23 October 2012

#14

Kalau sesiapa pernah ingat, aku ada anak saudara yang bernama Fahmi yang memanggil aku dengan nama Cik Na. Fahmi sudah lima tahun, dan gigi dia makin hitam dan berkurangan. Fahmi juga semakin gemuk, berlemak, dan seperti berbuah dada. EH.

Kelmarin, aku menelefon mama Fahmi, kakak aku. Fahmi menyibuk nak berbual dengan aku sampai berebut-rebut telefon dengan mama dia. Aku pun layankan sajalah.

Aku : Fami, raya dekat sini tak?

Fami : Tak la Cik Na. Abah kita tak kasi. Abah kata, raya rumah nenek kebun.

**Nenek kebun ialah panggilan Fahmi untuk mak dan ayah abang ipar aku kerana di Segamat sana, mak dan ayah abang ipar aku itu mengusahakan kebun.

Aku : Alah. Fami balik sendiri sajalah. Naik bas. Okey?

Fami : Tak mahulah. Abah kita tak kasi laaa Cik Na.

Aku : Biar jelah abah raya dengan mama dekat rumah nenek kebun. Fami balik kampung raya dengan Cik Na eh.

Fami : Nanti bas tu tahu ke nak belok ke mana?

Aku tergelak. Tak terjangka soalan budak Fahmi ni. Entah ke mana dia fikir pun aku tak tahu. Kemudian aku sambung berbual dengan mama Fahmi. Tengah sedap mengumpat, Fahmi menggedik nak borak dengan aku semula

Fami : Cik Na, bila Cik Na nak pergi tempat kuruskan badan?

Aku : What the...?

Fami : Cik Na kan gendut.






Grrr kakak lah ni ngajor anak bukan-bukan!

8 comments:

asip محمد said...

anggap

Pisey said...

Ha ha ha! Btw, header tu When We Were Orphans kan? And ya, aku kasi turtle tu makan banyak gila. Sorila kalau diorang pun jadi gendut. Hmmm.

Pisey said...

Aku salah taip tajuk Ishiguro tadi. Kau tahu kan cerita apa yang aku maksudkan. Kah kah.

Pisey said...

NLMG.

ghost said...

ko ajak lah sama si fahmi tuh pegi kelas kuruskan badan.

Amal said...

Pisey;
Yes, never let me go. haha. biorlah Joni dan bininya gemuk macam tuannya. kekeke


Ghost;
Tu la. Dia yang gemuk sebenornye.

Unknown said...

amboi kemain betei si fahmi tu, pesen kt uma xde cermin ke acane

ஜ miss klanika ஜ said...

budak-budak terlalu jujur . eh ? hehe