mesti cakap "Meh mak yang lipat. Kalau nak tunggu kau siap lipat, entah sampai bila."

Haa nampak tak? Bukan apa. Aku ni dah lah pemalas. Lepas tu mengada pula. Kalau nak lipat baju tu, mesti nak dapat hasil macam baju baru ambil dari Dobi. Nak kemas, tak ada kedut-kedut tapi tak payah gosok. Apabila ditambah dengan pakej pemalas, maka hasilnya sehelai baju mengambil masa setengah jam lebih-lebih lagi bila sebelah tangan di laptop.

Eh aku mengantuk. Bai.

3 comments:

Unknown said...

tak sangka Amaliat Hamshah tetap pemalas walaupun dibantu oleh teknologi.

Anonymous said...

ko patut tukar jantina

Amal said...

weh aku rajin lahhh