16 November 2012

#20

Ceritanya begini.

Malam kelmarin aku tidak dapat tidur lepas tengok cerita Wujud 8 Seruan Kliwon buat kali keempat. Dah tahu takut, tapi pergi tengok buat apa ye dak? Padanlah muka. Dalam banyak-banyak scene, aku asyik teringat scene akhir. Ada benda putih melintas dekat tingkap rumah. Tingkap rumah dia serupa sliding door (atau itu memang sliding door) yang ada langsir. Tapi langsir tu terselak sikit. Jadi masa krew-krew Wujud 8 ni tengah tidur, sedang elok benda alah tu lalu. Rilek je. Macam celaka aku punya sentak. Terkejut betul.

Bila masuk waktu tidur, aku cuba mempengaruhi Kak Ida (kakak aku merangkap mama Fahmi, anak saudara aku yang berusia lima tahun) supaya jangan tidur dulu. Marilah berborak denganku. Gitu. Sambil aku berborak, sambil aku bermesej. Fahmi yang di tengah-tengah antara aku dan Kak Ida, menyuruh aku cepat-cepat balas mesej kerana dia nak main game dalam handphone aku. Bosan menunggu barangkali, Fahm mula bersoal jawab dengan aku.

Fahmi : Siapa mesej CikNa tu? Pakwe CikNa ke?
Aku : Haah.
Fahmi : Kenapa dia mesej?
Aku : Habis tu nak suruh dia buat apa lagi?
Fahmi : Kenapa tak jumpa ke malam-malam?

Aku dan Kak Ida saling berpandangan.

1 comment:

ghost said...

matang tul pemikirannya. kalah cikna yang penakut nak jumpa malam-malam. eh, iye ker?