Aku bangun awal sebab kena paksa dengan mak suruh teman beliau pergi pasar. Padahal tadi abah keluar juga, mak tak mahu ikut pula. Saja nak suruh aku bangun awal. -_-
Dah pulang, aku masuk dalam bilik tanda protes yang aku tak suka bangun di awal pagi. Jadi aku baring sambil tengok cerita korea You're Beautiful okey okey aku gadis tipikal dah dah tak payah nak cakap banyak kali. Ghalit tengok drama sampai digelar drama queen sebab aku terikut-ikut beremosi, aku tengok jam dah 1.30 petang.
Perlu mandi ni.
Aku pergi ke dapur sebab rumah aku bukan macam rumah orang kaya yang setiap bilik ada bilik air. Eh eh aku berhenti untuk terus makan tengahari. Ada abah tengah dengar ceramah pukul 1.30 di radio Kuantan.
Sebagai anak yang baik, aku pun turut mendengar ceramah ustaz terbabit yang diselang-selikan dengan nasi ke mulut. Hari ini, topiknya mengenai puasa dan cara pemakanan.
Ustaz cakap, orang yang suka tidur selepas subuh, kulitnya akan hitam.
Hampir tersedak aku. Haish confirm kena ni. Confirm kena. Walaupun aku tak tau apa kaitan tajuk ceramah dengan ayat yang keluar dari mulut ustaz, tapi aku yakin aku perlu tahan telinga.
"Ha dengar ustaz cakap tu. Lepas ni jangan nak tanya kenapa makin hitam."
"Ya, orang dengar." Aku bangun angkat pinggan yang dah habis nasinya dan terus ke sinki. Aku dah cakap, confirm aku kena dengan abah. Ish!
3 comments:
ok aku tak nak tido lps subuh dah.
haha.. terbaik
bagus!
Post a Comment