Aku agak, aku memang update blog seminggu sekali je ni. Biasalah internet pun harapkan internet orang. Rasa segan nak pinjam aku tolak tepi je. Janji aku dapat ludah segala kesengsaraan. Eceh!
Semalam merangkap hari bersejarah dan bergeografi untuk seorang kawan baik/bekas makwe aku yang lama gila in a relationship dengan aku dekat FB tapi alih-alih dia boleh tinggalkan aku macam gitu je. Bukanlah dia tu pergi buat rombongan kanak-kanak sekolah pergi Melaka Bandaraya Bersejarah apatah lagi pergi kawasan ladang dekat jengka ni nak cek topografi kawasan. Gila apa benda aku mengarut entah ni.
Okay back to the point.
Tahniah buat si gadis manis bulu mata berat macam gajah dalam Sesame Street sebab sudah berjaya menjadi tunangan orang. Kurus-kurus kau pun, kau bertunang dulu dari aku kan? (Apa kena mengena kurus dia dengan gemuk aku pun, aku tak tahu)
Tapi aku bukan nak sangat cerita pasal dia bertunang. Aku nak cakap masa dekat majlis semalam, aku terjumpa cikgu. (Yea jumpa cikgu!) Sebagai seorang yang mulut riuh dalam kelas, memanglah cikgu mark selalu ye dak? Dan macam biasalah, sesi menjawab soalan tentang kerjaya pun bermula.
Cikgu : Kerja mana sekarang?
Kawan Aku : Part time lecturer sini je cikgu.
Cikgu : Kamu? (Pandang kawan aku yang lain)
Kawan Aku yang Lain : Tolong bisnes mak tu lah.
Cikgu : Kamu belum habis belajar lagi kan? (Pandang kawan aku yang duduk sebelah kawan aku yang lain.)
Kawan aku yang duduk sebelah kawan aku yang lain : Haah cikgu. Lambat sikit. Hihihihi
Cikgu : Kamu? (Straight pandang aku)
Aku : Tehehehe. Kerja kedai itu hari lagi, cikgu.
Dan cikgu tu pun terus tersenyum. Senyuman yang buat aku mati sampai hari ni. T_T
Salah ke bila seorang degree holder (degree sekarang dah tak berapa laku kan jadi aku mengaku aku degree holder bukan untuk belagak tapi untuk meratap nasib) macam aku bekerja kedai, kedai menjual aksesori wanita? Walaupun kadang-kadang aku nak karate setiap makhluk yang datang kedai dan berperangai tahi dengan aku, tapi itu lain ceritalah kan. Manusia memang hebat kalau bab nak judge buku style tengok cover ni. Itu tak dapat nak sangsi.
Tapi ini, seorang cikgu, pendidik, or whatever you called it.
Bukan sepatutnya dorang ni ke yang bagi semangat apa semua dekat manusia lemah yang gagal atur masa depan dengan baik? (contoh terbaik : aku.) Aku tak adalah minta cikgu aku tu datang peluk aku, pampered aku apa semua, tepuk-tepuk belakang bagai. TAK. Tapi cukuplah jangan senyum sinis dan jeling aku dengan pandangan membunuh tu. Susah tau tak nak bangun balik lepas dah kena bunuh dengan cikgu sendiri. Peh aku memang drama Queen.
Ya, aku tersalah langkah lepas habis degree tu. Dahlah duk main-main je masa belajar dulu. Padan muka. Sekarang aku nak ketepikan semua perkara, dan baru nak start semula. Aku dah mula tarik satu-satu benda penting masuk dalam hidup aku. Dan aku harap apa yang aku dah rancang kali ni, akan menjadi sesuatu yang terbaik aku pernah buat. (Sebelum ni tak pernah rancang apa-apa sebab tu gagal macam ni. T.T)
Sama macam kau. Bagi aku masa empat tahun dan selepas tu, aku akan terus grab tangan kau, dan kita terus duduk depan tok kadi. (Ini ada kaitan dengan cerita ke tak ni sebenarnya?)
11 comments:
pasal 4 tahun tu, degil sangat ni kenapa? kalau lepas 4 tahun kau nak grab tangan dia tapi dia dah grab tangan org lain dulu duduk depan tok kadi kau nak grab tangan siapa masa tu? selalu buat keputusan tak pikir hati sendiri. bodoh.
cikgu y ko jump tu, cikgu y x serupa cikgu la tu. senyum sinis x fikir guna hati.
x salah keja kat kedai. biar la. ada ms nnt ko hijrah kat tmpt lain pulak.
4 tahun lg ko nk ajak g jump tok kadi, pastikan dia single lg.
ah,pandangan orang memang selalu begitu.terlalu mudah buat penilaian tanpa tahu hal sebenar.kau kerja kedai bukan kerja yang haram cuma taraf tu tak sama dengan taraf pendidikan sijil kau tu saja.
yang penting kau cari makan dengan usaha kau sendiri dan bukan mengharapkan orang lain,betul? tak mengapa mungkin rezeki untuk kau belum tiba lagi.dan untuk masa ini kau cari pengalaman dulu di tempat yang sedia ada sambil2 kau terus mencuba nasib untuk berhijrah ke tempat yang lebih baik.
bagi aku,kalau kita tak dapat apa yang kita impikan buat masa ini,aku anggapkan seperti aku di beri kursus.kursus di mana permulaan dalam proses belajar mengenal hidup sebelum aku temui kehidupan yang sebenarnya.
hye,kawan
kau tahu? nak hidup senang bukan mudah.sebelum kau jumpa kesenangan,harus kau lalui kesusahan dan mesti akan temui kegagalan.true siapa-siapa pun akan alami benda yang sama.kalau buta-buta kau terus hidup senang tanpa pernah berasa susah,esok-esok bila kau jatuh nanti mesti kau akan kecewa merana jadi buntu nak menage life kau semula sebab kau tak pernah kenal erti susah sebelumnya.
masa sekaranglah kau nak merasa susah,esok-esok nanti kau akan jadi senang.Tuhan bagi kita ujian kesusahan,supaya kita selalu dekat dengan Dia minta dengan Dia dan kita ada usaha untuk kearah kesenangan.Tuhan nak kita usaha dengan kudrat yang dia beri kita pinjam.bila Dia tengok kita kuat dan usaha untuk senang insyallah Dia akan beri kita kesenangan tanda kemenangan kita hadiah untuk kita yang sudah berusaha.
hidup atas dunia ni tak ada yang senang.nak masuk syurga pun perlukan ujian inikan hidup atas dunia semntara ni.tenang kawan insyallah ada untuk kau satu masa nanti yang penting kau terus usaha ke arah itu.kau perlu kuat baru Tuhan yakin nak beri hadiah buat kau satu masa nanti =)
lama lg tu 4 thn lagi...byk ko bule buat tp jgn la suka tangguh2...
okay shax. T_______T
jenis gatai nk bernikah mane boleh tunggu 4 tahun woiii..
-pyol y mengambil berat-
sama dengan apa yang aku alami sekarang. ah ketaikan apakah ini, kejamnya dunia pada aku. T______T
Pembunuh tanpa bayang;
maaf tak perasan komen anda termasuk dalam spam. huhu. (tarik nafas). terima kasih. :)
dan semua,
terima kasih.
"Every Teardrop Is A Waterfall"
Amal!!!
ak faham ape yg ko rase..
mase korg semue masuk matrik n u aku n beberapa kerat lagi bdk kls kite yg lain yg x dpt mane2 masuk form6.
mase 2 aku pun dpt pandangan yg ko dpt. siap pakej senyuman n sindirin sinis. sob3
dr cikgu yg penah ajar kite fizik dulu. Eh t'sebut pulak..
tp aku pn bakal cikgu.
insyaallah aku x kan bt bakal ank murid aku rase ape yg aku, ko n org lain yg penah rase ni. Mmg sedih sgt. Aku mase 2 malu jgn nk ckp, siap nangis sampai kene marah n abg aku. Aku nk je ckp kt die, aku lmbt masuk u pn ak boleh jgk ade jwtn mcm die. Tp x baik pulakkan. sbb die pernah bg ak ilmu. So, ak nk lupekan yg 2.. be strong amal.. (^_^)
Post a Comment